Assalamualaikum kepada semua pelayar-pelayar blog...
kini anda berada di zon Norazlina [atau] Nora...
terima kasih kepada sesiapa yang sudi melawat, termasuk atau tersesat ke zon saya ni...
di zon ini saya sekadar ingin mencoretkan perjalanan hidup saya...
agar saya dapat melihat pencapaian saya masa kini dan masa akan datang....

bermula dengan cabaran 30 hari menulis blog...
adakah saya berjaya menyahut cabaran ini?? kita lihat bersama-sama...

lawatan sambil belajar...

:: Jom jalan-jalan di sini ::

Blog writing....

Daisypath Anniversary tickers

Monday, May 31, 2010

37 - emergency...emergency...

Assalamualaikum....

Dugaan Allah, kita tak pernah akan dapat menjangkakannya...
27 mei 2010, ma ke klinik untuk buat checkup... biasa la...setiap bulan 2,3 kali ma akan buat checkup di klinik berdasarkan appoinment yang doktor tetapkan...
gusi ma berdarah tak berhenti...mujurlah memang nak ke klinik sebab ada appoinment,
tapi kali ni lain sikit... lepas ambil darah... darah tak berhenti-henti keluar... [di sebabkan darah ma terlalu cair] ma kata, nurse dan doktor di poliklinik gelabah gila...bila ma cakap mungkin doktor salah bagi ubat sehinggakan darah menjadi terlalu cair... terus ma di arahkan untuk di bawa ke hospital yang berada dalam jarak lebih kurang beberapa ratus meter sahaja dengan menaiki ambulan...
sampai di hospital ma di minta untuk admit hospital untuk membuat pemantauan....

susah betul hati bila dapat berita... doa di panjatkan supaya tiada yang merbahaya dan sulit...
doa supaya Allah menyembuhkan ibu tercinta dengan cepat, doa supaya Ibu di panjangkan umur, mendapat kebahagian di usia tua... doa supaya saya diberi kesempatan untuk membalas segala jasanya sepanjang hayatnya... doa supaya dia dapat menikmati kesenangan hasil titik peluhnya membesarkan saya dan seluruh keluaga kami...

28 mei 2010, keputusan untuk balik...[biar la kalau tak jadi ke kenduri opis mate teh sekalipun] ma masih di hospital, kata cik, darah bleeding sehingga bawah mata.. tak dapat saya membayangkannya. sangkaan saya bawah kelopak mata kelihatan nipis sehingga menampakkan kesan darah....

kami sampai di hospital jam 4 pm...
ma biasa... tidak kelihatan sakit...Alhamdulillah...ma masih mampu tersenyum...
sekali direnung, tak nampak apa-apa kesan darah pun bawah mata....
rupa-rupanya... dara mengelilingi separuh mata putih ma...

dengan pantas saya bertanya kepada nurse..ternyata nurse tak tahu nak explain macam mana...
[kelihatan gelabah sekali nurse tu]
doktor sampai untuk memberi keterangan terperinci supaya kami lebih faham...
apa yang berlaku pada ma, mereka tak tahu...doktor pun ta dapat nak detect...
ma di beri satu jenis ubat...[tanpa doc menerangkan apa-apa kepada kami...] kecewa dengan doktor..

jam 5 pulang...
jam 8 malam melawat ma lagi...bawak sedikit makanan...
darah hampir keliling mata ...sekali lagi nurse buat tak tau...dah admit tapi still tak amik tahu...
sekali lagi doktor datang untuk memberi keterangan...

pulang jam 11 kot...
pusing-pusing, pulang,...tidur...

bersambung....


Thursday, May 27, 2010

36- kenangan....

Assalamualaikum....

bangun setelah jam menunjukkan pukul 6.20am... sudah lewat....
mandi dengan pantas, solat, bersiap.... [kepala pening masih bersisa...]
badan menjadi tak enak... arghh.... harus menyusun jadual sebaiknya selepas ini....

tengah hari tadi sempat tidur 15 minit...puas...

selepas ni akan mencari idea baru untuk keluaran akan datang..
saya berpuas hati dengan hasil kad yang dibuat....
cop yang comel [pasti]
semoga cik Norazlina [atau] Nora dilimpahi dengan idea-idea yang comel setiap hari...Amin...

33, 34,35 - isnin selasa dan rabu yang sibuk...

Assalamualaikum...

ternyata kesibukan menghambat diri.... tapi syukur Alhamdulillah atas rezeki yang Allah kurniakan..

hari ahad, saya menyiapkan 9 sampel handmade kad,

Isnin di bawa ke sekolah...sambutan menggalakkan... Amin...
bermula la kesibukan yang teramat kerana tempahan mesti siap sebelum hari khamis...
100 lebih tempahan dalam masa 2hari??? argh.... tak cukup tidur....
tak tau nak mula macam mana... [lambat la jadinya]
malam keluar untuk membeli kertas... penat semestinya...huh..kerja-kerja tak dapat dijalankan dengan pantas... ketiduran sebelum kad siap...

