Assalamualaikum kepada semua pelayar-pelayar blog...
kini anda berada di zon Norazlina [atau] Nora...
terima kasih kepada sesiapa yang sudi melawat, termasuk atau tersesat ke zon saya ni...
di zon ini saya sekadar ingin mencoretkan perjalanan hidup saya...
agar saya dapat melihat pencapaian saya masa kini dan masa akan datang....

bermula dengan cabaran 30 hari menulis blog...
adakah saya berjaya menyahut cabaran ini?? kita lihat bersama-sama...

lawatan sambil belajar...

:: Jom jalan-jalan di sini ::

Blog writing....

Daisypath Anniversary tickers

Friday, May 16, 2014

248 - Selamat Hari Guru

Assalamualaikum...

salam ceria dan penuh bersemangat~!

SELAMAT HARI GURU~!!!
kepada semua cikgu yang telah mendidik saya dan kepada seluruh guru di Malaysia..
jasamu pasti dikenang hingga ke akhir hayat... Amin...

hari ni saya hanya sambut hari guru di rumah.. sedihnya...
sabarlah cik Norazlina...

teringat tahun2 sebelum ni..
tahun 2012 saya sambut hari guru di sekolah menengah tempat saya praktikal...
meriah... sangat meriah..

macam ni la kami disambut.
meriah
tahun 2013 pula..
di sekolah rendah di mana saya menjadi guru ganti..
rasa tak meriah sebab saya tiada geng. :(
sehinggakan saya tiada sekeping pun gambar. hanya kenangan sahaja di minda.

tahun 2014 lagi sedih...
saya tidak menjadi guru ganti di mana-mana sekolah. maka, duduk diam2 sahaja di rumah.
sedihkan?


nota hati: Ya Allah berilah rezeki untukku menjadi guru sehingga akhir hayat. Amin...

247 - mak masuk hospital

Assalamualaikum...

seribu kesyukuran dipanjatkan atas kesihatan yang semakin pulih.
salam ceria dan penuh bersemangat..

sebulan berlalu...
rabu 16 april 2014 ma di masukkan ke hospital kerana jantungnya lemah.
hari tu memang ada appointment pun.. tapi di sebabkan keletihan, jantung jadi lemah.
oleh kerana keadaan ma stabil, adik tak tragik la membuat panggilan.. ma pesan, jangan bagi tau sesiapa. [itu ayat biasa yang ma pesan]

"tolong top up aku ngan ma. dah tak ada kredit susah nak call nanti"
"aik? duduk dengan ma pun nak call ma ke?"
" ala.. aku nak bagi tau ni..sebenarnya ma masuk hospital. sakit jantung. lemah. malas nak bising2. ma pesan jangan bagi tau sape2"
" apa?teruk ke?bila masuk? kenapa?ma buat kerja berat ke? ma penat ke?"
" tah tak tau. tak buat kerja pun."

hati resah. tapi sebab adik kata keadaan ma baik2, jadi lega sedikit.
terus online banking dan top up..

teruk tak teruknya saya?
petang baru bagi tau kakak.
kami bersabar bersama2.
jumaat kakak buat keputusan untuk balik kampung.
pagi sabtu 19 apil 2014, kami balik. jam 11 lebih pagi kot kami sampai.
muka ma berseri2 tengok anak2 dan cucunya. itu je ubat yang paling mujarab.


nota hati: Ya Allah..panjangkan usia ibuku sehingga aku punya kehidupan sendiri dan pandai berdikari membimbing keluarga sendiri.. Amin...

Wednesday, May 14, 2014

246 - kucing baru kami - terapi minda

Assalamualaikum...

salam ceria penuh kegembiraan..

hmmm.. tak lama pun lepas putih mati.. kami ada pengganti..
saya ingat saya je yang rasa kehilangan.. rupanya yang lain pun rasa. tapi masing-masing tak tunjuk.
saya tak terfikir nak cari pengganti dalam masa yang terdekat. tapi nak buat macam mana..
kucing-kucing tu ada depan mata..

kucing-kucing?
ya... kucing2.. ishh.. kakak... kakak.. kenapa kucing2?

31 mac 2014
wasap masuk..

ada anak kucing 4 ekor..nak? tapi hitam putih :D

     macam nak, tapi nak baka macam belang [montok]
     gemuks.. pendek.. rindu belang
     semua hitam putih ke?
     cari la yang warna warni pula

perbualan tu habis situ je.. kakak masuk kelas kot.

