Assalamualaikum kepada semua pelayar-pelayar blog...
kini anda berada di zon Norazlina [atau] Nora...
terima kasih kepada sesiapa yang sudi melawat, termasuk atau tersesat ke zon saya ni...
di zon ini saya sekadar ingin mencoretkan perjalanan hidup saya...
agar saya dapat melihat pencapaian saya masa kini dan masa akan datang....

bermula dengan cabaran 30 hari menulis blog...
adakah saya berjaya menyahut cabaran ini?? kita lihat bersama-sama...

lawatan sambil belajar...

:: Jom jalan-jalan di sini ::

Blog writing....

Daisypath Anniversary tickers

Monday, November 28, 2011

204 - selamat tahun baru

Assalamualaikum....

semoga kita semua sentiasa dirahmatinya..Amin....
senyummm...tengok entry baru...[untuk diri sendiri sebenarnya]

sudah lama saya tidak ber'blog'. entahlah...
tak perlu diterangkan panjang berjela apa sebabnya. yang pasti macam-macam benda yang nak di buat...
hari ni? sekadar meluangkan sedikit masa.. ^_^

masih belum terlambat saya nak ucapkan selamat tahun baru kepada seluruh umat islam...


semoga hari-hari kita yang mendatang sentiasa dilimpahkan dengan rahmat dan keredhaanNya..Amin..
saya sudah lama tidak berkawan.. hahaha..maksudnya tidak bertegur sapa dengan kawan-kawan lama..blogger..chatters...
hanya berjumpa kawan-kawan kelas pada hujung minggu yang penuh...
tension menyerap ilmu matematik... tesion memikirkan assignment matematik....



kawan-kawan blogger yang saya kunjung balas pun dah aneh-aneh sekarang... hahaha..dengan blog-blog iklan penuh...blog-blog gosip. macam-macam la... dah tak faham jadinya...
ada blog yang saya tak dapat tinggalkan jejak..ada yang saya tak boleh buka..macam -macam la...
memandangkan masa untuk berblog kurang...dengan tidak rela hati saya jarang mengunjungi blogger lain...



nota hati: terima kasih kepada yang sudi singgah...
maaf kepada yang singgah tapi tiada yang baru di sini...

salam berjumpa lagi..

Wednesday, November 16, 2011

203 - menikmati kehidupan. [wink*]

Assalamualaikum...

semoga masih ada yang sudi singgah di sini walaupun saya tak letak apa-apa cerita baru di sini...
masa di isi dengan pelbagai aktiviti.. sampai tiada masa nak ber'blog' entah kenapa..
semoga anda sentiasa ceria dan dilindungi..Amin...

setiap kali update  blog mesti mahu cakap rindu. mana taknya? update setahun sekali..inilah akibatnya...
macam biasa, aktiviti di rumah..jarang on9 sekarang. kalau sentuh je laptop,koon-konon nak cek email je. dari niat nak study, bertukar jadi leka di depan laptop.semua nak di click dan di baca...aduh...parah betul penyakit ni..

hrum...apa ya?
jumaat 4 nov 2011 balik kampung
pagi raya haji 6 nov 2011 ke kuantan rumah makcik-makcik
petang di rumah.
selasa 8 nov 2011 pulang...
seronok di kampung...

13 nov 2011 ke kuala selangor lagi..
memancing..padi sudah di tuai, jadi ikan banyak..
saya? mamancing? tak mungkin.. ahahaha... tengok sahaja..
selebihnya? fotoshoot la sepuas hati... [wink*]

jom layan sekejap hasil saya...



ni payung fotoshoot namanya.. 1st time guna ni.. ^_*
sawah yang sudah di tuai...
si kembar yang bebas berlarian.. tapi kena tangkap sekejap
mereka...[dah macam cover album dah rasanya]
seronok menikmati hujung minggu begini...
mula hujung minggu ni..saya akan full dengan kuliah... Arghhh... bila kehidupan seperti ni nak berakhir?
saya mahu bersenang lenang di rumah...

jom tengok gambar last visit di kuala selangor..hari tu tak sempat nak upload... ^_^


birthday gurlz sudah siap didandan rapi..[sangat cute]
pizza hut - tak sempat nak ke secret recipe
button yang canggih di atas meja menjadi mainannya. hahaha...
beberapa kali pelayan sampai. hihihi
mula-mula Nur Qaseh duduk dengan  sopan sekali..bila satu persatu makanan sampai..dia sudah beraksi..
bila semua orang sibuk menjamu selera..dia mula bosan..sebab dia sudah kenyang dan mahu berjalan pula...

aktiviti time~
aktiviti kami juga bermula...yeah~ [chommel tak?]
dia baru pandai berdiri..
kami...[baju di pilih sama dengan birthday gurlz..]
ada reben di belakang kami.. hihihihi
bila hujan turun..kami duduk dalam rumah..
celebration time...
owner rumah drama Nur Qaseh..[rumah adam & aidil]

singgah sebelum pulang...

nota hati: lama betul nak buat entry ni...^_^
selamat menjamu mata...
wassalam...

