Assalamualaikum kepada semua pelayar-pelayar blog...
kini anda berada di zon Norazlina [atau] Nora...
terima kasih kepada sesiapa yang sudi melawat, termasuk atau tersesat ke zon saya ni...
di zon ini saya sekadar ingin mencoretkan perjalanan hidup saya...
agar saya dapat melihat pencapaian saya masa kini dan masa akan datang....

bermula dengan cabaran 30 hari menulis blog...
adakah saya berjaya menyahut cabaran ini?? kita lihat bersama-sama...

lawatan sambil belajar...

:: Jom jalan-jalan di sini ::

Blog writing....

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, January 18, 2014

236 - sila jaga kesihatan anda...

Assalamualaikum...

salam singgah...
terima kasih kepada yang singgah...
semoga kita ceria di pagi hari

selamat pagi.. nor az lina.... hahaha [rindu nak dengar kim tan cakap selamat pagi kat cha eun sang]
pagi-pagi dah cerita pasal kesihatan... ianya memang penting...

disember 2013 saya buat pemeriksaan darah.
kesedaran terjadi bila tiba-tiba heart beat saya laju berkala. macam tu pula kan?
tidak setiap hari... tapi dalam seminggu ada beberapa kali. tidak setiap bulan juga.
bila difikirkan semula ia berlaku sejak hujung 2012. punya la lama simpan.
sebabnya?
saya tidak memanjakan diri dengan sakit2 yang remeh temeh.
remeh ke?
anggapan remeh. bila dibiarkan?
ia melarat sepanjang 2013.
sedar ke?
masih belum sedar. sehingga hujung tahun 2013.
18 hb rasanya buat check up ambil darah.
balik kampung sekejap..
sepanjang cuti disember.. merata berjalan2... dekat2 je la.. shopping... window shopping..
awal januari 2014 baru saya ada kesempatan ambil result.

teruk ke?
tak la teruk mana pun. kot~
tapi ada.
doktor terangkan satu2.. darah ok... jantung ok.. buah pinggang ok.. tekanan darah ok
tiba2. detected! ngeri je bunyinya...
dalam family ada yang sakit jantung?
ada. [mak]

buat masa sekarang, jantung awak sihat.
tapi...
ada probability nak dapat serangan strok.
huh~! strok sekejap bila dengar.
sebenarnya saya dah buat research seminggu sebelum ke klinik.
heart beat laju. [kemungkinan di serang strok]
memandangkan ia kelihatan bahaya, itulah yang membawa saya kepada doktor berkenaan.
mental terima dalam paksa.
boleh baik ke doktor?ada ubat ke?

ada vitamin yang boleh mengurangkan kadar. ada beberapa orang pesakit saya yang ok selepas makan vitamin.
pop! saya kena beli vitamin untuk dimakan setiap hari selama 3 bulan.
pemakanan doktor?
kurangkan makan danging, banyakkan makan sayur dan buah. jaga pemakanan kamu baik2.
arghh.. takutnya...

sejak balik tu saya bimbang. tapi kakak marah.
bukannya doktor kata ko akan kena strok. kemungkinan akan diserang je.
huh~! kemungkinan tu la yang saya tak mahu.

saya dah tak dapat makan danging ala kora [ febret saya setelah banyak sangat menonton korea. terliur melihat mereka makan daging bakar panas2] saya pun terjebak. sehinggakan kakak beli dapur ni untuk memudahkan saya bakar daging.
arghhh~! haven!

saya sudah berhenti.. ke pasar raya..saya akan jauhkan diri dari tempat daging.
tidakkkkk....
saya kurangkan minyak ketika memasak
saya kurangkan lemak
saya berhenti makan daging
banyakkan buah
banyak kan air masak

takutnya....

nota hati: kepada semua blogger, jaga kesihatan sebanyak mungkin..







Friday, January 17, 2014

235 - Saya penganggur...

Asslamualaikum....

