sudah lama rasanya tidak menjengah ke blog... kesibukan rutin harian membuatkan banyak perkara terbengkalai... tetapi tidak mengapa...[hidup mesti diteruskan juga] ^_^
setiap minggu, saya tertanya-tanya dan tercari-cari aktiviti apa yang patut saya lakukan...
sementelaah cuti masih berbaki lagi...supaya nanti tidaklah terkilan cuti tidak digunakan dengan baik..susah juga sebenarnya. bukan apa, saya ada masa terluang, rakan-rakan pula tidak mempunyai masa. itulah yang membuatkan saya sedikit kecewa...
tetapi, hujung minggu ni sangat seronok..
sabtu saya keluar bersama sahabat baik..sudah lama tidak ke sunway pyramid kami menonton wayang..'the backup plan' aaaaaaa...seronok-seronok..lakonan 'JLo' sangat mantap lakonannya...
pusing 'sunway pyramid' memang sudah menjadi rutin bila sampai di sana...
aduh...penat juga la berjalan...
pulang dengan hati yang gembira pada jam 5 petang...
ahad pula...minggu ni, menghabiskan hari ahad dengan acara sedikit formal ^_^ menghadiri kursus "Bahasa Melayu Tinggi" sehingga tengah hari sahaja. selepas itu ke DBP untuk memborong buku....[tiada yang saya berkenan]
setelah itu jalan-jalan di wangsa walk. seperti biasa menghabiskan separuh masa di sana hanya di dalam popular book store. kemudian pulang....
hujung minggu yang sangat memenatkan...
semalam isnin....
kakak ajak shoppinggggg~~ saya tumpang sekaki....
penat setiap hari membuatkan tidur lena sepanjang malam...
saya ada tugas-tugas yang perlu diselesaikan...masih banyak...
No comments:
Post a Comment