Assalamualaikum kepada semua pelayar-pelayar blog...
kini anda berada di zon Norazlina [atau] Nora...
terima kasih kepada sesiapa yang sudi melawat, termasuk atau tersesat ke zon saya ni...
di zon ini saya sekadar ingin mencoretkan perjalanan hidup saya...
agar saya dapat melihat pencapaian saya masa kini dan masa akan datang....

bermula dengan cabaran 30 hari menulis blog...
adakah saya berjaya menyahut cabaran ini?? kita lihat bersama-sama...

lawatan sambil belajar...

:: Jom jalan-jalan di sini ::

Blog writing....

Daisypath Anniversary tickers

Monday, February 28, 2011

hujung minggu saya....

Assalamualaikum....

semoga yang singgah dan baca baik-baik sentiasa ya...
minggu ni ada kelas... penat...
ok lah..malas nak tulis panjang-panjang lagi dah ^_^
jom tengok gambar dan tengok moment apa yang menarik di mata saya... [wink*]

pagi sabtu...
matahari hampir terbenam
cantik...



matahari hampir terbenam..
pandangan dari tingkat 13 yayasan selagor...
pulang malam....[ngantuk...]
ahad yang indah...ceh~
sunrise @ NPE
7.30am


8.am @ KL
 hrumm... tiap-tiap hujung minggu saya dapat tengok matahari terbenam dan matahari terbit...
tahun depan...saya sudah tak boleh berbuat demikian lagi...
mungkin saya akan merindui moment seperti ini one fine day

nota ringkas: saya teringin nak tengok matahari terbit dari bukit broga pula.. tapi tak ada siapa yang nak bawa...[kesian]

Wednesday, February 23, 2011

147 - tiada yang lain...

Assalamualaikum...

semoga yang singgah di zon ini sihat dan sentiasa dirahmati-Nya...Amin...
hari ini
23 february 2011 
happy birthday to you my lil' brother~
hari ini..ulang tahun kelahiran adik lelaki saya...
tadi sudah wish through message. entah sudah tidur ke belum dia..
luv u lah~
hrummm... tak tahu nak bagi hadiah apa untuk dia tahun ni...
bajet pun kurang...
ingat nak bagi perfume @ gitar baru...
ajak kakak kongsilah... tapi kesian pula kat dia dapat satu hadiah je...
hep~! selalunya memang dia dapat satu hadiah je what? saya la yang rajin bagi...baik kan saya? baik kan?
uarghh... perasan lagi cik Norazlina ni...
yea la...dia saja adik yang saya ada untuk diharapkan... mana ada yang lain lagi...
sekali sekala bagi la award sikitkan kat dia...lagipun dia sudah jaga ma kan??
excited meng'google picture [hahaha]
hrumm....ada masa lagi kalau nak kumpul duit...
mungkin minggu depan baru dia datang sini...
[doa-doa] "Ya Allah...murahkanlah rezeki cik Norazlina [atau] Nora untuk beli hadiah untuk adiknya..Amin..."
yang ni nampak special sikit...
saya teringin nak buat macam ni kat dia...
hahahaha... bilalah hajat tu kesampaian..
nak kena marah dengan ma ke cik nora oi...
"jangan membazir!" kata ma.. ^_*
cukuplah tu...tak habis pula nanti...
jom ramai-ramai tiup lilin yang banyak untuk adik saya...
en. google lagi.. ^_^

Doa saya
  • Semoga dia sentiasa diberi kesihatan yang baik (amin)
  • Semoga dia sentiasa dimurahkan rezeki (amin)
  • Semoga dia sentiasa menjadi dewasa (amin)
  • Semoga dia menjadi anak yang soleh dan bertanggungjawab (amin)
  • Semoga dia sentiasa bahagia (amin)
  • saya sayang dia selamanya... 
mw: boleh bagi cadangan hadiah apa yang boleh saya bagi pada adik saya?

Tuesday, February 22, 2011

146 - gemilang.......terbilang.....cemerlang

Assalamualaikum...

semoga yang singgah di zon ini sihat dan ceria-ceria selalu...Amin...

