Assalamualaikum kepada semua pelayar-pelayar blog...
kini anda berada di zon Norazlina [atau] Nora...
terima kasih kepada sesiapa yang sudi melawat, termasuk atau tersesat ke zon saya ni...
di zon ini saya sekadar ingin mencoretkan perjalanan hidup saya...
agar saya dapat melihat pencapaian saya masa kini dan masa akan datang....

bermula dengan cabaran 30 hari menulis blog...
adakah saya berjaya menyahut cabaran ini?? kita lihat bersama-sama...

lawatan sambil belajar...

:: Jom jalan-jalan di sini ::

Blog writing....

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, October 30, 2010

96 - sabtu kembali.....

Assalamualaikum.....

Sabtu sudah kembali....lalalala....[ceh, buat-buat happy konon]...
minggu ni ada kuliah lagi....kuliah ganti... tapi mesti kena hadir juga...
hari ni kelas malam...siang nak buat apa?? hihihi [sila siapkan tugasan statistik dan kalkulus cik Norazlina...] Adoi~

tugasan belum siap...macam mana ni....
semalam seorang teman ajak jumpa... bila sudah touching-touching dia datang semula pada saya ^_^.
"kesibukan membutkan sesorang tidak dapat berfikir dengan baik, membuatkan seseorang tak hiraukan sekeliling".

saya tak kira [walaupun kena siapkan tugasan kira-kira] saya mahu keluar jalan-jalan juga... sudah lama tak menonton wayang... nak menonton wayang..yea..yea... nak menonton wayang...[sambil lompat-lompat anak] :)
semoga yang berlaku hari ini indah-indah sahaja.... (^_-)

gambar hiasan... hahahaha
p/s: kepada sesiapa yang singgah di zon Norazlina [atau] Nora, sila tinggalkan jejak anda supaya saya dapat singgah kembali, kalau perlu, mohon share link supaya hari-hari lain dapat singgah lagi ^_*
p/s/s : kalau mahu saya lawat anda selalu, kita sama-sama share link, InsyaAllah..akan di lawat nanti :)

Friday, October 29, 2010

95 - Apakah ini harganya?

Assalamualaikum....


mode: kecewa sebab tak dapat nak blogwalking untuk tenangkan minda. semuanya keluar  "Warning: Visiting this site may harm your computer!"


tak nak cerita pasal ni...nak cerita pasal.....hrummm..entahlah...


adakah ini harga yang patut saya bayar sebagai seorang pelajar PJJ untuk memiliki segulung Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer serta Pendidikan Matematik?
semua orang tak pedulikan saya...[Ini perasaan saya saja ke?tak mungkin.] 
mereka rancang, mereka pergi, tanpa memberitahu saya...[siapa sayakan?]
kenapa mereka tegar berbuat demikian? tak pentingkah saya? atau mereka terlepas pandang kewujudan saya? kewujudan seorang pelajar PJJ?




saya mencari...lama saya mencari, menanti, tapi tiada...
sedih saya tak berteman... sedih saya sendirian....
biarkan mereka..


"manusia akan cari apa yang mereka tiada"
" manusia akan lebih menghargi setelah mereka kehilangannya"


saya mahu lari...saya mahu hilangkan diri walaupun belum belajar lagi ilmu hilangkan diri ^_-


kata seorang teman...[teman ke? entah! tak dapat nak sifatkan ia seperti apa..]


" ko ingat, bila orang cerita masalah, sharing is caring pendapat, keluar sama-sama, makan sama-sama dengan ko, 
tu bermakna korang dah jadi sahabat?tak semestinyalah...."


bila di fikir-fikir semula, sekarang saya sudah faham... manusia berbeza...mereka mempunyai hak untuk memikirkan sesuatu...mempunyai hak untuk berkongsi pendapat. walaupun mereka tidak rapat.


saya mahu lari...............................




p/s: entry emosi untuk orang beremosi seperti saya sekarang...

