Assalamualaikum kepada semua pelayar-pelayar blog...
kini anda berada di zon Norazlina [atau] Nora...
terima kasih kepada sesiapa yang sudi melawat, termasuk atau tersesat ke zon saya ni...
di zon ini saya sekadar ingin mencoretkan perjalanan hidup saya...
agar saya dapat melihat pencapaian saya masa kini dan masa akan datang....

bermula dengan cabaran 30 hari menulis blog...
adakah saya berjaya menyahut cabaran ini?? kita lihat bersama-sama...

lawatan sambil belajar...

:: Jom jalan-jalan di sini ::

Blog writing....

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, May 02, 2010

10 - Berjalan-jalan meraikan semua subjek lulus...

Assalamualaikum....

hhhmmm.... tak tau nak mula dari mana...
seperti yang dirancang...ke wangsa maju..

memandangkan sampai di kawasan wangsa maju dah jam 10.30 pagi.. matahari pun dah semakin meninggi...merancang ke lukisan graffiti terlebih dahulu...
tidakkkkkkkkkk....saya wish semalam supaya lukisan tu tidak bertukar. ternyata instinct saya malam tadi memang kuat...lukisan tu sudah bertukar...saya sangat kecewa...sangat-sangat kecewa...
mereka dah tukarkan dengan lukisan yang baru... lukisan yg saya takut melihatnya... dengan kekecewaan yang melanda...saya tidak mahu untuk mengambil lukisan graffiti yang baru...
watak apa yang dilukis tidak tau... tak dapat di pastikan oleh saya kerana terlalu kecewa...

terus ke wangsa walk... berjalan-jalan mencuci mata...breakfast...ke carefour... nagoya time... huhuhu...kalau ke carefour wangsa maju... destinasi wajib adalah masuk ke nagoya..bukan beli kain pun..suka cuci mata dengan melihat kain-kain yang cantik..hik..hik..hik....

pusing-pusing sekitar carefour.... terus gerak untuk berbincang tentang perancangan kerja-kerja berkaitan dengan subjek sem akan datang...
banyak juga perkara yang perlu dilakukan...mesti buat..untuk kesenangan...

oppsss.. terperasan pula saya ada 7 subjek matematik..bukan 6 seperti yang digembar-gemburkan oleh diri sendiri.... arghhh.... tekanan-tekanan...macam mana nak balance kan? dah semua matematik..pasti semuanya sukar dan berat untuk dipikul..tapi saya terpaksa juga untuk memastikan saya habis belajar hujung tahun hadapan... owhh..sungguh mencabar...

petang... hujan turun mencurah-curah..aktiviti petang terpaksa dibatalkan...
pulang dengan keadaan jalan yang jem....
hujan yang lebat sehingga menghalang pandangan...
akhirnya selamat sampai di rumah jam 7.40 petang....

selamat malam semuanya.....
salam berjumpa lagi...
semoga hari yang akan datang lebih baik dari hari ini....


No comments:

jom baca cerita lain juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...