"kadang-kadang...lain yang kita harapkan, lain yang kita dapat"
malam semalam saya lewat setengah jam menonton drama gemilang...
maklumlah,
jika tiada yang layan menonton bersama, maka, tiadalah yang memanggil atau mengingatkan.
saya?
ralit melakukan kerja sendiri


saya suka watak abah lah.. sesuai dengan pelakonnya..memahami...bila bercakap, dalam maksudnya... [wink*]

'dunia ni memang tak adil'
dialog dalam scene seorang pelajar kena kahwin paksa..
kasihan nasib orang perempuan...

saya tak suka cerita yang ada unsur-unsur seperti di akhir cerita..serasanya cerita melayu tak perlu ada unsur-unsur seperti itu...perlu di elakkan supaya nampak keaslian orang melayu [wink*]

mw: semoga satu hari nanti...pengarah filem di malaysia dapat melahirkan cerita yang tak perlu ada adegan-adegan yang ada dalam cerita barat. walaupun cerita kita masih di tapis...lebih seronok jika tiada langsung...bermaksud lebih kepada islamic.. kenapa tidak?contohnya di indonesia filem "ayat-ayat cinta", "ketika cinta bertasbih"...cerita mengisahkan tentang cinta...tapi tiada adegen lelaki dan perempuan bersentuhan, berpegangan, berpelukan...tetapi garapannya tetap seronok ditonton. cintanya tetap dirasai oleh penonton.... [sekadar berpendapat] Ting*

wassalam...

145 - parking didepan rumah Yusri

Assalamualaikum...

semoga yang singgah di sini sihat dan ceria selalu...Amin..
jangan baca jika tidak mahu membuang masa....

macam biasa, saya lewat update...kenapa? sebab saya tidur awal... dan sekarang jam berapa? 4.46am...setelah bangun dari tidur ^_^ jam 3.30am tadi... sekarang setelah berblog walking tanpa tinggal jejak.. hehehe

cerita tentang hari ahad...pagi ahad yang medung. tiada awan..
huh~ sekali lagi saya menapak jauh.. habis gugur semua lemak-lemak yang terkumpul...[ces~]   bajet sehari jalan boleh habislah? hahahaha..
inilah masalahnya jika ke kampus pada hari ahad yang saya tiada kelas. parking seawal jam 8am sudah full. saya sampai hampir jam 9.00am.. ish..ish..ish...[sambil geleng kepala] masuk pintu depan...belok kiri...sudah nampak lautan kereta...lautan dedaun pun banyak...[berkerut dahi memikirkannya.. 'kenapa kotor sangat UTM hari ni' semak mata memandang, semak lagi fikiran nak cari parking.] pusing sampai belakang... jalan pun sempit sebab sudah jadi double parking. di mana la saya mahu meletakkan kereta? nampaknya memang terpaksa parking depan rumah yusri...Arghh....tension~! korang tahu tak kat mana? saya pun tak tahu.

al kisahnya 3 minggu lepas... masa lepak study dengan kawan-kawan... keluar gosip artis. sampai adalah yang tanya, 'eh, korang tahu tak rumah yusri kat jalan padang tembak'..[sambil angguk-angguk kepala penuh perasaan kakak tu bagi tahu' hahaha.] yang lain pula menyampuk. 'eh kak, belakang ni je kan?' sambil tangan tunjuk ke kiri. [menunjukkan belakang kampus UTM jalan semarak...] kalau korang nak jelas click sini.

akhirnya saya terus keluar pintu belakang UTM, parking tepi jalan bertentangan dengan rumah mewah di situ..kereta yang ke-11 dari pintu pagar belakang UTM. dekat kan? (T_T) library duduknya di bahagian hadapan UTM. nasiblah matahari masih menyorok lagi pagi tu...
bila kakak tu tanya...'ko parking kat mana hari ni.' kakak tanya sambil senyum. 'depan rumah yusri' dengan muka selamba bengang saya menjawab'. dua saat kemudian...dia tengok saya...saya tengok dia.. kita orang ketawa terbahak-bahak. [bukan tahu pun rumah yusri yang mana satu..] hahaha..kalau tengok map tu...jalan padang tembak belah lain...yang saya park tu jalan maktab.. hahahaha...sedapkan hati sendiri dengan membuat lawak mengong supaya tak rasa kepenatan berjalan dari belakang UTM ke depan UTM.

ahad yang kecewa sebenarnya...
pagi-pagi dapat mesej dari member  yang tak berapa nak member..'en.jo nak jumpa hari ni pukul 2pm' hah~ semalam kata cancel hari nak jumpa pula.aduh~ bahan tak bawa...
nasib ada dalam email.. print out dengan kos RM5.10 untuk 17 keping... membazir...[tak habislah ink di rumah kalau macam ni]
5 minit sebelum jam 2 kami sudah tunggu....10 minit berlalu....21 minit berlalu... 43 minit berlalu...
mesej: salam, jadi ke jumpa lect.kat mana?[tiada balasan]
mesej: dh jmp lect ke blm?
balas: blm, tunggu kat situ..
mesej: nak tgu smp jam berapa ni?

