Assalamualaikum kepada semua pelayar-pelayar blog...
kini anda berada di zon Norazlina [atau] Nora...
terima kasih kepada sesiapa yang sudi melawat, termasuk atau tersesat ke zon saya ni...
di zon ini saya sekadar ingin mencoretkan perjalanan hidup saya...
agar saya dapat melihat pencapaian saya masa kini dan masa akan datang....

bermula dengan cabaran 30 hari menulis blog...
adakah saya berjaya menyahut cabaran ini?? kita lihat bersama-sama...

lawatan sambil belajar...

:: Jom jalan-jalan di sini ::

Blog writing....

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, April 29, 2010

8- masih sibuk

Assalamualaikum....

semoga hari ini...semua pelayar-pelayar blog yang menjenguk atau tersesat di zon cik Norazlina [atau] Nora diberi limpah rahmat dari-Nya...
kalau termasuk, boleh keluar tanpa baca apa-apa.. kalau baca..sudi-sudilah meninggalkan komen...[sila jangan mengeluarkan kata-kata yang tidak baik ya??]

hari ni...semua result exam dah keluar... Alhamdulillah... semuanya lulus walaupun tak la bagus sangat pun... [setimpal la dengan effort yang dicurahkan...huhuhu] lain kali malas lagi... ponteng kelas.. study lewat lagi...semuanya lagi..lagi...dan lagi.. ini la yang dapat...
tapi yang pasti saya gumbira dan senang hati kerana sekurang-kurangnya...tak la perlu repeat paper matematik yang susah tu.. hehehehe...
dari sekolah minat matematik, so...ambil la jurusan matematik kononnya..sekali...tengok-tengok... adui ai... susah benar...dengan basic matematik yang ciput...masak la saya mentelaah matematik yang saya tak pernah jumpa tu sampai lebam.... huhuhuhu... [pengalaman-pengalaman...]
semua ni bekalan di masa akan datang...saya kena kuat...~!! semangat~!! [ macam intan la pulak... - siri indonesia terpanjang.miss Dr Rado. hahahaha]

saya masih sibuk menyiapkan bookmark... sambil-sambil buat benda lain sebenarnya.. :)
baru siap 34 bookmark... saya target mencecah 200... [boleh ke ni??? ] InsyaAllah... Amin...

dah lewat malam...[12.09am] masih belum tidur... sibukkan diri di sini..sambil-sambil menyiapkan bookmark dan selendang... tak sabar nak tengok hasil selendang... :)

mengantuk la pulak...kalau dah typing nya sebanyak ini... mata pun dah mula memberat dengan jayanya... apa tandanya?? kena tidur? tak mungin..sebab selendang dan bookmark belum siap...

semoga bertemu lagi di alam maya ini...
wassalam..

Wednesday, April 28, 2010

7- hari ke 7...

masih tak tau nak tulis apa.. yang pasti aku masih menyahut cabaran 30hari..huhuhu...

aku sedang sibuk menyiapkan tempahan bookmark untuk hari guru...
untuk anak buah sahaja 80 bookmark.. hai.. untung guru-guru yang penah mengajarnya...
untung juga aku... :)
semoga aku dapat menyiapkan tempahan tepat pada waktunya..Amin...

petang tadi aku dah dapat lebel untuk kraf aku..seronok-seronok. tapi aku masih tercari-cari di mana nak menempah lebel ni... tak tau di mana...
semoga aku dapat cari pembekal @ pembuat lebel yg murah-murah dalam masa yang pendek ni.. Amin..

6- sudah lewat

seperti biasa... update entry baru setiap hari pasti lewat... [12.32am]
mungkin memang masa-masa macam ni yang saya free untuk mencoret sesuatu...

sekarang sedang sibuk menyiapkan tempahan bookmark untuk hari guru...[di tempah oleh anak buah sendiri....]
sedikit bookmark untuk anak buah jual kepada kawan-kawan... bertungukus lumus menyiapkan sebelum tarikh 16 mei [hari guru]

kali ni...pasti kelihatan berbeza hadiah yang guru dapat... mungkin lebih istimewa...
semoga semua guru dan pelajar-pelajar suka dengan hasil kerja saya..Amin....

-tempahan-
80 bookmark untuk anak saudara
<> 100 untuk kawan-kawannya...

semoga Allah memudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki saya di sini..Amin...

Tuesday, April 27, 2010

5- lewat lagi...

Assalamualaikum....

adakah cabaran yang saya nak buat ni tersahut?? huhuhu..
saya selalu menulis entry di zon Norazlina [atau] Nora ni lewat...selepas jam 12 tengah malam setiap hari bermakna sudah masuk hari baru.. hehehe...

beginilah kalau sibuk memanjang... penat menguruskan kehidupan harian... :)
sekarang tak ada idea nak tulis apa... :)
mungkin nanti-nanti saya akan dikurniakan idea yang menarik untuk dikongsi barangkali...
kelihatannya saya pun seperti tak pandai nk menyusun ayat yang menarik sehingga orang tertarik mau membacanya... hehehehe....
jumpa anda lagi....

salam ukhuwah ...

