Assalamualaikum kepada semua pelayar-pelayar blog...
kini anda berada di zon Norazlina [atau] Nora...
terima kasih kepada sesiapa yang sudi melawat, termasuk atau tersesat ke zon saya ni...
di zon ini saya sekadar ingin mencoretkan perjalanan hidup saya...
agar saya dapat melihat pencapaian saya masa kini dan masa akan datang....

bermula dengan cabaran 30 hari menulis blog...
adakah saya berjaya menyahut cabaran ini?? kita lihat bersama-sama...

lawatan sambil belajar...

:: Jom jalan-jalan di sini ::

Blog writing....

Daisypath Anniversary tickers

Friday, March 16, 2018

1.18 kenangan.. banyak yang berubah..

Assalamualaikum...
Tak tau nak mula dari mana..

Tiba2 teringat saya pernah ada blog.. bila buka..still ada..

Baca..baca..dan baca entry sendiri..
Betul2 Titipan kenangan..

Banyak berubah..
Last blog 2014 sekarang 2018..
Lamanya...

Paling terkesan.. 16 mac 2015 saya kehilangan ibu tercinta...
Hilang segala rasa...

Bila baca entry.. 247 ma masuk hospital.. 2015 ma masuk hospital lagi.. siapa sangka? Itu yang terakhir...

Hari ni 16 mac 2018 genap 3 tahun ma pergi..
Al Fatihah untuk hajah Kamaliah binti Abd Rahman...
Semoga ma ke syurga...Amin...

#Titipankenangan

Wednesday, October 01, 2014

249 - kesihatan

Assalamualaikum...

salam rindu untuk blog sendiri...
Dah lama betul tak ber'blog'.
Malam ni rasa nak berblog pula..

Terima Kasih kepada yang singgah.
Semoga kita sihat dan ceria sentiasa..

Hrummm,,,
entry ni dibuat sebab saya rasa tak sihat..
hehehe... rasa nak menulis
Ya Allah...seandainya hambaMu ini telah melupakanMu sejenak..
Ampunilah hambaMu ini..Amin...

Dua tiga hari ni..heart beat saya laju kembali..
Aduh.. susah betul perjalanannya...

lepas bulan januari, kesihatan semakin baik. Lama-lama lupa diri semula..
apa nak jadi la... Bila sakit ingat doktor..
" owh, doktor pesan jaga makan"
" doktor pesan makan vitamin yang diberi sampai habis dan continue makan vitamin "
bila habis, kesihatan semakin baik, vitamin di lupakan..

bulan April.. rasa tersiksa..
minta surat refer ke hospital. lebih yakin.
tapi malangnya tak pergi pun hospital..

bulan 8 rasa sakit, ke hopital putrajaya..
sampai hospital, ambil nombor giliran untuk pendaftaran, [nasib tak lama]
" maaf cik, kat sini kami tiada pakar. cik boleh terus ke hospital Serdang"
aduh... Hospital besar tapi tak ada pakar bahagian jantung.

disebabkan baru 2 kali jejakkan kaki ke hospital Serdang, saya tidak ke sana.
ajak kakak.. dari sehari ke sehari tangguh.. [ sibuk.. lupa.. malas.. sibuk.. lupa..lupa..lupa..]
banyak alasannya kan?
hari raya menjelma.. [kesihatan baik2 je]
makan pun tak agak-agak..

30 september..
sakitnya mengada-ngada...
denyutan jantung tak kuat.. pengepaman yang perlahan menjadikan temponya laju..
wah.. dah macam apa tah ayatnya...
pendek kata.. [seolah2 pam tak habis]
siksanya rasa..

breakfast macam biasa..
do house hwhole chore.. senaman ringkas.
rasa penat.. mandi.. rest.. masak.. rest.. solat
kakak balik jam 3

jamah sedikit kuah laksa...
mual.. muntah.. kosong rasa perut..pening..
heart beat laju... [pam darah tak habis rasanya..]
berdebar-debar

esok nak ke hospital. semoga Nor Az Lina sihat sentiasa Amin..
nota hati: semoga Allah meredhai setiap perbuatan kita.. Amin..