Tuesday, October 26, 2010

94 - saya sangat sedih

Assalamualaikum...


saya sangat sedih...banyak benda mahu difikirkan..pening...pening....
1- exam sudah hampir, 
2- buku baru helaian pertama ditelaah.. ^_^
3- memikirkan sesuatu yang tak sudah-sudah [semoga Norazlina [atau] Nora dijauhi dengan perkara-perkara seperti ini..Amin...


perkara paling sedih dan membuatkan fikiran saya berserabut...
tolong!!!!!!!!!!!!!!! tolong!!!!!!!!!!!!!!!!!!
siapa boleh bantu....


semalam saya membuat pindahan gambar-gambar dari laptop saya ke laptop baru kakak....
memandangkan laptop yang mempunyai ruang 'otak' hanya 60G, [dibeli 5 tahun lepas okey~]
berbanding kakak mempunyai 500G, saya amatlah berbesar hati untuk pindahkan gambar-gambar yang maha banyak.. dr tahun 2007-2010... uihhh~~ banyaknya... 


setelah dipindahkan separuh...saya buat la pemeriksaan...[bimbang ada yang teringgal..]
tapi malangnya banyak gambar yang tak boleh dibuka..[atau] erti kata lain gambar rosak, damaged, broken,destroyed dan sewaktu dengannya... bila buka folder, ada yang separuh, ada yang langsung tak boleh ditengok gambar...
maka saya sangat sedih...siyes sedey... tak tipuuuuuuuuuuuuuuuu..........sungguh sedih...mana lagi kenangan yang tinggal...sebab gambar-gambar tu semua masih belum dijadikan hardcopy....... tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk
saya nak menangis....sungguh...saya tak tipu....


p/s: rakan-rakan yang bijak bestari....mohon memberi sedikit sinar harapan kepada saya....
kalau ada sesiapa yang boleh bantu..mohon 

Sunday, October 24, 2010

93 - pulang dari kuliah [sabtu- 23 oktober 2010]

Assalamualaikum...


cik Norazlina [atau] Nora tolong ingat this moment okey??
tiada apa yang penting...sekadar mengingati suasana yang jarang di perolehi di KL ^_^


sebelum tu... hari ni birthday lecturer - Dr. Arifah... happy birthday Dr. may Allah bless you... beliau belikan kitaorang cupcake... best..best...
tak percaya tengok ni....[saya pilih yang ni.coklat]


cupcake coklat yang lazat :)
sambung cerita....
keluar dari parking (10.38pm) = sedikit stuck [entah siapa 3 kereta di hadapan yang tak mahu keluar simpang :)] bukan salah mereka...lalu lintas tidak mengizinkan barangkali :)


pekeliling = sedikit crowded [bersimpang siur kenderaan]


BANGSAR = kelihatan lengang. aneh di situ...


LDP = sangat lancar dengan kelajuan 100km/j (^_-) [belajarlah memandu secara perlahan ye cik Norazlina [atau] Nora. seperti "dia".


tiba-tiba..........
....
...
...


siapa la yang masuk smart tag tapi tiada kredit di dalam kad? adoi~                 

SUNWAY = juga tidak banyak kereta... (^_^)v 



PUCHONG =
kenapa banyak kereta ni??? adoi.....
tiba-tiba ada en. bas yang memotong di sebelah kanan... uikss....
saya memandu dalam kelajuan 90-100 km/j tidak dapat mengejar bas tu...
apa maksudnya??  huih~~~


berada di dalam bilik jam 10.50pm


saya makan sepinggan nasi lemak pada jam 11 lebih... adoi~
macam mana berat nak berkurang ni??


cukup di sini...^_^

sila study statistic ye cik Norazlina....esok ada test. GOOK LUCK untuk diri sendiri...


p/s: maaf tak dapat lawat kawan-kawan... tapi saya nampak anda...ceritasekupang, lisagirl, prettynurul (^_-) , su, ponda_malam, cheqppjoy, mama gee dan lain2... salam hujung minggu....
cikgu, saya nampak cikgu juga :)



