semoga semua yang singgah di Zon in sihat dan ceria...
sekarang saya tidak ceria...ada cerita di sebalik kedukaan ini....
Al-kisahnya saya ke kedai jam 9.00pm tadi...
sewaktu nak reverse keluar parking...
saya dengan secara tidak sengaja telah terlanggar sebuah kereta honda prelude...[ye ke macam ni ejanya?]
OMG..dugaan apakah ini? ketar seluruh badan rasanya... yang saya fikir, jangan saya melanggar orang yang menaiki motor sudah....
tak nampak pula motor lalu... rupa-rupanya kereta...entah macam mana saya boleh tak nampak kereta tu..
saya ingatkan kereta tu sudah lepas...[syukur]
kali pertama dalam hidup saya, saya terbabit dalam kemalangan sepanjang hampir 9 tahun saya memegang lesen memandu. walaupun kemalangan kecil..terkesan betul di hati saya.
owner kereta terus masuk parking sebelah kereta saya...
aduh~ terkulai lampu belakang...
lampu yang terkulai |
saya tengok owner. dia sinis memandang saya...[tak apa..tak apa...mentang-mentang la saya yang melanggarnya..]
dengan gugup suara saya tanya dia..
saya: " maafkan saya. macam mana ni encik?"
owner: " macam mana? kene bayarlah." [dengan muka yang kerek dan sinis...]
saya: [terbayangkan..manalah saya nak cekau duit. sambil melirik mata melihat jenama kereta. terdiam saya sejenak bila tengok lambang 'H'. aduh~ mati la saya...tengok kereta lama, saya tak kisah lagi] " berapa nak kene bayar ni encik?"
owner: " kene baiki dululah...tak tahu la berapa...lampu ni kene tukar satu set. tak boleh tukar satu. mahal lampu ni.."
saya: " berapa agak-agaknya ya?"
owner: " lampu ni second hand dalam RM400 - RM500" [muka berlagak.mentang-mentang la saya yang melanggarnya.]
saya: " hah~? RM400? aduh~" [rupa-rupanya kereta lama, lagi mahallah barangnya. spear part susah nak cari. terfikir di mana nak cari duit tu... yuran pun masih ada baki yang belum habis di bayar. ni kena pula keluarkan duit RM400 untuk bukan kepunyaan saya? tiiiiiiiiiiidaaaaaaakkkkkkkk. apa dosa saya hari ini?]
tuan kereta menilik-nilik keretanya berkali-kali |
sepertinya dia tak akan bertolak ansur dengan si gadis ini...[hiburkan hati sendiri]
[tidak seperti di dalam drama-drama atau novel-novel ye cikpuan-cikpuan dan tuan-tuan sekalian...lelaki maafkan perempuan dan masalah setel. NO! tidak sama sekali...] kelihatannya seperti dia nak kenekan saya dengan bayaran yang mahal...
katanya, "kalau nak setel malam ni saya minta mahal la."dengan muka yang selamba kodok.
saya cek kereta saya...[huh~ baru nak cek kereta sendiri? di sebabkan kereta kakak tinggi, hanya bumper yang calar.[matilah kene dengan kakak nanti] saya buat keputusan untuk telefon abang ipar. supaya tidak kene marah dengan kakak, dan supaya tidak dengan mudah lelaki itu menipu saya..
10 minit kemudian abang ipar sampai...
mereka deal, abang ipar cari mekanik sendiri..dan akan membuat pembayaran. [saya pasti lelaki itu tak puas hati. sebab sepertinya dia nak markup harga] Ting*ting*
abang ipar bagi tahu saya...mekanik cakap model tu lampunya memang mahal sebab susah nak cari...aduh~
saya membayangkan dalam akaun hanya ada suku dari harga itu...migrin datang tiba-tiba... membazirkan RM400 berbanding bayar yuran? arghhhh~!!!
abang pesan kepada mekanik supaya cari lampu ganti, abang juga minta tolong kawannya untuk cari lampu ganti...
kereta diletakkan di rumah saya...di dalam garaj kereta [dalam pagar]
kakak bising "kenapa kereta tu letak dalam? kenapa mesti kereta aku letak di luar?"
saya hanya diam...setahu saya...apa pun jawapan saya, pasti salah di matanya ketika ini...
kakak selalu macam tu...bila terjadi perkara macam ni dalam hidup saya..dia pasti melenting...[saya tahu itu keretanya] bukan saya sengaja mahu melanggar...itukan takdir. sama seperti kereta rosak ketika saya membawanya...dia mati-matian salahkan saya. adakah saya mendoakan kereta itu rosak? atau adakah saya sengaja merosakkan keretanya?
apalah dosa saya hari ni..sampai sekarang belum habis fikir..
haramkah? tidak berkatkah? duit yang ada di tangan saya sehinggakan saya perlu melepaskan RM400++ begitu sahaja?
saya tidak menafikan..setelah seminit meluncur kereta saya di jalan ketika keluar tadi...belum saya keluar simpang yang selang lima buah rumah dari rumah saya..hati saya tidak sedap. tapi saya dengan sengaja tak mengendahkannya..rupa-rupanya...perkara buruk ini yang terjadi...[bermakna..lepas ni... gerak hati saya sangat penting diambil pusing. sebab tadi saya hanya terdetik.."tak ada apa-apa kot~"
planing seterusnya...kalau harga lampu mahal..abang bagi suggestion kepada saya supaya bagi tahu kat owner saya tak mampu bayar dan terus buat report polis. bayar saman hanya RM300..[tapi tetap duit.kan?]
mungkin abang ipar fikir. RM300 berbaloi dari bercerita panjang dengan owner. saya pun selesa begitu.. tetapi sedikit gugup kalau terpaksa ke balai polis.[kali pertama dalam hidup]
teringat masa saya masuk dalam rumah pulang tadi..nephew saya berusia 6 tahun tanya saya tentang kereta itu...
"makra kereta siapa tu. kenapa ada kat rumah kita?"
"kereta orang..makra langgar"
" uihh~ makra tak kena tangkap dengan polis ke?"
"huh~ begitu sekali pemikiran seorang kanak-kanak.."
saya tak habis fikir sampai sekarang...
kenapa? kenapa? dan kenapa???
nota hati: saya kembali bersyukur setelah menyesali kelalaian saya.
Alhamdulillah tiada yang cedera.
Alhamdulillah hanya lampu yang tercabut.
Alhamdulillah abang ipar tak marah dan sudi tolong setelkan
Alhamdulillah saya hanya melanggar sebuah honda prelude lama tidak BMW 5series..kalau tidak..time tu juga saya melutut minta maaf... tak kan mampu saya nak membayarnya...[walau apa jenis kerosakan sekali pun]
kawan-kawan tolong doakan saya semoga dipermudahkan segala urusan pada hari esok...Amin...
saya tak boleh tidur memikirkannya...
1 comment:
jujur saya pernh lalui semua ni
http://www.contengcorner.com/2011/03/tsunami-di-jepun.html
Post a Comment