Assalamualaikum...
hari ni hari kelas sedunia..
dari pagi sampai malam...
semoga blooger yang singgah di Zon Norazlina [atau] Nora sentiasa ceria dan dilindungi Allah..Amin...
selamat bercuti kepada semua yang sedang bercuti...terutama sekali cikgu-cikgu dan pelajar-pelajar sekolah.
selamat bekerja kepda yang bekerja...pastikan kerja selesai baru baca blog ok?
jom kita merenung sejenak apa yang berlaku semalam [11 Mac 2011- Jumaat]... yang paling besar di perkatakan Tsunami di Jepun...
Nauzubillah...gerun mendengarnya..lagi tragis melihatnya...
sama-samalah kita berdoa semoga semuanya baik-baik...Amin...[merenung diri sendiri..merenung masa hadapan..apa yang bakal kita tempuhi dan apa bekalan kita...]
sebuah penyelesaian...
penyelesaian kepada masalah yang datang...
saya berdoa sepanjang malam...[rabu saya tidur jam 4.ooam...] tak boleh nak lelap mata memikirkannya...
banyak masalah yang saya hadapi...
hujan sepanjang malam...[kalau tidur pasti lena] tapi saya tak dapat berbuat demikian...
pagi-pagi kakak sudah bising, hari hujan..kereta seberang jalan...[sebab kereta yang dilanggar di dalam garaj]
saya meredah hujan renyai untuk alihkan kereta ke hadapan pintu pagar... saya menghantarnya ke sekolah supaya saya dapat menggunakan kereta kalau perlu ke balai polis...
menanti sehingga tengah hari membuatkan hati semakin sakit setiap kali melihat kereta di garaj.
jam 9.00am makenik periksa. makenik yang datang tak tahu harganya..mungin mahal..RM400 ++
abang ipar suruh buat report.saya terpaksa setuju...
tengah hari sebelum ambil kakak di sekolah, saya menghubungi owner kereta dan bagi tahu saya tak mampu bayar. dan akan buat report. kakak tak mahu report. dia suruh saya bawanya pulang. saya buntu! kecewa! sedih! geram! marah! sakit hati! semua ada...
masih tiada penyelesaian sehingga jam 2.00pm...saya nak selesaikan hari ni juga[khamis]..kalau tak saya tak akan tenang.saya sentiasa berdoa semoga Allah permudakan urusan saya...Amin...nak menangis dah rasanya.
kakak tanya kawannya...setelah di periksa harga lampu = RM300
keputusannya...
dia menerima RM300 @ report polis dan claim insuran [walaupun kakak tak berapa setuju claim insurans sebab kereta tu atas namanya... [abang ipar yakin orang tu tak mahu report. dan kemungkinan tak memiliki lesen memandu]
saya menghubungi owner sekali lagi...
bagi suggestion terima RM300 @ report. dia suruh saya menunggunya..[sungguh buang masa. masa saya sangat berharga untuk disia-siakan. saya tak boleh nak buat apa-apa sebab pening memikirkan masalah ini]
saya menyediakan duit RM300.
owner call saya bagi tahu, pergi buat report sama-sama...
di depan rumah sekali lagi saya bagi dua cadangan saya...
dia tidak mahu RM300...[tak cukup katanya]dia minta RM500.. gila? saya boleh buat bayar suku yuran saya]
dia tidak mahu report atas alasan, tiada tempat untuk meletakkan kereta [rumah flat]
itu bukan masalah saya...[saya memang nekad. saya tak boleh kasihankannya..sebab saya kene kasihankan diri saya yang dari semalam kene marah, dari semalam pening kepala, dari semalam tak lalu makan..]
dia cakap saya yang langgar keretanya..saya yang bagi dia masalah..
