Assalamualaikum...
100 ke? belum lagi sebenarnya..97 baru..jadi seratus sebab saya combine post 3 hari dalam satu post tapi tulis 3 nombor.. hehehe... [cover cabaran 30 hari menulis blog untuk diri sendiri dulu..]
saya bercadang bila sampai entry ke seratus nak buat giveaway... tapi sepertinya hajat itu perlu ditunda sebab saya sangat sibuk dengan persiapan exam.
jadi...nanti bila-bila ada rezeki dan masa yang terluang saya akan buat giveaway okey?
hari ni ke library... seperti biasa lengah-lengah. jam hampir pukul sepuluh baru keluar rumah.
cuca sedikit mendung hari ni.. |
opss...lupa nak lekat nama pada gambar...[ tak apalah... korang mesti tau..kalau gambar highway NPE, gambar awan...di zon Norazlina [atau] Nora..tu mesti milik saya]
kelihatan MidVely |
jam 10 lebih sampai kampus... parking kelihatan penuh...[kena la parking di belakang...] menapak ke library...adoi~
eh, betul-betul sorang ni.. ^_^
gigih sungguh cik Norazlina [atau] Nora ni mahu study. itulah tujuan utama... kali ni biar bersendirian..semoga dapat mentelaah sehingga faham dan boleh jawab exam~!
saya memilih meja tengah di tepi discussion room [2 orang sahaja di dalamnya. mungkin tidak akan mengganggu]
owh...saya ada kawan-kawan rupanya... mereka di dalam discussion room hujung. biarkan mereka~!
saya tak berniat mahu mengganggu dan berniat tidak mahu di ganggu.. :)
seperti semalam..cafe tutup...saya dah perpared en.roti dan en.air... ^_^
study sampai lebam.
" makin di kaji matematik ni...makin sukar di rasakan..banyak yang terpaksa diexplore. banyak benda yang saya masih tak tahu..hihihi..macam mana mahu jadi cikgu math ni?
samalah macam kehidupan. makin mengenali seseorang, makin banyak ragamnya...
menjelang tengah hari...library di penuhi oleh rakyat-rakyat jelata UTM. maaf ia kelihatan seperti pasar..bukan seperti library lagi dah. kenapalah mereka-mereka ini sukar untuk dimengertikan? library = senyap. senyap = library. agak-agak la oi...suara korang dah macam duduk di podium bunyinya....
kiri - discussion room... anda fikir, suara anda tidak boleh tembus cermin transparent tu? mentang-mentang duduk dalam discussion room, korang berpesta bergelak ketawa ye?
kanan - sekumpulan jejaka-jejaka terhangat di pasaran memenuhi dua buah meja [menjadi guru dan murid] belajar programming? adoi~ sungguh tidak sopan tuan hamba sekalian.
depan - dua orang gadis...dua orang ye... tapi..adoi..suara anda mengganggu pembelajaran matematik saya...jika mahu menghafal dan memahami kaedah dan konsep, sila berbuat demikian di dalam hati sahaja ya? atau sila hormat cik senior di belakang anda ni...adoi~ sekali lagi...
belakang - sekumpulan rakan-rakan [setelah dihalau dari discussion room hujung] yang membuat latihan matematik dalam nada yang sampai di halwa telinga saya... tidakkkkkk............
di mana-mana - salah satu sebab kenapa salah satu etika berpakaian pelajar universiti adalah 'berkasut' ialah supaya bila berjalan di dalam library, dewan kuliah, dewan peperiksaan tidaklah berlepek, lepak, lepuk bunyi selipar jepun anda tu...mengganggu ketenteraman awam sungguh~!
menanti dua orang teman untuk discuss sedikit masalah statistik.. [macam la saya teror sangat~! jam 3.30pm baru sampai... discuss setengah jam, dia pulang [saya di rasuah dengan kuih muih] tidakk...
tunggu lagi seorang kawan dari kampung... jam 6.15pm baru sampai untuk ambil jawapan statistik... adoi~ korang tahu tak saya study kalkulus?? sekali lagi di rasuah.. dia belanja saya dinner di putrajaya...
"car kuew teow ladna + fresh oren = kenyang" [formula math juga tu] ^_^
pulang dengan jayanya....
beristirehat bersama anak-anak sambil menonton..
sekarang mahu tidur....
selamat malam semua....
p/s: maaf membiarkan anda membaca entry saya yang panjang [ceh~ macam la ada orang yang mahu baca blog ni kan?
wassalam......
1 comment:
hebat la nora
study mole2 okeh
kamu pasti bole
p/s : adwa bace blog nora okey! ^_^
Post a Comment