Assalamualaikum kepada semua pelayar-pelayar blog...
kini anda berada di zon Norazlina [atau] Nora...
terima kasih kepada sesiapa yang sudi melawat, termasuk atau tersesat ke zon saya ni...
di zon ini saya sekadar ingin mencoretkan perjalanan hidup saya...
agar saya dapat melihat pencapaian saya masa kini dan masa akan datang....

bermula dengan cabaran 30 hari menulis blog...
adakah saya berjaya menyahut cabaran ini?? kita lihat bersama-sama...

lawatan sambil belajar...

:: Jom jalan-jalan di sini ::

Blog writing....

Daisypath Anniversary tickers

Monday, March 21, 2011

163 - ramai

Assalamualaikum...

semoga yang ada di sini dilindungi-Nya..Amin...

saya tak tidur awal hari ini... tapi sibuk berada di sini dari tadi... tidak pula melakukan tugas-tugas penting...
proof reading belum siap [kerja yang kakak kasi]
typing belum siap...[kawan upah buat kerja ni]

blogwalking baca-baca..tengok-tengok...nothing~ sempat juga buka FB...[perkara yang saya sudah tak suka buat]
hrum....Ramai~
ramai yang cerita tentang sahabat...sana sahabat, sini sahabat...kenapa ya?

adakah sahabat penting? atau sudah tidak penting?
adakah sahabat sangat baik?
adakah sahabat sudah mengkhianati?
adakah sahabat tidak ikhlas?
adakah sahabat sudah tidak memainkan peranan sebagai sahabat?


masa jalan-jalan..baca-baca tadi... saya rasa sesuatu...bila fikir-fikir semula baru saya sedar, saya sudah tidak punya sahabat...
hehehe...tak percaya... [jom ikut saya fikir...saya pun tak tahu...]
sahabat baik saya sudah berkahwin...kini tidak baik lagi...[kami jarang sekali contact each other]
dekat kampus..saya baik dengan seorang sahabat..dari semester satu sampai sekarang..seingat saya, kami tak pernah bergaduh...cuma kalau terasa ke..cemburu ke... buat tak tahu je...tapi bila difikir-fikir semula..saya tidak berkongsi semua dengannya...[sahabatkah itu?] atau itu salah saya yang sememangnya tidak mahu berkongsi.

abis? siapa? macam mana nak tahu?


huh~ sukar kelihatannya...
saya pernah tulis dalam satu entry...[entah yang mana satu saya tak pasti..
sukar menjadi seorang Norazlina [atau] Nora sebab tak punya sahabat yang ramai...

jangan salah faham..saya bukan memilih..saya bukannya tidak menghargai sahabat saya..saya bukannya jahat sampai tiada yang mahu berkawan.. hehehe....
menghabiskan masa lima hari seminggu hanya di rumah...sempat ke mahu bersahabat?
menghabiskan dua hari seminggu di dalam bilik @ dewan kuliah, sempat ke mahu bersahabat?

nota hati: saya masih perlukan sahabat... tapi bukan untuk saya buat luahan perasaan atau meminjam bahunya...saya perlukan mereka untuk bertukar pendapat...

jom tidur kepada sahabat maya semua...
salam pagi... [wink*]

No comments:

jom baca cerita lain juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...