WAH~! nak ke saya langgar die? TAK INGIN~!
saya sangat marahkan dia. dia penyebab masalah ni~! kenapa lalu belakang saya? sepanjang 9 tahun saya bawa kereta...dia orang pertama yang menyebabkan saya kemalangan~! saya sentiasa berhati-hati...[mak saya selalu pesan itu]
subahanallah...[dia memang buat saya hilang pertimbagan. sehingga saya fikir.dia pembawa malang kepada saya] saya tahan kemarahan. sebab saya yang melanggarnya...
saya berdoa lagi semoga di permudahkan...Amin..
saya sudah tidak boleh bertolak ansur. saya bagi kunci.. "jom kita pergi balai buat report. kalau lambat, lambatlah masalah ni selesai. nanti balai tutup.susah.saya nak setel hari ni juga."
dia minta RM300 hari ni dan lagi RM200 saya boleh bayar kemudian. idea yang nonsense. dia minta lebih dari saya?di mana saya nak cari duit tu? sekali lagi..untuk bayar yuran pun saya belum mampu kumpul..ni nak bagi dia macam tu aja?tidakkkkkkkkk....
mukanya bengang. saya sudah tidak peduli... saya alihkan kereta saya di hadapan pagar supaya dia boleh keluar dari garaj.[besar daulat?]
saya tunggu dia di tepi jalan...lama dia mengambil masa untuk keluar. [puas memikirkannya]
setelah keluar, dia menuju ke kereta saya... "aduh~ nak apa lagi mamat ni...follow je la..."
saya keluar, saya terus bagi cadangan balai mana harus dikunjungi.[huh~macam nak pergi shopping pula]
" kita akan ke balai seberang jalan, kalau tak boleh buat report di sana, kita akan ke balai yang mereka suggestkanlah"
dia hanya memandang saya..
saya pelik...saya anggukkan kepala kepadanya isyarat setuju dan cepat.
" macam nilah...awak bagi jelah saya RM300, setel.'
saya terkejut. saya sudah sedia untuk ke balai...dia baru bagi keputusan macam tu?jam sudah mencecah 3.30pm
saya ulang ayatnya " saya bagi encik RM300. setel"
"terpaksalah..kalau ke balai saya akan susah.. tak ada tempat nak letak kerata. awak yang bagi masalah ni kat saya"
WAH~! sekali lagi..
saya bebel panjang kat dia.bukan nak bagi alasan. supaya dia berfikir. ini takdir.
"encik..saya tak mahu perkara ini berlaku...tapi sudah berlaku. saya tahu saya yang salah.saya langgar encik. sekarang. saya cuma ada 2 penyelesaian..encik terima RM300 yang saya ada atau kita buat report. encik boleh claim insurans. saya sudah tak ada pilihan.saya buat masalah, ini cara penyelesaian saya. saya tak ada duit yang banyak.saya student. saya tak bekerja. jadi saya tak ada duit. ini kereta kakak saya, saya yang bawa, saya yang langgar, saya yang kene settle kan sendiri. kakak saya tak mahu tolong saya sebab ini salah saya..saya tak mahu semua ni berlaku. tapi sudah jadi. nak buat macam mana.. ini saja penyelesaian yang saya ada... duit yang banyak saya tiada...belum lagi kakak minta ganti bumpernya.."
"oklah..awak bagi saya RM300.setel." [muka tak puas hati]
tapi RM300 sudah memadai bagi saya...menangis hati saya semasa memberikannya RM300...
nota hati: semoga dia tidak melakukan perkara buruk kepada saya dan keluarga..
semoga dia tak rosakkan kereta saya kelak...
semoga saya sentiasa di lindungi Allah...Amin...
semalam kakak bawak kereta. tayarnya meletup. langgar lubang. dia bebelkan saya. kenapa tak basuh kereta ni lepas accident selamam?saya lagi yang kena...
Assalamualaikum kepada semua pelayar-pelayar blog...
kini anda berada di zon Norazlina [atau] Nora...
terima kasih kepada sesiapa yang sudi melawat, termasuk atau tersesat ke zon saya ni...
di zon ini saya sekadar ingin mencoretkan perjalanan hidup saya...
agar saya dapat melihat pencapaian saya masa kini dan masa akan datang....
bermula dengan cabaran 30 hari menulis blog...
adakah saya berjaya menyahut cabaran ini?? kita lihat bersama-sama...
lawatan sambil belajar...
:: Jom jalan-jalan di sini ::
Showing posts with label malang. Show all posts
Showing posts with label malang. Show all posts
Saturday, March 12, 2011
Thursday, March 10, 2011
155 - dugaan....
