Assalamualaikum kepada semua pelayar-pelayar blog...
kini anda berada di zon Norazlina [atau] Nora...
terima kasih kepada sesiapa yang sudi melawat, termasuk atau tersesat ke zon saya ni...
di zon ini saya sekadar ingin mencoretkan perjalanan hidup saya...
agar saya dapat melihat pencapaian saya masa kini dan masa akan datang....

bermula dengan cabaran 30 hari menulis blog...
adakah saya berjaya menyahut cabaran ini?? kita lihat bersama-sama...

lawatan sambil belajar...

:: Jom jalan-jalan di sini ::

Blog writing....

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label 22 April ulang tahun kelahiran saya.... :). Show all posts
Showing posts with label 22 April ulang tahun kelahiran saya.... :). Show all posts

Friday, May 09, 2014

241 - kelahiran dan kematian

Assalamualaikum...

semoga semuanya sentiasa dirahmati Allah..amin...

dari entry lepas ke entry sekarang jauh betul jaraknya..
meh nak cerita kisah sedih. hahaha... sedih la sangat.

rupa-rupanya bila umur dah masuk 3 series ni... tak lagi macam sebelum- sebelum ni kalau sambut birthday...
hahaha.. sedih je bunyinya.. ni la jadi kalau setiap tahun disambut dengan kek. tapi tahun ni tiada kek. kasihankan?

tepat jam 12 saya di bilik menulis entry... seisi rumah sudah mengembara di alam fantasia...
pagi2..tiada siapa yang ingat nak wish. bit frustrated.

seisi rumah kosong.. tengah hari pun sama.
teruk punya kakak.. ok la..saya maafkan la sebab umur dh nak masuk 4series...hahaha..
dah la lupa, hadiah pun tak ada.. [terpaksa juga memahami..]
sebab tahun sebelum2 ni saya pilih hadiah saya sendiri. [wink*]

hasil kumpulan wish di FB Alhamdullillah.. saya bersyukur FB ada buat auto reminder untuk kengkawan. hahaha.. kalau tak..bersedih sampai ke sudah la saya nampaknya..
tapi tak la ramai mana pun yg wish.. cukup la sekadar adik beradik dan kawan rapat.

petang baru la anak-anak di bawah jagaan saya wish...
tiada kek..
tiada hadiah...
owh..ada satey abang ipar beli sempena hari lahir saya kot. tapi dia tak bagi tau. fikir2 sendiri la kan? umur dh 3 series.. bukan kanak2 lagi yang perlu dirai..
apa saya rasa ya?

masa tu la terfikir... dan keluarkan idea sendiri..
bila masuk usia 3 series...
kita dah tak perlu menyambut ulang tahun kelahiran lagi barangkali..
saya memikirkan kematian yang menghampiri...

Ya Allah..Ampunilah dosa2 hambamu ini..Amin..
Alhamdulillah saya masih diberi peluang menghirup udara pada usia 30 tahun..
terima kasih Ya Allah..
saya mengimpikan kehidupan yang lebih baik.
semoga Allah memperkenankan doa saya..Amin..

saya nak belon yang banyak macam ni

nota hati: saya nak kehidupan yang berbeza pula.. Ya Allah.. perkenankanlah..Amin




Tuesday, April 22, 2014

240 - 3 series

Assalamualaikum...

semoga yang membaca sentiasa mendapat rahmat dari-Nya.. Amin..
kurang 5 minit dari sekarang tajuk releven dengan entry..

wah..!! tajuk macam gempak. sekali tengok macam kereta BMW 3 series. hahahaha...
mampu ke? berangan je la sampai ke sudah.

3 minit dari sekarang...
umur bertukar! bertukar! bertukarrr !!! kepada 30-an.. tidak lagi 20-an.. hahahaha
tidakkkk!!! macam tak dapat terima kenyataan je. hihihi...
rasa macam nak lari laju-laju je. dengan harapan umur 3 series tak kejar la kan?
kalau kereta BMW 3 series kejar best la juga kan?

1 minit lagi...
Saya berdoa agar kehidupan saya berubah..
Mohon diberi kesihatan yang baik..
Mohon di makbulkan [doa-doa] saya..
Amin...

sekarang!!! yey!


selamat ualng tahun..
selamat ulang tahun..
selamat ulang tahun kelahiran Norazlina..
selamat ulang tahun...





Alhamdulillah..
terima kasih Ya Allah.. beri saya kehidupan ini..
perjanjian yang telah dibuat akan saya tunaikan.
mohon segalanya yang baik-baik.. Amin...

Nota Hati: semoga mak saya segera sembuh. Amin.. [6 hari di Hospital]

5 minit berlalu...

Friday, April 22, 2011

181 - Syukur

Assalamualaikum...

semoga yang singgah di zon Norazlina [atau] Nora sentiasa sihat dan dilindungi Allah..Amin...



Alhamdulillah dengan limpah dan kurnianya, saya masih di beri kesempatan untuk meminjam nikmat hidup di dunia ini pada usia genap 27 tahun..Alhamdulillah Ya Allah...



semoga Allah sentiasa memberikan Nur-Nya kepada Norazlina [atau] Nora
semoga Allah sentiasa memberkati Norazlina [atau] Nora
semoga Allah sentiasa melindungi Norazlina [atau] Nora
semoga Allah sentiasa melimpahkan rezeki-Nya kepada Norazlina [atau] Nora
semoga Allah sentiasa memberi keizinan untuk memenuhi impian Norazlina [atau] Nora
Amin..Amin..Amin...Ya Rabalalamin...



nota hati: tiada hadiah yang terindah melainkan doa-doa dari orang tersayang..Amin...

sudah lama tak berjumpa kawan-kawan.. ^_^
nota hati2 : genap setahun saya menulis blog ini...

Friday, April 23, 2010

1- kenapa 22 April 2010?

22 April 2010 ulang tahun kelahiran saya....yang ke berapa? huhuhuhu... malu ingin menyatakan...
orang kata 26 tahun sudah tua... ye ke?
kenapa tarikh ni??? sebab saya suka....
saya boleh ingat bermula dari bila saya merekod perjalanan hidup saya...
semoga semua indah-indah dan baik-baik belaka....

semoga tanggal 22 April 2010 bermula sebuah kehidupan yang lebih baik untuk saya...
kepada-Nya saya bermohon agar diberi kesempatan dan keberkatan untuk menumpang di bumi-Nya yang sementara ini agar dapat mengharungi segala cabaran dan dugaan dengan tenang, tabah dan bijak..Amin....

jom baca cerita lain juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...