Assalamualaikum kepada semua pelayar-pelayar blog...
kini anda berada di zon Norazlina [atau] Nora...
terima kasih kepada sesiapa yang sudi melawat, termasuk atau tersesat ke zon saya ni...
di zon ini saya sekadar ingin mencoretkan perjalanan hidup saya...
agar saya dapat melihat pencapaian saya masa kini dan masa akan datang....

bermula dengan cabaran 30 hari menulis blog...
adakah saya berjaya menyahut cabaran ini?? kita lihat bersama-sama...

lawatan sambil belajar...

:: Jom jalan-jalan di sini ::

Blog writing....

Daisypath Anniversary tickers

Monday, April 18, 2011

176 - tak tahu nak bagi tajuk apa untuk entry ini...

Assalamualaikum...

kesyukuran di panjatkan ke hadrat Illahi..[saya tidak tahu kenapa] yang pasti...saya sedaya upaya meredhai perjalanan hidup saya...

" wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai..Amin.."
semoga yang singgah di zon Norazlina [atau] Nora sihat dan dilindungi sentiasa...Amin...

terima kasih kepada sahabat yang prihatin..
terima kasih kepada sesiapa yang rajin singgah..
terima kasih kepada yang sudi membaca...
terima kasih kepada yang saja-saja singgah...
terima kasih kepada sesiapa yang tersesat (^_^)..

kenapalah seperti itu ayat-ayat di atas... [ini mungkin pengaruh jam yang sudah mencecah ke angka tengah malam] hehehe...

banyaknya benda nak di ceritakan..sampai tak tahu nak mulakan di mana...
mesti serabut yang datang singgah di sini...

tarikh pembentangan & tempat
sudah muktamad katanya...
7 mei 2011 [di JB] 
"tak perlu kata apa-apa..
senyum..senyum.."



terpaksa menyanyi lagu kegemaran untuk merawat gundah gulana...
hey orang JB yang berhampiran dengan UTM, silalah belanja saya makan...^_^

tak perlu di ulas apa yang di jawab oleh penyelia PSM tentang penukaran tarikh.. [menyakitkan hati] boleh menimbulkan dosa..[dan boleh buat saya masuk neraka] <<< sedapkan hati sendiri. berusaha untuk menjauhi neraka. klise!
saya sendiri yang bertanya tentang tempat pembentangan.
saya sendiri yang meminta dibuat di KL [dari lebih kurang 30 orang pelajar. berani sungguh!]
saya sendiri yang cakap saya banyak hadapi masalah dengan penukaran sesuka hati..[jawapan benar-benar menyakitkan hati]
masa tu juga saya teringat kata kakak... ["kau, kalau marah, tak boleh sembunyi dari muka kau. nampak sangat."] ye la..nama pun marah. tak akan air muka menjadi ceria..sehinggakan, penyelaras memandang saya..saya kalihkan pandangan itu...[subahanalah...] 'jahatnya kamu' [lagu stacy. saya suka juga lagu ni..hahaha tiada kaitan..]

pulang ke rumah.. kakak marah saya...
kenapa lecturer kau tukar tarikh sesuka hati?
apa lagi yang saya patut jawab. saya bukan lecturer...
kau tak cakap ke kat diorang yang kau dah susah-susah tempah hotel?<< saya sudah jawab soalan ni di atas tanpa memberitahu kaka...malas di panjangkan.
sekali lagi saya kena...[sudahnya, saya jawab..mereka memang suka-suka hati..selebihnya..diam lebih baik.]
sudah setakat itu...

jom layan gambar. cuci-cuci mata.. ^_^
sabtu saya keluar lewat. jumaat malam saya siapkan tesis sehingga jam 3am..
prepared untuk ditunjukkan kepada penyelia. biar dia komen sebakul supaya mudah kerja membaik pulih yang mana salah..[biarlah kos print tinggi..external ink membantu.]

saya ada dua homework matematik yang belum siap..
celik mata ingat assignment. manalah tak stress? 
di luar, hujan mencurah-curah. [mungkin petanda supaya saya menghabiskan masa di rumah untuk siapkan tugasan.berbanding menghabiskan masa di jalan raya...
siapkan home test persamaan terbitan [sampai sekarang, subjek ni belum lagi terbit. entahlah!]
jam 9am..siapkan aljabar moden [kalau buat dari hari isnin, tidakkah selamat?] adoi~
saya memulakan perjalanan tepat jam 12.01pm
hujan renyai di bandar Puteri
hujan lebat di NPE
petang yang cerah di Yayasan Selangor
 ahad [17 april 2011]
saya keluar jam 7.30am..sudah lewat..

matahari memancar di depan mata


matahari pagi di NPE
jumpa penyelia dari jam 2.30pm - 5.30pm
2 jam untuk menyelesaikan masalah tesis saya..

petang di NPE

nota hati: banyak rahsia di sebalik gambar. saya belum bersedia untuk membongkarnya... syaratnya, hukumnya...[saya masih tiada ilmu dalam bab ini..]

No comments:

jom baca cerita lain juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...