Assalamualaikum kepada semua pelayar-pelayar blog...
kini anda berada di zon Norazlina [atau] Nora...
terima kasih kepada sesiapa yang sudi melawat, termasuk atau tersesat ke zon saya ni...
di zon ini saya sekadar ingin mencoretkan perjalanan hidup saya...
agar saya dapat melihat pencapaian saya masa kini dan masa akan datang....

bermula dengan cabaran 30 hari menulis blog...
adakah saya berjaya menyahut cabaran ini?? kita lihat bersama-sama...

lawatan sambil belajar...

:: Jom jalan-jalan di sini ::

Blog writing....

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, November 23, 2013

232 - keterujaan...

Assalamualaikum...

Berblog lagi hari ni?hahaaha...
Saya sedang menunjukkan keterujaan pada sesuatu...
Berkongsi di sini dengan tujuan kenangan untuk masa hadapan...aaaaa...terujanya...

Sekarang cuti sekolah..saya pun bercuti...jadi banyak masa terluang.asyik main game je...candy crush...


YA ALLAH...semoga saya cepat dapat posting...AMIN.....

Jom2... Mulakan kerterujaan...
Macam biasa..drama korea tidak ditinggalkan sama sekali...
Aaaaaa.... Lee min ho berlakon lagi...
THE INHERITORS....

                  Aaaaaa..... Tidakkkkkk.....

Sweet momment


Kekuatan cerita - barisan pelakon yang superb!

malas nak tulis panjang2...
Semuanya tentang keterujaan melihat lee min ho..nanti berlebihan pula.

Kata kakak saya.. "ko patut cari calon suami cepat2 supaya tak gila bila setiap kali tengok lee min ho dalam tv"
Hahahaha...
Jawapan membunuh kepada persoalan...
"ada tak lelaki melayu yang kacak,tampan,bergaya dan kaya macam lee min ho?"
Hahaha...

Gila!

Nota hati: sampai bila keterujaan ni?hahaha...

231 - selamat tinggal sekolah... selamat datang cuti...

Assalamualaikum blogers...
lamanya tak menyibukkan diri dalam blog. hilang separuh kenangan.

Kekurangan masa untuk berblog.banyak betul tugasan. Sekolah..kerja2 di rumah..tempahan... Macam-macam la..

Hujung tahun tiba lagi...banyak betul tugasan akhir yg perlu guru kelas lakukan...
Segala file murid perlu dikemaskinikan...



Selamat tinggal sekolah.. semoga saya cepat dapat posting. Aminnn...

Sunday, October 13, 2013

230 masih di sini

Assalamualaikum...
Salam singgah dengan penuh keceriaan...
Dah lama tak update..
Skrg di kampung cuti raya haji 4 hari..
Kerja akhir tahun berlambak.. bawa pulang.tapi x buat pun sebab lepak dgn mak sampai lebam...
Sekarang masih status mengganti... Bila la nak bertukar jadi tetap ni..
Alhamdulillah... Allah masih memberi rezeki..walaupun sikit..
Sampai hujung tahun..lepas ni tak tahu ke mana hala tujunya...

Saturday, July 27, 2013

229 Rindu

Assalamualaikum...

Salam ceria..selamat menyinggah..
Sudah berpurnama tak membuat entry.. kesibukan melanda diri..

Kerinduan pada sekolah terubat bila saya kembali berkhidmat sementara..
Cepat sungguh masa berlalu.. cepat juga kita menjadi tua.. ^_^ hujung bulan 7 sudah tamat kontrak 3 bln..
Seperti biasa perasaan berat hati melanda kerana terpaksa meninggalkan murid2 kesayangan..

Mereka juga tak habis2 merayu agar saya jangan tinggalkan mereka...( haahaha..bajet hot la ni kan?) Tak hot mana pun..tapi,biasalah..lumrah. yang dah nak pergi mesti sedih..ada depan mata tak nak dengar kata..Dah terbiasa dengan situasi ni.. lama2 dh betah.

