Assalamualaikum kepada semua pelayar-pelayar blog...
kini anda berada di zon Norazlina [atau] Nora...
terima kasih kepada sesiapa yang sudi melawat, termasuk atau tersesat ke zon saya ni...
di zon ini saya sekadar ingin mencoretkan perjalanan hidup saya...
agar saya dapat melihat pencapaian saya masa kini dan masa akan datang....

bermula dengan cabaran 30 hari menulis blog...
adakah saya berjaya menyahut cabaran ini?? kita lihat bersama-sama...

lawatan sambil belajar...

:: Jom jalan-jalan di sini ::

Blog writing....

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, November 25, 2010

MERDEKA~!! MERDEKA~!!

Assalamualaikum....

"gumbira rasa di hati...coklat cair di nikmati..choki..choki..saya gemari..lalalala...-berlagu riang (^_-)"
hrum...saya sekadar melahirkan rasa hati...sungguh~ sangat gembira. puas! setelah 3 minggu berhempas pulas...
hmmmmm......[sambil pejam mata. menikmati kepuasan di hati]

semalam [23.11.2010- selasa] tamatlah sudah final exam untuk semesta ini...habis jam 5.30pm. sampai rumah jam 7pm...


-hari ni..merehatkan badan di spa...hrummmm [pejam mata sekali lagi]
3 jam di spa...
- sebelum itu...menyelesaikan beberapa urusan penting termasuk collect surat berdaftardi kaunter serahan, baiki kereta..
- sibukkan diri cari penginapan di cameron highland...[full]

p/s: banyak cerita sepanjang menempuhi alam peperiksaan... tak dapat nak cerita sekarang...
jumpa di entry akan datang...InsyaAllah.....

good night

Thursday, November 11, 2010

101 - esok exam

Assalamualaikum.....


esok saya akan menduduki peperiksaan kertas pertama...
arghh... takutnya...tak pernah setakut ini...
exam math..mana pernah tak takut...


kawan-kawan...wish me luck!...


semoga soalan esok senang-senang sahaja..Amin...
semoga cik Norazlina [atau] Nora dapat jawab dengan jayanya..Amin...
semoga semua formula-formula dapat di keluarkan.. Amin...
semoga saya cepat sampai...cepat jawab...cepat pulang..Amin.....


Amin...Amin..Amin....


p/s: doakan saya ye kawan-kawan...[saya sedang takut ni..]

Monday, November 08, 2010

100 - wah~! entry ke seratus?

Assalamualaikum...

100 ke? belum lagi sebenarnya..97 baru..jadi seratus sebab saya combine post 3 hari dalam satu post tapi tulis 3 nombor.. hehehe... [cover cabaran 30 hari menulis blog untuk diri sendiri dulu..]
saya bercadang bila sampai entry ke seratus nak buat giveaway... tapi sepertinya hajat itu perlu ditunda sebab saya sangat sibuk dengan persiapan exam.
jadi...nanti bila-bila ada rezeki dan masa yang terluang saya akan buat giveaway okey?

hari ni ke library... seperti biasa lengah-lengah. jam hampir pukul sepuluh baru keluar rumah. 

cuca sedikit mendung hari ni..


opss...lupa nak lekat nama pada gambar...[ tak apalah... korang mesti tau..kalau gambar highway NPE, gambar awan...di zon Norazlina [atau] Nora..tu mesti milik saya]


kelihatan MidVely

jam 10 lebih sampai kampus... parking kelihatan penuh...[kena la parking di belakang...] menapak ke library...adoi~

eh, betul-betul sorang ni.. ^_^
gigih sungguh cik Norazlina [atau] Nora ni mahu study. itulah tujuan utama... kali ni biar bersendirian..semoga dapat mentelaah sehingga faham dan boleh jawab exam~!
saya memilih meja tengah di tepi discussion room [2 orang sahaja di dalamnya. mungkin tidak akan mengganggu]

owh...saya ada kawan-kawan rupanya... mereka di dalam discussion room hujung. biarkan mereka~!
saya tak berniat mahu mengganggu dan berniat tidak mahu di ganggu.. :)

seperti semalam..cafe tutup...saya dah perpared en.roti dan en.air... ^_^
study sampai lebam.

