Assalamualaikum kepada semua pelayar-pelayar blog...
kini anda berada di zon Norazlina [atau] Nora...
terima kasih kepada sesiapa yang sudi melawat, termasuk atau tersesat ke zon saya ni...
di zon ini saya sekadar ingin mencoretkan perjalanan hidup saya...
agar saya dapat melihat pencapaian saya masa kini dan masa akan datang....

bermula dengan cabaran 30 hari menulis blog...
adakah saya berjaya menyahut cabaran ini?? kita lihat bersama-sama...

lawatan sambil belajar...

:: Jom jalan-jalan di sini ::

Blog writing....

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, April 03, 2013

225 - sungguh pantas masa berlalu...

Assalamualaikum...

salam singgah..

terima kasih sudi singgah.. sila la tinggalkan jejak.. ^_^
Insaya-Allah akan jejaki anda kembali..

merujuk kepada tajuk... [saya termenung seketika]
sudah bulan April... walaupun bulan April amat dinanti-nantikan... tapi...sudah bulan April?

rasanya baru entry lepas saya mengisahkan tentang rezeki 2013..
bermula 1 April 2013 saya kembali jadi penganggur... Ya Allah... dugaan apakah ini?
kenapa? guru yang saya ganti dipindahkan ke sekolah lain kerana sekolah mengalami proses pengurangan guru...
tiada apa yang perlu saya katakan... " saya yang menurut perintah" hehehe...
saya ditawarkan ganti guru itu di sekolah barunya.. tapi saya menolak kerana sekolah tu jauh..saya tiada kenderaan... (T_T)

saya rindukan sekolah tu tiba-tiba...

rindu meja saya...
setiap hari kakak pulang dari sekolah.. kakak ceritakan guru-guru yang merindui saya.
cewah~ macam la glemerkan? hahaha...
terutama guru yang menjadi jiran saya di dalam bilik guru.. 'kak faiz' i miss you to... ^_^

guru-guru yang tiba-tiba cakap rasa sunyi.. rasa kecewa... hahaha
biasalah manusia akan menghargai bila sudah tiada...
atau sebenarnya saya ni suka buat kecoh dalam bilik guru? maklumlah... saya guru paling muda [walaupun dah masuk bulan April. macam tak sedar dirikan? hahaha ] kebudak-budakan...
Alhamdulillah..mereka menyenangi saya...

siap bincang nak buat makan-makan lagi untuk saya..
sebab... habis je cuti, saya sudah tidak bertugas... mereka rasa la kehilangan tu.. tak sempat nak salam-salam, nak wishes..

sudah mengantuk...
sambung esok..

nota hati : saya betul-betul rindu sekolah... itu jiwa saya... bila nak dapat posting ni...

No comments:

jom baca cerita lain juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...