Semoga kesedihan saya tidak berpanjangan...maklum la..zaman teknologi,murid sekolah rendah pun ada FB.. masing2 dh sibuk minta FB cikgu.minta nombor telefon la..alamat la.. tu semua untuk menutup rasa sedih bila di tinggalkan.sedangkan hakikatnya..keesokan hari dah melupakan cikgu mereka...kerana mereka masih ada guru yang lain...

Puasa ke 18..saya masih belum pulang ke kampung untuk berbuka bersama mak. InsyaAllah..sabtu depan..dah boleh pulang ke kampung kot..

Saturday, April 27, 2013

227 - kerinduan pada sekolah


Assalamualaikum...
salam singgah... selamat berhujung minggu..
semoga yang bertandang membawa pergi senyuman...




rindunya kat sekolah...
nak buat apa ye kalau rindu? huhuhuh..

saya rindu subjek seni.. hahaha..
jom layan gambar hasil seni anak-anak murid dan gurunya... ^___^

mula-mula saya ajar seni tahun 4.. sempat 2 lukisan yang diajar. lepas tu tukar jadual..
hasilnya.. di bawah
teknik capan. ambil sayur-sayuran, buat cop.
ni hasil kerja guru ;)
lukisan positif dan negatif. ini gambar awan.
hasil kerja guru lagi ^_^
hasil anak murid, tak ada dalam rekod ;)

lepas tukar jadual, dapat seni tahun 5. semua kelas saya memonopolinya.. hahahaha [gelak jahat]
sebelum mengajar setiap tajuk yang berkenaan, saya akan pastikan saya ada contoh hasil lukisan tu..supaya murid akan faham hasilnya akan jadi macam mana..
mereka akan lebih bersemangat. tapi, yang tak bestnya, kalau cikgu bagi contoh awan, 80% dari mereka akan lukis awan.
minggu-minggu seterusnya cikgu akan pesan.....

minggu pertama - lukisan positif dan negatif [cikgu buntu masa tu nak ajar apa.muri-murid mesti tak tahu yanng cikgu mereka sedang buntu. mencari ilham untuk tahun 5..] cikgu tunjuk contoh lama.. ^__^ bernas tak idea tu?
cikgu pesan: cikgu tak nak kamu lukis awan... lukis objek lain, rumah, pokok, kereta, bunga. [semua yang cikgu cadangkan, terlukis di papan hitam.]
lukisan positif dan negatif. ini gambar awan.
hasil kerja guru lagi ^_^

minggu ke-2 -corak geometri...tiada lukisan murid. jadi layan lukisan cikgu. ^_^
cikgu tak sempat warna... hahaha banyak betul nak kena warna.. hihihih
ccikgu pesan: tengok contoh yang cikgu buat.. lukisan ni bebas. tak perlu tiru sesiapa. [beberapa teknik melukis ditunjukkan di papan hitam.tu pn ada yang nak tiru]
corak geometri.gabungan bentuk-bentuk geometry membentuk corak
hasil kerja cikgu. ^_*

minggu ke-3 - paper bag. yang ni pun tiada hasil kerja murid.. saya belum giat mengambil gambar..  hehehe..
pesan cikgu: jangan lukis pasu bunga... [masih ada yang lukis pasu bunga]
binaan: paper bag. ini hasil kerja guru..
corak simple. hasil kerja murid, ada juga yang manarik.
minggu ke-4 - corak binatang menggunakan teknik anyaman.. juga tiada hasil kerja murid..
pesan cikgu: jangan lukis rama-rama. [tapi separuh dari mereka lukis rama-rama.]
ini hasil kerja guru..  ^_^
 minggu ke-5 - pemandangan jalan raya.  tajuk ni saya paling suka... saya ajar mereka lukis menggunakan teknik yang betul. masa mula mencuba, saya pun teruja. inikan pula mereka..
saya ajar langkah demi langkah di papan hitam.. bila mereka nampak objek.. mereka akan kata..
"waaaaa....jadi la cikgu.." saya tambah lagi objek.. "waaaaa........ jadi la cikgu" hahaha kelakar membayangkan semua kelas bagi ayat yang sama...
pesan cikgu: [pesanan yang ni lain..] kamu ikut satu persatu langkah dan cara yang cikgu ajar kamu. ;)