1 april 2014
esoknya wasap masuk lagi

aku bawa balik anak kucing
    biar betul ko.  

wasap tak berbalas..
pon..pon.. bunyi hon kereta..
wasap masuk

cepat la buka pintu..
woiii..

buka pintu,ambil beg2 sekolah anak2..
ada kota rice cooker?
buka cepat tengok apa  kat dalam..
miow.. miow...
apa? anak kucing?

betul2 baby.
1- hitam berantai putih dan bahgian bawah badan putih (tom)
1- hitam berkaki putih (ted)

chomelnya..kecil je..


kakak kata ada lagi 2 ekor di sekolah.
hah? ok..tak apa la..
kesian yang lagi 2ekor.. tak kan la nak ambil semua?
tak kesian ke?

hahaha...
malam keesokan harinya, di ambil lagi 2ekor. jumlahnya 4 sekarang
ciri2

1- hitam dab bahagian bawah badan + kaki putih, ekornya pendek (olef)
1- hitam berantai dan bahagian bawah putih. tapi ada tampok2 putih atas badan. (miti)

siap tilam.
khas dibuat untuk mereka
selesa
2 hari lepas tu bawa ke klinik..
doc kata umur baru 1 bulan..
ok..beli susu. [mahal] sekotak RM7.90
jaga anak kucing sungguh sukar. bila search.. anak kucing tak pandai berak sendiri sebab mak dia yang tolong beri ransangan. doc ajar macam mana nak tolong anak kucing berak.
doc bagi ubat cacing + ubat kutu. prevention.

lepas seminggu baru mandikan. keringkan bulu guna head dryer. mudah. mereka tak menggila.

2 minggu lepas tu 17 april 2014
ke pet shop untuk beli susu kucing.
dari satu kedai ke satu kedai yang lain,tak ada? adoi.
tiba di luar kedai ke 2.. comelnya kucing coklat perang ni..sambil lalu saya tegur dan masuk ke kedai. tanya susu kucing. tiada.
sambil jalan nak keluar saya tanya,

berapa harga kucing di luar?comel. 
kalau u nak ambil la.. free.. bos jumpa di lorong belakang kedai.
biar betul? free? tak payah bayar? u jangan main2.. i suka tengok kucing tu
betul..angkat la kalau nak.
nanti kejap ye? i tanya kakak i dulu [kakak tunggu dalam kereta je time tu]

kak, ada anak kucing chomel. coklat. nak ambil boleh tak? tokey kata free. gila comel. turun la tengok.
kucing kat rumah dah banyak la...
tengok la dulu. gila comel.

kakak turun dan jatuh cinta.
berkira2 nak bawa balik. saya setuju je nak jaga. sebab 4 ekor tu pun saya yang jaga.
mereka hanya bermain dengan kucing..
saya bagi makan, saya tolong mereka berak,

akhirnya berjaya bawa pulang.. si koko


terus bawa ke klinik. doc kata umurnya 2 bulan. kesihatan yang baik. dan bersih,
doc pesan kurung 2 minggu untuk dia biasa dengan environment. dia menjerit2 dari dalam cage. suara halus lama2 jadi kasar. 2 minggu jadi 2 hari.. saya mandikan dan lepaskan bermain dengan 4 ekor yang lain.. tak sampai 1jam mereka seperti adik beradik.

mereka
lagi seminggu boleh bawa untuk diberi vaksin. tapi bergantung kepada kewangan kami.. hehehe...

Nota Hati: gelagat mereka sangat menghibur hati kami...
teman tuannya buat homework
selesa
  
qaseh memang suka peluk kucing-kucing tu
walaupun bukan kucing dia
mula2 qaseh paksa kucing masuk dalam mangkuk dia
akhirnya kucing2 ni suka masuk sendiri dalam mangkuk
dan tidur dalam mangkuk
dia suka terlentang
terungat pada si belang
koko sama macam belang
jenis gemuks, montok
tengok la sampai macam tu sekali tidurnya 



kadang2 mereka tak nak tidur atas tilam yang empuk tu..

atas sofa
  



atas sofa sebalik langsir
sun bathing bila dapat peluang
keluar rumah
atas rak TV
bawah meja study

Nota hati: kucing2 adalah terapi minda.. sekarang hujan... 2 ekor berada di bawah meja tepi kaki saya... seekor di atas sofa sebelah saya..2 lagi di atas tilamnya...

