Assalamualaikum kepada semua pelayar-pelayar blog...
kini anda berada di zon Norazlina [atau] Nora...
terima kasih kepada sesiapa yang sudi melawat, termasuk atau tersesat ke zon saya ni...
di zon ini saya sekadar ingin mencoretkan perjalanan hidup saya...
agar saya dapat melihat pencapaian saya masa kini dan masa akan datang....

bermula dengan cabaran 30 hari menulis blog...
adakah saya berjaya menyahut cabaran ini?? kita lihat bersama-sama...

lawatan sambil belajar...

:: Jom jalan-jalan di sini ::

Blog writing....

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, April 27, 2013

227 - kerinduan pada sekolah


Assalamualaikum...
salam singgah... selamat berhujung minggu..
semoga yang bertandang membawa pergi senyuman...




rindunya kat sekolah...
nak buat apa ye kalau rindu? huhuhuh..

saya rindu subjek seni.. hahaha..
jom layan gambar hasil seni anak-anak murid dan gurunya... ^___^

mula-mula saya ajar seni tahun 4.. sempat 2 lukisan yang diajar. lepas tu tukar jadual..
hasilnya.. di bawah
teknik capan. ambil sayur-sayuran, buat cop.
ni hasil kerja guru ;)
lukisan positif dan negatif. ini gambar awan.
hasil kerja guru lagi ^_^
hasil anak murid, tak ada dalam rekod ;)

lepas tukar jadual, dapat seni tahun 5. semua kelas saya memonopolinya.. hahahaha [gelak jahat]
sebelum mengajar setiap tajuk yang berkenaan, saya akan pastikan saya ada contoh hasil lukisan tu..supaya murid akan faham hasilnya akan jadi macam mana..
mereka akan lebih bersemangat. tapi, yang tak bestnya, kalau cikgu bagi contoh awan, 80% dari mereka akan lukis awan.
minggu-minggu seterusnya cikgu akan pesan.....

minggu pertama - lukisan positif dan negatif [cikgu buntu masa tu nak ajar apa.muri-murid mesti tak tahu yanng cikgu mereka sedang buntu. mencari ilham untuk tahun 5..] cikgu tunjuk contoh lama.. ^__^ bernas tak idea tu?
cikgu pesan: cikgu tak nak kamu lukis awan... lukis objek lain, rumah, pokok, kereta, bunga. [semua yang cikgu cadangkan, terlukis di papan hitam.]
lukisan positif dan negatif. ini gambar awan.
hasil kerja guru lagi ^_^

minggu ke-2 -corak geometri...tiada lukisan murid. jadi layan lukisan cikgu. ^_^
cikgu tak sempat warna... hahaha banyak betul nak kena warna.. hihihih
ccikgu pesan: tengok contoh yang cikgu buat.. lukisan ni bebas. tak perlu tiru sesiapa. [beberapa teknik melukis ditunjukkan di papan hitam.tu pn ada yang nak tiru]
corak geometri.gabungan bentuk-bentuk geometry membentuk corak
hasil kerja cikgu. ^_*

minggu ke-3 - paper bag. yang ni pun tiada hasil kerja murid.. saya belum giat mengambil gambar..  hehehe..
pesan cikgu: jangan lukis pasu bunga... [masih ada yang lukis pasu bunga]
binaan: paper bag. ini hasil kerja guru..
corak simple. hasil kerja murid, ada juga yang manarik.
minggu ke-4 - corak binatang menggunakan teknik anyaman.. juga tiada hasil kerja murid..
pesan cikgu: jangan lukis rama-rama. [tapi separuh dari mereka lukis rama-rama.]
ini hasil kerja guru..  ^_^
 minggu ke-5 - pemandangan jalan raya.  tajuk ni saya paling suka... saya ajar mereka lukis menggunakan teknik yang betul. masa mula mencuba, saya pun teruja. inikan pula mereka..
saya ajar langkah demi langkah di papan hitam.. bila mereka nampak objek.. mereka akan kata..
"waaaaa....jadi la cikgu.." saya tambah lagi objek.. "waaaaa........ jadi la cikgu" hahaha kelakar membayangkan semua kelas bagi ayat yang sama...
pesan cikgu: [pesanan yang ni lain..] kamu ikut satu persatu langkah dan cara yang cikgu ajar kamu. ;)

pemandangan jalan raya... saya yang teruja
ini hasil kerja guru..
ini 3 dari hasil kerja murid...gambar atas paling cantik yang saya dapat.
dua yang bawah, masih mengikut teknik  melukis yang diajar.
 tapi, tidak menggunakan teknik  mewarna yang betul.
tapi memuaskan hasilnya.
minggu ke-6 - corak batik tema flora... wah..makin teruja nak mengajar lukisan bila dapat tau ada teknik dan cara yang betul..
pesan cikgu : kamu lukislah corak batik yang menarik,  jangan tiru cikgu...

ini hasil kerja cikgu.
beberapa contoh bunga yang berbeza yang dibuat satu malam.
cikgu teruja dengan hasilnya sebenarnya. hehehe.
lukisan bawah, lukisan yang belum disiapkan. cikgu ni sangat rajin
nak curahkan ilmu. sediakan lukisan kosong
untuk ditunjukkan teknik mewarna dengan betul. kelas pertama cikgu tunjuk
contoh di sekuntum bunga, sehelai daun dan sedikit latar.
masuk kelas lain, sama juga. tapi tak sempat masuk kelas terakhir. sebab cuti.
jadi lukisannya tak siap.. hehehe..
ini hasil kerja mereka... boleh la...
yang ni guna teknik yang betul..
 minggu ke-7 - corak flora dan fauna menggunakan teknik guntingan dan lipatan. tajuk ni paling sukar. sebab pelajar tidak kreatif..
pesan cikgu: jangan ikut cara cikgu, kamu fikir dengan kreatif.. penuhkan lukisan kamu. jangan kosong macam lukisan cikgu..
lepas dari tu, semua berkumpul di meja depan tanya cikgu nak gunting macam mana.. hahaha
ini hasil kerja guru...
ini hasil kerja murid yang kreatif...
selain teknik guntingan yang sama dengan cikgu,
 mereka tambahkan latar. menarik.
gambar atas, hasil anak murid favourite
 dan sebelahnya smily  face nya untuk cikgu. huhuh
 minggu ke-8 - frame gambar. ni dalam bidang binaan
cikgu pesan: tampal gambar yang kamu suka.

hasil kerja guru...
hasil kerja murid.. siap ada pesanan belakang kertas lukisan.. hahaha
sampai situ je saya sempat curahkan bakat. hahaha

ini meja saya....saya rindu meja ini....
nota hati: kepada guru yang nak ajar lukisan, boleh la ambil idea dari entry ini.. ^_^
mungkin sedikit sebanyak membantu...

kepada yang singgah, sila tinggal jejak ok?
selamat berhujung minggu...selamat ke book fair... [bukan lagi aktiviti saya ] (T_T)

1 comment:

farazura said...

ya Allah.. comelnya lukisan..
berbakat betui..

jom baca cerita lain juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...