pemandangan jalan raya... saya yang teruja
ini hasil kerja guru..
ini 3 dari hasil kerja murid...gambar atas paling cantik yang saya dapat.
dua yang bawah, masih mengikut teknik  melukis yang diajar.
 tapi, tidak menggunakan teknik  mewarna yang betul.
tapi memuaskan hasilnya.
minggu ke-6 - corak batik tema flora... wah..makin teruja nak mengajar lukisan bila dapat tau ada teknik dan cara yang betul..
pesan cikgu : kamu lukislah corak batik yang menarik,  jangan tiru cikgu...

ini hasil kerja cikgu.
beberapa contoh bunga yang berbeza yang dibuat satu malam.
cikgu teruja dengan hasilnya sebenarnya. hehehe.
lukisan bawah, lukisan yang belum disiapkan. cikgu ni sangat rajin
nak curahkan ilmu. sediakan lukisan kosong
untuk ditunjukkan teknik mewarna dengan betul. kelas pertama cikgu tunjuk
contoh di sekuntum bunga, sehelai daun dan sedikit latar.
masuk kelas lain, sama juga. tapi tak sempat masuk kelas terakhir. sebab cuti.
jadi lukisannya tak siap.. hehehe..
ini hasil kerja mereka... boleh la...
yang ni guna teknik yang betul..
 minggu ke-7 - corak flora dan fauna menggunakan teknik guntingan dan lipatan. tajuk ni paling sukar. sebab pelajar tidak kreatif..
pesan cikgu: jangan ikut cara cikgu, kamu fikir dengan kreatif.. penuhkan lukisan kamu. jangan kosong macam lukisan cikgu..
lepas dari tu, semua berkumpul di meja depan tanya cikgu nak gunting macam mana.. hahaha
ini hasil kerja guru...
ini hasil kerja murid yang kreatif...
selain teknik guntingan yang sama dengan cikgu,
 mereka tambahkan latar. menarik.
gambar atas, hasil anak murid favourite
 dan sebelahnya smily  face nya untuk cikgu. huhuh
 minggu ke-8 - frame gambar. ni dalam bidang binaan
cikgu pesan: tampal gambar yang kamu suka.

hasil kerja guru...
hasil kerja murid.. siap ada pesanan belakang kertas lukisan.. hahaha
sampai situ je saya sempat curahkan bakat. hahaha

ini meja saya....saya rindu meja ini....
nota hati: kepada guru yang nak ajar lukisan, boleh la ambil idea dari entry ini.. ^_^
mungkin sedikit sebanyak membantu...

kepada yang singgah, sila tinggal jejak ok?
selamat berhujung minggu...selamat ke book fair... [bukan lagi aktiviti saya ] (T_T)

Friday, April 26, 2013

228 - korea in the home...

Assalamualaikum...



rindunya sekolah...
tak bestnya duduk rumah... hahaha...

kalau duduk rumah, layan korea la tak habis-habis...
full house take 2
lain dari full house yang pertama.. nasib la best juga..


Thursday, April 04, 2013

226 - minggu pertama April

Assalamualaikum...

semoga yang singgah ceria sehingga ke malam...



you smile.. i smile too... ^_^

cepat sungguh masa berlalu... [itu saja yang saya ulang kebelakangan ni]
tapi memang sungguh-sungguh cepat...

