Assalamualaikum kepada semua pelayar-pelayar blog...
kini anda berada di zon Norazlina [atau] Nora...
terima kasih kepada sesiapa yang sudi melawat, termasuk atau tersesat ke zon saya ni...
di zon ini saya sekadar ingin mencoretkan perjalanan hidup saya...
agar saya dapat melihat pencapaian saya masa kini dan masa akan datang....

bermula dengan cabaran 30 hari menulis blog...
adakah saya berjaya menyahut cabaran ini?? kita lihat bersama-sama...

lawatan sambil belajar...

:: Jom jalan-jalan di sini ::

Blog writing....

Daisypath Anniversary tickers

Friday, May 14, 2010

23 - semalam saya bermimpi...

Assalamualaikum...

ini betul-betul entry 14 Mei 2010...
saya bukan tak tidur awal...tapi saya dah bangun awal.. ^_^

semoga kepenatan minggu ni tamat tak lama lagi... semoga dapat mengambil kembali kereta yang rosak supaya saya tak perlu bersusah payah drive jauh-jauh jadi driver.penat woo.... bukan satu hari... tapi satu minggu.... sakit semua badan-badan, otak, kaki...semua la...

hrumm... semalam saya bermimpi... wah...mimpi?? huhuhu... [sekadar coretan supaya satu hari nanti saya tahu dan ingan tentang mimpi ini]

semalam saya bermimpi saya berkahwin... wah... takut bunyinya...calon pun belum ada..sudah mimpi berkahwin?? huhuhu....[apa la maksudnya agaknya ye?? (*_*) ]
saya mimpi saya bertemu dengan seseorang... saya nampak orangnya... dia mengajak saya berkahwin, lalu saya terima tanpa banyak soal... majlis terus berlangsung [ tak nampak pula majlisnya seperti apa... yang pasti semuanya berjalan dengan lancar...]
selesai majlis kami berjumpa kawan-kawan... [dah tukar baju ye??huhuhu]

hmmm...saya betul-betul tak kenal siapa lelaki tu... yang pasti terdetik di hati, macam mana kalau dia tak serasi dengan saya?? wah... takutnya...
saya sempat berpesan kepada ahli keluarga supaya tengok-tengokkan husband saya..supaya kalau ada apa-apa yang tidak baik harus ditegur...
entah sampai mana mimpi tu saya sudah lupa... terjaga dengan seribu persoalan...
ada sesiapa tahu tafsir mimpi saya??

minggu lepas saya menonton al-kuliah di tV3 kata ustaz penceramah, "mimpi itu ada maksud tersendiri.. mimpi membawa petanda-petanda... tiada siapa boleh mencipta mimpi..ia anugerah yang di berikan oleh Allah... "
hmmm..apa la maksudnya ya?? semoga yang baik-baik sahaja ya...Amin...

salam perpisahan untuk hari ini..
semoga berjumpa lagi esok setelah saya pulang dari berjalan-jalan menghirup udara luar [ yang sudah pun tercemar..huhuhu] sedikit perbincangan dan melakukan aktiviti luar.. :)
semoga perjalanan esok menaiki train selamat dan dipermudahkan..Amin....
salam....

No comments:

jom baca cerita lain juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...