Friday, May 16, 2014

248 - Selamat Hari Guru

Assalamualaikum...

salam ceria dan penuh bersemangat~!

SELAMAT HARI GURU~!!!
kepada semua cikgu yang telah mendidik saya dan kepada seluruh guru di Malaysia..
jasamu pasti dikenang hingga ke akhir hayat... Amin...

hari ni saya hanya sambut hari guru di rumah.. sedihnya...
sabarlah cik Norazlina...

teringat tahun2 sebelum ni..
tahun 2012 saya sambut hari guru di sekolah menengah tempat saya praktikal...
meriah... sangat meriah..

macam ni la kami disambut.
meriah
tahun 2013 pula..
di sekolah rendah di mana saya menjadi guru ganti..
rasa tak meriah sebab saya tiada geng. :(
sehinggakan saya tiada sekeping pun gambar. hanya kenangan sahaja di minda.

tahun 2014 lagi sedih...
saya tidak menjadi guru ganti di mana-mana sekolah. maka, duduk diam2 sahaja di rumah.
sedihkan?


nota hati: Ya Allah berilah rezeki untukku menjadi guru sehingga akhir hayat. Amin...

247 - mak masuk hospital

Assalamualaikum...

seribu kesyukuran dipanjatkan atas kesihatan yang semakin pulih.
salam ceria dan penuh bersemangat..

sebulan berlalu...
rabu 16 april 2014 ma di masukkan ke hospital kerana jantungnya lemah.
hari tu memang ada appointment pun.. tapi di sebabkan keletihan, jantung jadi lemah.
oleh kerana keadaan ma stabil, adik tak tragik la membuat panggilan.. ma pesan, jangan bagi tau sesiapa. [itu ayat biasa yang ma pesan]

"tolong top up aku ngan ma. dah tak ada kredit susah nak call nanti"
"aik? duduk dengan ma pun nak call ma ke?"
" ala.. aku nak bagi tau ni..sebenarnya ma masuk hospital. sakit jantung. lemah. malas nak bising2. ma pesan jangan bagi tau sape2"
" apa?teruk ke?bila masuk? kenapa?ma buat kerja berat ke? ma penat ke?"
" tah tak tau. tak buat kerja pun."

hati resah. tapi sebab adik kata keadaan ma baik2, jadi lega sedikit.
terus online banking dan top up..

teruk tak teruknya saya?
petang baru bagi tau kakak.
kami bersabar bersama2.
jumaat kakak buat keputusan untuk balik kampung.
pagi sabtu 19 apil 2014, kami balik. jam 11 lebih pagi kot kami sampai.
muka ma berseri2 tengok anak2 dan cucunya. itu je ubat yang paling mujarab.


nota hati: Ya Allah..panjangkan usia ibuku sehingga aku punya kehidupan sendiri dan pandai berdikari membimbing keluarga sendiri.. Amin...

Wednesday, May 14, 2014

246 - kucing baru kami - terapi minda

Assalamualaikum...

salam ceria penuh kegembiraan..

hmmm.. tak lama pun lepas putih mati.. kami ada pengganti..
saya ingat saya je yang rasa kehilangan.. rupanya yang lain pun rasa. tapi masing-masing tak tunjuk.
saya tak terfikir nak cari pengganti dalam masa yang terdekat. tapi nak buat macam mana..
kucing-kucing tu ada depan mata..

kucing-kucing?
ya... kucing2.. ishh.. kakak... kakak.. kenapa kucing2?

31 mac 2014
wasap masuk..

ada anak kucing 4 ekor..nak? tapi hitam putih :D

     macam nak, tapi nak baka macam belang [montok]
     gemuks.. pendek.. rindu belang
     semua hitam putih ke?
     cari la yang warna warni pula

perbualan tu habis situ je.. kakak masuk kelas kot.