Thursday, October 21, 2010

92 - just update

Assalamualaikum...
entry kali ni betul-betul ringkas saja...
sengaja mahu update blog. 

cerita-cerita kehidupan...lain kali di ceritakan...
cuma hari ni dan beberapa hari sebelum ni...
sibuk
penat
tidur awal
pening
study math
tak cukup masa
tak online pun
sedih
kecewa

gambar yang tiada kaitan dengan enrty ^_-
p/s: tiada pesanan pun rasanya....
p/s/s: thanks kepada blogger yang sudi singgah di zon Norazlina [atau] Nora

Friday, October 15, 2010

91 - saya dapat award dari Adwa... [terima kasih...]

Assalamualaikum.......

wah~ saya di tag... terima kasih adwa...
hrumm..kena jawab soalan ni... macam exam pula... gementar ni.. hik hik hik...
jom-jom baca jawapan... :)

1. apa yang sedang bermain di fikiran anda sekarang.

tesis belum siap lagi

2.Apakah nama samaran anda.
Nora, ina, aina

3.Senaraikan 3 nama org yang anda sayang
kamaliah, Norazlina, family [yang ada lebih dari 3 nama] ^_^

4.Panggilan untuk  si dia?
belum ada si dia [sudah ada nanti saya bagi tahu di ruamg komen entry ni okey~] (^_-)

5.Hadiah yang paling diimpikan dari yang teristimewa
wujudkan semua impian saya...

6. Belog mana yang paling suka visit?
1-yang tersenarai dalam [BLOG-BLOG YANG SAYA AKAN LAWAT JIKA ADA KELAPANGAN..[TAK JANJI]
2- blog yang suka singgah di ruangan [sesi beramah mesra]
3- blog-blog yang ada di dalam ruangan [jom jalan-jalan di sini]

7.Blog yg aku nk tag
ASaDa
sanik [cikgu forografi saya. saya yang lantik sendiri..] (^_-)
Nurul

p/s: maaf kepada yang tidak di tag. jangan ambil hati...saya sudah mengantuk...
p/s/s :jawapan adalah ikhlas dan di bawah pengaruh sedar dan tidak. :) [mengantuk]


Wednesday, October 13, 2010

90 - sabtu yang indah...


Assalamualaikum

seperti yang di doa.... sabtu saya indah-indah saja... :)
10102010.... tarikh 1010 tak ada apa-apa makna yang istimewa pun dalam hidup saya melainkan tarikh tu birthday bestfriend saya satu ketika dulu...cuma...tarikh tu kelihatan cantik atau mudah diingati atau sedap didengar atau sedap disebut...[*banyak betul atau]....hrumm...kalau kita tak suka atau tak ambil peduli, jangan peduli bila orang lain ambil peduli... (^_-)

sambung cerita hari sabtu...
jom bercerita dengan gambar... [maaf..kualiti gambar kurang :) sebab hanya di ambil dengan menggunakan nokia 6288]

keluar rumah agak lewat dari yang dirancang... :) 10.15am...

NPE [80km/j] 10.23am

memandu agak perlahan kerana tiada apa yang mahu di kejar....
ke library pulang buku...bincang tentang tesis sebelum ke kelas kalkulus pada jam 2pm... [kelas ganti..lecturer statistik bagi cuti]

lecturer yang ala-ala datin ni [maaf prof...saya tidak kutuk...suka dengan cara dan penampilan prof] sibuk bercerita kisahnya ke Australia pada minggu raya [sebab tu dia cancel kelas dan ganti pada hari sabtu ni]..dah banyak bercerita baru mula pengajaran... huh~
dalam keadaan tepu setelah 3 jam di dalam kuliah matematik yang sejuk beku....
cuci mata di tingkat 14... [nak solat asar sebenarnya..]

bilik kuliah di tingkat 14....5.36pm
lepas solat masuk kelas semula... jam 6 sudah habis kelas...  :)
ke tingkat 14 kembali.... sekitar jam 6.30 6.50pm

tidak di sebalik tiang-tiang tingkap..

