Assalamualaikum kepada semua pelayar-pelayar blog...
kini anda berada di zon Norazlina [atau] Nora...
terima kasih kepada sesiapa yang sudi melawat, termasuk atau tersesat ke zon saya ni...
di zon ini saya sekadar ingin mencoretkan perjalanan hidup saya...
agar saya dapat melihat pencapaian saya masa kini dan masa akan datang....

bermula dengan cabaran 30 hari menulis blog...
adakah saya berjaya menyahut cabaran ini?? kita lihat bersama-sama...

lawatan sambil belajar...

:: Jom jalan-jalan di sini ::

Blog writing....

Daisypath Anniversary tickers

Monday, July 12, 2010

56- piala dunia.... TAMAT...World cup [END]

Assalamualaikum..
sudah lama tidak menulis... saya ber'hibernate'. huhuhu....
sungguh rasa ketidakselesaan dalam hidup melanda...[memikirkan masa hadapan..]

cop-cop...saya mahu bercerita tentang bola sepak dahulu...
awal pagi tadi...saya menonton sendirian [pity me] semua orang mahu bekerja pada siang hari..maka tidur lebih penting daripada menonton bola... nanti kualiti kerja merundum pula...
saya?hrummm....biasa la... terlebih excited pula... ada tujuan sebenarnya... saya mahu lihat sendiri kemenangan pasukan pilihan saya...
yang pasti spain menang~~!!! yeahh~!!! tak salah la ramalan 'si sotong paul' huhuhuhu... 'si sotong paul tu sungguh glemer semenjak dua menjak ni... hehehe...

jaringan gol di buat oleh Andrés Iniesta yang mana menjaringkan gol lebih kurang pada minit ke 26 masa tambahan [30 minit] selepas seri 0-0 sehingga tamat permainan... [wah..macam pengulas sukan pula saya...]
cuba untuk mencoretkan sedikit sejarah di dalam blog saya...supaya satu hari nanti, saya boleh mengimbau kembali saat-saat saya menonton bola sendirian.

wah..ni memang sejarah. Sepanjang world cup 2010..game ni paling banyak kad kuning di layangkan... huhuhu... 45 minit pertama sahaja lima kad kuning di layangkan...[tiga untuk holland [atau belanda atau Netherlands(banyak betol panggilannya)] Van Bommel, Van Persie, and De Jong) dan dua lagi untuk Spain (Puyol and Ramos). lagi pada minit ke 55, Heitenga dari belanda dan Arjen Robben pada minit ke 84. pada masa tambahan... heitenga dapat kad kuning ke-2.

huh..sungguh penat menonton..sehingga jam 5am...nasib pasukan pilihan saya menang...dah jadi berbaloi-baloi menunggu sehingga tamat... PUAS~~!!
tamat la sudah acara besar dunia....
ada yang kata terkesan dalam kehidupan...[maklum la...jadual tidur semua berubah...kesanggupan untuk menonton]
ada yang kata, perlawanan ni bertujuan melalaikan umat islam... [menghabiskan masa untuk menonton..]
apa-apa pun..pendapat saya..."tepuk dada tanya selera" masing-masing ada pendapat sendiri...
kita ada pendirian atau hak masing-masing... yang penting, kita tidak leka dan lalai...
tidak semestinya yang menonton tu..tak ingat pada Allah... itu antara individu dengan Allah. Kita tiada hak untuk menilai dan menghukum....

semua ni saya membuat penilaian di FB.. memandangkan ledakkan facebook[FB] sangat berleluasa, semua pendapat dan pandangan individu di lontarkan di sana....
ada yang gembira, ada yang sedih, ada yang kecewa, ada juga yang tak menghiraukan langsung world cup kata mereka melalaikan...
InsyaAllah...semua tahu hak masing-masing...

saya terus masuk tidur selepas habis menonton..tapi malangnya..tidur saya diganggu... tidak tahu apa yang mengganggu..orang kata, sudah lepas waktu tidur, mata merajuk [saya yang kata sendiri sebenarnya]
tah jam berapa terlelap. yang pasti 6.30 am saya sudah bangun untuk subuh...
tapi..mata berat tidak membenarkan untuk saya terus berjaga selepas solat...akhirnya jarum kait dan benang di tangan entak ke mana...sedar-sedar sudah jam 8 am... masa untuk bertugas....
hehehe

wassalam...

No comments:

jom baca cerita lain juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...