Assalamualaikum kepada semua pelayar-pelayar blog...
kini anda berada di zon Norazlina [atau] Nora...
terima kasih kepada sesiapa yang sudi melawat, termasuk atau tersesat ke zon saya ni...
di zon ini saya sekadar ingin mencoretkan perjalanan hidup saya...
agar saya dapat melihat pencapaian saya masa kini dan masa akan datang....

bermula dengan cabaran 30 hari menulis blog...
adakah saya berjaya menyahut cabaran ini?? kita lihat bersama-sama...

lawatan sambil belajar...

:: Jom jalan-jalan di sini ::

Blog writing....

Daisypath Anniversary tickers

Friday, April 22, 2011

181 - Syukur

Assalamualaikum...

semoga yang singgah di zon Norazlina [atau] Nora sentiasa sihat dan dilindungi Allah..Amin...



Alhamdulillah dengan limpah dan kurnianya, saya masih di beri kesempatan untuk meminjam nikmat hidup di dunia ini pada usia genap 27 tahun..Alhamdulillah Ya Allah...



semoga Allah sentiasa memberikan Nur-Nya kepada Norazlina [atau] Nora
semoga Allah sentiasa memberkati Norazlina [atau] Nora
semoga Allah sentiasa melindungi Norazlina [atau] Nora
semoga Allah sentiasa melimpahkan rezeki-Nya kepada Norazlina [atau] Nora
semoga Allah sentiasa memberi keizinan untuk memenuhi impian Norazlina [atau] Nora
Amin..Amin..Amin...Ya Rabalalamin...



nota hati: tiada hadiah yang terindah melainkan doa-doa dari orang tersayang..Amin...

sudah lama tak berjumpa kawan-kawan.. ^_^
nota hati2 : genap setahun saya menulis blog ini...

Thursday, April 21, 2011

180 - gemilang...

Assalamualaikum...

semoga anda dilindung dan diberkatiNya. Amin...



sudah berakhir sebuah kisah kehidupan...
GEMILANG~
cerita ni betul-betul cerita tentang gemilang. tiada lencongan.




GEMILANG: IMPIAN YANG KINI MENJADI SATU HARAPAN

[repeat tengok di 'tonton' hehehe..lewat setengah jam pertama. terlupa pula ada cerita kegemaran. layan kakak shopping barang dapur.]
komen saya untuk bab terakhir:
sedih dengan pertemuan Lah dan adiknya, siddiq. pertemuan dengan cara yang tidak disangkakan. sedih~
sedih masa ambil result. sebab sudah tahu episod terakhir.huhu... bermakna cerita ni dah nak tamat. tiada lagi cerita kegemaran.
suka tengok abah Lah. sweet.
tak suka tengok Ruhana.
suka tengok Lah dengan Asmah

ending tak berapa best la...
mungkin sebab cerita ni pendek. kalau panjang sikit lagi seronok agaknya. melihat sedikit perkembangan institut gemilang dari 1976 sehingga ke tahun 2011...

mungkin Tuan Khabir bakhtia beranggapan ending di situ smart. cerita beliaukan sentiasa seperti itu.
memaparkan bahawa, selepas 3 bulan tamat batch pertama pada tahun 1976, ada ibu bapa yang menghubungi untuk menghantar anak-anak mereka ke institut gemilang...bermakna institut gemilang terus mendapat sambutan.

tapi kalau ditanyangkan kepada kitakan lagi menarik.. [sekadar berpendapat]

jom layan koleksi gambar... hehehe







nota hati: semoga cerita pengganti mendapat tempat di hati saya,,InsyaAllah...

Monday, April 18, 2011

179 - April

Assalamualaikum...

semoga yang singgah di sini sentiasa dilindungiNya..Amin...
baru saya perasan... sekarang sudah pertengahan bulan April...
Subahanallah...
selalunya..saya nantikan April..

tapi atas desakan kesibukan tesis dan latihan-latihan matematik yang berlambak-lambak...
saya telah melupakan April...
bukan tidak perasan... [setiap hari melihat kalendar], cuma tak sempat berfikir..
tiada ruang untuk memikirkannya...

nota hati: saya tidak dapat meraikan April dengan bahagianya sebab exam bermula pada 29 April 2011.. paper terakhir 5 mei 2011..
7 mei 2011 - presentation tesis di JB [jalan-jalan ke JB]
malam ni layan Gemilang ^_^

** siapa tahu..kenapa SingingBox.com tak berfungsi? 



178 - minggu lepas

Assalamualaikum..

bukan tamak entry tapi sekadar berkongsi kisah...
tiba-tiba hujan turun membasahi bumi Puchong ^_^
di temani haruman rose buds dan suhu 24 darjah celcius.