Selasa...masih sibuk dengan kad yang berlambak-lambak.... kad belum siap...
hanya beberapa puluh saja yang siap... tak boleh la bawa lagi...
malam berusaha segiginya untuk membuat sepantas maksimum..
masih sangat bertungkus lumus....[saya tidak tidur sepanjang malam...sungguh~! tak tipu]
setelah jam 5.30am [hari rabu dah?], kad saya masih belum siap...saya perlukan sedikit rehat untuk drive ke shah alam... tidakkkk.... 5.30 am saya mandi..seusai mandi...beru berniat nak tidur, azan berkumandang... wah..dah pagi... waktu orang bangun untuk bekerja...saya? baru mahu tidur??
pengorbanan...pengorbanan.... orang kata bersusah-susah dahulu..bersenang-senang kemudaian.. Alhamdulillah atas rezeki yang Allah kurniakan..[semuanya perlu usaha...]

lepas subuh, saya kembali ke katil... 6.30 am dah bangun... mak ai...bepinar-pinar mata...
tapi saya harus gagah..huhuhu... mengingatkan tentang perngorbanan yang perlu dibayar..untuk kesenangan di masa hadapan....

jam 12.30pm, kad masih belum siap... ada beberapa final touching yang perlu di siapkan...[menulis, membungkus]

jam 1.50pm, semua tempahan berjaya di siapkan....
hasilnya?? Alhamdulillah... walaupun masih ada yang bersisa....

Rabu malam... saya tidur selepas Isyak... tidak sedarkan diri... [teruk sungguh keadaannya..]

till next entry... wassalam...

Monday, May 24, 2010

32 - ahad di rumah...

Assalamualaikum....

ahad.... [saya di rumah sahaja??] pening-pening...
perancangan nak keluar dengan kawan tak jadi angkara kami tak reconfirm kan semula... hahaha...
kecewa...kecewa... saya hanya di rumah...

apa aktiviti yang patut di isi jika di rumah?? pagi seperti biasa... melakukan beberapa tugas khas [sebab tu saya memilih untuk bercuti di luar rumah..sekuaran-kurangnya..saya tak perlu buat tugas-tugas khas tu... [bukan apa..supaya mereka lebih menghargai saya] ^_^

beberapa design kad telah siap pada hari ahad... Alhamdulillah...
saya senang...dengan kraf terbaru saya... semoga Allah membuka pintu rezeki untuk saya selebar-lebarnya...Amin,.....

bertemu lagi ye??

31 - 30 hari menulis blog...

Assalamualaikum...
entry 22 mei. sebab 22 mei, saya menulis entry 21 mei.. huhuhu.. sungguh complicated...

wah...saya berjaya..'30 hari menulis blog'...
maaf, lambat tu bermakna saya tidur awal :)

hmm...22 mei 2010, sepanjang hari saya berada di luar...
menghirup udara luar setelah lima hari berada di rumah...
melakukan aktiviti sendiri tanpa melakukan aktiviti orang lain..
meluangkan masa untuk diri sendiri walaupun kepenatan... tapi sekurang-kurangnya saya dapat melegakan fikiran...

pulang petang, dan kepenatan... tidur dengan lena...

ahad, ada perangcangan.... tapi belum tahu kepastiannya...

jumpa lagi...

Saturday, May 22, 2010

30- berjaya

Assalamualaikum...

saya terlambat menulis hari ni... [hampir terlupa..]
tadi saya tidur selepas isyak... sedar-sedar dak jam 10.20pm hasil ketukan di pintu bilik serta alarm hp[ tu pun hasil dari alarm hp yang dah dua kali di snooze... hahaha...] sungguh teruk...
kene gerak ambil abang ipar kerja part time.

hari ni macam biasa seawal pagi dah bangun... ke shah alam... dan melakukan rutin harian seperti biasa... mem'busy' kan diri di rumah,...

siap 4 kuntum bunga untuk projek seterusnya...
sepanjang cuti ni..saya masih belum dapat mengatur kehidupan supaya lebih teratur..pasti ada saja yang bikin lari jadual harian saya...susah betulkan...

saya tak buat lagi assignment yang dirancang [ lesson plan & PSM]
saya tak mula lagi menulis...
saya tak mula lagi memilih gambar-gambar untuk diedit dan dihantar untuk dijadikan hard copy...[terlalu banyak gambar yg belum di printout. sejak dari awal 2008... banyak gila gambar... tambah-tambah pulak lepas beli DSLR... lagi la belambak gambar yang di rakamkan...
adui aii... banyak betul yang saya belum sentuh...
sibuk dengan kraf sehingga tak sempat nak melakukan tugas-tugas lain..macam mana nak bahagikan masa ye??

eh, dah jam 1.46am? saya perlu tidur sekarang..esok akan bermula segala tugas yang dipandang sepi tu....
lesson plan...PSM... nantikan perbincangan saya esok...
oh kalkulus.... [hampir terlupa]

sekian...
salam membaca....


Thursday, May 20, 2010

29 -

Assalamualaikum....

saya mengantukkkkkkkkkkkkkk.....
penatnya badan...[saya bukan memberi alasan] tapi kenyataan....

hari ni macam biasa [kereta belum di ambil lagi] oleh itu, semua kerja-kerja drive akak ssssssssssssssssssssssssssshhhhh

saya dah mula membuat bunga untuk sarung bantal... ^_^

ok la...yang lain-lain nanti sosial....
wassalam.,...

28 - perjalanan hari rabu..

cerita hari Rabu..