1 april 2014
esoknya wasap masuk lagi

aku bawa balik anak kucing
    biar betul ko.  

wasap tak berbalas..
pon..pon.. bunyi hon kereta..
wasap masuk

cepat la buka pintu..
woiii..

buka pintu,ambil beg2 sekolah anak2..
ada kota rice cooker?
buka cepat tengok apa  kat dalam..
miow.. miow...
apa? anak kucing?

betul2 baby.
1- hitam berantai putih dan bahgian bawah badan putih (tom)
1- hitam berkaki putih (ted)

chomelnya..kecil je..


kakak kata ada lagi 2 ekor di sekolah.
hah? ok..tak apa la..
kesian yang lagi 2ekor.. tak kan la nak ambil semua?
tak kesian ke?

hahaha...
malam keesokan harinya, di ambil lagi 2ekor. jumlahnya 4 sekarang
ciri2

1- hitam dab bahagian bawah badan + kaki putih, ekornya pendek (olef)
1- hitam berantai dan bahagian bawah putih. tapi ada tampok2 putih atas badan. (miti)

siap tilam.
khas dibuat untuk mereka
selesa
2 hari lepas tu bawa ke klinik..
doc kata umur baru 1 bulan..
ok..beli susu. [mahal] sekotak RM7.90
jaga anak kucing sungguh sukar. bila search.. anak kucing tak pandai berak sendiri sebab mak dia yang tolong beri ransangan. doc ajar macam mana nak tolong anak kucing berak.
doc bagi ubat cacing + ubat kutu. prevention.

lepas seminggu baru mandikan. keringkan bulu guna head dryer. mudah. mereka tak menggila.

2 minggu lepas tu 17 april 2014
ke pet shop untuk beli susu kucing.
dari satu kedai ke satu kedai yang lain,tak ada? adoi.
tiba di luar kedai ke 2.. comelnya kucing coklat perang ni..sambil lalu saya tegur dan masuk ke kedai. tanya susu kucing. tiada.
sambil jalan nak keluar saya tanya,

berapa harga kucing di luar?comel. 
kalau u nak ambil la.. free.. bos jumpa di lorong belakang kedai.
biar betul? free? tak payah bayar? u jangan main2.. i suka tengok kucing tu
betul..angkat la kalau nak.
nanti kejap ye? i tanya kakak i dulu [kakak tunggu dalam kereta je time tu]

kak, ada anak kucing chomel. coklat. nak ambil boleh tak? tokey kata free. gila comel. turun la tengok.
kucing kat rumah dah banyak la...
tengok la dulu. gila comel.

kakak turun dan jatuh cinta.
berkira2 nak bawa balik. saya setuju je nak jaga. sebab 4 ekor tu pun saya yang jaga.
mereka hanya bermain dengan kucing..
saya bagi makan, saya tolong mereka berak,

akhirnya berjaya bawa pulang.. si koko


terus bawa ke klinik. doc kata umurnya 2 bulan. kesihatan yang baik. dan bersih,
doc pesan kurung 2 minggu untuk dia biasa dengan environment. dia menjerit2 dari dalam cage. suara halus lama2 jadi kasar. 2 minggu jadi 2 hari.. saya mandikan dan lepaskan bermain dengan 4 ekor yang lain.. tak sampai 1jam mereka seperti adik beradik.

mereka
lagi seminggu boleh bawa untuk diberi vaksin. tapi bergantung kepada kewangan kami.. hehehe...

Nota Hati: gelagat mereka sangat menghibur hati kami...
teman tuannya buat homework
selesa
  
qaseh memang suka peluk kucing-kucing tu
walaupun bukan kucing dia
mula2 qaseh paksa kucing masuk dalam mangkuk dia
akhirnya kucing2 ni suka masuk sendiri dalam mangkuk
dan tidur dalam mangkuk
dia suka terlentang
terungat pada si belang
koko sama macam belang
jenis gemuks, montok
tengok la sampai macam tu sekali tidurnya 



kadang2 mereka tak nak tidur atas tilam yang empuk tu..

atas sofa
  



atas sofa sebalik langsir
sun bathing bila dapat peluang
keluar rumah
atas rak TV
bawah meja study

Nota hati: kucing2 adalah terapi minda.. sekarang hujan... 2 ekor berada di bawah meja tepi kaki saya... seekor di atas sofa sebelah saya..2 lagi di atas tilamnya...

10 may 2014

jom baca cerita lain juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...