15 minit kemudian dia sampai...
'tak tau en.jo kat mana. tak abis kelas lagi rasanya'
'kata jam 2 pm. sekarang hampir jam3? kita orang ada hal lain ni..nak tunggu sampai jam berapa?'
'tak tahulah'

1jam berlalu...
menunggu punya lama... saya pun cek email...cuma tak sempat berblog.sebab tak mahu kawan tahu kewujudan saya di sini..sempat buka FB yang sudah bersarang....[bukan sarang labah-labah sahaja yang ada...sarang semut..sarang burung..semua ada..] ada yang tag, ada mesej, ada ajak main game..hihihi, ada kawan-kawan yang punya berita gembira...[tidak lama saya di FB] main game...tapi lect masih tak sampai...
game mario
kawan yang main..
saya tukang gelak [hilangkan rasa marah]
3.15pm... bukan saja batang hidung...bunyi tapak kaki lecturer pun belum kedengaran...argh~ tak jadi saya nak edit gambar hari ni..saya membuang masa dengan menunggu orang penting.penting ke? huh~ penting la untuk dapat markah A dalam Projek Sarjana Muda [PSM] di sebabkan itu saya tunggu beliau...jika tidak...saya tidak akan menunggu kerana
1-hari sabtu cancel appointment untuk minggu ni
2- tiba-tiba ahad pagi bagi tahu nak jumpa
3-janji jam 2pm..3.15pm belum muncul

3.20pm...masih belum muncul...
saya buat tindakan untuk berlalu ke bilik karel yang saya book tengah hari tadi...[tujuan utama untuk keselesaan nak edit gambar. saya kemas buku-buku, kertas-kertas..masukkan ke dalam beg. on netbook cek tiga email,
3.40pm zzz..zzzz mesej masuk. 'lect dh smp'
off turun dengan membawa semua beg...
perbincangan sudah dimulakan...

4.50pm pulang...
menapak ke rumah yusri...[tidakkkkkkkkk]
driving sebelah Komuter...
laju tak..laju tak?? huhuhu [muka bangga]
depan iOi mall...
puchong yang jem
masuk je susur tractors malaysia...titisan biji-biji kasar mula turun dari langit...hujan~ menaik taraf kelajuan supaya tidak kehujanan di tengah highway...saya bimbangkan tahap penglihatan ketika memandu...
Alhamdulillah...setelah...
masuk ke kawasan perumahan hujan mencurah-curah
lebat kan?
pandangan yang terhad setelah hampir di hadapan rumah..
mw: saya tak suka orang membuat janji last minit...
mw: keretapi tu sudah nak berhenti...lokasi di pantai dalam.lagi pun dia panjang...saya sempat snap pic tu.. hihihi...
selalunya saya rakam keretapi tu lalu sebelah saya. tapi memikirkan tak pernah nak upload video tu..jadi, saya ambil saja gambar... ^_^
wassalam..

Sunday, February 20, 2011

144 - hari study sedunia...

Assalamualaikum....

selamat pagi semua... mesti ramai yang belum bangun waktu-waktu macam ni..
semoga yang singgah di sini sihat dan ceria selalu... Amin...

kalau kerja rumah belum siap...sila siapkan dulu..[wink*] hehehe...nanti ada pula yang bising-bisingkan hujung-hujung minggu ni.. ^_^

saya akan ke kampus sebentar lagi...
cerita tentang semalam... sebab hari ni baru bermula...
semalam ke kampus...saya lewat dari masa berjanji...[kenapalah dengan saya ni..]
saya keluar jam 10.00am.. sepatutnya sampai jam 10.00am... [geleng kepala sekarang~]
cuaca sangat baik...kita pasti berkongsi matahari yang sama semalam...