Tuesday, October 25, 2011

202 - rindu...

Assalamualaikum...

semoga blogers yang singgah di zon Norazlina [atau] Nora sentiasa sihat dan ceria...
semoga kita semua di lindungi Allah..Amin..

senyum..tak perlu kata apa-apa...
senyum..tak perlu kata apa-apa...











sudah lama saya tak update..
rinduuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu...[hug* hug*]


kesibukan dari minggu pertama kuliah sem baru.
jadual tidak tentu hala.. masalah subjek yang tidak ditawarkan...
hrummm.... inilah nasib pelajar sem akhir... upppsss...sudah sem akhir?? [wink*]
tak sabar rasanya....

hari ni...meluangkan sedikit masa...
sudah tidak tahu nak cerita pasal apa...
banyak betul yang berlaku..
yang pasti.. malam ni nak pulang ke kampung... yeay!

-hujung minggu macam biasa busy dengan kuliah. weekdays hanya di rumah..
-ke rumah diana minggu lepas.
- dapat anak buah baru bukan tarikh 090911 [tak ingat pula tarikhnya]
-nama muhammad [ala..tak pandai nak eja...]bunyi mcm Ryan Rifki.. entah la..nanti tanya abang semula..hahaha
-sambutan hari lahir Nur Qaseh, di kuala Selangor. sempat singgah rumah tempat shooting Nur kasih. lepas tu...fotoshoot Nur Qaseh di tepi bendang. sangat teruja.
- kene marah dengan penyelaras course sebab minta dia tukar jadual. jadual semua bertindan. hampeh betul. dah malas buat kerja..cakap je la.. ni la manusia..kalau sudah duduk di kerusi besar dan empuk..lupa pada kita-kita yang duduk kerusi bermeje kecil ni...
-boleh dikatakan hari-hari telefon mak sebab pakej TM yang baru kitaorang tukar ni boleh panggil talian tetap     unlimited. ha...tak panas telinga kitaorang. sekali panggil mak, bukan sekejap-sekejap. mahu jadi 3,4 jam...
semua cerita boleh masuk... mak nak ulas drama pun boleh. saya nak cerita kejadian di sini pun boleh. [mengumpat tidak digalakkan. hehehe...

ok la...dah tak ada catatan dah..
penat pula rasanya. nak breakfast dulu...

nota hati: rindu..nak blogwalking...
tapi masa tak berapa nak banyak...lain kali saya akan singgah....
adios...[wink*]

Friday, September 23, 2011

201 - sekali lagi...

Assalamualaikum...

sudah lama tak singgah di sini...
sekadar menikmati kehidupan yang ada... ^_^
semoga masih ada yang sudi singgah di Zon Norazlina [atau] Nora..
saya sentiasa mendoakan blogger semua sihat dan dilindungi Allah..Amin...

hrum...macam-macam nak diceritakan..
sudahnya tak tahu mana nak mula..mana nak dimasukkan di sini..mana yang tidak penting. huhuhu...

aktiviti sekarang...
menyiapkan tugasan, kerja-kerja...mengosongkan minda.

lately  tak ada cerita best  kat tv...
terfikir sejenak..." orang kaya menonton cerita apa ya kalau mereka berada di rumah?"
hahaha... [sesiapa yang kaya boleh jawab dengan jujur soalan ni..kepada yang tak berapa nak kaya tu..yang tahu jawapannya, boleh juga tolong saya jawab soalan tu] ^_^

lepas raya..program TV kembali kepada asal..
saya tetap menonton cerita korea jam 12 tengah hari..



pada jam-jam berikutnya.. tiada cerita yang menarik untuk stay.
sudah lama tak tengok stanza cinta yang berlakon di kampus UTM Jalan Semarak. [ces~ tak bertembung dengan Aaron Aziz masa dia berlakon]


petang layan kasih Alia [sudah habis pun cerita ni]



yang lain-lain tak ingat..

sebenarnya entry ni untuk melahirkan rasa kecewa...
tapi sebab dilengah-lengahkan, jadi lebih tenang sekarang...
yang pasti... saya tak dapat menonton malam ni...
kecewa....


nota hati:  sekadar berkongsi bersama...
"surah Al Insaan menerangkan bahawa setelah manusia diciptakan, manusia diberi petunjuk untuk mencapai kehidupan yang sempurna, ada yang mengikuti dan ada yang tidak mengikutinya, ganjaran bagi mereka yang mengikuti dan ancaman bagi mereka yang tidak mengikutinya."

