Assalamualaikum kepada semua pelayar-pelayar blog...
kini anda berada di zon Norazlina [atau] Nora...
terima kasih kepada sesiapa yang sudi melawat, termasuk atau tersesat ke zon saya ni...
di zon ini saya sekadar ingin mencoretkan perjalanan hidup saya...
agar saya dapat melihat pencapaian saya masa kini dan masa akan datang....

bermula dengan cabaran 30 hari menulis blog...
adakah saya berjaya menyahut cabaran ini?? kita lihat bersama-sama...

lawatan sambil belajar...

:: Jom jalan-jalan di sini ::

Blog writing....

Daisypath Anniversary tickers

Monday, April 26, 2010

4- hari yg ke empat...

masih terlewat... macam biasa, TV selalu membuatkan perjalananku terhenti..huhuhu....
sebelum tgh malam..ada cerita confession of shopaholic...layan untuk kesekian kalinya.. hik.. hik..hik..

hari ni..saya bangun agak terlewat.. mungkin terlalu letih...
semua di rumah...memandangkan en.Laptop tak di off kan sepanjang 3 hari ni... celik mata, lepas siap2 sume, terus setia bersama FB...

menonton TV sambil breakfast [nasi lemak, sambal, kari ayam, telur rebus, timun...] aduh... hilang diet kalau macam ni..
terlihat karnival yang terdapat di stadum shah Alam,...
apa lagi..menjadi destinasi hujung minggu la....
ke sana... [tak ramai pun orang yang datang di sini...]

opss.. tadi masa berFB, buat la satu quiz ni...
teringin pulak nak buat, :))

hasilnya: macam bagus je kan,,

Bintang kelahiran Norazlina Nora adalah Taurus :

Dalam hal pekerjaan, Taurus sangat rajin, tekun, cermat, cerewet, kreatif dan mementingkan "deadline" (tempoh siap). Semua ciri ini menguntungkan sebarang majikan atau organisasi. Namun, Taurus sangat inginkan bosnya serajin dan sekreatif seperti dirinya. Anda menghormati orang mempunyai kesedaran meluas dalam hal ehwal kemasyarakatan dan politik.

Dalam perniagaan Taurus cukup pintar atau licik. Anda tidak pernah bersikap malas, tetapi berasa seronok bekerja dan mengharapkan hasil yang memuaskan. Taurus kurang gemar menanggung risiko yang tidak perlu dan dengan yang demikian anda berhasil menduduki taraf ketua seperti pengurus atau penyelia.

Kemahiran pengurusan diperkukuh oleh bakat semula jadi Taurus pada pengurusan dan pengendalian yang terperincidengan penuh kesabaran dan keterlibatan. Taurus juga mampu memperlihatkan hasil yang baik dalam perkebunan dan pertanian. Secara umumnya, orang Taurus akan memilih wang ringgit dan kekuasaan daripada prestij atau pengiktirafan orang awam. Justeru itu, Taurus hanya akan mengejar prestij dan kemegahan sekiranya ia dapat memberi kesan langsung kepada wang ringgitnya!

Kekayaan bagi Taurus, adalah kesenangan dan keselamatan. Kekayaan adalah kestabilan. Dan Taurus hanya akan berasa mempunyai kekayaan kalau dia dapat melihat dan merasanya! Sehubungan dengan itu, Taurus cemerlang dalam agensi perladangan dan pertanian. Dalam usaha mencapai tujuan ini, Taurus perlu mengembangkan kebolehan intelektual dan komunikasi. Namun, sikap bertolak ansur selalu diperlukan untuk memastikan kejayaan Taurus.

wah,..wah..wah..

wah...panjang berjela nasihatnya,..
sekian ...wassalam..

No comments:

jom baca cerita lain juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...