menanti matahari terbenam :)

nice view

KLCC

KL yang crowded..
sekitar jam 6.55 - 7.11pm matahari mula membenamkan diri.... suasana sangat cantik.. tak tergambar dengan kata-kata... 
lebih cantik dari dalam gambar yang ada di sini.....[kalaulah bawa DSLR.... 8-> ]

it's perfect~!

pantulan cermin... :)



sangat indah... tak tergambar dengan kata-kata...

kalau tengok real lagi teruja... (^_-)

sudah malam...KLCC sudah bercahaya...
KL Tower tak punya banyak lampu seperti KLCC...

siyes Indah~

sangat kagum...
 lepas maghrib....jam 8pm sambung kuliah semula...masih lagi kalkulus... arghhh~~~ pecah kepala....pecah gelas, sudah pening harap rehat [tiada kaitan pantun ini]
masuk kelas...lecturer belum habis cerita keghairahannya ke Australia... :)
siap nak tunjuk gambar... dari petang tadi mencari kalau-kalau ada sesiapa yang membawa laptop. akhirnya sebelah malam dia bertemu dengan pembawa laptop... 
hmmm...apa lagi...habis la dia menayang gambar... [nice~!]
jam 9pm kuliah mula kembali....
mengantuk tahap dewa.... [ini waktu tidur saya jika di rumah....Arghhhh~~~~~~~~] tak sabar menanti jam 10pm....

tapi...lecturer tu sempat bagi kitaorang rasa coklat yang lazat ni...
sesiapa yang terjumpa coklat yang macam ni..silalah beli...sebab sedap...[jangan lupa hantar untuk saya sedikit ^_* ]

sadap...

ini rupa coklatnya....
p/s: maaf kalau ada blog yang saya tak sempat singgah....sila tinggalkan jejak anda..senang-senang saya singgah ya? 

terima kasih 

:: Norazlina [atau] Nora :: 

Saturday, October 09, 2010

89 - hari terakhir...

Assalamualaikum...

Syawal sudah melabuhkan tirai....
semoga hari-hari yang kita lalui penuh dengan keberkatan...

raya tahun ni saya tak banyak berkunjung ke rumah kawan-kawan...
hanya ke rumah jiran...ke rumah aunty... dan 2 buah rumah terbuka di sini... ^_^
tahun ni tiada reunion seperti tahun-tahun lepas, bersama kawan-kawan kelas semasa tingkatan 5..
ramai yang sudah berumah tangga dan pulang ke rumah mertua masing-masing... so semakin susah untuk kami berjumpa...

maka...tidak banyak cerita hari raya yang saya punya.. ^_^
hanya di rumah seperti biasa...ke kelas on weekend.
hanya kenangan terindah sahaja yang tinggal.....

keluarga saya.....[family abang ke3 tiada=3orang] 

susah betul nak bergambar bila anak-anak ramai dan perangai pelik-pelik, aneh-aneh...huh~ berpeluh cik cameraman. nasib la hasil kali ni kira baik juga la walaupun ada part yang kena edit. hehehe.

Rasa-rasa macam sudah besar family saya... tapi...macam sikit pula bila dalam gambar...huhuhuhu
hanya tiga orang saja yang tiada [abang + kakak ipar + seorang anak perempuan]
semoga kami semua bahagia...Amin...
semoga raya tahun-tahun akan datang kami dapat berkumpul seperti ini lagi...Amin...

p/s: kepada sesiapa yang sangat pandai ambil gambar... sila beri tunjuk ajar... saya sangat berbesar hati... ^_^

wassalam....

Wednesday, October 06, 2010

88 - jalan-jalan hujung minggu

Assalamualaikum....