Friday, September 09, 2011

200 - 09092011

Assalamualaikum...
sekali lagi tamak entry...
semoga yang singgah sentiasa tersenyum...

saya akan pastikan ini entry yang ringkas...
saya bakal mendapat seorang lagi anak buah...
abang cik menanti kelahiran anak ke-2 nya...
tarikhnya saya lupa..tapi...minggu selepas raya..
saya doakan kelahirannya hari ni dengan selamat dan diredhai Allah..amin...

nota hati: tahun depan kene sediakan duit raya tambahan...hehehe

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum....

semoga yang singgah sentiasa diberkati dan dilindungi-Nya..Amin..
en.maxis kasi..
saya tak tau nak mula dari mana...yang pasti saya rindu..saya excited terlebih nak cerita macam-macam..sebab sudah lama tak bercerita...
yang pasti..saya tak akan sumbat semua kat sini... bukan ada orang kisah punkan?

ketenangan..
kegembiraan..
kesyukuran..
dan terakhir...ketakutan....

mula dari mana??
sepanjang ramadhan saya penuhi dengan ketenangan...Amin...
saya tak amalkan aktiviti ni [ihsan dr encik maxis]
seronok..tenang..gembira..entah macam mana perasaan ni..
dalam bulan ramadhan juga kita menyambut Nuzul Al-Quran..


ini juga dari encik Maxis [free]
bagus maxis ni...
tak lupa juga malam-malam terakhir..malam lailatul Qadar
encik maxis pun bagi yang ni...
bagus kan?
jumaat 26.8.2011 pulang ke kampung..seronok..seronok...
[ihsan dr encik maxix juga]
saya nak post entry ni sebelum balik kampung..
tapi saya tak online..saya sentiasa mendoakan anda semua [wink*]
sampai kampung...perubahan yang menggembirakan...tapi banyak perkara perlu di uruskan...
macam biasa..aktiviti mengemas yang luar biasa...[semua nak disentuh, diubah] sehingga ke pagi raya ^_^
2,3 tahun lepas,sudah tak berlaku tidur lewat pagi raya...tahun ni saya kembali tidur sebentar di pagi raya..gara-gara jahit langsir bilik.. [ma tak sempat nak berbuat demikian..] nasiblah darah menjahit mengalir dalam diri saya...cewah~! macam la hebat sangat. hahaha... jahit lurus saja ye kawan-kawan.. ^_^
saya juga yang beria-ia nak menjahitnya..hehehe...

perkara yang tak disangka..
kegembiraan..
tahun ni...giliran kami yang bujang-bujang saja di rumah...
ma,kakak, saya,dan 2 orang adik lelaki..
petang saya nak ke bandar beli barang..abang long [kawasan] sekeluarga sampai...
berbuka puasa di dalam kereta on the way balik...[buat pertama kali dan terakhir kali saya ke bazar ramadhan...tu pun separuh jalan je... ^_^ [bukan malas...tapi tak berminat..]
sampai rumah hampir jam 8pm..lepas maghrib, sambung makan..heeee....

jam 2am... masih menjahit dan menggantung langsir...
abang ngah pula sampai...
kenapa dengan mereka ni?? tak ingat giliran ke?? hahahaha...
sudah penuh ruang tamu dengan hamparan tempat tidur..
saya masih dengan langsir-langsir yang banyak...

borak-borak sampai jam 4am... semuanya tidur tinggallah saya sendirian..
ingatkan ditemani kakak yang memasak di dapur..rupa-rupanya dia tidur dengan jayanya...

tidaklah sunyi kami di rumah di pagi raya...

macam biasa..aktiviti pagi raya..makan-makan..bermaaf-maafan...berfoto-fotoan... hahaha...

raya ke dua, abang cik dan kakak balik...
gambar family yang lengkap walaupun anak-anak pasti buat onar...


kesyukuran....
raya kali ni saya rasa tenang...
tidak seperti tahun-tahun lepas...
syukur Alhamdulillah...Amin...

ketakutan...
saya takut kedatangan tahun depan...
takut tidak diberi kesempatan untuk memenuhi impian...


nota hati:gambar...nanti kalau ada kelapangan, saya akan upload... ^_^

Tuesday, August 23, 2011

198 - rindu blog...