Assalamualaikum...
hmmm... [kecewa dengan diri sendiri]
saya tak tidur awal hari rabu...[malam tadi]. saya melihat final touching bookmark yang saya dah siapkan bunganya... masih ada lagi 20% belum siap... [semoga siap semuanya hari ni].
sambil-sambil borak dan mendengar luahan rasa anak saudara [lelaki]... dah besar anak saudara aku rupanya [12 tahun]...

masa berlalu tanpa kita sedar...jika boleh dirakam setiap saat dan detik, pasti saya akan melakukannya...walau pun tak semua indah... tapi...dapat juga kita belajar dari setiap pengalaman...

sekarang saya masih terhegeh-hegeh [melihat sendiri kelembapan diri sendiri] mengait bunga untuk dibuat sarung bantal [saiz kecil ye? untuk dalam kereta @ atas sofa].
tak sabar menunggu hasilnya...[walhal, baru bermula mengaitnya... baru 4 kuntum bunga ^_^ ]
tapi sudah tidak sabar.. huhuhu...

semoga saya dapat menyiapkan nya dengan pantas :) Amin....

GTG...
Assalamualaikum...

Tuesday, May 18, 2010

27 - masih dalam kenangan....

Assalamualaikum....

hrummm... apa lagi yang nak di kenangkan? biar saja yang indah-indah jika hendak dikenang...
tak perlu kenang sesuatu yang pahit... walaupun yang pastinya, pahit itu termasuk dalam asam garam kehidupan....

yang saya gumbira..saya sudah mula dengan aktiviti kraf yang baru... ^_^
sarung bantal kecil, berbunga-bunga... [bunyi macam indah..]
ini bermakna saya masih lagi dan akan sentiasa dikelilingi oleh bunga-bunga yang indah...
[saya suka..saya suka.. kata memei dalam versi Upin dan Ipin..] huhuhu

hari ni... rancangan menghantar mesin jahit untuk di service tidak berjaya... aduh..tensen-tensen...
terdapat beberapa problem yang melanda rumah.... " beriap diri lebih baik"


" ALLAH tak kan menguji umatnya di luar kemampuan masing-masing]"
sekian....

26 - cerita hari isnin..[kenangan]

Assalamualaikum....

enrty isnin [17 mei 2010]
delay lagi...
semalam, lepas entry ke 25 [ahad punya..] saya tertidur... huhuhu
parah-parah penyakit kepenatan yang saya alami...kereta masih belum diambil..saya masih berulang alik ke shah alam.. penatnya tahap maksima...

semalam saya dah mula projek buat kad....
semoga ianya juga membuahkan hasil....

buat masa ni..
1-tempahan bookmark sudah di siapkan...
2-shawl sendiri masih dalam proses...[baru separuh siap]
3-sarung bantal bunga-bunga [dalam perancangan]
4- kad [sudah bermula]

"Ya Allah.. bukakanlah pintu rezeki untuk Norazlina [atau] Nora...
semoga segala usahanya sentiasa diberkatiMu ya Allah...Amin..."

Monday, May 17, 2010

25 - ahad [16 mei 2010] -gathering - hari guru - sambungan cerita...[plastik pembungkus]

Assalamualaikum...
entry untuk hari ahad [16 mei 2010]
wah..sukar sungguh kalau delay entry...pening...semua nak di cerita dalam satu masa...
aduiii aii...

hari guru
hari ni hari guru [16 mei 2010]
ni entry saya di FB
::selamat hari guru kepada semua yang bergelar guru... jasamu tak terbalas hingga ke akhir hayat... 'GURU ADALAH YANG TERHEBAT' semoga semua guru sentiasa diberkati-Nya dan sentiasa disayangi oleh pelajar-pelajarnya...Amin...::

"selamat hari guru kepada diri sendiri yang bakal menjadi guru satu hari nanti..semoga segala ilmu yang dipelajari dapat dicurahkan sepenuhnya kepada anak-anak didikku...semoga aku diberkatiNya sepanjang aku menyalurkan ilmu kepada anak didikku...semoga segala apa yang aku curahkan kepada anak didikku mendapat keredaanNya di akhirat kelak...Amin...."

" selamat hari guru kepada semua guru-guru yang pernah mendidik saya... semoga kalian semua sentiasa di berkati Allah...Amin.... Ampunkan segala dosa-dosa saya sepanjang memperjuangkan sebuah kehidupan yang penuh dengan cabaran....tidak terucap dengan kata-kata segala jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan...hanya saya sahaja yang tahu..."

terkenang zaman persekolahan...
saya mungkin di selamatkan masa zaman persekolahan...guru-guru banyak membimbing.. tapi tidak di zaman kedewasaan...kerana tiada guru yang membimbing dan mengambil berat setiap masa... hanya kepada Allah tempat mengadu dan bermohon pertolongan...
kalau ditanya mahukah saya kembali ke zaman persekolahan?? jawapan saya tidak... hrumm... tak perlu kembali ke zaman itu... cukup sekali saya melaluinya... [ bukan sebab zaman persekolahan saya tak seronok.. tapi cukup sekali melaluinya. Tidak yang ke-2] banyak lagi yang saya nak tempuhi...saya mahu merasai semua nikmatNya...
semoga saya sentiasa mahu menjadi yang lebih baik dan terbaik...Amin....

gathering
pagi-pagi Azam dak call. wah~! betul-betul tak ada kerja ni... huhuhu
dia ajak aku keluar..hmmm...best juga... dalam keadaan keserabutan dan tak tau nak buat apa...lebih baik keluar mencuci mata...[semoga saya tak mendapat banyak dosa ^_^]

tugas dia mengumpul kawan-kawan... selalunya tugas tu...saya dan sahabat baik [ita] yang lakukan tugas tu...
memang kami ada merancang untuk buat gahtering untuk kesekian kalinya... tapi..faham-faham saja la... semua orang ada alasan masing-masing...
saya yang membuat usulan pada mulanya..memandangkan saya sedang bercuti-cuti Malaysia.. huhuhu....[ambil kesempatan untuk berjumpa kawan-kawan..]