minggu lepas yang saya buat entry padat sabtu dan ahad ke library..
kakak sekeluarga sudah pulang ke kampung awal.
tinggal saya dan kakak atas saya di rumah...
sabtu pagi jam 8.30am saya keluar rumah..
pertengahan jalan...saya hampir mengalami kemalangan...[nauzubillah...] minta di jauhkan..Amin...
semasa menuruni flyover tiba-tiba kereta saya hilang kawalan...[melelong-lelong ke kiri dan kanan...]
Alhamdulillah saya dapat mengawal steering saya membayangkan kemalangan ketika itu... ngeri..
sekali lagi nasib saya baik. kereta di belakang berada di jarak yang agak jauh.
saya dapat kawal kereta yang melelong supaya tidak masuk ke lorong sebelah...
[sungguh] tak pernah terjadi macam tu.. ketar seluruh badan..
saya turun periksa tyre semuanya ok.
saya tak tahu di mana silapnya...mungkin saya berangan..mungkin juga saya terlebih melayan lap..
Alhamdulillah..Allah masih melindungi saya..Amin...

library time lunch
pg mendung
petang
keluar pepagi..
[orang lain masih tidur]

sunyi dua hari tanpa anak-anak...
balik hari Selasa..
hari rabu, semua anak-anak di jangkiti demam campak.








nota hati: Anda semua
 

177 - Gemilang

Assalamualaikum...

saya lewat komen gemilang episod 12 minggu lepas...

Al-kisahnya, isnin dan selasa pulang ke kampung. saya sampai jam 7.30pm.
tiba-tiba internet ada masalah. sayalah orang yang bertanggungjawab menyelesaikannya...[macamlah saya terer sangat] saya call TM [operator yang jawab panggilan tak dapat atasi masalah yang saya hadapi. saya di talian selama satu jam. masalah tak selesai.

semua orang melahirkan kemarahan kepada saya.
kenapa saya? saya tidak bersalah..
sediakan perkhidmatan, tapi tak boleh guna..
hari-hari rosak.. bla..bla..bla...
adoi... kenapa mereka tak faham.. capaian internet masih terbatas...

impak dari masalah di atas. saya tak dapat tengok drama Gemilang...
sepertimana yang saya nyatakan. saya tak dapat menyembunyikan kemarahan saya..
semua orang marahkan saya..mereka tahu tak yang saya sangat marahkan TM?

pulang ke sini..saya cari di internet cerita gemilang episod 12..
saya berjaya menonton sampai habis..
saya gembira...

macam biasa..
Ruhana : jahatnya kamu...
Umar: lembab... tu pun tak nampak ^_^  [sekadar beremosi]
Asma: kasihan
Lah: pertemuan yang mendukacitakan...

nota hati: cerita ni dah nak habis... (T_T)
tak sabar nak tunggu movie Nur Kasih bulan mei ni...bolehlah saya jadikan aktiviti release tension nanti ^_^
tadi tengok video klip lagu Nur Kasih [yasin dan Tizz] cantiknya sawah...

176 - tak tahu nak bagi tajuk apa untuk entry ini...

Assalamualaikum...

kesyukuran di panjatkan ke hadrat Illahi..[saya tidak tahu kenapa] yang pasti...saya sedaya upaya meredhai perjalanan hidup saya...

" wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai..Amin.."
semoga yang singgah di zon Norazlina [atau] Nora sihat dan dilindungi sentiasa...Amin...

terima kasih kepada sahabat yang prihatin..
terima kasih kepada sesiapa yang rajin singgah..
terima kasih kepada yang sudi membaca...
terima kasih kepada yang saja-saja singgah...
terima kasih kepada sesiapa yang tersesat (^_^)..

kenapalah seperti itu ayat-ayat di atas... [ini mungkin pengaruh jam yang sudah mencecah ke angka tengah malam] hehehe...

banyaknya benda nak di ceritakan..sampai tak tahu nak mulakan di mana...
mesti serabut yang datang singgah di sini...

tarikh pembentangan & tempat
sudah muktamad katanya...
7 mei 2011 [di JB] 
"tak perlu kata apa-apa..
senyum..senyum.."