Raya masih disambut oleh ramai orang pada masa ni... rumah terbuka masih belum surut...
rumah saya? eh bukan...rumah kakak? tak adalah rumah terbuka tahun ni sebab kakak dalam pantang... :)

rumah kawan-kawan? banyak. tapi saya terpaksa tolak kerana ke kuliah... [baiknya saya. ^_*] 

jom ikut saya jalan-jalan...
saya tiada kelas minggu ni...saya tidak beritahu kakak supaya saya dapat keluar tanpa di soal siasat. [macam polis pula] saya tak suka bila ada banyak soalan yang akan di tanya. sukar untuk menjawabnya ^_^ [*bohong saja?] opsss..maaf..saya tak pandai berbohong. sungguh~ [*wah..nampak macam baik je budak ni kan??] sila abaikan jika tidak percaya.

kawan masa saya belajar di kolej dulu ajak datang rumah. peluang yang baik. sebab saya tiada kelas...dan saya tidak tahu nak ke mana. hehehe [susah juga kalau tak ramai kawan dan....susah juga kalau tak suka jalan sorang-sorang] tak dapat la tengok movie sendirian... 

saya keluar rumah jam 9.30am [sudah lewat dari kebiasaan untuk hari ahad. selalu hari ahad saya akan keluar jam 7.30 paling lewat] supaya sampai di kelas jam 8.30am...

cuaca mendung...


di ambil ketika memandu..jangan tiru seperti saya. 
saya suka tengok awan.. kalau rasa macam unik, saya ambil gambar... ketika memandu pun saya akan ambil gambar. jangan tiru aksi ini...tak baik untuk kesihatan..
10 minit memandu....[dengan kelajuan tidak lebih 80km/j] sebab tak mahu sampai cepat.. hehehe open house jam 2 pm, saya datang jam 10am... hihihihi...[rindu sama tuan rumah. bimbang kalau lewat tak dapat lepaskan rindu]


bangunan-bangunan kerajaan
berhenti di traffic lite
saya sangat kagum dengan bangunan-bangunan di sini... indah...[wah~ indah okey~] huhuhuhu.... tak terucap dengan kata-kata... kali ke berapa entah sampai di sini...setiap kali melintasi kawasan ni...saya sentiasa kagum.
setelah 10 minit berlalu...[kenapa cepat pula nak sampai ni..selalu saya sentiasa lambat...


saya suka jambatan ni... kalau dari atas jambatan ni...
tenang je tengok tasik yang terbentang luas...

meninggalkan jambatan 
walaupun saya telah memandu dalam kelajuan yang agak perlahan...tapi masih juga sampai awal. hanya setengah jam saya memandu...

sampai di rumah kawan..saya tolong-tolong apa yang patut...[tak banyak pun yang saya tolong. semuanya dah siap.] lepas makan..[menu: nasi impit + kuah kacang +soto +satey + air oren + kuih raya]. saya tak makan semua okey~ saya borak-borak sampai zohor...lepas zohor..saya tertidur...
abis..kakak dan abang yang suruh saya tidur. hehehe...

jam 3pm saya bangun... di luar sudah bising dengan suara tetamu... adoi~ malu nak keluar..tunggu tetamu pulang baru saya keluar.
saya makan lagi... ^_^
jam 4.45pm saya pulang...[nak ke open house lain pula...]

sampai di shah Alam jam 5.15pm. [memandu agak laju sebab takut lewat..] tunggu kawan di shell.. lebih kurang 5.40pm. baru dia sampai... gerak ke Bukit Jelutong...al kisahnya... pernah sekali sampai di rumah kawan ni bulan 6 dulu... tapi malangnya kami lupa simpang mana nak masuk. muahahahaha...
call tuan rumah, tak reti-reti nak jawab phone. memasak katanya...adoi...

masuk kawasan perumahan pertama...macam tak yakin langsung. tak masuk simpang mana-mana pun kami pusing dan keluar...
masuk perumahan ke-2. dengan pandainya tanya en.guard [bangla] hhihihi.... sebut nama tuan rumah. dia minta alamat. hahahaha itu yang jadi masalah. kami tak tahu alamatnya... biasa la..kalau dah kawan rapat. pernah ke rumahnya..mana nak minta no rumah. sekarangkan dah susah~!
siap guard tu kata dalam kawasan jagaan dia ni tiada open house. adoi~ kawan ni buat open house kecil-kecilan saja...