NPE
pertama kali hari sabtu saya lihat banyak kereta di NPE :)
sampai terus study...
study tak ingat punya... pening... pening...
mungkin dua tahun lagi saya tak tahu apa yang saya buat banyak-banyak semalam...
jom kita ringkaskan cerita dengan gambar yang telah di ringkaskan ^_^
membuat cayley table
pening~
sudah penat study, saya pergi jalan-jalan
lokasi: tasek titiwangsa
cuaca: Alhamdulillah...panas [ tapi sangat terik sebenarnya]
semoga kakak saya tiada di sini [di blog ini sekarang ini~] nanti dia akan cakap...'ooo semalam ko tak pergi kelas? ko pergi lepak kat titiwangsa?' mampus~ kantoi!
sebenarnya semalam tiada kelas.. ke kampus untuk siapkan assignment je...
jom sambung~
menghadap matahari
duduk di bawah pokok..tapi terasa bahang panasnya...
pulang....
singgah giant untuk ke en.guardian untuk membeli belah toiletries yang sudah hampir habis...
lari bajet...
betul-betul pulang...
penat..tidur jam 9pm [wink*] ^_-

mw: saya akan singgah ke blog anda bila saya pulang nanti...semoga saya tidak kepenatan dan tidur awal..[ting*]
mw: terima kasih kepada yang singgah dan komen...saya korang [wink*]
mw: kepada kakakku... jangan baca apa-apa...sibuk je...

Saturday, February 19, 2011

143 - penantian...

Assalamualaikum...

semoga pembaca yang sedang membaca coretan ini sentiasa dilindungi Allah..Amin...
hari ni... banyak perkara dalam perancangan...

dari pagi sibuk di rumah, menjelang tengah hari ambil anak buah yang demam...terus bawa ke klinik..
Jom layan gambar...


kepala ayam... angah bersama + 2 orang body gud
hampir setengah jam..pulang..
petang ke TM point untuk register wireless streamyx untuk rumah ma.

parking full...3 kali pusing masih full... kakak turun dulu...kali ke-5 pusing baru dapat parking.
dari jam 3.15pm... no yang dapat 2106. pada masa tu ni 2078. setelah dua jam menunggu dan saya hampir giveup. nombor bergerak pantas. mungkin kerana terpaksa menunggu terlalu lama membuatkan mereka pulang...
sudah tiada kerja..
bila depan kamera..
sudah merengek kedua-dua mereka minta pulang...
tiada kerja + bosan
Alhamdulillah...semuanya lancar... tak sia-sia menunggu lama...
berita port yang ada membuatkan saya bernafas lega.. tak perlu menunggu port.
ternyata, pekerja TM point mentakab tidak membuat kerja mereka.. jangankan meletakkan kami dalam waiting list bayangan nama kami register pun tiada langsung. ke mana perginya borang pendaftaran tu? buat bungkus nasi lemak ke?  mereka makan gaji buta ke?
'ya Allah..ampunkan dosa-dosaku ini'

malam pula... yang demam minta makan bubur nasi...
saya perlu ke kedai...
nak tau saya nampak apa?
eh... bukan hantu kak limah balik rumah... bukan....
saya nampak ni... jom layan gambar lagi...


saya nampak bulan...
sangat cantik [saya teruja]

sangat cantik..
mw: semoga saya dapat lagi melihat bulan yang cantik...

Thursday, February 17, 2011

142 - teringin

Assalamualaikum....

semoga pengunjung yang masih belum tidur ketika ini segar dan ceria. Amin...
jam: 2.23am
saya sudah mengantuk sebenarnya..tapi nak up juga... ^_^

sungguh pantas masa berlalu... rasa seperti semalam baru melalui Isnin... tapi hakikatnya hari ini sudah masuk hari Khamis...
sebenarnya lupa nak review cerita gemilang...Isnin lepas..saya tak lewat macam Isnin sebelum ni..yey~! ^_^
macam biasa tiada siapa yang teman saya melayan cerita ni...menonton sorang-sorang je la...
pengorbanan~ semua orang perlu berkorban [titik]

oklah. tak nak cerita pasal drama gemilang lagi dah...
cerita pasal teringin... petang tadi tengok sinetron Indonesia..[kakak cakap, 'tak habis-habis tengok cerita Indon] hahahah... kata pelakon kacak yang berlakon... kenalah tengok... wek~! sudah-sudah la cik Norazlina oi~
tak ada kaitan pun antara pelakon kacak dengan teringin saya tu... bukan saya teringinkan pelakon kacak tu...tapi bila tengok mereka makan buah-buahan sambil colek garam... slruuupppp~ kecur air liur. macam best je.. hahaha..
itu saja yang mempengaruhi saya hari ni... kui~kui~kui~ [gelak sendiri]
dengan muka yang agak (T_T) terbayang tiada pula buah mempelam di dalam peti..[hanya buah mempelam saja yang enak di buat colek garam (^_-)]
opsss... teringat ada buah epal di dalam peti...erk~ [kata tak makan epal?] :p
haahaha... keinginan hati dapat mengatasi segala-galanya... wah~ ada epal hijau la...[itulah dinamakan rezeki] *ting*(^_-).