Assalamualaikum...
semoga semua yang singgah di Zon in sihat dan ceria...
sekarang saya tidak ceria...ada cerita di sebalik kedukaan ini....
Al-kisahnya saya ke kedai jam 9.00pm tadi...
sewaktu nak reverse keluar parking...
saya dengan secara tidak sengaja telah terlanggar sebuah kereta honda prelude...[ye ke macam ni ejanya?]
OMG..dugaan apakah ini? ketar seluruh badan rasanya... yang saya fikir, jangan saya melanggar orang yang menaiki motor sudah....
tak nampak pula motor lalu... rupa-rupanya kereta...entah macam mana saya boleh tak nampak kereta tu..
saya ingatkan kereta tu sudah lepas...[syukur]
siyes, moment tu sekelip mata. beristighfar beberapa kali... [merenung sejenak.apa dosa saya hari ini..]
kali pertama dalam hidup saya, saya terbabit dalam kemalangan sepanjang hampir 9 tahun saya memegang lesen memandu. walaupun kemalangan kecil..terkesan betul di hati saya.
owner kereta terus masuk parking sebelah kereta saya...
aduh~ terkulai lampu belakang...
sepertinya dia tak akan bertolak ansur dengan si gadis ini...[hiburkan hati sendiri]
[tidak seperti di dalam drama-drama atau novel-novel ye cikpuan-cikpuan dan tuan-tuan sekalian...lelaki maafkan perempuan dan masalah setel. NO! tidak sama sekali...] kelihatannya seperti dia nak kenekan saya dengan bayaran yang mahal...
katanya, "kalau nak setel malam ni saya minta mahal la."dengan muka yang selamba kodok.adui ai..ingat saya cop duit? No! belum lagi cop duit saya ni...
saya cek kereta saya...[huh~ baru nak cek kereta sendiri? di sebabkan kereta kakak tinggi, hanya bumper yang calar.[matilah kene dengan kakak nanti] saya buat keputusan untuk telefon abang ipar. supaya tidak kene marah dengan kakak, dan supaya tidak dengan mudah lelaki itu menipu saya..
10 minit kemudian abang ipar sampai...
mereka deal, abang ipar cari mekanik sendiri..dan akan membuat pembayaran. [saya pasti lelaki itu tak puas hati. sebab sepertinya dia nak markup harga] Ting*ting*
abang ipar bagi tahu saya...mekanik cakap model tu lampunya memang mahal sebab susah nak cari...aduh~
saya membayangkan dalam akaun hanya ada suku dari harga itu...migrin datang tiba-tiba... membazirkan RM400 berbanding bayar yuran? arghhhh~!!!
abang pesan kepada mekanik supaya cari lampu ganti, abang juga minta tolong kawannya untuk cari lampu ganti...
kereta diletakkan di rumah saya...di dalam garaj kereta [dalam pagar]
kakak bising "kenapa kereta tu letak dalam? kenapa mesti kereta aku letak di luar?"
saya hanya diam...setahu saya...apa pun jawapan saya, pasti salah di matanya ketika ini...
kakak selalu macam tu...bila terjadi perkara macam ni dalam hidup saya..dia pasti melenting...[saya tahu itu keretanya] bukan saya sengaja mahu melanggar...itukan takdir. sama seperti kereta rosak ketika saya membawanya...dia mati-matian salahkan saya. adakah saya mendoakan kereta itu rosak? atau adakah saya sengaja merosakkan keretanya?
apalah dosa saya hari ni..sampai sekarang belum habis fikir..
haramkah? tidak berkatkah? duit yang ada di tangan saya sehinggakan saya perlu melepaskan RM400++ begitu sahaja?
saya tidak menafikan..setelah seminit meluncur kereta saya di jalan ketika keluar tadi...belum saya keluar simpang yang selang lima buah rumah dari rumah saya..hati saya tidak sedap. tapi saya dengan sengaja tak mengendahkannya..rupa-rupanya...perkara buruk ini yang terjadi...[bermakna..lepas ni... gerak hati saya sangat penting diambil pusing. sebab tadi saya hanya terdetik.."tak ada apa-apa kot~"
planing seterusnya...kalau harga lampu mahal..abang bagi suggestion kepada saya supaya bagi tahu kat owner saya tak mampu bayar dan terus buat report polis. bayar saman hanya RM300..[tapi tetap duit.kan?]
mungkin abang ipar fikir. RM300 berbaloi dari bercerita panjang dengan owner. saya pun selesa begitu.. tetapi sedikit gugup kalau terpaksa ke balai polis.[kali pertama dalam hidup]
teringat masa saya masuk dalam rumah pulang tadi..nephew saya berusia 6 tahun tanya saya tentang kereta itu...