akhirnya jadi juga pertemuan tu... di Mid Velly [16 mei 2010 - Ahad]
saya, Azam dan isteri [diana - juga kawan baik kami], farah [bersendirian..boyfriend jauh], emil, dina, ahmad dan isteri...
yang lain-lain tak ada..sibuk dengan tugasan masing-masing..
ita sahabat baikku? [di kampung, membahagikan tugas kepada keluarga untuk persiapan majlis pernikahannya...]

lepas lunch kami merancang untuk menonton movie. Azam beratur beli tiket...huhuhu serahkan tugas-tugas seperti itu kepada kaum lelaki... [kami ke surau untuk solat]
seusai solat terus naik dan menonton... [tayangan jam 3.20pm]
yang tinggal... Azam + diana, saya, emil, dina...
lepas habis menonton terus pulang....
kali ni...saya tidak drive sendiri... kereta masih belum diambil dari bengkel..Azam terpaksa la ambil saya di rumah... tak apa la ye?? sekali-sekala ^_^


sambungan cerita hari sabtu...[plastik pembungkus]
huhuhu....boleh pula main sambung-sambung ye??
huhuhu.... sengaja ingin menceritakan tentang pengorbanan untuk berjaya.... [berjayakah saya??] InsyaAllah...

kebersungguhan mencari plastik tu hampir menemui jalan fed up...
sehingga terkeluar idea teh untuk tanya di sebuah kedai.. [ selalu kedai ni orang borong barang termasuklah plastik...]
malangnya..kedai ni pun macam tak ada apa yang dikehendaki. tak ramai orang sangat pun...
kecewa sekali lagi... tapi.. kedai ni memberi harapan... orang di kedai tu memberi sedikit petunjuk..

wah...ku temukan dalam pencarian...lalalala \:D/

akhirnya saya berjaya...saya berjaya menemuinya...saya gumbira...............
kepada sesiapa yang nak tempah boleh la ye?? huhuhu..hubungi terus ke kotak message saya ye??

Saturday, May 15, 2010

24 - mencari keperluan kraft...

Assalamualaikum...

wah...penatnya berjalan hari ini...seawal pagi menaiki tren ke masjid jamek...
jalan-jalan mencari barangan yang boleh di buat kraft...
tujuan sebenar saya ialah ingin mencari plastik...adui hai... susah betul nak cari plastik untuk nak masukkan bookmark..serata kedai saya jelajah... tiada yang menjualnya... kata mal [teman saya] inilah dugaan dan pengorbanan untuk menjadi ahli perniagaan...
huh~!! sukar juga ya??

sakit seluruh kaki... panat + lenguh...tapi..jalan punya pasal... tak dihiraukan kesakitan itu...
semoga menjelang malam...kaki dapat direhatkan sepenuhnya... :) terima kasih Allah mengurniakan saya sepasang kaki dan kekuatan untuk memenuhi kehendak hati...
semoga saya berjaya juga dengan permulaan dalam bidang kraft tangan ini...
semoga minat saya terhadap bidang kraf 'mengait' ini dapat digunakan sebaiknya dan bermanfaat kepada semua yang berminat dengan kraft-kraft yang cantik ini...

huh...separuh hari berjalan tak juga di temukan dengan plastik yang di kehendaki...
aduhh... [bukan mengeluh apa...] kepenatan tidak berbaloi.. tapi mengingatkan kepada pengorbanan...[bersusah-susah dahulu] saya tak putus asa...

sudah pulang dari KL pun sempat lagi saya singgah di merata kedai menjual bunga dan peralatan pengantin berhampiran rumah...tak ada juga...

cerita ini akan bersambung... hahahaha

Friday, May 14, 2010

23 - semalam saya bermimpi...

Assalamualaikum...

ini betul-betul entry 14 Mei 2010...
saya bukan tak tidur awal...tapi saya dah bangun awal.. ^_^

semoga kepenatan minggu ni tamat tak lama lagi... semoga dapat mengambil kembali kereta yang rosak supaya saya tak perlu bersusah payah drive jauh-jauh jadi driver.penat woo.... bukan satu hari... tapi satu minggu.... sakit semua badan-badan, otak, kaki...semua la...

hrumm... semalam saya bermimpi... wah...mimpi?? huhuhu... [sekadar coretan supaya satu hari nanti saya tahu dan ingan tentang mimpi ini]

semalam saya bermimpi saya berkahwin... wah... takut bunyinya...calon pun belum ada..sudah mimpi berkahwin?? huhuhu....[apa la maksudnya agaknya ye?? (*_*) ]
saya mimpi saya bertemu dengan seseorang... saya nampak orangnya... dia mengajak saya berkahwin, lalu saya terima tanpa banyak soal... majlis terus berlangsung [ tak nampak pula majlisnya seperti apa... yang pasti semuanya berjalan dengan lancar...]
selesai majlis kami berjumpa kawan-kawan... [dah tukar baju ye??huhuhu]

hmmm...saya betul-betul tak kenal siapa lelaki tu... yang pasti terdetik di hati, macam mana kalau dia tak serasi dengan saya?? wah... takutnya...
saya sempat berpesan kepada ahli keluarga supaya tengok-tengokkan husband saya..supaya kalau ada apa-apa yang tidak baik harus ditegur...
entah sampai mana mimpi tu saya sudah lupa... terjaga dengan seribu persoalan...
ada sesiapa tahu tafsir mimpi saya??