kupas-kupas,3 biji epal merah untuk anak-anak [pasti mereka akan mengganggu gugat saya nanti] 2 biji epal hijau bersama sedikit garam yang ditabur di atas en.epal yang sudah dikupas dan dipotong. di letak dalam piring yang berasingan. hehehe ^_^ bijak tak? mesti la bijakkan?
yummy~ sedap...sedap...
hasilnya??

aik~?? makan epal ke..makan bunga pinggan ni?
hahaha...sudah habis la..
2 biji epal kecil berjaya saya habiskan
 sambil di cicah dengan garam *ting* ting* ^_^
mw: kalau korang teringin juga, cubalah... ^_^
jom tidur kawan-kawan...
wassalam...
good nite...sleep tight...sweet dream...*ting*  (^_*)

Tuesday, February 15, 2011

141 - review : harga sebuah cinta...

Assalamualaikum...

semoga semua yang singgah di sini baik-baik sahaja...Amin...

jam: 5.27am.... [entry pertama yang saya tulis sebelum 2 entry sebelum ni]
kenapa seawal ini? huhuhu..malam tadi saya tidur jam 11pm...
banyak kerja-kerja saya yang tertangguh..salah satu darinya adalah update blog ni... ^_^

seperti yang dijanjikan..saya nak update tentang novel buah tangan dari kak Hani Fazuha...
* maaf jika kata-kata saya berlebihan..maaf jika puji-pujian saya terlalu melangit...*
mula membaca - selasa [8 Feb], jam 1.30am - 4.30am [48 bab]
hari ke-2 - rabu [tidak punya banyak masa. hanya tambah beberapa bab sahaja]
hari ke-3 - khamis [habis]
harga sebuah cinta...

buku ni hadiah dari kak hani... [terima kasih kak] Luv U...
saya bukan hanya dapat hadia tanda tangan ni tau?
saya dapat buku ni secara percuma yang diberi sendiri oleh penulisnya...
saya sangat suka dan bangga ni... ^_^
with kak hani....[novelist] 
with kak sri diah & kak hani [novelist]
kesibukan saya dengan tugasan harian dan tugasan mingguan membuatkan hari saya penuh... [24/7/30] tiada masa untuk buat banyak perkara...
tapi disebabkan hadiah dari kak hani...saya gagahi juga untuk menghabiskan buku ni dengan pantas...
tapi..bagi mengukuhkannya lagi....[saya tidak mengula-gulakan sesiapa ya?] ini kenyataan...

kelebihan buah tangan novelis Hani Fazuha
1- novelnya menarik
2- ringkas
3- setiap bab hanya 4,5 muka surat sahaja [2-3 helai] ^_^
4- itu membuatkan kita tertarik untuk sambung bab seterusnya walaupun niat di hati mahu berhenti dahulu...
5- kalau tak percaya sila dapatkannya.. ni hasil tulisannya yang ke-3

novel-novel kak hani...
pertama - mengukir bahagia
ke-2 - berbunga kasih
ke-3 - harga sebuah cinta

HARGA SEBUAH CINTA

[maaf saya review menurut pandangan saya] tak pandai nak buat ayat-ayat yang berbunga-bunga.. ^_^
saya beremosi membacanya...sedih..suka..marah..geram...semua ada..
sedih sampai mampu menitis air mata...[part ibu fea meninggal dunia] dia tiada sesiapa lagi di dunia melainkan kawan rapatnya zura dan aleeya...

novel ni mengisahkan tentang seorang perempuan dan tiga orang lelaki yang hadir dalam hidupnya...
siapa yang menjadi pilihannya?

watak
fea- gadis biasa-biasa sahaja... anak orang gaji di rumah Arman, bersahabat dengan Zura
Arman - anak orang kaya, berkawan dengan fea dari kecil dan sangat rapat dengan ibu fea
Ikmal - sepupu kepada zura
Zhafir - abang kepada Zura...

garapan ceritanya menarik... semuanya tak di sangka-sangka...