Isnin
setelah rumah kosong tanpa penghuni... saya kehilangan idea nak buat apa... sedangkan sejak jumaat, saya dah tahu saya tak perlu bertugas lagi bermula isnin... patutnya gembira sebab boleh sambung cuti... rupa-rupanya sangat tidak seronok perasaan itu... seperti jiwa tertinggal di suatu tempat.. hah~ poyo sungguh bunyinya...

banyak benda yang saya rancang nak buat...
tapi yang terlintas di kepala hanyalah mengemas rumah sampai lebam.
saya mula dengan menyapu..


eh.. tak boleh sapu je..perlu alihkan carpet. sedaya upaya pergi jemur di pagar.. berat tak terkata carpet bulu tu..aduh...
eh, kena alihkan sofa la pula... [saya berjaya mengumpul 37 biji bola binggo sebesar guli. anak..anak...
clear!
kenapa ada kesan pensil di lantai ni?? kena mop la pula... [niat di hati.. sapu sahaja. malas nak mop] ^_*
eh, belum-belum... bersihkan kipas dulu... done! 
clearing drawer dulu la...
ok.. mopping time~...

jam sudah mencecah angka 10 am... saya belum breakfast... macam mana nak berhenti? kerja belum siap..
alang-alang..siapkan dulu la...
eh, pakaian belum di masukkan ke dalam mesin... stop mopping sebentar. sambung bilas dengan air panas.

niat di hati..'dapur kemas esoklah..'
sampai di dapur.. tangan ligat mencapai apa yang ada di atas kabinet.. disimpan, disusun, dibuang.. akhirnya dapur sudah siap dikemas. huh~

11.30am mandi, niat dihati nak masak jam 12.30 tengah hari
toleh jam dimeja. hah? sudah 12.15 tengah hari? sungguh pantas masa berlalu...
breakfast.. sambung masak..

kakak balik, teruja melihat rumah yang clear... [buat muka bangga...] hahaha


Selasa
saya siapkan mengait sarung botol air untuk kakak...
lebihnya menonton tv...
itu dinamakan berakit-rakit ke hulu..berenang-renang ke tepian..
selebihnya..sambung sendiri ^_^

Rabu...
hari ni saya ditugaskan untuk proof reading tesis kakak...
huh~ terbengkalai kerja saya...
pagi, nampak paper semalam..konon-konon rajin membaca.. hahaha..
8 pagi saya menyapu, membasuh pinggan, membasuh pakaian..
upsss... kenapa sudah 9.30 ni?
mandi, breakfast...
bermulalah edit dah proof reading semalam...
berhasrat jam 12 berhenti memasak... hahaha... tipis harapan nampaknya...
jam 12 baru muka surat 50 lebih... saya ada lagi 50 untuk diperiksa...
sambil-sambil print saya teruskan edit.
jam sudah pukul 1 petang..tak apalah..masak sekejap je.. ^_^ pilih menu simple...
tiba-tiba dengar bunyi pintu... aik.. anak buah dah balik ke? upss..sekali lagi.. sudah 1.30 petang?
sudah lambat ni...

siapkan helaian terakhir.. 103 pages.
memasak hanya 30 minit untuk dua menu.. done!
solat...menonton korea... yey!

tamat untuk hari ini...

nota hati: saya tetap rindu sekolah... saya rindu subjek lukisan... [rupa-rupanya..saya memonopoli subjek lukisan tahun 5.. keempat-empat kelas saya yang ajar... ] siapalah yang menggantikan saya agaknya? lukisan apakah yang diajarkan kepada murid?

Wednesday, April 03, 2013

225 - sungguh pantas masa berlalu...

Assalamualaikum...

salam singgah..

terima kasih sudi singgah.. sila la tinggalkan jejak.. ^_^
Insaya-Allah akan jejaki anda kembali..

merujuk kepada tajuk... [saya termenung seketika]
sudah bulan April... walaupun bulan April amat dinanti-nantikan... tapi...sudah bulan April?

rasanya baru entry lepas saya mengisahkan tentang rezeki 2013..
bermula 1 April 2013 saya kembali jadi penganggur... Ya Allah... dugaan apakah ini?
kenapa? guru yang saya ganti dipindahkan ke sekolah lain kerana sekolah mengalami proses pengurangan guru...
tiada apa yang perlu saya katakan... " saya yang menurut perintah" hehehe...
saya ditawarkan ganti guru itu di sekolah barunya.. tapi saya menolak kerana sekolah tu jauh..saya tiada kenderaan... (T_T)

saya rindukan sekolah tu tiba-tiba...

