Assalamualaikum kepada semua pelayar-pelayar blog...
kini anda berada di zon Norazlina [atau] Nora...
terima kasih kepada sesiapa yang sudi melawat, termasuk atau tersesat ke zon saya ni...
di zon ini saya sekadar ingin mencoretkan perjalanan hidup saya...
agar saya dapat melihat pencapaian saya masa kini dan masa akan datang....

bermula dengan cabaran 30 hari menulis blog...
adakah saya berjaya menyahut cabaran ini?? kita lihat bersama-sama...

lawatan sambil belajar...

:: Jom jalan-jalan di sini ::

Blog writing....

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, March 12, 2011

156 - di permudahkan...

Assalamualaikum...

hari ni hari kelas sedunia..
dari pagi sampai malam...

semoga blooger yang singgah di Zon Norazlina [atau] Nora sentiasa ceria dan dilindungi Allah..Amin...
selamat bercuti kepada semua yang sedang bercuti...terutama sekali cikgu-cikgu dan pelajar-pelajar sekolah.
selamat bekerja kepda yang bekerja...pastikan kerja selesai baru baca blog ok?

jom kita merenung sejenak apa yang berlaku semalam [11 Mac 2011- Jumaat]... yang paling besar di perkatakan Tsunami di Jepun...
Nauzubillah...gerun mendengarnya..lagi tragis melihatnya...
sama-samalah kita berdoa semoga semuanya baik-baik...Amin...[merenung diri sendiri..merenung masa hadapan..apa yang bakal kita tempuhi dan apa bekalan kita...]

sebuah penyelesaian...

penyelesaian kepada masalah yang datang...
saya berdoa sepanjang malam...[rabu saya tidur jam 4.ooam...] tak boleh nak lelap mata memikirkannya...
banyak masalah yang saya hadapi...

hujan sepanjang malam...[kalau tidur pasti lena] tapi saya tak dapat berbuat demikian...
pagi-pagi kakak sudah bising, hari hujan..kereta seberang jalan...[sebab kereta yang dilanggar di dalam garaj]
saya meredah hujan renyai untuk alihkan kereta ke hadapan pintu pagar... saya menghantarnya ke sekolah supaya saya dapat menggunakan kereta kalau perlu ke balai polis...

menanti sehingga tengah hari membuatkan hati semakin sakit setiap kali melihat kereta di garaj.
jam 9.00am makenik periksa. makenik yang datang tak tahu harganya..mungin mahal..RM400 ++
abang ipar suruh buat report.saya terpaksa setuju...

tengah hari sebelum ambil kakak di sekolah, saya menghubungi owner kereta dan bagi tahu saya tak mampu bayar. dan akan buat report. kakak tak mahu report. dia suruh saya bawanya pulang. saya buntu! kecewa! sedih! geram! marah! sakit hati! semua ada...
masih tiada penyelesaian sehingga jam 2.00pm...saya nak selesaikan hari ni juga[khamis]..kalau tak saya tak akan tenang.saya sentiasa berdoa semoga Allah permudakan urusan saya...Amin...nak menangis dah rasanya.


kakak tanya kawannya...setelah di periksa harga lampu = RM300
keputusannya...
dia menerima RM300 @ report polis dan claim insuran [walaupun kakak tak berapa setuju claim insurans sebab kereta tu atas namanya... [abang ipar yakin orang tu tak mahu report. dan kemungkinan tak memiliki lesen memandu]
saya menghubungi owner sekali lagi...
bagi suggestion terima RM300 @ report. dia suruh saya menunggunya..[sungguh buang masa. masa saya sangat berharga untuk disia-siakan. saya tak boleh nak buat apa-apa sebab pening memikirkan masalah ini]

saya menyediakan duit RM300.
owner call saya bagi tahu, pergi buat report sama-sama...
di depan rumah sekali lagi saya bagi dua cadangan saya...

