Assalamualaikum kepada semua pelayar-pelayar blog...
kini anda berada di zon Norazlina [atau] Nora...
terima kasih kepada sesiapa yang sudi melawat, termasuk atau tersesat ke zon saya ni...
di zon ini saya sekadar ingin mencoretkan perjalanan hidup saya...
agar saya dapat melihat pencapaian saya masa kini dan masa akan datang....

bermula dengan cabaran 30 hari menulis blog...
adakah saya berjaya menyahut cabaran ini?? kita lihat bersama-sama...

lawatan sambil belajar...

:: Jom jalan-jalan di sini ::

Blog writing....

Daisypath Anniversary tickers

Monday, May 03, 2010

11- terlalu penat..[berjalan2 di hujung minggu]

Assalamualaikum semua....

wah..saya masih dalam mod menyahut cabaran 30 hari menulis blog ya...
kalau tak ada entry 1 hari tu bermakna saya tidur awal..[kecapekan barangkali] huhuhu...

semalam... sepatutnya hari ke-11...
saya tertidur awal..bukan apa...sangat-sangat penat...

seawal pagi... kitaorang keluar breakfast di kedai... pusing-pusing dulu mencari kedai pilihan minggu ini... hahaha [macam drama pilihan minggu ini pula]
mungkin dah agak lewat untuk breakfast. masa tu jam dah merangkak ke 10.30am... makanan utk breakfast dah nak habis.. kedai pula tak best..poyo je... saya order roti bakar, telur separuh masak, dan limau ais [menu diet hujung minggu...huhuhuhu] malangnya...roti bakar tak ada... hmm..habis ke..tak tak pernah buat roti bakar..entahla... telur separuh masak pula... di order 3 set, di bagi 3biji..aduh hai... kecewa sungguh...

bergerak ke taman bukit jalil... sudah jam 12 tengah hari... lepak taman tengah hari buta?? memang tak pernah dibuat... 1st time lepak taman tengah hari [terik tu matahari semalm] sangat panas... tapi nasib la konsep taman, banyak pokok..ada la kawasan-kawasan yang teduh...
sempat juga saya naik gelngsor yang sangat tinggi...gayat-gayat..tapi best...penat melayan anak-anak buah yang sangat agrasif..teruja melihat permainan yang bermacam-macam...

Jam 1.15 pm kitaorang pun bergerak pulang...hmm... ternampak pula cendol mamak di tepi jalan...singgah sebentar menikmati cenbdol + rojak di bawah pokok dengan angin sepoi-sepoi bahasa....huhuhu best2..

bergerak lagi...[tapi belum pulang.. ;) tak habis lagi perjalanan ketika ini] konon-konon nak ke tenologi park... hmm..[anak buah punya permintaan]
tapi...tak ada apa-apa di sana [penerangan guard kawasan tu kawasan pejabat sahaja] kecewa sekali lagi...

terus bergerak pulang... ambil kereta yang di baiki [sebelum breakfast]
masih ada lagi agenda... ke carefour wangsa maju ingin membeli seluar palazzo... [pilihan aku ala-ala aladin huhuhu..cantik-cantik]
anak-anak yang dah meragam...[kepenatan barangkali] membuatkan aktiviti nak shopping terbantut... pilih-pilih dengan pantas...terus pulang...
kali ni betol-betol pulang...

sampai di rumah jam 6.30 pm...
sangat-sangat penat... book mark masih banyak yang perlu dibuat..
tersengguk-sengguk di depan laptop...membuatkan pening kepala...
tidur awal sehingga tak sempat menulis di sini semalam....

wassalam..entry ke-12 tunggu malam ni ya...
salam bertemu...

No comments:

jom baca cerita lain juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...