" makin di kaji matematik ni...makin sukar di rasakan..banyak yang terpaksa diexplore. banyak benda yang saya masih tak tahu..hihihi..macam mana mahu jadi cikgu math ni?
samalah macam kehidupan. makin mengenali seseorang, makin banyak ragamnya...
adoi~ math..oh math..."

menjelang tengah hari...library di penuhi oleh rakyat-rakyat jelata UTM. maaf ia kelihatan seperti pasar..bukan seperti library  lagi dah. kenapalah mereka-mereka ini sukar untuk dimengertikan? library = senyap. senyap = library. agak-agak la oi...suara korang dah macam duduk di podium bunyinya....

kiri -  discussion room... anda fikir, suara anda tidak boleh tembus cermin transparent tu? mentang-mentang duduk dalam discussion room, korang berpesta bergelak ketawa ye? 

kanan - sekumpulan jejaka-jejaka terhangat di pasaran memenuhi dua buah meja [menjadi guru dan murid] belajar programming? adoi~ sungguh tidak sopan tuan hamba sekalian.

depan - dua orang gadis...dua orang ye... tapi..adoi..suara anda mengganggu pembelajaran matematik saya...jika mahu menghafal dan memahami kaedah dan konsep, sila berbuat demikian di dalam hati sahaja ya? atau sila hormat cik senior di belakang anda ni...adoi~ sekali lagi...

belakang - sekumpulan rakan-rakan [setelah dihalau dari discussion room hujung] yang membuat latihan matematik dalam nada yang sampai di halwa telinga saya... tidakkkkkk............

di mana-mana - salah satu sebab kenapa salah satu etika berpakaian pelajar universiti adalah 'berkasut' ialah supaya bila berjalan di dalam library, dewan kuliah, dewan peperiksaan tidaklah berlepek, lepak, lepuk bunyi selipar jepun anda tu...mengganggu ketenteraman awam sungguh~!

menanti dua orang teman untuk discuss sedikit masalah statistik.. [macam la saya teror sangat~! jam 3.30pm baru sampai... discuss setengah jam, dia pulang [saya di rasuah dengan kuih muih] tidakk... 
tunggu lagi seorang kawan dari kampung... jam 6.15pm baru sampai untuk ambil jawapan statistik... adoi~ korang tahu tak saya study kalkulus?? sekali lagi di rasuah.. dia belanja saya dinner di putrajaya...
"car kuew teow ladna + fresh oren = kenyang" [formula math  juga tu] ^_^

pulang dengan jayanya....
beristirehat bersama anak-anak sambil menonton..
sekarang mahu tidur....

selamat malam semua....

p/s: maaf membiarkan anda membaca entry saya yang panjang [ceh~ macam la ada orang yang mahu baca blog ni kan?

wassalam......

Sunday, November 07, 2010

99 - study di library...

Assalamualaikum...
Al-kisahnya.....
konon-konon nak la ubah suasana study yang sudah semakin panas di dalam bilik ni....
pagi-pagi lagi dah bangun...nak pergi kampus..study di library...
keluarlah dari rumah walaupun terhegeh-hegeh je...[tidak seperti selalu.kalau ada kelas jalan laju-laju]
jam 9.30am baru keluar rumah...

suasana di NPE
oleh kerana memandu ala-ala sopan, sampai di kampus lebih kurang jam 10.15am.. wah~! parking kosong? [tak pernah dapat macam ni] nak parking lot mana satu ni... muahahaha....
bergegas naik ke library dan cari tempat yang sesuai.. port baik punya sudah di kebas. kenapa dalam banyak-banyak meja, meja saya juga yang mereka duduk? tepuk hidung laju-laju kang. lepas ni nak tulis nama la atas meja tu... huhuhu [dua kali pindah sebab aircond di sini kelihatan seperti sejuk beku...] ^_^ inilah tujuan utama... tapi tak mahu terlalu beku..