"makra kereta siapa tu. kenapa ada kat rumah kita?"
"kereta orang..makra langgar"
" uihh~ makra tak kena tangkap dengan polis ke?"
"huh~ begitu sekali pemikiran seorang kanak-kanak.."
saya tak habis fikir sampai sekarang...
kenapa? kenapa? dan kenapa???
nota hati: saya kembali bersyukur setelah menyesali kelalaian saya.
Alhamdulillah tiada yang cedera.
Alhamdulillah hanya lampu yang tercabut.
Alhamdulillah abang ipar tak marah dan sudi tolong setelkan
Alhamdulillah saya hanya melanggar sebuah honda prelude lama tidak BMW 5series..kalau tidak..time tu juga saya melutut minta maaf... tak kan mampu saya nak membayarnya...[walau apa jenis kerosakan sekali pun]
kawan-kawan tolong doakan saya semoga dipermudahkan segala urusan pada hari esok...Amin...
saya tak boleh tidur memikirkannya...
semoga semua yang singgah di Zon in sihat dan ceria...
sekarang saya tidak ceria...ada cerita di sebalik kedukaan ini....
Al-kisahnya saya ke kedai jam 9.00pm tadi...
sewaktu nak reverse keluar parking...
saya dengan secara tidak sengaja telah terlanggar sebuah kereta honda prelude...[ye ke macam ni ejanya?]
OMG..dugaan apakah ini? ketar seluruh badan rasanya... yang saya fikir, jangan saya melanggar orang yang menaiki motor sudah....
tak nampak pula motor lalu... rupa-rupanya kereta...entah macam mana saya boleh tak nampak kereta tu..
saya ingatkan kereta tu sudah lepas...[syukur]
kali pertama dalam hidup saya, saya terbabit dalam kemalangan sepanjang hampir 9 tahun saya memegang lesen memandu. walaupun kemalangan kecil..terkesan betul di hati saya.
owner kereta terus masuk parking sebelah kereta saya...
aduh~ terkulai lampu belakang...
![]() |
| lampu yang terkulai |
saya tengok owner. dia sinis memandang saya...[tak apa..tak apa...mentang-mentang la saya yang melanggarnya..]
dengan gugup suara saya tanya dia..
saya: " maafkan saya. macam mana ni encik?"
owner: " macam mana? kene bayarlah." [dengan muka yang kerek dan sinis...]
saya: [terbayangkan..manalah saya nak cekau duit. sambil melirik mata melihat jenama kereta. terdiam saya sejenak bila tengok lambang 'H'. aduh~ mati la saya...tengok kereta lama, saya tak kisah lagi] " berapa nak kene bayar ni encik?"
owner: " kene baiki dululah...tak tahu la berapa...lampu ni kene tukar satu set. tak boleh tukar satu. mahal lampu ni.."
saya: " berapa agak-agaknya ya?"
owner: " lampu ni second hand dalam RM400 - RM500" [muka berlagak.mentang-mentang la saya yang melanggarnya.]
saya: " hah~? RM400? aduh~" [rupa-rupanya kereta lama, lagi mahallah barangnya. spear part susah nak cari. terfikir di mana nak cari duit tu... yuran pun masih ada baki yang belum habis di bayar. ni kena pula keluarkan duit RM400 untuk bukan kepunyaan saya? tiiiiiiiiiiidaaaaaaakkkkkkkk. apa dosa saya hari ini?]
