Assalamualaikum kepada semua pelayar-pelayar blog...
kini anda berada di zon Norazlina [atau] Nora...
terima kasih kepada sesiapa yang sudi melawat, termasuk atau tersesat ke zon saya ni...
di zon ini saya sekadar ingin mencoretkan perjalanan hidup saya...
agar saya dapat melihat pencapaian saya masa kini dan masa akan datang....

bermula dengan cabaran 30 hari menulis blog...
adakah saya berjaya menyahut cabaran ini?? kita lihat bersama-sama...

lawatan sambil belajar...

:: Jom jalan-jalan di sini ::

Blog writing....

Daisypath Anniversary tickers

Monday, May 17, 2010

25 - ahad [16 mei 2010] -gathering - hari guru - sambungan cerita...[plastik pembungkus]

Assalamualaikum...
entry untuk hari ahad [16 mei 2010]
wah..sukar sungguh kalau delay entry...pening...semua nak di cerita dalam satu masa...
aduiii aii...

hari guru
hari ni hari guru [16 mei 2010]
ni entry saya di FB
::selamat hari guru kepada semua yang bergelar guru... jasamu tak terbalas hingga ke akhir hayat... 'GURU ADALAH YANG TERHEBAT' semoga semua guru sentiasa diberkati-Nya dan sentiasa disayangi oleh pelajar-pelajarnya...Amin...::

"selamat hari guru kepada diri sendiri yang bakal menjadi guru satu hari nanti..semoga segala ilmu yang dipelajari dapat dicurahkan sepenuhnya kepada anak-anak didikku...semoga aku diberkatiNya sepanjang aku menyalurkan ilmu kepada anak didikku...semoga segala apa yang aku curahkan kepada anak didikku mendapat keredaanNya di akhirat kelak...Amin...."

" selamat hari guru kepada semua guru-guru yang pernah mendidik saya... semoga kalian semua sentiasa di berkati Allah...Amin.... Ampunkan segala dosa-dosa saya sepanjang memperjuangkan sebuah kehidupan yang penuh dengan cabaran....tidak terucap dengan kata-kata segala jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan...hanya saya sahaja yang tahu..."

terkenang zaman persekolahan...
saya mungkin di selamatkan masa zaman persekolahan...guru-guru banyak membimbing.. tapi tidak di zaman kedewasaan...kerana tiada guru yang membimbing dan mengambil berat setiap masa... hanya kepada Allah tempat mengadu dan bermohon pertolongan...
kalau ditanya mahukah saya kembali ke zaman persekolahan?? jawapan saya tidak... hrumm... tak perlu kembali ke zaman itu... cukup sekali saya melaluinya... [ bukan sebab zaman persekolahan saya tak seronok.. tapi cukup sekali melaluinya. Tidak yang ke-2] banyak lagi yang saya nak tempuhi...saya mahu merasai semua nikmatNya...
semoga saya sentiasa mahu menjadi yang lebih baik dan terbaik...Amin....

gathering
pagi-pagi Azam dak call. wah~! betul-betul tak ada kerja ni... huhuhu
dia ajak aku keluar..hmmm...best juga... dalam keadaan keserabutan dan tak tau nak buat apa...lebih baik keluar mencuci mata...[semoga saya tak mendapat banyak dosa ^_^]

tugas dia mengumpul kawan-kawan... selalunya tugas tu...saya dan sahabat baik [ita] yang lakukan tugas tu...
memang kami ada merancang untuk buat gahtering untuk kesekian kalinya... tapi..faham-faham saja la... semua orang ada alasan masing-masing...
saya yang membuat usulan pada mulanya..memandangkan saya sedang bercuti-cuti Malaysia.. huhuhu....[ambil kesempatan untuk berjumpa kawan-kawan..]

akhirnya jadi juga pertemuan tu... di Mid Velly [16 mei 2010 - Ahad]
saya, Azam dan isteri [diana - juga kawan baik kami], farah [bersendirian..boyfriend jauh], emil, dina, ahmad dan isteri...
yang lain-lain tak ada..sibuk dengan tugasan masing-masing..
ita sahabat baikku? [di kampung, membahagikan tugas kepada keluarga untuk persiapan majlis pernikahannya...]

lepas lunch kami merancang untuk menonton movie. Azam beratur beli tiket...huhuhu serahkan tugas-tugas seperti itu kepada kaum lelaki... [kami ke surau untuk solat]
seusai solat terus naik dan menonton... [tayangan jam 3.20pm]
yang tinggal... Azam + diana, saya, emil, dina...
lepas habis menonton terus pulang....
kali ni...saya tidak drive sendiri... kereta masih belum diambil dari bengkel..Azam terpaksa la ambil saya di rumah... tak apa la ye?? sekali-sekala ^_^


sambungan cerita hari sabtu...[plastik pembungkus]
huhuhu....boleh pula main sambung-sambung ye??
huhuhu.... sengaja ingin menceritakan tentang pengorbanan untuk berjaya.... [berjayakah saya??] InsyaAllah...

kebersungguhan mencari plastik tu hampir menemui jalan fed up...
sehingga terkeluar idea teh untuk tanya di sebuah kedai.. [ selalu kedai ni orang borong barang termasuklah plastik...]
malangnya..kedai ni pun macam tak ada apa yang dikehendaki. tak ramai orang sangat pun...
kecewa sekali lagi... tapi.. kedai ni memberi harapan... orang di kedai tu memberi sedikit petunjuk..

wah...ku temukan dalam pencarian...lalalala \:D/

akhirnya saya berjaya...saya berjaya menemuinya...saya gumbira...............
kepada sesiapa yang nak tempah boleh la ye?? huhuhu..hubungi terus ke kotak message saya ye??

No comments:

jom baca cerita lain juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...