Assalamualaikum...
salam singgah...
terima kasih kepada yang singgah...
semoga kita ceria di pagi hari
selamat pagi.. nor az lina.... hahaha [rindu nak dengar kim tan cakap selamat pagi kat cha eun sang]
pagi-pagi dah cerita pasal kesihatan... ianya memang penting...
disember 2013 saya buat pemeriksaan darah.
kesedaran terjadi bila tiba-tiba heart beat saya laju berkala. macam tu pula kan?
tidak setiap hari... tapi dalam seminggu ada beberapa kali. tidak setiap bulan juga.
bila difikirkan semula ia berlaku sejak hujung 2012. punya la lama simpan.
sebabnya?
saya tidak memanjakan diri dengan sakit2 yang remeh temeh.
remeh ke?
anggapan remeh. bila dibiarkan?
ia melarat sepanjang 2013.
sedar ke?
masih belum sedar. sehingga hujung tahun 2013.
18 hb rasanya buat check up ambil darah.
balik kampung sekejap..
sepanjang cuti disember.. merata berjalan2... dekat2 je la.. shopping... window shopping..
awal januari 2014 baru saya ada kesempatan ambil result.
teruk ke?
tak la teruk mana pun. kot~
tapi ada.
doktor terangkan satu2.. darah ok... jantung ok.. buah pinggang ok.. tekanan darah ok
tiba2. detected! ngeri je bunyinya...
dalam family ada yang sakit jantung?
ada. [mak]
buat masa sekarang, jantung awak sihat.
tapi...
ada probability nak dapat serangan strok.
huh~! strok sekejap bila dengar.
sebenarnya saya dah buat research seminggu sebelum ke klinik.
heart beat laju. [kemungkinan di serang strok]
memandangkan ia kelihatan bahaya, itulah yang membawa saya kepada doktor berkenaan.
mental terima dalam paksa.
boleh baik ke doktor?ada ubat ke?
ada vitamin yang boleh mengurangkan kadar. ada beberapa orang pesakit saya yang ok selepas makan vitamin.
pop! saya kena beli vitamin untuk dimakan setiap hari selama 3 bulan.
pemakanan doktor?
kurangkan makan danging, banyakkan makan sayur dan buah. jaga pemakanan kamu baik2.
arghh.. takutnya...
sejak balik tu saya bimbang. tapi kakak marah.
bukannya doktor kata ko akan kena strok. kemungkinan akan diserang je.
huh~! kemungkinan tu la yang saya tak mahu.
saya dah tak dapat makan danging ala kora [ febret saya setelah banyak sangat menonton korea. terliur melihat mereka makan daging bakar panas2] saya pun terjebak. sehinggakan kakak beli dapur ni untuk memudahkan saya bakar daging.
arghhh~! haven!
saya sudah berhenti.. ke pasar raya..saya akan jauhkan diri dari tempat daging.
tidakkkkk....
saya kurangkan minyak ketika memasak
saya kurangkan lemak
saya berhenti makan daging
banyakkan buah
banyak kan air masak
takutnya....
nota hati: kepada semua blogger, jaga kesihatan sebanyak mungkin..
Assalamualaikum kepada semua pelayar-pelayar blog...
kini anda berada di zon Norazlina [atau] Nora...
terima kasih kepada sesiapa yang sudi melawat, termasuk atau tersesat ke zon saya ni...
di zon ini saya sekadar ingin mencoretkan perjalanan hidup saya...
agar saya dapat melihat pencapaian saya masa kini dan masa akan datang....
bermula dengan cabaran 30 hari menulis blog...
adakah saya berjaya menyahut cabaran ini?? kita lihat bersama-sama...
No comments:
Post a Comment