Assalamualaikum kepada semua pelayar-pelayar blog...
kini anda berada di zon Norazlina [atau] Nora...
terima kasih kepada sesiapa yang sudi melawat, termasuk atau tersesat ke zon saya ni...
di zon ini saya sekadar ingin mencoretkan perjalanan hidup saya...
agar saya dapat melihat pencapaian saya masa kini dan masa akan datang....

bermula dengan cabaran 30 hari menulis blog...
adakah saya berjaya menyahut cabaran ini?? kita lihat bersama-sama...

lawatan sambil belajar...

:: Jom jalan-jalan di sini ::

Blog writing....

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, May 11, 2014

243 - ada cerita yang tertinngal?

Assalamualaikum

salam ceria penuh bersemangat~!

kalau boleh hari-hari nak post entry.. tapi.. bila on je my lovely laptop.. macam-macam pula benda lain yang dibuat..
bila sign in blog, tiba2 ter blogwalking.. bukan satu.. 10 blog dibuka. hehehe
bila nak pilih gambar.. mmm..abis semua gambar nak ditengok sampai gambar tahun2 lepas pun nak tengok juga.

oklah. masuk kepada tajuk pula.
apa cerita yang tertinggal? al kisahnya si putih kucing kesayangan saya telah pun mati pada 20 03 2014. kalau mengikut umur kucing.. si putih memang dah tua la..
seminggu sebelum tu putih memang nampak macam sakit. perangai pun dah tak macam-macam. dia tak berjalan jauh. lepak sekitar rumah sahaja.

 

memandangkan si putih memang sudah tua, abang saya pernah menyarankan saya menukar kucing saya kepada kucing yang baru.
tak pernah terfikir pun nak buat macam tu. saya berniat untuk menjaganya sehingga dia mati.
" saya nak dia mati dengan saya" itu jawapan saya kepada abang. dia terdiam. serba salah barangkali.

pagi pada hari yang dia mati, dia macam tak larat sangat dah. dia duduk diam bawah kereta kakak. Alhamdulillah dia tak berganjak, jadi tidak dilanggar. semasa saya tutup pintu pagar, dia duduk di beranda rumah. sebelum masuk saya berdoa, " Ya Allah kalau dia nak mati, biar dia mati di situ. saya mahu menanamnya sendiri." saya masuk rumah. saya ajak dia masuk, tapi dia hanya mengiau tanpa berganjak. macam dah tak larat sangat gayanya.

petang tu saya ke Bukit Jalil ambil kakak di stesen star, abang ipar call bagi tau si putih dah mati. masa tu dah petang 6.45 pm rasanya. saya kata balik nanti saya akan tanamnya.
bila saya balik, abang ipar dah tanam. dia cuma ambil gambar je untuk saya.

nota hati: saya tak mahu up gambar dia dah mati...terima kasih kerana pernah menjadi penenang jiwa..

No comments:

jom baca cerita lain juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...