Assalamualaikum kepada semua pelayar-pelayar blog...
kini anda berada di zon Norazlina [atau] Nora...
terima kasih kepada sesiapa yang sudi melawat, termasuk atau tersesat ke zon saya ni...
di zon ini saya sekadar ingin mencoretkan perjalanan hidup saya...
agar saya dapat melihat pencapaian saya masa kini dan masa akan datang....

bermula dengan cabaran 30 hari menulis blog...
adakah saya berjaya menyahut cabaran ini?? kita lihat bersama-sama...

lawatan sambil belajar...

:: Jom jalan-jalan di sini ::

Blog writing....

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, December 30, 2010

121 - petang yang panjang...

Assalamualaikum....


semoga sentiasa diberkati-Nya dan bergumbira selalu...


semalam..seperti dua, tiga hari yang lepas..cuaca mendung saja... sesekali renyai turun..
maka tak dapatlah nak mendobi pakaian...akibatnya...setambun pakaian di dalam bakul. bukan satu bakul..dah masuk tiga bakul...[itu pakaian kakak anak-beranak sahaja. belum masuk pakaian saya]
nampaknya hari ni terpaksalah mendobi berbayar...adoi...terbang lagilah duit....
seperti biasalah saya dan kakak sentiasa mempunyai fikiran yang sama...[pagi-pagi sebelum ke sekolah dia dah pesan supaya asingkan pakaian mengikut kelas masing-masing untuk dihantar dobi...] *wah~ siap ada kelas lagi...huhuhu


bila cuaca mendung sentiasa..maka, tak perasan jam sudah pukul berapa...setiap minit seperti sudah jam enam... adoi~
saya mahu ke pejabat pos... sekali kakak nak ikut da...[bukan ke pejabat pos] dia nak join saya keluar untuk buat beberapa perkara...


dalam cuaca yang mendung dan terasa sangat lemau...jam 3.00pm baru keluar...
masa saya masuk pejabat pos, hanya ada tiga orang yang sedang menunggu. jadi saya tidak mengambil nombr terlebih dahulu. tapi hanya minta borang pos laju dan ke kereta menulis segala alamat yang nak ditulis...


10minit kemudian 
saya masuk kembali...wah~ kenapa ramai sangat makhluk-makhluk kasar di dalam pejabat pos... aduh~ saya terpaksa menunggu 12 orang [mengikut nombor yang tertera...aduh~...




kekecewaan melanda...sebab bila nombor dah hampir sampai...lambat pula mereka di kaunter. 
sambil menunggu...nampaklah si mamat pos ni nak collect surat...
dapatlah tengok macam mana dia collect surat...




dengan membawa guni ala-ala santa claus..dia masukkan semua surat-surat yang ada dalam kotak pos. cara dia masukkan? aduh~ kalau tengok sendiri mesti rasa kecewa. disumbat-sumbat sahaja surat-surat ke dalam guni tanpa memikirkan apa isi kandungan surat-surat tersebut... 
teringat sebentar tadi saya telah masukkan satu surat saya di dalam kotak pos tu... apalah nasib isi dalam surat saya...semoga surat tu tak terbuka hasil dari sumbatan encik yang berbaju merak tu...


saya menunggu giliran hampir 45minit... [12 orang]
sungguh buang masa.... tiada ke teknologi baru untuk pos barang dengan lebih mudah ye?
saya tidak suka membuang masa seperti ini...[biar membuang masa di sini]
yang lebih menyakitkan hati... orang sebelum saya mengambil masa hampir 20 minit untuk menghantar barang. sedangkan saya? semasa saya keluar dari pejabat pos, orang itu baru saja masuk ke kereta yang berada di sebelah kereta saya. bayangkan...tidakkah begitu mudah untuk pos barang? adoi~


perjalanan di teruskan untuk membeli barang kakak... 4.30pm sudah terbayang-bayang keadaan jalan raya yang sesak. [ini lagi satu perkara yang saya tidak suka. membuang masa di atas jalan raya.]
saya hanya menunggu di dalam kereta. biarkan kakak menyelesaikan kerjanya.


kakak ajak ke carrefour baru. [inilah masalahnya kalau pasar raya berdekatan dengan rumah. hari-hari mahu bertandang.]
sekali lagi saya menunggu di dalam kereta bersama anak-anak. [tiada mood mahu melayan mereka] biarkan dia membeli belah sendirian. lebih pantas.
nah~ iron steam, rice cooker baru... 


pusing ambil abang ipar pulang dari kerja [akibat kereta lagi satu di hantar  baiki]
sampai rumah jam 7.00pm. penat!


malam menonton bola....


p/s: i wish shopping mall jauh dari rumah...tidakkkkkk....



No comments:

jom baca cerita lain juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...