rindu meja saya...
setiap hari kakak pulang dari sekolah.. kakak ceritakan guru-guru yang merindui saya.
cewah~ macam la glemerkan? hahaha...
terutama guru yang menjadi jiran saya di dalam bilik guru.. 'kak faiz' i miss you to... ^_^

guru-guru yang tiba-tiba cakap rasa sunyi.. rasa kecewa... hahaha
biasalah manusia akan menghargai bila sudah tiada...
atau sebenarnya saya ni suka buat kecoh dalam bilik guru? maklumlah... saya guru paling muda [walaupun dah masuk bulan April. macam tak sedar dirikan? hahaha ] kebudak-budakan...
Alhamdulillah..mereka menyenangi saya...

siap bincang nak buat makan-makan lagi untuk saya..
sebab... habis je cuti, saya sudah tidak bertugas... mereka rasa la kehilangan tu.. tak sempat nak salam-salam, nak wishes..

sudah mengantuk...
sambung esok..

nota hati : saya betul-betul rindu sekolah... itu jiwa saya... bila nak dapat posting ni...

Saturday, March 23, 2013

224 - masa ber'blog amat tipis

Salam singgah...
Semoga ceria sentiasa...

Kehidupan yang berubah membuatkan semuanya berubah...
Saya sibuk dengan tugas... sibuk dengan kerja-kerja tambahan. ^_^

Jadual berubah membuatkan saya kehilangan banyak perkara..
Cerita korea saya... [petang saya masih menonton. tapi tidaklah terlalu serius..]
Tidakkkkkkkkkkkkk....[saya kecewa rupanya..tapi tak nak fikir lebih-lebih]

cerita sekarang...

Tasty life



King of ambition



The great seer



Welcome rain to my life



That winter the wind blows



nota hati: sudah semakin kurang cerita yang saya tonton... mungkin akan pupus...
tapi the great doctor ada kembali...saya akan menonton sekali lagi yey~! lee min ho...

Friday, February 01, 2013

kehidupan 2013 berubah... ;)

Assalamualaikum...

salam singgah kepada blogger yang singgah dan tersesat di zon Norazlina [atau] Nora..
senyum pembuka hari...semoga sentiasa ceria..



kesibukan bermula sejak pembukaan 2013...
Alhamdulillah...rezeki 2013 terserlah sinarnya sejak dari hari pertama di tahun baru 2013..
jadi guru ganti...
tempahan berganda..

sementara menunggu giliran posting, saya menerima tawaran guru ganti di sebuah sekolah rendah... biarlah mencari pengalaman di sini dahulu...
penat tak terkata..

kehidupan berubah kembali...
dulu setiap hari saya rindu-rinduan anak-anak di bawah jagaan saya..
sekarang tak lagi...
bermula pagi, sampai di sekolah..pulang dari pra..saya yang menguruskannya...

letih dan seronok...
sekarang jadual hari jumaat free setelah 8.20am... ^_*
jadi boleh la berkomputer..huhuu
nanti sambung kisah2 lain pula ya?


nota hati: semoga saya sentiasa dimurahkan rezeki sehingga ke hujung tahun 2013 seperti pembukaan 2013..


Tuesday, January 01, 2013

1.1.13

salam singgah untuk semua...

perjalanan Puchong ----> KL memenuhi janji teman...

sebelum tu, cuci kereta dulu...dah tak berupa dah gayanya...
sendirian di atas highway... Rindu NPE... sudah lama tidak dilalui.. dan mungkin tidak akan dilalui..

sedaya upaya menjaga halaju di atas highway NPE..
tiba-tiba di beri high bim percuma oleh en.taxi..
terima kasih en.taxi..saya tau anda punya duit yang banyak.

selesai tugas setelah jam 8 pm..
malam yang indah... semuanya kenangan...
semestinya terindah... rindu 6 tahun yang lalu....

nota hati saya: cerita saya untuk saya...

jom baca cerita lain juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...