Monday, April 26, 2010

4- hari yg ke empat...

masih terlewat... macam biasa, TV selalu membuatkan perjalananku terhenti..huhuhu....
sebelum tgh malam..ada cerita confession of shopaholic...layan untuk kesekian kalinya.. hik.. hik..hik..

hari ni..saya bangun agak terlewat.. mungkin terlalu letih...
semua di rumah...memandangkan en.Laptop tak di off kan sepanjang 3 hari ni... celik mata, lepas siap2 sume, terus setia bersama FB...

menonton TV sambil breakfast [nasi lemak, sambal, kari ayam, telur rebus, timun...] aduh... hilang diet kalau macam ni..
terlihat karnival yang terdapat di stadum shah Alam,...
apa lagi..menjadi destinasi hujung minggu la....
ke sana... [tak ramai pun orang yang datang di sini...]

opss.. tadi masa berFB, buat la satu quiz ni...
teringin pulak nak buat, :))

hasilnya: macam bagus je kan,,

Bintang kelahiran Norazlina Nora adalah Taurus :

Dalam hal pekerjaan, Taurus sangat rajin, tekun, cermat, cerewet, kreatif dan mementingkan "deadline" (tempoh siap). Semua ciri ini menguntungkan sebarang majikan atau organisasi. Namun, Taurus sangat inginkan bosnya serajin dan sekreatif seperti dirinya. Anda menghormati orang mempunyai kesedaran meluas dalam hal ehwal kemasyarakatan dan politik.

Dalam perniagaan Taurus cukup pintar atau licik. Anda tidak pernah bersikap malas, tetapi berasa seronok bekerja dan mengharapkan hasil yang memuaskan. Taurus kurang gemar menanggung risiko yang tidak perlu dan dengan yang demikian anda berhasil menduduki taraf ketua seperti pengurus atau penyelia.

Kemahiran pengurusan diperkukuh oleh bakat semula jadi Taurus pada pengurusan dan pengendalian yang terperincidengan penuh kesabaran dan keterlibatan. Taurus juga mampu memperlihatkan hasil yang baik dalam perkebunan dan pertanian. Secara umumnya, orang Taurus akan memilih wang ringgit dan kekuasaan daripada prestij atau pengiktirafan orang awam. Justeru itu, Taurus hanya akan mengejar prestij dan kemegahan sekiranya ia dapat memberi kesan langsung kepada wang ringgitnya!

Kekayaan bagi Taurus, adalah kesenangan dan keselamatan. Kekayaan adalah kestabilan. Dan Taurus hanya akan berasa mempunyai kekayaan kalau dia dapat melihat dan merasanya! Sehubungan dengan itu, Taurus cemerlang dalam agensi perladangan dan pertanian. Dalam usaha mencapai tujuan ini, Taurus perlu mengembangkan kebolehan intelektual dan komunikasi. Namun, sikap bertolak ansur selalu diperlukan untuk memastikan kejayaan Taurus.

wah,..wah..wah..

wah...panjang berjela nasihatnya,..
sekian ...wassalam..

Sunday, April 25, 2010

3- masih bertahan

Assalamualaikum....
uikss..nampaknya..tarikh dah bertukar....
belum sempat habis menikmati cuti2 Malaysia....

entry ni utk 24 April... huhuhuhu
lagho di depan tv..sambil tidur-tidur ayam... hik..hik..hik...

pagi ke sekolah..- ada sukan.... [saya tak ada kaitan pun... saja mahu meramaikan dan memeriahkan lagi sukan sekolah..]
sangat penat... [tengah hari...mem'busy'kan diri dengan FaceBook [FB]

Saturday, April 24, 2010

2- cabaran 30 hari menulis blog...

huhuhu...cabaran untuk sendiri...
30 hari menulis blog..
setiap hari sekurang-kurangnya 1 entry..

boleh ke?? mampu ke??
apa yang saya nk coretkan ye??
mencari idea2...
bermula dari 22 April kiranya...

Friday, April 23, 2010

1- kenapa 22 April 2010?

22 April 2010 ulang tahun kelahiran saya....yang ke berapa? huhuhuhu... malu ingin menyatakan...
orang kata 26 tahun sudah tua... ye ke?
kenapa tarikh ni??? sebab saya suka....
saya boleh ingat bermula dari bila saya merekod perjalanan hidup saya...
semoga semua indah-indah dan baik-baik belaka....

semoga tanggal 22 April 2010 bermula sebuah kehidupan yang lebih baik untuk saya...
kepada-Nya saya bermohon agar diberi kesempatan dan keberkatan untuk menumpang di bumi-Nya yang sementara ini agar dapat mengharungi segala cabaran dan dugaan dengan tenang, tabah dan bijak..Amin....

1- pertama....

Assalamualaikum kepada semua pelayar-pelayar blog...
kini anda berada di zon Norazlina [atau] Nora...
terima kasih kepada sesiapa yang sudi melawat atau termasuk ke zon saya ni...
di zon ini saya sekadar ingin mencoretkan perjalanan hidup saya...agar saya dapat melihat pencapaian saya masa kini dan masa akan datang....

saya ingin mengetahui apa yang terjadi kepada saya pada masa lalu saya [sekarang] pada masa akan datang...huhuhu...faham ke ayat ni? buat-buat faham je la ye?

semoga saya memperkatakan dan memperlakukan hal-hal yang baik-baik dan berfaedah sahaja sepanjang saya menulis di sini...
semoga segala coretan pada masa akan datang tidak memperkatakan dan memburuk-burukkan orang lain....

jika sesiapa yang tidak suka... boleh memilih butang pangkah..saya tak marah... janji tiada sengketa... ;)

wassalam....

jom baca cerita lain juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...