minggu lepas saya menonton al-kuliah di tV3 kata ustaz penceramah, "mimpi itu ada maksud tersendiri.. mimpi membawa petanda-petanda... tiada siapa boleh mencipta mimpi..ia anugerah yang di berikan oleh Allah... "
hmmm..apa la maksudnya ya?? semoga yang baik-baik sahaja ya...Amin...

salam perpisahan untuk hari ini..
semoga berjumpa lagi esok setelah saya pulang dari berjalan-jalan menghirup udara luar [ yang sudah pun tercemar..huhuhu] sedikit perbincangan dan melakukan aktiviti luar.. :)
semoga perjalanan esok menaiki train selamat dan dipermudahkan..Amin....
salam....

22 - deley

Assalamualaikum....

adakan saya gagal dalam ujian ciptaan saya sendiri??
bukan tidak menepati janji atau goyah dengan cabaran yang di bina sendiri...
saya tidak mempunyai daya untuk melawan kehendak mata....

selepas isyak pasti saya kembali ke katil tanpa rasa bersalah....
owh mata.... kenapa tidak boleh bertahan?? owh badan... bolehkah mengizinkan tuan badan menggunakan khidmatmu sehingga tak tercapai dek akalmu... otak..cukuplah memikirkan hal yang remeh temeh...cukup la memikirkan orang lain...cukuplah memikirkan masalah...
silalah fikirkan masa depan sahaja....

wassalam...

21 - letih

entry untuk 12 mei..

ishhh... rutin masih berubah... penat tak dapat digambarkan dengan kata-kata..
selepas isyak..pasti saya tidur...

bangun..pasti sebelum subuh...
huihh...~!!! sukar sungguh melalui kehidupan seperti ini....
badan terlalu penat ditambah dengan penat otah... arghh.... tak terluah...

semoga kehidupan aku menjadi lebih baik selepas ini..Amin...

Wednesday, May 12, 2010

20 - kehidupan...

ni..entry untuk 11 Mei 2010

Assalamualaikum...
macam biasa..kalau lewat bermakna saya tidur awal...
hrummm..kereta rosak membuatkan rutin harian berubah..
amat memenatkan... arghhh.... sangat-sangat penat sehingga tidak boleh mengawal sebarang emosi...

yang pasti sejak kereta rosak..hati tak pernah rasa senang...bukan sebab kereta..tapi sebab lain...
hari-hari yang ditempuh...menyiksakan...
terasa seperti satu beban yang dipikul di atas bahu setiap detik...seperti seketul konkrit yang sangat besar menghempap di atas belakang...

saya mahu lariiiiiii.... lari dari memikirkan semua ini...
kalaulah otak saya boleh dibuat partition seperti CPU hrummm...
saya mahu membuat 3 folder sahaja
1- permanent delete [masukkan semua masalah dalam folder ni]
2- Important but nothing to worries [masukkan semua yang penting..tapi tak perlu fikir]
3- forget [masukkan segala data yang perlu di lupakan supaya saya tidak mengingati kembali data-data masalah walaupun sudah di masukkan ke dalam folder permanent delete]

boleh ke?? pasti tak bole..
sepanjang 2 hari ni... otak berjalan sendirian...ia tidak seiring dengan jasad yang busy like &*%#$ [saya bukan mencarut] cuma tak tergambar dengan kata-kata tahap ke 'busy' an nya...
saya sedaya upaya menerima takdir ini supaya kehidupan boleh berjalan dengan lancar dengan hati yang reda...

" wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada tuhanmu dengan hati yang reda dan diredai...AMIN..."

wassalam...

Monday, May 10, 2010

19 - sebuah kehidupan...

Assalamualaikum....

saya Cik Norazlina [atau] Nora..melaporkan diri, di blog sendiri, tak berpenghuni, berkeadaan sunyi, dan e e yang lain...

macam mana kita nak melahirkan sesuatu perasaan? gembira, sedih, marah, kecewa, takut, geram?? boleh ke perasaan digambarkan dengan perkataan?? huhuhu..sukar dan tak terlafaz...

tak tau bagaimana nak digambarkan dengan kata-kata tahap kesedihan dan kekecewaan...
kita merasakan dugaan dari Allah yang maha Agung adalah satu kesiksaan...
tapi,
orang kata...Allah menguji hambanya yang Dia sayangi... betul ke Allah sayang kita?
orang kata..Allah tak akan menguji di luar kemampuan kita... betul ke??
orang kata..Allah hanya menguji hamba-hambanya yang terpilih sahaja... adakah saya sedang di uji oleh Allah sebagai hambanya? Alhamdulillah... jika Allah mengurniakan saya ujian ini untuk saya merasai hikmahnya...

'dalam hati ada taman'... siapa tahu?
'dalam hati ada barah'...siapa tahu?
'dalam hati ada benci'...siapa tahu?
'dalam hati ada air terjun' siapa tahu??

wah...apa suma dalam hati ni... tak ada hati ke??
ke..makan hati??? [hmmm sedap-sedap]

kesimpulannya... tiada siapa yang tahu isi hati orang lain...
oleh itu..seboleh-bolehnya...belajar la jaga hati orang lain...
tidak semestinya mulut kata 'ya', hati pun mengiakannya...

