Assalamualaikum kepada semua pelayar-pelayar blog...
kini anda berada di zon Norazlina [atau] Nora...
terima kasih kepada sesiapa yang sudi melawat, termasuk atau tersesat ke zon saya ni...
di zon ini saya sekadar ingin mencoretkan perjalanan hidup saya...
agar saya dapat melihat pencapaian saya masa kini dan masa akan datang....

bermula dengan cabaran 30 hari menulis blog...
adakah saya berjaya menyahut cabaran ini?? kita lihat bersama-sama...

lawatan sambil belajar...

:: Jom jalan-jalan di sini ::

Blog writing....

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, March 27, 2012

5- saya sangat sibuk dan akan terus sibuk selama 3 bulan ke hadapan

Assalamualaikum...

semoga kita sama-sama diberkati dan dilindungi-Nya..Amin...

lagu : yuna -terukir dibintang [anda boleh off lagu di blog saya sebentar. hihihi]
perasaan: banyak. banyak sangat... gembira, penat, takut, sedih, macam-macam...

yang pasti sekarang saya gembira sebab dapat type di sini.. ^_^
saya harap kehidupan yang berbeza ini akan berlalu dengan pantas... 'kosong..terasa kosong di mana-mana'
life saya bertukar 100%.
saya harap semuanya berjalan dengan lancar...
saya harap saya tidak takut.
saya harap saya dapat lakukan dengan baik...
dan saya harap semuanya... hahahaha... banyak betul harapannya... berusahalah cik Norazlina oi..
jangan asyik berharap je...

lepas ni...saya sangat sibuk dan akan terus sibuk selama 3 bulan ke hadapan [copy, paste tajuk] hahaha...
saya harap, saya tak lupa password untuk access blog ni...[tak..tak..seboleh mungkin saya akan cuba untuk meluangkan masa...]

kehidupan berbeza..
kehidupan baru bermula..

ya..yang pasti saya telah tinggalkan drama korea saya setiap petang..
help...help...help...owh secret garden... [saya akan dapatkan DVD secepat mungkin..]
atau ada sesiapa yang mahu pinjamkan kepada saya?? sila angkat tangan..dan jangan lupa email saya dengan segera.. hahahah..sangat obses kelihatannya cik Norazlina terhadap drama korea... hahahah..

saya berjaya tinggalkan segala drama tanpa menoleh ke belakang...[poyo sungguh ayatnya]
saya penat setiap kali pulang. saya tertekan setiap kali memikirkannya...
jadi...

nota hati:


tiada kaitan dengan sesiapa..

Wednesday, March 14, 2012

4- cuti di kampung

Assalamualaikum...
salam singgah...


saya di kampung...nyamannya....
tenang..damai...kosong..relax...

rindu memikirkan anak-anak di bawah jagaan saya... mereka menjalani cuti tanpa saya..

kelas ditunda sampai bulan 4. seronok ke? hahaha....haruslah..
homework belum buat...
tapi, cuti ni boleh la buat preparation untuk latihan mengajar...

saya sudah mendapat penempatan di sekolah untuk praktikal[latihan mengajar]...
saya dapat sekolah di mana anak buah bersekolah..
isnin mula melapor diri...entah dapat pagi atau petang... saya doa yang terbaik.. amin...
seronok...bimbang..takut...semua ada.
belum prepare apa-apa sebab belum dapat tahu jadual mengajar sekolah pagi atau petang..
banyak kerja nak buat lepas ni...
buat lesson plan
buat bahan bantu mengajar setiap tajuk..
study...

esok petang pulang meninggalkan kampung...
menjalani kehidupan yang berbeza..
semoga dipermudahkan segala urusan...Amin...

nota hati: semoga tahun ni masa berlalu dengan pantas...
jumpa lagi..jika ada kelapangan... mungkin lepas ni cerita tentang sekolah pula.. huhuhu...

big hug untuk semua...

Tuesday, March 06, 2012

3- entry ke-3 tahun 2012

salam kunjungan kepada semua...
senyum pembuka cerita...semoga kita semua diberkatu-Nya..Amin...

banyak...tak tahu mana nak mula...
saya rindu semua orang...[tah siapa-siapa tah]

cuti sudah habis...kelas sudah mula..
memandangkan tinggal satu subjek saja lagi...
kelas jarang-jarang... boring juga menghabiskan hujung minggu di rumah..memandangkan sebelum-sebelum ni menjalani hujung minggu di kampus...
kalau tiada kelas..bermakna 24-7 di rumah sahaja...inilah kehidupan yang saya terpaksa tempuhi.

25hb kelas mula..
lepas tu cuti...
menanti 19 mac 2012 untuk Latihan Mengajar. tak sabar pun ya, takut pun ya..
yang pasti, ta sabar nak grade.. hihihi... ^_^
selepas ni akan menempuhi kehidupan yang berbeza... horeyyy~!!!

sekarang...menjalani kehidupan yang tidak jelas...
saya suka nak mempersoalkan hal ini kepada orang lain. mana tahu boleh menjadi sumber inspirasi.. ^_*
apa yang anda inginkan dalam hidup?
risau memikirkannya...

saya nak cerita pasal anak-anak di bawah jagaan sayalah..
nanti saya pasti akan menangis membaca entry ini kembali... T_T

setiap pagi, saya mengambil bahagian dalam menyiapkan mereka.
mereka akan salam dan cium pipi saya sebelum ke sekolah dan pulang dari sekolah. [wink*]



semenjak mereka mula sekolah..perangai dah lain macam..maklumlah..bergaul dengan macam-macam perangai..terikut-ikut pun banyak la..
kadang-kadang buat saya geram..
kadang-kadang buat saya teruja dengan perkembangannya
kadang-kadang buat saya tension melihatnya.
kadang-kadang buat saya tersenyum sendiri..
kadang-kadang buat saya nak menangis.
kadang-kadang buat saya menyanyi girang bersama mereka...
kadang-kadang buat saya menjerit sekuat-kuatnya..

mereka..
mula pandai menulis A,B,C [a,b,c] walaupun senget-senget..walaupun tak tahu pun huruf apa yang di tulis] huhu..
mula pandai membaca doa-doa harian dan surah-surah pendek..tak lekang di mulut menghafal.walaupun ketika sedang asyik bemain.[bangganya..teruja.]
mula pandai menyanyi-nyanyi lagu kanak-kanak. terjerit-jerit di mana-mana [selalunya nyanyi lagu cintan cinton ikut makciknya. hahaha]
mula mengenal warna. [sebelum ni kena jentik dahi pun tak kenal-kenal juga warna] kejam! ^_^

saya pasti akan rindukan saat ini nanti...pasti~!

begini rupanya perasaan melepaskan anak-anak rupanya ya?
saya memahami perasaan seorang ibu melepaskan hak jagaan anak kepada orang lain..
saya faham kebimbangan itu..kerisauan, kesedihan...
tapi nak buat macam manakan? lumrah...

nasihat saya: peluk mereka selalu.supaya mereka tak rasa jauh dengan kita... bila mereka merengek menandakan mereka mahukan perhatian setelah separuh hari berada dengan orang asing..cubalah mengawal kemarahan kerana anda akan rasa mereka mengada-ngada..percayalah..

nota hati: dalam ketidak sabaran, ada kesedihan...[semua ni adalah kehidupan]
saya akan kumpulkan kembali suatu hari nanti.. [may Allah bless me..Amin..]

jom baca cerita lain juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...