![]() |
| tuan kereta menilik-nilik keretanya berkali-kali |
sepertinya dia tak akan bertolak ansur dengan si gadis ini...[hiburkan hati sendiri]
[tidak seperti di dalam drama-drama atau novel-novel ye cikpuan-cikpuan dan tuan-tuan sekalian...lelaki maafkan perempuan dan masalah setel. NO! tidak sama sekali...] kelihatannya seperti dia nak kenekan saya dengan bayaran yang mahal...
katanya, "kalau nak setel malam ni saya minta mahal la."dengan muka yang selamba kodok.
saya cek kereta saya...[huh~ baru nak cek kereta sendiri? di sebabkan kereta kakak tinggi, hanya bumper yang calar.[matilah kene dengan kakak nanti] saya buat keputusan untuk telefon abang ipar. supaya tidak kene marah dengan kakak, dan supaya tidak dengan mudah lelaki itu menipu saya..
10 minit kemudian abang ipar sampai...
mereka deal, abang ipar cari mekanik sendiri..dan akan membuat pembayaran. [saya pasti lelaki itu tak puas hati. sebab sepertinya dia nak markup harga] Ting*ting*
abang ipar bagi tahu saya...mekanik cakap model tu lampunya memang mahal sebab susah nak cari...aduh~
saya membayangkan dalam akaun hanya ada suku dari harga itu...migrin datang tiba-tiba... membazirkan RM400 berbanding bayar yuran? arghhhh~!!!
abang pesan kepada mekanik supaya cari lampu ganti, abang juga minta tolong kawannya untuk cari lampu ganti...
kereta diletakkan di rumah saya...di dalam garaj kereta [dalam pagar]
kakak bising "kenapa kereta tu letak dalam? kenapa mesti kereta aku letak di luar?"
saya hanya diam...setahu saya...apa pun jawapan saya, pasti salah di matanya ketika ini...
kakak selalu macam tu...bila terjadi perkara macam ni dalam hidup saya..dia pasti melenting...[saya tahu itu keretanya] bukan saya sengaja mahu melanggar...itukan takdir. sama seperti kereta rosak ketika saya membawanya...dia mati-matian salahkan saya. adakah saya mendoakan kereta itu rosak? atau adakah saya sengaja merosakkan keretanya?
apalah dosa saya hari ni..sampai sekarang belum habis fikir..
haramkah? tidak berkatkah? duit yang ada di tangan saya sehinggakan saya perlu melepaskan RM400++ begitu sahaja?
saya tidak menafikan..setelah seminit meluncur kereta saya di jalan ketika keluar tadi...belum saya keluar simpang yang selang lima buah rumah dari rumah saya..hati saya tidak sedap. tapi saya dengan sengaja tak mengendahkannya..rupa-rupanya...perkara buruk ini yang terjadi...[bermakna..lepas ni... gerak hati saya sangat penting diambil pusing. sebab tadi saya hanya terdetik.."tak ada apa-apa kot~"
planing seterusnya...kalau harga lampu mahal..abang bagi suggestion kepada saya supaya bagi tahu kat owner saya tak mampu bayar dan terus buat report polis. bayar saman hanya RM300..[tapi tetap duit.kan?]
mungkin abang ipar fikir. RM300 berbaloi dari bercerita panjang dengan owner. saya pun selesa begitu.. tetapi sedikit gugup kalau terpaksa ke balai polis.[kali pertama dalam hidup]
teringat masa saya masuk dalam rumah pulang tadi..nephew saya berusia 6 tahun tanya saya tentang kereta itu...
"makra kereta siapa tu. kenapa ada kat rumah kita?"
"kereta orang..makra langgar"
" uihh~ makra tak kena tangkap dengan polis ke?"
"huh~ begitu sekali pemikiran seorang kanak-kanak.."
saya tak habis fikir sampai sekarang...
kenapa? kenapa? dan kenapa???
nota hati: saya kembali bersyukur setelah menyesali kelalaian saya.
Alhamdulillah tiada yang cedera.
Alhamdulillah hanya lampu yang tercabut.
Alhamdulillah abang ipar tak marah dan sudi tolong setelkan
Alhamdulillah saya hanya melanggar sebuah honda prelude lama tidak BMW 5series..kalau tidak..time tu juga saya melutut minta maaf... tak kan mampu saya nak membayarnya...[walau apa jenis kerosakan sekali pun]
kawan-kawan tolong doakan saya semoga dipermudahkan segala urusan pada hari esok...Amin...
saya tak boleh tidur memikirkannya...
Subscribe to:
Posts (Atom)