18 - masih di kampung

Assalamualaikum....

hari ahad adalah sambutan hari ibu.. selamat hari ibu kepada mama saya yang telah membesarkan saya dan adik beradik... jasanya tidak terbalas dengan segala yang ada di bumi ini...
Ya Allah, semoga amalanku akan membawanya ke syurgaMu yang hakiki..Amin....
Ya Allah, berilah aku kesempatan untuk membahagiakannya di akhir-akhir usianya... panjangkanlah umurnya supaya dia dapat merasa hasil titik peluhnya membesarkanku sangat berguna..
Ya Allah, jauhilah aku dari melakukan dosa-dosa terhadap ibuku... dekatkan aku dengan syurgamu..Amin....

perjanjian 30 hari menulis blog masih saya sahut walaupun saya ketinggalan 2 hari kerana pulang ke kampung... hari ni..saya cover 2 entry yang lepas huhuhu...
harinya tetap ada...tetap di teruskan... tapi...tak ada masa nak menulis di sini..sebab, bila dah duduk depan laptop... tak akan jadi kerja lain...huhuhu [hilang la nikmat pulang ke kampung ;) ]

pagi... hanya di rumah..menjelang tengah hari, saya ke bandar jengka lagi...
hajat di hati nak cari plastik bungkus souvenir tapi malangnya tak ada...kecewa berganda jadinya ni...

pulang singgah di CC... konon-konon nak ber FB... hehehehe... tensen..
sebab dah biasa menaip di laptop... ni kena menaip di PC...adui ai...tenggelam jari di celah-celah keyboard huhuhu.... tak sampai sejam di CC, terus ke rumah Shima... ha...kat rumah Shima lama.. hahahahaha... tak sudah-sudah kalau bercerita dengan sahabat saya yang sorang ni...best-best. Shima memang banyak cerita...sampai jam 3 petang saya lepak rumah Shima... hahahaha..teruk betul...

pulang...lepak di rumah sebentar...
kul 5 petang, masa untuk pulangggggggggggggg.......
siap punya siap...sampai jam 6, baru gerak...

arghhhhhh....dugaan apa yang Allah nak tunjukkan pada saya?? saya memikirkan hikmahnya...
tapi saya menemui jalan buntu..seperti bala yang menimpa... [Astarafirullahal'azim...]
saya bukan tidak mempercayai hikmahnya... [saya sedaya upaya memikirkannya supaya saya mendapat ketenangan]
kereta rosak di tengah perjalanan... [nasib berhenti nak ke toilet] kami berhenti di tempat selamat...tapi..yang tak selamatnya..hari dah malam... [bahaya ada di mana-mana] kami berada di tengah-tengah antara kampung dan tempat tinggal....aduh...susah dan pening memikirkan penyelesaiannya....

akhirnya solution yang dapat selepas 2 jam adalah, tinggalkan kereta..dan pulang bersama adik yang dari kampung.... [terpaksa...berkorban]

sakit..amat sakit...
penat dan keletihan...
sampai di rumah jam 1pagi...
setelah bersihkan diri...tidur tanpa sedarkan diri...

" sesuatu yang terjadi.bukan kehendak kita... ujian yang diberi oleh Allah patut di terima seadanya" [mampukah saya??]

salam bertemu lagi nanti....

17- balik kampung

Assalamualaikum...

balik kampung....ooo balik kampung...
wah.seronoknya dapat balik kampung...
pasti makanan enak-enak, tidur yang lena...mandi yang terlebih... huhuhu

gerak dari rumah jam 7 pagi [terlewat setengah jam dari masa yang di tetapkan sebenarnya]
lalu di Ampang...breakfast McD...sampai jam 10.30 di rumah....

jam 11 lebih, dayah sampai, julie sampai... aku ke rumah nor untuk ke kenduri ida...
12.30 tengah hari baru ke rumah ida..jumpa kawan-kawan di sana...seronok-seronok..

petang ke bandar jengka... jalan-jalan di pasar malam...
beli makanan sahaja...jalan-jalan sambil mencuci mata...
sangat mengantuk... tidur tanpa sedarkan diri... hahahahaha....

tak puas bercuti di rumah sendiri...

Saturday, May 08, 2010

16- esok pulang ke kampung...

Assalamualaikum....

entry ke-16 sepatutnya 7 mei... [jumaat]
memandangkan saya online agak lewat...[1.02am] tapi jam tetap merangkak semakin jauh...
hari ni hari busy sedunia... huhuhu...

malam keluar ke USJ... aduh...barang yang dicari tidak ku temu... arghhh..kecewa..

hmmm..esok saya akan pulang ke kampung...doakan kami sekeluarga ye?? huuhuhu
upsss..bukan esok la...pagi jup lagi ni...
sekarang saya sudah sangat mengantuk... tersengguk-sengguk di sini..esok seawal pagi kami akan bergerak...
semoga saya sampai ke destinasi yang hendak di tuju...
esok mau driving lagi...

selamat malam semua..
Assalamualaikum.

Friday, May 07, 2010

15 - lupa lagi

Assalamualaikum...

mmm..saya lambat lagi...
busy buat bunga...masih banyak lagi tempahan yang belum siap...

banyak cerita yang nak di story kan. huhuhu..'
kata kunci adalah sedey...
memikirkan satu hal..membuatkan kepala porak peranda...
mula la lupa akan hikmah yang ada di sebalik setiap kejadian..
Astarafirullah... khilaf lagi...

sekarang di era.fm lagu "separuh jiwaku pergi" by anang...syahdu lagu ni....
huhuhu.... terbuai-buai...

oh..sudah lewat..[1.21am] bunga-bunga cinta masih belum siap...
berhenti sekarang...nanti sambung lagi...

selamat berjumpa lagi..
Assalamualaikum....