Assalamualaikum....

semoga kalian semua berada di bawah lindunganNya...
semoga ramdhan kali ini diisi dengan keberkatanNya..Amin...


saya tak mahu update apa-apa tentang diri saya...
cukup sekadar saya rindu blog...


cuma saya nak kongsi sabda rasullullah s.a.w. , yang bermaksud..

"kalau umatku mengetahui segala kebaikan di dalam bulan ramadhan, tentulah mereka menginginkan agar seluruh bulan dan tahun menjadi ramadhan kerana semua kebaikan akan terkumpul di dalam bulan ramadhan, ketaatan dapat di terima, semua doa dikabulkan, semua dosa diampuni, dan syurga rindu kepada mereka."

p/s: saya tak sabar tunggu hari jumaat...nak balik kampung....yey~
balik kampung...oooo balik kampung..hati riang...

Monday, August 01, 2011

197 selamat berpuasa

Assalamualaikum....

saya gumbira...
semoga yang singgah sentiasa diberkati dan dilindungi-Nya..Amin...

saya tak mahu berkata banyak...sekadar ingin mengucapkan selamat berpuasa...

saya memohon kemaafan segala keterlanjuran bahasa, bicara, perbuatan, kekurangan adab kesopanan, tingkahlaku, semua kekhilafan terhadap sesiapa sahaja yang pernah tersinggung di sini..
semoga kita semua berjaya menempuh ramadhan tahun ini dengan lebih baik dan sempurna sehingga kehujungnya..Amin...

selamat menyambut ramadhan al mubarak..

nota hati: saya masih di kampung..terbayang keindahan menyambut ramadhan hari ini di rumah sendiri bersama bonda tersayang... ^_^
nota hati: selera makan kembali terbuka.
nota hati: keharuman ramadhan sudah terbau
nota hati: kegembiraan tak terbilang
nota hati: saya sayang anda semua...
nota hati: mengurangkan aktiviti-aktiviti di sini sepanjang ramadhan..memperbanyakkan urusan yang lebih penting untuk bekalan...

wassalam....

Saturday, July 30, 2011

196 - di kampung

Assalamualaikum....

semoga yang singgah baik-baik sentiasa..Amin...
saya happy...happy..happy...
 berada di kampung...bahagia betul rasanya...

tak perlu kata apa-apa...

senyum..senyum...senyum..

nota hati: merasa kepuasan dan kenikmatan...

Tuesday, July 26, 2011

195 - juvana lagi

Assalamualaikum....

semoga masih ada yang singgah di sini...
saya tetap mendoakan kesejahteraan anda


sudah hampir 10 hari saya tidak ke sini...
kelabu laptop saya..huhuhu...
biasalah...sudah diberitahu sebelum-sebelum ni lagi..berada di sini bukan hobi tegar saya lagi..
banyak perkara perlu difikirkan...
bertambah tidak kisah bila sepanjang 10 hari ni, kami seisi rumah demam berperingkat...mula dari yang kecil, berganti kepada yang besar, berganti pula dengan kecil sikit, berganti pula dengan besar sikit, akhirnya saya...
demam saya hampir kebah..semoga bangun pagi esok segala kesakitan pergi bersama mimpi ngeri...
saya tidak dapat menjalankan rutin harian dengan baik...saya tidak dapat menghadiri kuliah terakhir saya...[kehilangan markah di situ T_T ]

jom-jom kembali kepada tajuk...
sudah 10 hari saya tak update...
juvana sudah pun tamat...
jom layan gambar..huhuhu

suka zahiril [wink*]

















kenangan untuk saya

nota hati: puas mencari gambar yang ada muka mak cik kantin dengan si anaknya yang cute tu.. ^_^ tapi tak jumpa...
nota hati: dengar tajuk cerita baru, saya tidak berminat......sempat memandang sekilas iklan di tv petang tadi.
bukan apa saya tak berapa gemar menonton cerita-cerita yang ada power ni..aduh...entah kenapa..susah nak percaya ni... hahaha

jom baca cerita lain juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...