tiba-tiba perut lapar...hihihihi... 
cafe tutup? adoi~ nak makan di mana ni?
opsss.... apa yang diharapkan tak mungkin saya dapat hari ini...

keputusan yang spontan dan tepat dan cepat dan..dan..dan...
PULANGGGGGG......
saya pulang jam 1.30pm atas alasan-alasan yang kukuh.
1- lapar
2- makan di rumah
3- saya tak akan dapat apa-apa kepentingan jika saya stay
4- saya akan di susahkan
5- cukup~!!! tak perlu bagi alasan lagi.....

"I'm driving around in my car
I'm driving too fast, I'm driving too far
I'd like to change my point of view"
lalalalala.....

KL - depan IJN
awan lagi....
lagi..lagi awan...
(^_-)

KL

near Pantai Dalam...

                       tak boleh nak kata tidak... bila cantik dimata, ambil saja gambarnya... ^_^
tak percaya? tengok la ni...


awan dah macam gula-gula kapas kelihatannya... kagum~!


 awan yang kelihatan terapung-apung...
seperti dekat dan boleh dicapai. 
hrum..tak tergambar dengan kata-kata..melihat langit bewarna biru... tiba-tiba ada objek putih suci yang terapung-apung...
tidakkah berasa sangat kagum?






 akhirnya sampai di rumah jam 2.30pm....
makan dengan jayanya...
tidak jadi untuk study... hanya menggodam laptop kakak...entah apa yang di ubah settingnya..macam-macam nak di setting...itu memang kerja saya...
macam la hebat sangat.... akhirnya tak study di rumah...

malam buat cubaan nak study... tiba-tiba mengantuk.. sempat juga membuat 5 latihan :)
[latihan: soalan 1 baris, jawapan berbari-baris]
on laptop.... baru tulis tajuk dan 5baris entry, anak-anak sudah memanggil...adoi~
ibaratnya...orang mengantuk disurung bantal... saya membuat keputusan nak take a nap dekat bawah.... akhirnya saya tidur sampai pagi...
hwa...hwa..hwa.... :(( kenapa jadi macam ni??
saya tak suka....saya tak suka....saya tak suka...
bangun pagi dengan keadaan yang tak puas hati... so....habislah moody sepanjang hari hari ni... confirm~!

hari ni akan ke library lagi....
hari ni saya sendirian...lebih tenang barangkali....
semoga saya dapat menggunakan masa hari ini dengan baik. Amin....

p/s: kawan-kawan....teruskan melawat di zon Norazlina  [atau] Nora... tinggalkan jejak anda, tinggalkan pesanan anda, tinggalkan kata-kata semangat anda...
p/s/s: jangan lupa follow blog saya [macam la best sangatkan nak suruh orang follow] tak kisahlah.hehehe...saya akan follow kembali... 
p/s/s/s: share link saya di page anda dan inform saya kembali, InsyaAllah saya juga akan berbuat seperti demikian....wassalam....

terima kasih kepada pembaca-pembaca tegar~!
maaf membuang masa anda...

Friday, November 05, 2010

98 - tekanan exam melanda...

Assalamualaikum....

sungguh tragis bunyinya...
" wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai..Amin...."

ya...saya pasti...saya sudah hampir mengalami tekanan exam. sungguh! tak tipu. sehinggakan kepala pening [migrin muncul kembali].
sehingga saya berhenti mentelaah dan menonton tv selama 2jam30minin non-stop. 
saya pun tak percaya boleh jadi sampai macam ni. tapi sehingga sekarang, saya belum memulakan proses ulangkaji kembali. kerana kepala saya pusing. 
semoga saya tak akan mengalami demam peperiksaan seperti sem-sem sebelumnya....
tak percaya lagi?
tengok ni....
(T_T)

tak pernah berlaku seperti ini sebelum ni...
 saya tidak pernah mengizinkan bilik saya berkeadaan seperti ini sebelum ni...
tapi di sebabkan terlalu banyak nota-nota yang perlu di rujuk...maka perkara ini berlaku. pengasingan nota dan latihan mengikut tajuk-tajuk tertentu. supaya mudah untuk dirujuk. maka, wahai encik-encik kertas sekalian....anda semua terpaksa diam saja di situ. jangan terbang ke mana-mana.       