10 may 2014

Monday, May 12, 2014

245 - teruja GB vs TB

Assalamualaikum...

salam kegembiraan dan keterujaan...

al kisahnya.. tadi sambil duduk2 layan kartun, saya belek2 katelog yang ada di atas sofa.
buku katelog yang orang selalu letak dalam postbox tu.. selalu belek2 bahagian peralatan elektik, perabot rumah.. hahaha...macam la dah ada rumah nak tengok perabot bagaikan?

saya tengok bahagian yang ada komputer dan laptop. ini memang kegemaran saya..saya akan tengok  setiap komputer yang diiklankan.
rasanya sejak saya ambil diploma komputer, saya suka kepada komputer. bukan nak beli pun. cukup la dah ada satu. eh, dua sebenarnya. sejak beli laptop baru, laptop lama duduk diam2 je di atas almari solek. ^_^ maafkan saya... saya tak suka bila laptop saya lembab. sebab bila on, saya suka click macam2. buka folder, buka browser, tab, tab, tab apa saja yang saya suka.
bila slow, saya frust.

upss..melalut lebih dah ni..
dah buka bahagian komputer saya suka tengok berapa kapasiti HDD komputer @ laptop
dan tengok harga pasaran sekarang.
kenapa hard disk penting? sebab.. saya perlukan yang lebih..lebih..lebih besar. untuk apa?
mmm... simpan semua gambar-gambar yang saya ambil.
sejak2 guna DSLR, saya perlukan storage yang besar.

kepunyaan saya 500GB sudah tinggal 100 lebih GB je lagi. banyak tak gambar?
hahahaha...
sedihnya.. HD saya dah nak penuh..
bila saya tengok, yang 500GB harganya 12++ je.. bila go through owh.. processor low.
ke gambar sebelah >> 18++ ok..processor laju.. HDD... 0_0 << ni ikon mata yang bulat sebab terkejut.. apa ni? saya tak pernah tengok? 1TB?

satu je? apa ni? TB? mesti lebih dar GB..
kenapa saya tak tahu? dah berapa lama upgraded kepada TB?
dengan pantas tinggalkan katelog, search kat en.google.

waaa.... teruja gila..
1TB = 1000GB??? tidakkkkkkkkkk
saya nak satuuuuuuuuuuuuuuuuu.......
berapa banyak saya boleh simpan gambar???  huhuhu...

berangan je cik norazlina..
en.laptop baru 1 tahun lebih umurnya...

Nota hati: saya merancang sesuatu.. ^_*

244 - stew tahu

Assalamualaikum

salam ceria dan penuh bersemangat~!!

tajuk entry dah tau makanan...
saya cuba memasak stew lepas saya rasa saya kena jaga kesihatan saya..
lepas kegemaran makan daging bakar tidak boleh diteruskan. [selepas 3 bulan tak makan, last week saya makan daging bakar.. 'heaven' ]

search la kat en.google.. kenapa stew?
hmmm.. misinya kurangkan minyak dalam makanan
jadi disebabkan saya sedikit addict dengan drama korea, terjeak la tengok makanan mereka.
orang korea ni kalau tengok dalm banyak2 drama mereka, sup, kimci, sayur2an tak pernah tinggal.
kalau makan daging bakar pun balut dengan daun salad, kalau hidangan atas meja, penuh dengan lauk dan sayur setiap kali makan. tapi kuantiti sedikit.

search punya search..ada juga bahan-bahan yang agak pelik. 
jadi saya cari yang simple. saya tak tahu apa rasa stew. jadi cuba je la. kalau kena dengan selera..boleh buat lagi.

(mix all) kentang, timun, cili hijau,
bawang besar,, bawang putih,
ikan bilis 10ekor cukup, tahu
(rebus)
dah mendidih masukkan soy paste (taucu)
nak masukkan cendawan butang pun boleh.
tambah udang
pertama kali rasa... terrible..  cubalah. yang ni tak perlu hot paper flake. [wink*]
tak tau nak cari kat mana hot paper flake tu.

kalau tak masukkan timun pun tak apa.. sebab timun akan jadi lembik.
saya tukar dengan white mushroom. cendawan butang tak perlu.
stew tahu nidah jadi macam kegemaran. 
saya tukar juga udang kepada ayam kadang2.

nota hati: dah banyak kali makan stew tahu. sehingga semalam saya jumpa hot paper flake. saya cuba sebagai juadah berbuka puasa. bezanya pedas.
kiri yang macam di atas. tukar udang dengan ayam.
kanan saya tambah hot paper flake. pedas2..
sebab masukkan ayam.. bit oily come from that chicken.

Sunday, May 11, 2014

243 - ada cerita yang tertinngal?

