Assalamualaikum....
semoga yang singgah di zon ini sihat dan dilindungi..Amin...
sudah lama saya tidak ke sini...bak kata ramai blogger..sudah bersawang blog ni...
bagi saya... blog ini sentiasa macam ni.. tak ada bersawangnya...saya alah pada sawang... hehehe
sabtu dan ahad, tiada kelas. ke library kampus untuk study...exam sudah dekat..satu apa pun tak faham lagi...
adoi~ Norazlina...apa nak jadi sem ni?
gambar-gambar nanti-nanti la saya up kat sini..sekarang tak sempat...banyak lagi kerjanya..tesis belum siap. tapi nak melahirkan rasa tak puas hati lagi ni...
isnin dan selasa pulang ke kampung kerana ada urusan keluarga...[sekali lagi rungsing tesis belum siap]
penat...isnin hampir malam sampai rumah..selasa petang sampai sini... rasa berada dalam kereta sepanjang dua hari...
rabu dan hari ni...
masih terkial-kial nak buat data analisis...[tekanan]
anak-anak pula semua dijangkiti demam campak. maka, tumpuan depan laptop untuk buat analisis ni jadi terganggu.
petang tadi dapat mesej dari kawan pembentangan di tunda dari 30 april ke 7 mei...aduh hai...kemarahan ni tak dapat di bendung..tak juga dapat di lepaskan...
ini tujuan utama saya menulis hari ini...
mereka [pihak atasan/ pihak pengurusan/ pihak yang berkenaan] meminda tarikh sesuka hati tanpa memikirkan masalah yang pelajar macam kami hadapi.
saya pening kepala memikirkan masalah kenderaan ke johor. penginapan ke johor..
terpaksa minta tolong kakak... sudah dia berbesar hati nak menghantar saya ke Johor sekalian menempah hotel untuk kami... tiba-tiba tunda... macam mana dengan cuti yang sudah di mohon? bagaimana dengan rancangan perjalanan yang sudah dirancang? aduhai~
saya masih belum memberi tahu kakak...[bimbang dimarahi]
ahad ni ada taklimat...
pendapat anda, saya patut bagi tahu sekarang [atau] ahad nanti sahaja? sekalian menunggu keputusan sebenar tarikh pembentangan dan di mana lokasi pembentangan.
nota hati: saya sangat marah. rasa macam tak nak present. tapi kata kawan. tak dapat markah..[adoi~]
cik Norazlina [atau] Nora berusaha sebaik mungkin untuk mengawal api kemarahan... subahanallah....
semoga saya sentiasa dikurniakan sifat kesabaran yang tinggi...
Assalamualaikum kepada semua pelayar-pelayar blog...
kini anda berada di zon Norazlina [atau] Nora...
terima kasih kepada sesiapa yang sudi melawat, termasuk atau tersesat ke zon saya ni...
di zon ini saya sekadar ingin mencoretkan perjalanan hidup saya...
agar saya dapat melihat pencapaian saya masa kini dan masa akan datang....
bermula dengan cabaran 30 hari menulis blog...
adakah saya berjaya menyahut cabaran ini?? kita lihat bersama-sama...
2 comments:
skg ni mmg mcm tu kan~ slalu lecturer tukar tarikh sesuka hati~ naya kt org lain
hish..apa la diorang ni..Nora, tak boleh bincang ke dik?bg tau masalah...pasal kakak tu, harap dia faham...aminnn...
Post a Comment