Wednesday, May 05, 2010

14- seharian dengan FV

Assalamualaikum...

hari ni saya bangun awal... [dek kerana saya tertidur awal di atas lantai]
sakit seluruh badan...aduh hai...[gara-gara bercucuk tanam di FarmVill la ni..]

seharian saya mengemas atau erti kata lain merombak kembali FV yang dah sangat-sangat semak
dengan pelbagai barang... aduh..penat... [walaupun hanya duduk di depan laptop ni]
banyak lagi kerja lain yang saya buat... [menyapu, menjemur, menyediakan breakfast,menjaga anak-anak, driver] tetap saya lakukan...

bunga masih dalam proses... ^_^
saya menunggu balasan email dengan penuh kesabaran...
jika ada rezeki... tak ke mana... sabar adalah kunci kejayaan... (^_^)

sangat-sangat mengantuk....
selamat malam sayang.... selamat tidur kekasihku... [lagu faizal tahir..huhuhu] best-best...


sebelum saya mengundur..ingin saya kongsikan..semoga ianya bermanfaat untuk semua...

" tidak ada kelalaian ketika tidur. sesungguhnya kelalaian itu terjadi hanya ketika terjaga. oleh kerana itu, apabila salah seorang di antara kamu lupa mengerjakan solat ataupun tertidur, maka hendaklah dia mengerjakannya ketika dia mengingatinya." [Hadis Riwayat Abu Daud, Tarmizi, Nasa'i dan Ibnu Majah] --- petikan dari buku " kesalahan dalam solat" by Syeikh Mahmud Al-Mashri. keluaran Al-Shafa

wassalam...
Assalamualaikum semua....

Tuesday, May 04, 2010

13- bookmark [crochet]

Assalamualaikum..

wah...kesibukan saya membuat kraft tangan membuatkan saya ingin berkongsi di sini...
projek terbaru adalah membuat bookmark @ penanda buku...

pada masa-masa sekarang sesuai la.. bookmark ni dihadiahkan kepada guru-guru [sempena hari guru] yang sudah bertungkus lumus mendidik adik-adik.. ^_^

semoga ia akan menjadi hadiah yang paling guru adik-adik suka dan guru adik-adik akan gunakan setiap hari bagi membuat bookmark di buku rekod belajar [lesson plan] harian beliau... InsyaAllah...

warna kegemaran boleh di pilih..sama ada warna kegemaran adik-adik atau warna kegemaran guru... sila tinggalkan komen di sini atau di chat box untuk pertanyaan..
terima kasih...













12- banyak benda nak di buat

Assalamualaikum...

arghh...semalam tidur awal lagi...
setiap kali tidur awal...saya akan bangun dalam keadaan yang tidak gumbira.... banyak perkara yang saya tak dapat lakukan..oleh itu...kerja-kerja terbengkalai...saya kecewa..saya tensen... tidak....

semalam tiada yang penting.. hanya di rumah mengurusakan rumah dan anak-anak buah...
mungkin berpuasa membuatkan badan keletihan...penat..kekurangan air...
niat ingin berehat sebentar membuatkan saya celik mata sebelum subuh...
pagi disambut dengan kekecewaan...bagaimana ingin meneruskan hari ini jika pembukaannya sudah saya rasa tidak senang??

salam bertemu..wassalam...

Monday, May 03, 2010

11- terlalu penat..[berjalan2 di hujung minggu]

Assalamualaikum semua....

wah..saya masih dalam mod menyahut cabaran 30 hari menulis blog ya...
kalau tak ada entry 1 hari tu bermakna saya tidur awal..[kecapekan barangkali] huhuhu...

semalam... sepatutnya hari ke-11...
saya tertidur awal..bukan apa...sangat-sangat penat...

seawal pagi... kitaorang keluar breakfast di kedai... pusing-pusing dulu mencari kedai pilihan minggu ini... hahaha [macam drama pilihan minggu ini pula]
mungkin dah agak lewat untuk breakfast. masa tu jam dah merangkak ke 10.30am... makanan utk breakfast dah nak habis.. kedai pula tak best..poyo je... saya order roti bakar, telur separuh masak, dan limau ais [menu diet hujung minggu...huhuhuhu] malangnya...roti bakar tak ada... hmm..habis ke..tak tak pernah buat roti bakar..entahla... telur separuh masak pula... di order 3 set, di bagi 3biji..aduh hai... kecewa sungguh...

bergerak ke taman bukit jalil... sudah jam 12 tengah hari... lepak taman tengah hari buta?? memang tak pernah dibuat... 1st time lepak taman tengah hari [terik tu matahari semalm] sangat panas... tapi nasib la konsep taman, banyak pokok..ada la kawasan-kawasan yang teduh...
sempat juga saya naik gelngsor yang sangat tinggi...gayat-gayat..tapi best...penat melayan anak-anak buah yang sangat agrasif..teruja melihat permainan yang bermacam-macam...