tiba-tiba... aircond menjadi panas... atau...saya sudah mengalami symptoms mahu demam exam? tidak mungkin... aircond ini sudah kehabisan gas barangkali... maka suhu panas meningkat dan kepala bertambah pusing...
adoi~

terpaksalah melihat awan-awan untuk menghilangkan stress. 
awan lagi? huhuhuh... biarkan saja saya begini...




p/s : kepada sesiapa yang mahu bagi tips hilangkan tekanan peperiksaan, silakan saja...tak mahu pun tak mengapa... 
p/s/s: doakan saja saya berada dalam kondisi yang baik setiap masa....

my wish: wahai encik aircond, cepatlah anda sembuh..saya sudah terlalu panas di sini...[siapa yang sakit ni??]

Thursday, November 04, 2010

97 - luangkan masa sebentar untuk rehatkan minda....


Assalamualaikum....

saya sedang Study claculus  tapi letih minda dan mata....
macam sudah lama tidak update blog... [entah ye entah tidak]
hrummm... banyak hari yang sudah lepas nak dicerita ni..hari sabtu, ahad, isnin, selasa, rabu, khamis [seperti latihan mengingat hari pula]
__________________________________________________________________________________
Ahad 2 minggu lepas
pagi yang mendung
[bosan +  nampak awan kelihatan mendung = just snap]
- aku janji -
jawab test2 statistik dengan di halaian terakhir ada aku janji seperti di atas [mungkin ada yang kantoi meniru]
 _________________________________________________________________________________
Sabtu lepas

menonton bersama teman 
 sudah lama tidak menonoton...hampir 3 bulan. cerita terakhir yang di tonton...the backup plan, despicable me. thank to my BFF yang masih sudi menemaniku menonton.
mungkin lepas ni sudah tidak dapat menonton bersama lagi. kerana dia akan menjadi ibu tak lama lagi... (T_T)

"kadang-kadang kita perlu melupakan sesuatu"

NPE


petang terus ke kampus... study di library, malam ada kelas ganti statistik...
[apa la motif gambar-gambar awan ini diambil]
__________________________________________________________________________________
Ahad lepas


pagi

sendirian di jalan raya
pemandangan KL dr surau Yayasan Selangor
dari tingkat 14

pertama kali....
buat pertama kali saya parking di luar basement.jauh pula tu...adoi...
menapak satu hal, melintas jalan satu hal..jauh satu hal...
[lepas ni tidak akan lewat lagi...PASTI!]
__________________________________________________________________________________
Isnin - selasa
1st time
hihihihi....buat pertama kalinya saya isi minyak kereta tepat RM 30... selalu mesti RM30.02, RM30.05... [tiada kaitan dengan hidup sesiapa] jangan tanya kenapa..

Indah
masih belum tahu motifnya...


keluar rumah 
beberapa hari berurusan di luar..
ke bank [urusan kakak]...ke pejabat pos [urusan sendiri.menghantar assignment ke Johor..]

saya suka nombor ni... (^_^)
It's my birthday..

ini nombor sebenarnya... hihihihi

motif?


pulang

_________________________________________________________________________________
Rabu

en.epal
saya tak suka en.epal... tapi hanya itu saja yang ada di dalam peti...terpaksa la makan... 


en.epal setelah satu jam....
Bila nak abis ni?? dalam banyak-banyak buah..kenapa la saya tidak suka en.epal?sebab tak sedap kot.
__________________________________________________________________________________
Khamis....

langit hari ini...
 cantik~!

lagi...

dan lagi....
 p/s untuk rakan-rakan: lakukan apa yang anda mahu... [tiada kaitan dengan entry]

jom baca cerita lain juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...