saya kata kat member sebelah...saya nak ikut kata hati je... sebab betul-betul tak ingat. tak kan la nak lalu setiap simpang dalam kawasan perumahan tu..mak ai...sikit punya banyak simpang kalau nak masuk satu-satu...
sampai hujung simpang saya belok kiri..saya terus lagi...simpang pertama tak rasa nak masuk..simpang ke-2 pun tak rasa nak masuk. tapi tangan saya membawa saya masuk ke simpang ke-2... uikss... [mesti ada yang tak percaya] tak kisah la..janji saya jumpa rumah kawan saya.. tak la sia-sia kitaorang jalan jauh-jauh.
lepas masuk simpang tu..kami terus sampai kami agak-agak itu pagar tuan rumah. hahaha...saya nampak macam kereta tuan rumah...kira  betul je la..[pintu pagar terbuka. tapi pintu tutup] bagi salam tak dengar. riuh sekali kat dalam. tekan la loceng dengan jayanya. baru la tuan rumah keluar.kami sampai jam 6.15pm.

makan kuih... makan laksa...makan mee hoon singapore... solat maghrib, pulang jam 8pm...
letih dan puas....

p/s: kepada sesiapa yang buat open house...sila la jemput saya ^_^

Saturday, October 02, 2010

87 - kisah dari dalam library...

Assalamualaikum....
shhhuuutttt...jangan bising-bising..saya ada di dalam library... hahahaah [tak ada kaitan pun dengan orang lain kan?]

mahu membuat tesis... tapi..bila sudah berjumpa dengan en.tenet ni...hahaha..macam-macam benda lain boleh jadi..
mula-mula cek email..bukan satu email...2,3..email. kemudian... blogwalking kat blog sendiri....lawat-lawat kawasan "blog-blog yang saya akan lawat jika ada kelapangan.." tak lapang pun jadi lapang.. hehehe... [yang update je okey..tak kan nak baca entry sama banyak-banyak kalikan?]
kemudian lawat kawasan "sesi beramah mesra" wah...kalau dah ada yang menyapa...apa lagi...tegur la semua...heehehehe...

eh, lama pula di sini sebab gatal-gatal nak post new entry..ahahahaha...

saya ada dua story
[PERTAMA]
pagi tadi..[tak pagi sangat pun hampir jam 12] hehehe. sesudah parking yang sangat jauh ke belakang di [tempat parking la kan?? hahaha] di kampus UTM KL. saya pun menapak la..maklum la..nama pun park jauh ke belakang...terpaksa la menapak ke depan untuk ke library. [lapor kawasan: parking berada di tepi jalan raya. jalan raya ni..luar pagar kampus la ye kawan-kawan.hehehe]. saya nampak en.polis ber'uniform' putih suci, menaiki motor yang besar melalui jalanraya yang di luar pagar kampus tadi tu...hehehe...saya bukan nak cerita tentang baju putih sucinya atau motor besarnya... tetapi saya nampak en.polis tu sedang melihat-lihat handphonenya, seperti membaca mesej yang dihantar oleh isterinya [saya tipu. manalah saya tahu siapa yang menghantar mesej kepadanya]
persoalanya sekarang....dia sedang memberi contoh yang tidak baik....[wallahualam..]

[KEDUA]
semasa berada di depan pc yang sangat cerah masa depan screen ni...tiba-tiba ada seseorang lalu... hmmm...harumannya...mengingatkan saya kepada sesuatu peristiwa.... tapi apa ya? saya tak pasti...upsss...tadi kata ingatkan?? hahahaha...maksudnya...ada sesuatu di dalam memori saya yang berkaitan dengan haruman tu..tapi....entahlah...[wallahualam..]

p/s : maaf la..entry  kali ni kecil saja...supaya orang yang lalu lalang di belakan tak perasan apa yang sedang saya lakukan...supaya kelihatan entry ini pendek sahaja walaupun sudah melebihi 50 patah perkataan..hehehehe

jom baca cerita lain juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...