terpaksa menyanyi lagu kegemaran untuk merawat gundah gulana...
hey orang JB yang berhampiran dengan UTM, silalah belanja saya makan...^_^

tak perlu di ulas apa yang di jawab oleh penyelia PSM tentang penukaran tarikh.. [menyakitkan hati] boleh menimbulkan dosa..[dan boleh buat saya masuk neraka] <<< sedapkan hati sendiri. berusaha untuk menjauhi neraka. klise!
saya sendiri yang bertanya tentang tempat pembentangan.
saya sendiri yang meminta dibuat di KL [dari lebih kurang 30 orang pelajar. berani sungguh!]
saya sendiri yang cakap saya banyak hadapi masalah dengan penukaran sesuka hati..[jawapan benar-benar menyakitkan hati]
masa tu juga saya teringat kata kakak... ["kau, kalau marah, tak boleh sembunyi dari muka kau. nampak sangat."] ye la..nama pun marah. tak akan air muka menjadi ceria..sehinggakan, penyelaras memandang saya..saya kalihkan pandangan itu...[subahanalah...] 'jahatnya kamu' [lagu stacy. saya suka juga lagu ni..hahaha tiada kaitan..]

pulang ke rumah.. kakak marah saya...
kenapa lecturer kau tukar tarikh sesuka hati?
apa lagi yang saya patut jawab. saya bukan lecturer...
kau tak cakap ke kat diorang yang kau dah susah-susah tempah hotel?<< saya sudah jawab soalan ni di atas tanpa memberitahu kaka...malas di panjangkan.
sekali lagi saya kena...[sudahnya, saya jawab..mereka memang suka-suka hati..selebihnya..diam lebih baik.]
sudah setakat itu...

jom layan gambar. cuci-cuci mata.. ^_^
sabtu saya keluar lewat. jumaat malam saya siapkan tesis sehingga jam 3am..
prepared untuk ditunjukkan kepada penyelia. biar dia komen sebakul supaya mudah kerja membaik pulih yang mana salah..[biarlah kos print tinggi..external ink membantu.]

saya ada dua homework matematik yang belum siap..
celik mata ingat assignment. manalah tak stress? 
di luar, hujan mencurah-curah. [mungkin petanda supaya saya menghabiskan masa di rumah untuk siapkan tugasan.berbanding menghabiskan masa di jalan raya...
siapkan home test persamaan terbitan [sampai sekarang, subjek ni belum lagi terbit. entahlah!]
jam 9am..siapkan aljabar moden [kalau buat dari hari isnin, tidakkah selamat?] adoi~
saya memulakan perjalanan tepat jam 12.01pm
hujan renyai di bandar Puteri
hujan lebat di NPE
petang yang cerah di Yayasan Selangor
 ahad [17 april 2011]
saya keluar jam 7.30am..sudah lewat..

matahari memancar di depan mata


matahari pagi di NPE
jumpa penyelia dari jam 2.30pm - 5.30pm
2 jam untuk menyelesaikan masalah tesis saya..

petang di NPE

nota hati: banyak rahsia di sebalik gambar. saya belum bersedia untuk membongkarnya... syaratnya, hukumnya...[saya masih tiada ilmu dalam bab ini..]

Thursday, April 14, 2011

175 - padat

Assalamualaikum....

semoga yang singgah di zon ini sihat dan dilindungi..Amin...
sudah lama saya tidak ke sini...bak kata ramai blogger..sudah bersawang blog ni...
bagi saya... blog ini sentiasa macam ni.. tak ada bersawangnya...saya alah pada sawang... hehehe

sabtu dan ahad, tiada kelas. ke library kampus untuk study...exam sudah dekat..satu apa pun tak faham lagi...
adoi~ Norazlina...apa nak jadi sem ni?
gambar-gambar nanti-nanti la saya up kat sini..sekarang tak sempat...banyak lagi kerjanya..tesis belum siap. tapi nak melahirkan rasa tak puas hati lagi ni...

isnin dan selasa pulang ke kampung kerana ada urusan keluarga...[sekali lagi rungsing tesis belum siap]
penat...isnin hampir malam sampai rumah..selasa petang sampai sini... rasa berada dalam kereta sepanjang dua hari...

rabu dan hari ni...
masih terkial-kial nak buat data analisis...[tekanan]
anak-anak pula semua dijangkiti demam campak. maka, tumpuan depan laptop untuk buat analisis ni jadi terganggu.

petang tadi dapat mesej dari kawan pembentangan di tunda dari 30 april ke 7 mei...aduh hai...kemarahan ni tak dapat di bendung..tak juga dapat di lepaskan...
ini tujuan utama saya menulis hari ini...
mereka [pihak atasan/ pihak pengurusan/ pihak yang berkenaan] meminda tarikh sesuka hati tanpa memikirkan masalah yang pelajar macam kami hadapi.
saya pening kepala memikirkan masalah kenderaan ke johor. penginapan ke johor..
terpaksa minta tolong kakak... sudah dia berbesar hati nak menghantar saya ke Johor sekalian menempah hotel untuk kami... tiba-tiba tunda... macam mana dengan cuti yang sudah di mohon? bagaimana dengan rancangan perjalanan yang sudah dirancang? aduhai~

saya masih belum memberi tahu kakak...[bimbang dimarahi]
ahad ni ada taklimat...
pendapat anda, saya patut bagi tahu sekarang [atau] ahad nanti sahaja? sekalian menunggu keputusan sebenar tarikh pembentangan dan di mana lokasi pembentangan.