dia tidak mahu RM300...[tak cukup katanya]dia minta RM500.. gila? saya boleh buat bayar suku yuran saya]
dia tidak mahu report atas alasan, tiada tempat untuk meletakkan kereta [rumah flat]

itu bukan masalah saya...[saya memang nekad. saya tak boleh kasihankannya..sebab saya kene kasihankan diri saya yang dari semalam kene marah, dari semalam pening kepala, dari semalam tak lalu makan..]
dia cakap saya yang langgar keretanya..saya yang bagi dia masalah..
WAH~!  nak ke saya langgar die? TAK INGIN~!
saya sangat marahkan dia. dia penyebab masalah ni~! kenapa lalu belakang saya? sepanjang 9 tahun saya bawa kereta...dia orang pertama yang menyebabkan saya kemalangan~! saya sentiasa berhati-hati...[mak saya selalu pesan itu]
subahanallah...[dia memang buat saya hilang pertimbagan. sehingga saya fikir.dia pembawa malang kepada saya] saya tahan kemarahan. sebab saya yang melanggarnya...
saya berdoa lagi semoga di permudahkan...Amin..

saya sudah tidak boleh bertolak ansur. saya bagi kunci.. "jom kita pergi balai buat report. kalau lambat, lambatlah masalah ni selesai. nanti balai tutup.susah.saya nak setel hari ni juga."
dia minta RM300 hari ni dan lagi RM200 saya boleh bayar kemudian. idea yang nonsense. dia minta lebih dari saya?di mana saya nak cari duit tu? sekali lagi..untuk bayar yuran pun saya belum mampu kumpul..ni nak bagi dia macam tu aja?tidakkkkkkkkk....
mukanya bengang. saya sudah tidak peduli... saya alihkan kereta saya di hadapan pagar supaya dia boleh keluar dari garaj.[besar daulat?]

saya tunggu dia di tepi jalan...lama dia mengambil masa untuk keluar. [puas memikirkannya]
setelah keluar, dia menuju ke kereta saya... "aduh~ nak apa lagi mamat ni...follow je la..."
saya keluar, saya terus bagi cadangan balai mana harus dikunjungi.[huh~macam nak pergi shopping pula]
" kita akan ke balai seberang jalan, kalau tak boleh buat report  di sana, kita akan ke balai yang mereka suggestkanlah"
dia hanya memandang saya..
saya pelik...saya anggukkan kepala kepadanya isyarat setuju dan cepat.
" macam nilah...awak bagi jelah saya RM300, setel.'
saya terkejut. saya sudah sedia untuk ke balai...dia baru bagi keputusan macam tu?jam sudah mencecah 3.30pm
saya ulang ayatnya " saya bagi encik RM300. setel"
"terpaksalah..kalau ke balai saya akan susah.. tak ada tempat nak letak kerata. awak yang bagi masalah ni kat saya"
WAH~! sekali lagi..
saya bebel panjang kat dia.bukan nak bagi alasan. supaya dia berfikir. ini takdir.

"encik..saya tak mahu perkara ini berlaku...tapi sudah berlaku. saya tahu saya yang salah.saya langgar encik. sekarang. saya cuma ada 2 penyelesaian..encik terima RM300 yang saya ada atau kita buat report. encik boleh claim insurans. saya sudah tak ada pilihan.saya buat masalah, ini cara penyelesaian saya. saya tak ada duit yang banyak.saya student. saya tak bekerja. jadi saya tak ada duit. ini kereta kakak saya, saya yang bawa, saya yang langgar, saya yang kene settle kan sendiri. kakak saya tak mahu tolong saya sebab ini salah saya..saya tak mahu semua ni berlaku. tapi sudah jadi. nak buat macam mana.. ini saja penyelesaian yang saya ada... duit yang banyak saya tiada...belum lagi kakak minta ganti bumpernya.."

"oklah..awak bagi saya RM300.setel." [muka tak puas hati]
tapi RM300 sudah memadai bagi saya...menangis hati saya semasa memberikannya RM300...

nota hati: semoga dia tidak melakukan perkara buruk kepada saya dan keluarga..
semoga dia tak rosakkan kereta saya kelak...
semoga saya sentiasa di lindungi Allah...Amin...

semalam kakak bawak kereta. tayarnya meletup. langgar lubang. dia bebelkan saya. kenapa tak basuh kereta ni lepas accident selamam?saya lagi yang kena...

No comments:

jom baca cerita lain juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...