Assalamualaikum

salam ceria penuh bersemangat~!

kalau boleh hari-hari nak post entry.. tapi.. bila on je my lovely laptop.. macam-macam pula benda lain yang dibuat..
bila sign in blog, tiba2 ter blogwalking.. bukan satu.. 10 blog dibuka. hehehe
bila nak pilih gambar.. mmm..abis semua gambar nak ditengok sampai gambar tahun2 lepas pun nak tengok juga.

oklah. masuk kepada tajuk pula.
apa cerita yang tertinggal? al kisahnya si putih kucing kesayangan saya telah pun mati pada 20 03 2014. kalau mengikut umur kucing.. si putih memang dah tua la..
seminggu sebelum tu putih memang nampak macam sakit. perangai pun dah tak macam-macam. dia tak berjalan jauh. lepak sekitar rumah sahaja.

 

memandangkan si putih memang sudah tua, abang saya pernah menyarankan saya menukar kucing saya kepada kucing yang baru.
tak pernah terfikir pun nak buat macam tu. saya berniat untuk menjaganya sehingga dia mati.
" saya nak dia mati dengan saya" itu jawapan saya kepada abang. dia terdiam. serba salah barangkali.

pagi pada hari yang dia mati, dia macam tak larat sangat dah. dia duduk diam bawah kereta kakak. Alhamdulillah dia tak berganjak, jadi tidak dilanggar. semasa saya tutup pintu pagar, dia duduk di beranda rumah. sebelum masuk saya berdoa, " Ya Allah kalau dia nak mati, biar dia mati di situ. saya mahu menanamnya sendiri." saya masuk rumah. saya ajak dia masuk, tapi dia hanya mengiau tanpa berganjak. macam dah tak larat sangat gayanya.

petang tu saya ke Bukit Jalil ambil kakak di stesen star, abang ipar call bagi tau si putih dah mati. masa tu dah petang 6.45 pm rasanya. saya kata balik nanti saya akan tanamnya.
bila saya balik, abang ipar dah tanam. dia cuma ambil gambar je untuk saya.

nota hati: saya tak mahu up gambar dia dah mati...terima kasih kerana pernah menjadi penenang jiwa..

Saturday, May 10, 2014

242 - terubat rindu

Assalamualaikum...
salam ceria dan bersemangat..

ceh tajuk entry tak boleh blah...
yey~!! tak kira.. nak teruja juga...
the inheritors kembali....








nota hati: keterujaan saya belum berhenti. Aaaaaaaaaaaaa........

Friday, May 09, 2014

241 - kelahiran dan kematian

Assalamualaikum...

semoga semuanya sentiasa dirahmati Allah..amin...

dari entry lepas ke entry sekarang jauh betul jaraknya..
meh nak cerita kisah sedih. hahaha... sedih la sangat.

rupa-rupanya bila umur dah masuk 3 series ni... tak lagi macam sebelum- sebelum ni kalau sambut birthday...
hahaha.. sedih je bunyinya.. ni la jadi kalau setiap tahun disambut dengan kek. tapi tahun ni tiada kek. kasihankan?

tepat jam 12 saya di bilik menulis entry... seisi rumah sudah mengembara di alam fantasia...
pagi2..tiada siapa yang ingat nak wish. bit frustrated.

seisi rumah kosong.. tengah hari pun sama.
teruk punya kakak.. ok la..saya maafkan la sebab umur dh nak masuk 4series...hahaha..
dah la lupa, hadiah pun tak ada.. [terpaksa juga memahami..]
sebab tahun sebelum2 ni saya pilih hadiah saya sendiri. [wink*]

hasil kumpulan wish di FB Alhamdullillah.. saya bersyukur FB ada buat auto reminder untuk kengkawan. hahaha.. kalau tak..bersedih sampai ke sudah la saya nampaknya..
tapi tak la ramai mana pun yg wish.. cukup la sekadar adik beradik dan kawan rapat.

petang baru la anak-anak di bawah jagaan saya wish...
tiada kek..
tiada hadiah...
owh..ada satey abang ipar beli sempena hari lahir saya kot. tapi dia tak bagi tau. fikir2 sendiri la kan? umur dh 3 series.. bukan kanak2 lagi yang perlu dirai..
apa saya rasa ya?

masa tu la terfikir... dan keluarkan idea sendiri..
bila masuk usia 3 series...
kita dah tak perlu menyambut ulang tahun kelahiran lagi barangkali..
saya memikirkan kematian yang menghampiri...

Ya Allah..Ampunilah dosa2 hambamu ini..Amin..
Alhamdulillah saya masih diberi peluang menghirup udara pada usia 30 tahun..
terima kasih Ya Allah..
saya mengimpikan kehidupan yang lebih baik.
semoga Allah memperkenankan doa saya..Amin..

saya nak belon yang banyak macam ni

nota hati: saya nak kehidupan yang berbeza pula.. Ya Allah.. perkenankanlah..Amin




jom baca cerita lain juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...