Beginilah rupanya kalau jadi penganggur...
bosan..

salam singgah....
ditemani secawan kopi... selamat pagi semua.. semoga ceria dipagi hari dengan tugasan masing-masing.



bermula 2014 semua orang sibuk.
sekolah...kerja...
saya? duduk di rumah diam-diam.
anda... anda... sesiapa sahaja yang berkerja.. sila jangan merungut kerja anda banyak. kerana itu adalah tanggungjawab yang perlu dipikul untuk bergumbira di hujung bulan. {*wink*)
cuba tak ada kerja macam saya. huh~ bosan tak perlu cakap. duit tak ada? merana.
tak boleh nak buat apa2.. hahaha... menyedihkan je bunyinya.
(semangat untuk anda2 yang bekerja)

kehidupan yang bosan dan sunyi.
selepas jam 7am. rumah saya sunyi...
kerja saya... kemas rumah sikit2...basuh pinggan sikit2... basuh kain sikit2.. [yang ni seronok] sebab ada objek baru yang haven! tak perlu susah2 kan diri nak menjemur pakaian lagi. yeah~!! masuk pakaian, pilih jenis basuhan,pilih suhu air, pilih keringkan. selepas 4 jam. siap dilipat. (tapi kerja melipat, bukan tugas saya)
mesin yang jimat air. jimat tenaga. cuma masa agak lama la.. tapi sama je la macam menjemur. cuma. untuk basuhan ke-2 ambil masa la.

lepas jam 8am. saya sudah tiada kerja... 
sunyi dan tenang. tapi bosan. saya nak mulakan perniagaan la.. tapi belum tahu nak berniaga apa.
ada sesiapa yang nak beri cadangan? MLM tidak mahu ya? saya tiada duit. saya hanya mah cari perniagaan yang hanyak berbekalkan RM100 je. (*_^)

5 hari saya sunyi masuk hari ke-6 berantakan semuanya... huh~! pening. tapi tak apa.itulah kehidupan.
saya belajar mensyukuri nikmat yang Allah beri kepada saya. Amin...

nota hati: ada sesiapa nak bagi cadangan bisnes kepada saya boleh je komen kat bawah ni. nak email pun tak apa..  

till next entry.

Thursday, January 16, 2014

234 - mencari

Assalamualaikum...

Salam singgah untuk semua blogers... (macam ramai je kan? huhuhu...saya berharap ramai yang tersinggah dan terbaca)
salam maulidur Rasul..
Saya doakan semua sentiasa diberkati dan dilindungi Allah.. Amin... (ni bukan ayat bodek agar ramai yang singgah ya?) Doakan saya juga..

secara jujurnya memang sudah lama saya tak blogwalking.
1-sebab saya memang tak berblog kebelakangan ni,
2- saya malas mengganggu emosi saya dengan entry yang kurang menyenangkan. (ini masalah emosi saya sendiri)
3- online menggunakan hp membuatkan saya jarang berblog. (sepatutnya lagi kerapkan?) ketahuilah, berblog menggunakn hp tidak seronok. hahaha.. mungkin hp saya tak cukup canggih kot. banyak function yang tak boleh buat menggunakan hp.


4- lupa.
5- malas
6-tak ada dah alasannya..

ok.. memandangkan sudah lama tak berblog, saya pun dh tak tau kawan2 yang masih berblog dan yang tidak..
apa kata, kalau kawan2 yang masih berblog tertengok entry baru saya ni.. cuba komen dibawah. jadi, saya tau anda masih aktif, dan saya akan lawat anda kembali...

nota tangan:

Friday, January 10, 2014

233 - saya sedih

Assalamualaikum...

Semoga sesiapa yang singgah sentiasa dilindungi-Nya.. Amin...

Rasanya belum sempat ucap selamat tahun baru lagikan?

Selamat tahun baru 2014 semua..semoga kita sentiasa lakukan yang terbaik dalam hidup. Amin....

Kenapa tajuk sedih?
Saya tak dapat lagi tengok jejaka kacak sedunia setiap minggu .. arghh...

Semalam episod terakhir The Inheritors.
Huh~ rindu la saya kat jejaka idaman ni..





Cerita hebat...dengan wajah yang hebat.
Jawapannya memang hebat!

Mmm.. drama korea masih dihati...
Rindula saya pada wajah yang handsome ni...  
Tapi tak apa,saya ada simpanannya... Itulah kuasa membayar bil astro yang mahal.
Boleh record,kita record.. hahaha... Rasanya tak bosan kot tengok lee min ho banyak-banyak kali.

Emosi: terganggu

Nota hati: abaikan entry emosi ni... Jangan buat dosa.. (*_^) huhuhu...

jom baca cerita lain juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...