fea dan arman yang berkawan sejak kecil kerana fea merupakan anak kepada orang gaji di rumah arman. apabila meningkat dewasa, mereka saling jatuh cinta. setelah ibu arman mengetahui tentang hubungan mereka, ibu arman menentang keras lalu mengusir fea dan ibunya. pesannya jangan tunjukkan muka mereka di rumahnya lagi...betapa taraf sangat penting di matanya. arman tidak menunjukkan daya usaha untuk menyelamatkan hubungan cintanya. [cinta mereka terpisah]

tiada lagi cinta di hati fea..
fea yang berkawan rapat dengan zura..selalu ke rumah zura..rapat juga dengan keluarga zura dan memanggil ibu zura juga dengan gelaran Umi. berkenalan dengan Ikmal yang dianggapnya seperti abang sendiri.berpewatakan selamba dan gila-gila...yang selalu menghabiskan masanya di rumah makciknya berbanding rumahnya sendiri...sering bertemu dengan fea. keperibadian fea membuatkan dia jatuh cinta. yang pada mulanya fea menganggap ikmal hanya bergurau.
fea tidak menginginkannya... kerana di hatinya hanya ada arman. kedegilan ikmal merimaskan fea. tetapi satu sifat fea yang tidak mungkin berkata 'tidak' membuatkan fea sering tersepit.

dalam masa yang sama, kepulangan Zhafir dari luar nagara, menemukannya dengan fea dan membuatkannya jatuh cinta dalam diam selepas gadis pilihannya ditentang keluarga...
berpewatakan sombong membuatkan fea menjadi benci. 

dalam masa yang sama juga, Arman juga pulang dari luar negara., Arman dan Zhafir bersahabat..
tanpa diduga, kekasih hati pujaan zura sahabatnya, adalah Arman...
bagi menyelamatkan hubungan persahabatannya dengan zura, fea mengorbankan cinta yang ada di hatinya dengan memilih Zhafir yang kebetulan datang tepat pada masanya meminta umi meminang fea...

zhafir mengetahui fea dan arman pernah bercinta. 
fea beranggapan zhafir melamarnya demi menyelamatkan hubungan adiknya dangan arman. dia menganggap zhafir ingin menyelamatkan keadaan... [hakikatnya?]

fea meletakkan syarat yang tinggi untuk menerima lamaran zhafir agar zhafir membencinya.
[kereta, rumah, bercuti ke eropah, duit belanja berangka 4 setiap bulan] - inikah harga sebuah cinta?-
zhafir memberi lebih kepada fea. dengan syarat fea menyerahkan hak seorang suami. -inikah harga sebuah cinta?- konflik yang sangat menyakitkan...

kesimpulannya, berkawan dengan Zura, menemukan fea dengan Ikmal dan Zhafir...dan menemukan kembali fea dan arman.

setelah saya baca sehingga bab ke 54, 
saya tak suka Arman yang goyah, 
saya tak suka Ikmal yang memaksa.
saya tak suka Zhafir yang sombong.
ikutkan hati, saya memaksa fea lari.. hahaha...fikiran saya, kalau lari..macam mana kesudahan cerita ini? mesti la sad ending kan?

setelah bab seterusnya...rupa-rupanya fea mengikut saranan saya...iaitu lari.. itu pun selepas berkahwin.
kesudahannya? jom la baca... garapan ceritanya best. tak tipu...
kesudahan apa yang kita mahukan dalam sebuah kehidupan? sudah pasti kita mengimpikan bahagia. betul tak? samalah dengan novel ni... berakhir dengan happy ending

cukup di sini saya review buku ni... kalau baca lagi seronok jalan ceritanya...
kepada kak hani: thanks sebab bagi saya buku ni... saya doakan semoga akak sentiasa dilimpah kurniakan dengan idea-idea yang segar untuk menghasilkan novel-novel yang akan datang...Amin....

saya nak kongsi juga cerita ni...sebelum ke gudang alaf 21 [karnival] di shah alam...saya ke kampus untuk study.. bila lagi masa yang saya ada untuk menelaah...

mereka bila depan kamera...
control selepas excited dengan DSLR saya... hihihihi
bajet tekun la kan??
 ok lah..sudah panjang entry kali ni...

mw: my sister not here...katanya alkisahnya dia kebetulan blogwalking terjumpa nama saya di blog orang lain di ruangan shoubox. ahh....kecil rupanya dunia blog ni ye?? kita berada dalam lingkungan kawan-kawan yang sama....

