Assalamualaikum kepada semua pelayar-pelayar blog...
kini anda berada di zon Norazlina [atau] Nora...
terima kasih kepada sesiapa yang sudi melawat, termasuk atau tersesat ke zon saya ni...
di zon ini saya sekadar ingin mencoretkan perjalanan hidup saya...
agar saya dapat melihat pencapaian saya masa kini dan masa akan datang....

bermula dengan cabaran 30 hari menulis blog...
adakah saya berjaya menyahut cabaran ini?? kita lihat bersama-sama...

lawatan sambil belajar...

:: Jom jalan-jalan di sini ::

Blog writing....

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 15, 2010

106 - rentetan menghadapi peperiksaan

Assalamualaikum...

hrummm...cerita ni sudah basi. sudah dapat result pun.tapi biarlah...saya tak peduli...saya mahu tulis juga. tak suka? cari blog lain yang menarik ya? tengok dalam senarai di sebelah..'blog-blog yang akan saya lawati'.. hmm..blog mereka best~

date exam: calculus1 = 12 Nov 2010 - 9.00am    11 hari selepas itu...
                 statistic1 = 23 Nov 2010 - 2.30pm

bermula 8 november 2010 - isnin
bertungkus lumus study sebeb subjek matematik. kalkulus 1st paper pula tu..aduh...shhhuuuttt...jangan bagi tahu mak saya ya? nanti beliau bising. sebab saya repeat subjek ni..heheh 'patut la lambat habis. dulu bagi tahu ma study 5 tahun je. ni dah nak masuk 6 tahun. bila nak habis macam ni..'...bla..bla..bla... ambik kau~! setalam pula kena nanti. nanti bila sudah dapat segulung ijazah, saya akan bagi tahu beliau kenapa saya kelamaan di universiti. janji~

sambung cerita....
setelah bertungkus lumus...barulah saya tahu betapa susahnya kena berusaha untuk faham nak jawab soalan math ni... sebelum ni saya study ala kadar je...sebab tak faham. nak study lebih-lebih pun tak faham. entah macam mana sem ni kelihatan kesedaran sivik agak tinggi... [fikir panjang untuk habis study cepat. mak bising. saya tak kisah sangat. yang saya kisahkan kalau-kalau saya tak dapat menyenangkan hari tuanya...]cukup2 pasal fikir panjang.saya nangis memikirkannya...

sambung lagi...
doa saya semoga Allah balas segala usaha saya dengan kejayaan yang lebih baik. cewah~ baru berusaha sikit, sudah minta lebih.
gigihnya study sampaikan mata yang mengantuk pada waktu tengah hari yang sepatutnya saya take a nap tidak boleh dilelapkan. bayangan kalkulus masih berlegar-legar diruangan minda..dy/dx, sin, tan, cos, semuanya terbayang-bayang. aduh...parah.

kelihatan kemas sebab nak tidur kot masa ni..
di sebelah ada en.vicks

tambah pula orang sekeliling yang tak mahu memahami saya...
biarkan saya sendirian..
biarkan apa saja yang saya mahu lakukan...
biarkan saya dengan dunia saya pada ketika ini...
ketika exam sahaja saya perlukan pengertian mereka...sesudah exam seperti sekarang...saya ikut saja kehendak mereka....
saya stress dengan semua ni...sungguh..tak tipu... menangis..menangis memikirkan mereka tidak mengerti...

9 nov 2010 - selasa 
rentetan menghadapi peperiksaan semakin rumit kelihatannya...
seperti sem-sem sebelumnya, menjelang exam saya pasti akan dilanda demam..orang kata 'demam exam' saya tak nak pun demam ni...
tapi buktinya hari ini, en.selsema bertandang. ingatkan seperti biasa, selsema pagi..tapi sehingga tengah hari masih selsema lagi...
shuh..shuh... nyah kau en.selsema...saya tidak perlukan anda...

ganti en.epel.
plum + jambu air.
besarnya mug air sejuk masih sama.
kedudukan pun sama..
tapi...time-time ni encik panadol soluble di perlukan.[ buka favourite saya untuk makan ubat] tapi demi mengelakkan melarat, dan tak boleh jawab exam dengan jayanya. walaupun kepercayaan dan keyakinan terhadap encik-encik ubat masih pudar, di gagahkan juga untuk menghabiskan suku gelas air yang di masukkan encik soluble.

rabu, khamis sama juag waktu-waktu yang ada dihabiskan untuk mentelaah. 
banyak kertas yang sudah penuh dengan latihan-latihan. setiap satu bab akan dikepilkan. hampis setengah rim A4 paper digunakan.
ini nota. bukan latihan yang dibuat.
latihan semua sudah dimasukkan ke dalam file dengan rapi.
jumaat 12 nov 2010 
pagi, hujan turun mencurah-curah...hujan rahmat.
doa -semoga perjalanan selamat.
banyak rupanya kereta yang lalu di NPE. selama ni wekend saya sendirian.
keluar dari rumah seawal jam 6.45am.
just arrived at 8.30am. Alhamdulillah tak lewat.
ada sorang kawan yang tak dapat masuk dewan exam
sebab masuk lewat. alasan jam tidak diterima.. pity her.tepakasa ambil peperiksaan khas.
sudah tiba masanya segala ilmu yang dikaji perlu dimuntahkan di atas sebuah buku jawapan peperiksaan...
tiba-tiba darah gemuruh datang. aduh~ berjalan melintasi makhluk-makhluk nyata yang mahu menjawab kalkulus satu dewan dengan saya sedang mentelaah nota-nata kecil...saya? sudah tidak mampu lagi...memang tidak akan melihat mana-mana nota pada hari peperiksaan. tapi melihat mereka, saya takut sendiri...doa dipanjatkan setinggi mungkin. lebih tinggi dari dewan peperiksaan 4 tingkat yang didaki menggunakan tangga...[penat.macam mana nak jawab exam. tak sesuai langsung~!]

