Assalamualaikum....
Dugaan Allah, kita tak pernah akan dapat menjangkakannya...
27 mei 2010, ma ke klinik untuk buat checkup... biasa la...setiap bulan 2,3 kali ma akan buat checkup di klinik berdasarkan appoinment yang doktor tetapkan...
gusi ma berdarah tak berhenti...mujurlah memang nak ke klinik sebab ada appoinment,
tapi kali ni lain sikit... lepas ambil darah... darah tak berhenti-henti keluar... [di sebabkan darah ma terlalu cair] ma kata, nurse dan doktor di poliklinik gelabah gila...bila ma cakap mungkin doktor salah bagi ubat sehinggakan darah menjadi terlalu cair... terus ma di arahkan untuk di bawa ke hospital yang berada dalam jarak lebih kurang beberapa ratus meter sahaja dengan menaiki ambulan...
sampai di hospital ma di minta untuk admit hospital untuk membuat pemantauan....
susah betul hati bila dapat berita... doa di panjatkan supaya tiada yang merbahaya dan sulit...
doa supaya Allah menyembuhkan ibu tercinta dengan cepat, doa supaya Ibu di panjangkan umur, mendapat kebahagian di usia tua... doa supaya saya diberi kesempatan untuk membalas segala jasanya sepanjang hayatnya... doa supaya dia dapat menikmati kesenangan hasil titik peluhnya membesarkan saya dan seluruh keluaga kami...
28 mei 2010, keputusan untuk balik...[biar la kalau tak jadi ke kenduri opis mate teh sekalipun] ma masih di hospital, kata cik, darah bleeding sehingga bawah mata.. tak dapat saya membayangkannya. sangkaan saya bawah kelopak mata kelihatan nipis sehingga menampakkan kesan darah....
kami sampai di hospital jam 4 pm...
ma biasa... tidak kelihatan sakit...Alhamdulillah...ma masih mampu tersenyum...
sekali direnung, tak nampak apa-apa kesan darah pun bawah mata....
rupa-rupanya... dara mengelilingi separuh mata putih ma...
dengan pantas saya bertanya kepada nurse..ternyata nurse tak tahu nak explain macam mana...
[kelihatan gelabah sekali nurse tu]
doktor sampai untuk memberi keterangan terperinci supaya kami lebih faham...
apa yang berlaku pada ma, mereka tak tahu...doktor pun ta dapat nak detect...
ma di beri satu jenis ubat...[tanpa doc menerangkan apa-apa kepada kami...] kecewa dengan doktor..
jam 5 pulang...
jam 8 malam melawat ma lagi...bawak sedikit makanan...
darah hampir keliling mata ...sekali lagi nurse buat tak tau...dah admit tapi still tak amik tahu...
sekali lagi doktor datang untuk memberi keterangan...
pulang jam 11 kot...
pusing-pusing, pulang,...tidur...
bersambung....
No comments:
Post a Comment