Assalamualaikum kepada semua pelayar-pelayar blog...
kini anda berada di zon Norazlina [atau] Nora...
terima kasih kepada sesiapa yang sudi melawat, termasuk atau tersesat ke zon saya ni...
di zon ini saya sekadar ingin mencoretkan perjalanan hidup saya...
agar saya dapat melihat pencapaian saya masa kini dan masa akan datang....

bermula dengan cabaran 30 hari menulis blog...
adakah saya berjaya menyahut cabaran ini?? kita lihat bersama-sama...

lawatan sambil belajar...

:: Jom jalan-jalan di sini ::

Blog writing....

Daisypath Anniversary tickers

Friday, November 05, 2010

98 - tekanan exam melanda...

Assalamualaikum....

sungguh tragis bunyinya...
" wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai..Amin...."

ya...saya pasti...saya sudah hampir mengalami tekanan exam. sungguh! tak tipu. sehinggakan kepala pening [migrin muncul kembali].
sehingga saya berhenti mentelaah dan menonton tv selama 2jam30minin non-stop. 
saya pun tak percaya boleh jadi sampai macam ni. tapi sehingga sekarang, saya belum memulakan proses ulangkaji kembali. kerana kepala saya pusing. 
semoga saya tak akan mengalami demam peperiksaan seperti sem-sem sebelumnya....
tak percaya lagi?
tengok ni....
(T_T)

tak pernah berlaku seperti ini sebelum ni...
 saya tidak pernah mengizinkan bilik saya berkeadaan seperti ini sebelum ni...
tapi di sebabkan terlalu banyak nota-nota yang perlu di rujuk...maka perkara ini berlaku. pengasingan nota dan latihan mengikut tajuk-tajuk tertentu. supaya mudah untuk dirujuk. maka, wahai encik-encik kertas sekalian....anda semua terpaksa diam saja di situ. jangan terbang ke mana-mana.       

tiba-tiba... aircond menjadi panas... atau...saya sudah mengalami symptoms mahu demam exam? tidak mungkin... aircond ini sudah kehabisan gas barangkali... maka suhu panas meningkat dan kepala bertambah pusing...
adoi~

terpaksalah melihat awan-awan untuk menghilangkan stress. 
awan lagi? huhuhuh... biarkan saja saya begini...




p/s : kepada sesiapa yang mahu bagi tips hilangkan tekanan peperiksaan, silakan saja...tak mahu pun tak mengapa... 
p/s/s: doakan saja saya berada dalam kondisi yang baik setiap masa....

my wish: wahai encik aircond, cepatlah anda sembuh..saya sudah terlalu panas di sini...[siapa yang sakit ni??]

5 comments:

adwafarahin said...

saba ye nora..
study slow2
klu letih o bosan amik mase rehat kejap
buat bnd yg anda suke ok
pastu bru sambung blk

- Cik Norazlina [@tau] Nora - said...

terima kasih ye adwa...
saya sedang berada di sini...
sedang ambil masa.. tapi rasa macam dah lama...huhuhu..
pening tak hilang lagi ni...

malam sikit baru sambung kot. tu pun kalau mata tak pejam... hehehe

alinac lover said...

rileks..study slow2 ek..nnti free join GA yong




http://www.alinacshoppe.com/2010/11/giveawayalinac-membership.html

jeBateja said...

cik aircon berkata....wahai cik tuan bilik....letih lah...tak de cuti deepavali ke...?

- Cik Norazlina [@tau] Nora - said...

hahaha.... tuan bilik tak sambut deepavali..so..tak ada la cuti...
kena terus bekerja la..

jom baca cerita lain juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...