Jam 1.15 pm kitaorang pun bergerak pulang...hmm... ternampak pula cendol mamak di tepi jalan...singgah sebentar menikmati cenbdol + rojak di bawah pokok dengan angin sepoi-sepoi bahasa....huhuhu best2..

bergerak lagi...[tapi belum pulang.. ;) tak habis lagi perjalanan ketika ini] konon-konon nak ke tenologi park... hmm..[anak buah punya permintaan]
tapi...tak ada apa-apa di sana [penerangan guard kawasan tu kawasan pejabat sahaja] kecewa sekali lagi...

terus bergerak pulang... ambil kereta yang di baiki [sebelum breakfast]
masih ada lagi agenda... ke carefour wangsa maju ingin membeli seluar palazzo... [pilihan aku ala-ala aladin huhuhu..cantik-cantik]
anak-anak yang dah meragam...[kepenatan barangkali] membuatkan aktiviti nak shopping terbantut... pilih-pilih dengan pantas...terus pulang...
kali ni betol-betol pulang...

sampai di rumah jam 6.30 pm...
sangat-sangat penat... book mark masih banyak yang perlu dibuat..
tersengguk-sengguk di depan laptop...membuatkan pening kepala...
tidur awal sehingga tak sempat menulis di sini semalam....

wassalam..entry ke-12 tunggu malam ni ya...
salam bertemu...

Sunday, May 02, 2010

10 - Berjalan-jalan meraikan semua subjek lulus...

Assalamualaikum....

hhhmmm.... tak tau nak mula dari mana...
seperti yang dirancang...ke wangsa maju..

memandangkan sampai di kawasan wangsa maju dah jam 10.30 pagi.. matahari pun dah semakin meninggi...merancang ke lukisan graffiti terlebih dahulu...
tidakkkkkkkkkk....saya wish semalam supaya lukisan tu tidak bertukar. ternyata instinct saya malam tadi memang kuat...lukisan tu sudah bertukar...saya sangat kecewa...sangat-sangat kecewa...
mereka dah tukarkan dengan lukisan yang baru... lukisan yg saya takut melihatnya... dengan kekecewaan yang melanda...saya tidak mahu untuk mengambil lukisan graffiti yang baru...
watak apa yang dilukis tidak tau... tak dapat di pastikan oleh saya kerana terlalu kecewa...

terus ke wangsa walk... berjalan-jalan mencuci mata...breakfast...ke carefour... nagoya time... huhuhu...kalau ke carefour wangsa maju... destinasi wajib adalah masuk ke nagoya..bukan beli kain pun..suka cuci mata dengan melihat kain-kain yang cantik..hik..hik..hik....

pusing-pusing sekitar carefour.... terus gerak untuk berbincang tentang perancangan kerja-kerja berkaitan dengan subjek sem akan datang...
banyak juga perkara yang perlu dilakukan...mesti buat..untuk kesenangan...

oppsss.. terperasan pula saya ada 7 subjek matematik..bukan 6 seperti yang digembar-gemburkan oleh diri sendiri.... arghhh.... tekanan-tekanan...macam mana nak balance kan? dah semua matematik..pasti semuanya sukar dan berat untuk dipikul..tapi saya terpaksa juga untuk memastikan saya habis belajar hujung tahun hadapan... owhh..sungguh mencabar...

petang... hujan turun mencurah-curah..aktiviti petang terpaksa dibatalkan...
pulang dengan keadaan jalan yang jem....
hujan yang lebat sehingga menghalang pandangan...
akhirnya selamat sampai di rumah jam 7.40 petang....

selamat malam semuanya.....
salam berjumpa lagi...
semoga hari yang akan datang lebih baik dari hari ini....


Saturday, May 01, 2010

9- tidur awal..

Assalamualaikum...
terima kasih kerana sudi membaca...

hari ke-9 saya tidur awal...jadi, saya tak menulis di hari ke-9.. [sekarang hari ke-10]
adakah masih tersahut cabaran menulis 30 hari?? kira saya masih menyahut la ye?? ^_^
saya akan tulis lagi satu entry malam ni untuk hari ke-10...
mungkin cerita malam ni lebih menarik...

pagi ni saya akan ke kampus... buat apa? meraikan kegumbiraan kerana lulus semua matapelajaran sem lepas... [sem II 09/2010] hmmm...kemudian..melakukan sedikit tugas-tuas khas (*_*)
hhhmmm... saya sedang bercuti dari menghadiri kelas pada masa sekarang...[gumbira]

perancangan pagi ni... breakfast..[belum tau nak makan apa]
berjalan-jalan sebentar...[niat di hati nak bergambar di lukisan graffiti di wangsamaju... fuhh..cantik betul lukisan alice in wandeland...]
kerana teruja melihatnya 2 minggu yang lalu...saya berhajat untuk ke sana hari ini...
semoga belum di tukar gambarnya:)

selepas selesai bergambar, ke kampus untuk membuat persiapan bagi beberapa matapelajaran sem akan datang [huh...macam bagus je kan??]
kitaorang dah tak sabar nak abis sem..huhuhu]
ada lagi 3sem..aduh... tak boleh tidak..mesti pantas...[langkahnya... prepare dari awal]
semoga aku boleh menghabiskan semua subject dalam masa yang aku target. masalah..masalah... [subject matematik saja lagi yang aku tinggal... mati la.. nak ambil 3 matematik satu sem.... (~_~) ]

petang beriadah sedikit..[jika tidak hujan...] semoga tak hujan..Amin....

sekian dulu.. ;)
berjumpa di lain post...
Wasslama,.....

jom baca cerita lain juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...