140 - jom menoreh...

Assalamualaikum...

semoga kita semua sentiasa diberkati dan dilindungi-Nya..Amin...
saya kelihatan seperti tamak entry pada hari ini...beginilah keadaan saya.. bila ada kesempatan...saya gunakan sepenhnya...huhuhu...

teringat masa balik kampung dua minggu lepas...
isnin 31 januari 2011 - 5 February 2011 [cuti sempena tahun baru cina]
macam la sambut juga kan?? hahaha... itu tak penting... yang penting cuti dan balik kampung...
saya bawa balik buku untuk study tapi tak study pun...saya bawa balik laptop.. tapi tak guna pun... broadband ada satu je.. so..pinjam je la kakak punya...

keberhasilan register TM masih belum berjaya... mereka ni  buat kerja ke...tidur??
saya sudah telefon berkali-kali..tapi masih belum ambil tindakan... disuruhnya saya register sekali lagi di TM? adoi...makan gaji apa ni ya?

oklah..jom sambung cerita...
isnin kami sampai malam...selasa saya ke temerloh, jalan-jalan dengan kakak + anak-anaknya + ma..
ma belikan laptop... bukan untuk saya... tapi untuk adik... biarkan dia celik IT sedikit.. ^_^
hasil pilihan saya.... [gembira]

hari ke 3..rabu hanya di rumah...
khamis...tajuk entry ini bermula... ^_^
saya tak tipu... pertama kali dalam hidup..saya masuk kebun getah dan menoreh... hehehe...terer juga saya ni...buat pertama kalinya... ^_-
masa saya kecil-kecil dulu... saya pernah juga masuk kebun getah bersama arwah datuk, tapi saya hanya mengutip buah getah untuk bermain congkak di atas tanah di bawah rumah sahaja...[arghhh...saya terbayang-bayangkan waktu itu...seronok~] tapi sekarang saya sedih.rindu arwah datuk [al-fatihah].rindu saat itu... tidaakkk... stop~ stop~!

sambung cerita...
alkisahnya...adik tolong mertua kakak menoreh yang kebetulannya bercuti ke kelantan. saya sengaja mahu megikut sebab tak pernah merasa menoreh getah. al maklumlah...FELDA saya, dikelilingi dengan pokok kelapa sawit...
kalau dibandingkan bagi orang perempuan,  menoreh getah lebih senang dari pada mengait buah kelapa sawit. betul tak? kudrat yang sikit mesti terbatas untuk mengerjakan ladang sawit...[tapi...mak saya mampu melakukan semua tu] saya bangga memiliki emak seperti beliau. luv u ma..

senang-senang pun...mestilah penat... patutlah setiap kali balik, kakak ngan adik terbongkang tidur.. [tapi saya tak la sampai terbongkang] hahaha...
jom layan gambar je lah... hahaha... saya siap angkut DSLR lagi... anda rasa... apa tujuan saya ikut adik?? hahahaha ini tujuan sebenarnya?? huhuuhu
mula-mula kena menapak sejauh ini...sampai atas bukit tu tau?
 lepas tu masuk kanan ke dalam lagi [gambar belah kanan]
akhirnya..dapat juga saya rakam moment ni...
[biasalah orang tak pro] entah hasil gambar ke berapa...
lama saya mencubanya...sampai dapat hasil ni...
yang ni pokoknya besar...susu getahnya banyak..
dapatlah moment ni... [kredit to teh yang menoreh pokok ini]
ini cobaan dari saya...
akhirnya...seumur hidup saya yang dah banyak ni..
berjaya menoreh getah...
pulang... marilah pulang..marilah pulang bersama-sama... ^_^

petang register streamyx yang sampai sekarang belum lekat lagi di rumah ma...

jumaat hanya di rumah...
sabtu pulang ke puchong...
jom layan lagi...

buah hati saya...
sejak-sejak dah besar... beginilah keadaannya bila nak ambil gambar
buah hati
pengarang jantung...
saya sangat sayang mereka...
saat-saat nak pulang..
sempat lagi semuanya berposing...
miss my mom very much...
mw: seronok balik kampung... tenang je jiwa..mana tidaknya..setiap kali balik kampung... tinggal semua fikiran di KL... study entah ke mana...tugasan entah ke mana... maka..tenanglah jiwa....

wassalam....

jom baca cerita lain juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...