nota hati: saya sangat marah. rasa macam tak nak present. tapi kata kawan. tak dapat markah..[adoi~]
cik Norazlina [atau] Nora berusaha sebaik mungkin untuk mengawal api kemarahan... subahanallah....
semoga saya sentiasa dikurniakan sifat kesabaran yang tinggi...

Thursday, April 07, 2011

174 - TENSEN - PRESENTATION @ JB

Assalamualaikum....

saya tengah marah..sedih..kesal..tensen...semua ada...[semua yag jahat-jahat]
tiada satu pun yang baik menyelinap di ruang hati waktu ni...

semoga anda yang singgah di sini ceria sentiasa....

apa puncanya?
tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk
saya belum habis rasa kesalllllll.....

tarikh presentation projek sarjana muda2( PSM2) sudah keluar semalam...saya baru cek tadi setelah kawan mesej saya tadi...
tarikh presentation adalah [30 april 2011] di JB
kenapa saya marah?
apa yang saya marahkan?

1st paper [exam] saya [29 april 2011] di KL
presentation di JB
bayangkan lah...
jarak masa tak sampai satu hari...
mana saya nak prepare exam..mana nak prepare perjalanan ke JB dan prepared presentation....

saya marahhhhhhhhhhhhhhhhhh.......gerammmmmmmmm.....

tolongggggggg...tolonggggg................
hotel tak tempah lagi....

nota hati yang sedang geram:
help kawan-kawan yang tinggal di Skudai JB
tolong suggest kan hotel yang paling dekat dengan UTM skudai...
yang murah-murah cukup ye? tak nak jauh-jauh

Tuesday, April 05, 2011

173 - gemilang

Assalamualaikum....

semoga yang bertandang di sini sihat dan ceria...
macam biasa...aktiviti berblog selepas hari isnin adalah update cerita gemilang... ^_^



hrummm....
episod semalam sangat best [macam mana akak boleh update dulu dari saya ni?]


satu: scene Ruhana kantoikan Asma...[hahah poyo sungguh perempuan tu..] terhegeh-hegeh
suka watak Halim...baik...

dua:suka kat mak Umar.. [padan muka Ruhana] hahahaha [gelak jahat]

tiga: suka scene Lah jumpa dengan adik perempuannya...[adik dia sweet ^_^]

empat: kasihan melihat nasib seorang kawan yang terkorban semasa membantu kawannya

nota hati: saya setuju pendapat kak nurin...buat la dua tiga hari seminggu... hahahah [kak, kalau buat tiga kali seminggu..cepat la habis cerita gemilang ni.... ] (T_T) tak nak habis.... tak nak habis...

owh..hampir terlupa..awan weekend lepas nanti saya tunjuk ye?? hahahaha


Monday, April 04, 2011

172- ABPBH

Assalamualaikum....

saya sudah mengantuk..
semoga anda semua tak mengantuk...
gara-gara menonton ABPBH..tergendala kerja saya...
sekarang sudah mengantuk...
tahniah kepada shahizi sam...



dia belakon memang baik de....[kecewa sebab dia tak guna perkataan 'de' hari ni...]

nota hati: saya mengantuk..kalau rajin saya update lagi nanti.. ^_^

171 - weekend saya..

Assalamualaikum...

sudah lama rasanya saya tak menjenguk blog sendiri...
semoga masih ada yang singgah di zon ini... ^_^ saya doakan sesiapa yang membaca sentiasa ceria dan bertenaga...

sudah hampir jam 1.00am...
saya masih di sini...[pelik sungguh]
semalam...saya mati-matian menahan kantuk supaya saya boleh study untuk menempuh ujian dua aljabar moden.
tapi malangnya saya tetap tidur...natijahnya? saya tak dapat menjawab dua anak soalan... saya akan kehilangan hampir tujuh markah daripada 30markah... tu belum campur yang salah atau tertinggal  formula...
nasiblah....
owh mata..sekarang sudah mengantuk...
sambung lain kali....



nota hati saya: ini bukan mata saya..
nota hati2: esok kt sambung lagi ye? saya akan sambung di bahagian bawah,,,

jom baca cerita lain juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...