soalan dijawab dengan jayanya.walaupun entah betul entah tidak jawapannya. masa 3 jam digunakan sepenuhnya. tiada seminit pun disia-siakan.
bayangkan..study seminggu untuk dikeluarkan dalam masa 3jam... tak patut...tak patut...
inilah pengorbanan seorang pelajar....

12.30 noon
weekdays...jalan jem..saya pening melihatnya.
tapi saya suka kat en.mazda. luv u lah...
melalui faderal untuk ke shah alam. masih ada urusan.arghhh...
bosan dalam jem. ambil gambar cik semerah cinta stilleto... :P
hahahaha. suka en.nose ni...saya pakai untuk ke exam je. sayang.
takut rosak. kasut tidak berbunyi di dalam dewan exam [itu alasannya] ^_^
tapi chommel.
tak kira..nak juga ambil gambar en.awan.

entah kat mana ni...

shah alam -ofcoz
siap sempat ke post office lagi...
sampai di rumah jam 5pm.

13 nov 2010 - sabtu
sabtu belum lagi hari untuk honeymoon. 23 nov 2010 exam statistik pula. sekali lagi ditegaskan math perlukan latihan. bertungkus lumus study stat pula...

tapi...kakak ajak ke nilai...tidak....
pagi- aircon di servis [akan ada entry untuk ini]
tengah hari ke nilai.[akan ada entry berjalan-jalan di nilai] ces~ kata kakak release tension. ikutkan juga supaya tidaklah mata di kertas, hati di nilai
malam - sambung pula mereka layan anak-anak mahu main bowling. saya? tidakkkk....hati sudah pada statistik..... [akan ada entry untuk ini juga]

14 nov 2010 - ahad
kakak ajak keluar lagi?? tidakkkk.....[entry ini peringatan untuk para lelaki] muahahaha...
15 nov 2010 - isnin...
still tidak berada di rumah...tidakkkkk...sekali lagi [akan ada entry untuk ini juga...] diambang pulang ke kampung untuk menyambut aidil adha..banyak perkara yang patut diuruskan sebelum pulang ke kampung.[urusan sendiri]
16 nov 2010 - selasa...
masih tidak di rumah. petang pulang ke kampung. [nantikan entry pulang ke kampung] eceh.macam ada yang mahu membacanya...

17 nov 2010 - rabu...
raya haji...tiada feel...
happy birthday to kembar... [entry special  satu hari nanti...] hahaha

18-19 nov 2010 
masih di kampung. rehat. tak study langsung! entahlah...
20 nov 2010 - sabtu..
pagi sempat ke kenduri kahwin kawan sekolah rendah...tengah hari terus balik sini...

21 nov 2010 - ahad.
study di library. dirasakan sia-sia sepanjang hari. hanya satu soalan yang saya dapat cover dari 10 soalan..adoi.... nak salahkan siapa? saya bayangkan bila bincang dengan kawan, boleh tukar-tukar. nampaknya saya telah menghabiskan masa saya.
niat untuk ke library hari isnin dibatalkan dengan sekeras hati.titik.

22 nov 2010
sendirian di rumah...
study sampai lebam.

23 nov 2010
jawab exam dengan jayanya walaupun tak semua soalan saya faham....

MERDEKA !!! MERDEKA !!! MERDEKA !!!

p/s: maaf kepada sesiapa yang membacanya sehingga ke titisan terakhir. sila jangan tuntut hutang-hutang entry okey?? ^_^

wassalam....

6 comments:

Hamizi Azizan said...

huiyoo.. ni dah macam dokumetari lagii sampai gambo kaki tekan pedal keter pun ada.. aiyooo


http://contengcorner.blogspot.com/2010/12/unfollow-blog2-yang-sombong.html

- Cik Norazlina [@tau] Nora - said...

dokumentari? bukan la...karangan pendek darjah enam. hik hik hik..

Hamizi Azizan said...

h.. darjah enam siap ada gambar kasut merah dier.. haha

- Cik Norazlina [@tau] Nora - said...

muahaha...salah lagi?
hrumm..karangan je darjah enam...
kasut setelah mempunyai citarasa yang tinggi...muahahaha....

sila abaikan... ^_^
malu sudah....

Hamizi Azizan said...

hehehe jangan malu... xpa.. awak budak darjah 6 yang mempunyai citarasa tinggii.. hheeheh

- Cik Norazlina [@tau] Nora - said...

muahaha...ayat perli tu...saya tahu...

sabar je la.. hihihihi...

jom baca cerita lain juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...