Assalamualaikum kepada semua pelayar-pelayar blog...
kini anda berada di zon Norazlina [atau] Nora...
terima kasih kepada sesiapa yang sudi melawat, termasuk atau tersesat ke zon saya ni...
di zon ini saya sekadar ingin mencoretkan perjalanan hidup saya...
agar saya dapat melihat pencapaian saya masa kini dan masa akan datang....

bermula dengan cabaran 30 hari menulis blog...
adakah saya berjaya menyahut cabaran ini?? kita lihat bersama-sama...

lawatan sambil belajar...

:: Jom jalan-jalan di sini ::

Blog writing....

Daisypath Anniversary tickers

Friday, January 10, 2014

233 - saya sedih

Assalamualaikum...

Semoga sesiapa yang singgah sentiasa dilindungi-Nya.. Amin...

Rasanya belum sempat ucap selamat tahun baru lagikan?

Selamat tahun baru 2014 semua..semoga kita sentiasa lakukan yang terbaik dalam hidup. Amin....

Kenapa tajuk sedih?
Saya tak dapat lagi tengok jejaka kacak sedunia setiap minggu .. arghh...

Semalam episod terakhir The Inheritors.
Huh~ rindu la saya kat jejaka idaman ni..





Cerita hebat...dengan wajah yang hebat.
Jawapannya memang hebat!

Mmm.. drama korea masih dihati...
Rindula saya pada wajah yang handsome ni...  
Tapi tak apa,saya ada simpanannya... Itulah kuasa membayar bil astro yang mahal.
Boleh record,kita record.. hahaha... Rasanya tak bosan kot tengok lee min ho banyak-banyak kali.

Emosi: terganggu

Nota hati: abaikan entry emosi ni... Jangan buat dosa.. (*_^) huhuhu...

Saturday, November 23, 2013

232 - keterujaan...

Assalamualaikum...

Berblog lagi hari ni?hahaaha...
Saya sedang menunjukkan keterujaan pada sesuatu...
Berkongsi di sini dengan tujuan kenangan untuk masa hadapan...aaaaa...terujanya...

Sekarang cuti sekolah..saya pun bercuti...jadi banyak masa terluang.asyik main game je...candy crush...


YA ALLAH...semoga saya cepat dapat posting...AMIN.....

Jom2... Mulakan kerterujaan...
Macam biasa..drama korea tidak ditinggalkan sama sekali...
Aaaaaa.... Lee min ho berlakon lagi...
THE INHERITORS....

                  Aaaaaa..... Tidakkkkkk.....

Sweet momment


Kekuatan cerita - barisan pelakon yang superb!

malas nak tulis panjang2...
Semuanya tentang keterujaan melihat lee min ho..nanti berlebihan pula.

Kata kakak saya.. "ko patut cari calon suami cepat2 supaya tak gila bila setiap kali tengok lee min ho dalam tv"
Hahahaha...
Jawapan membunuh kepada persoalan...
"ada tak lelaki melayu yang kacak,tampan,bergaya dan kaya macam lee min ho?"
Hahaha...

Gila!

Nota hati: sampai bila keterujaan ni?hahaha...

231 - selamat tinggal sekolah... selamat datang cuti...

Assalamualaikum blogers...
lamanya tak menyibukkan diri dalam blog. hilang separuh kenangan.

Kekurangan masa untuk berblog.banyak betul tugasan. Sekolah..kerja2 di rumah..tempahan... Macam-macam la..

Hujung tahun tiba lagi...banyak betul tugasan akhir yg perlu guru kelas lakukan...
Segala file murid perlu dikemaskinikan...



Selamat tinggal sekolah.. semoga saya cepat dapat posting. Aminnn...

Sunday, October 13, 2013

230 masih di sini

Assalamualaikum...
Salam singgah dengan penuh keceriaan...
Dah lama tak update..
Skrg di kampung cuti raya haji 4 hari..
Kerja akhir tahun berlambak.. bawa pulang.tapi x buat pun sebab lepak dgn mak sampai lebam...
Sekarang masih status mengganti... Bila la nak bertukar jadi tetap ni..
Alhamdulillah... Allah masih memberi rezeki..walaupun sikit..
Sampai hujung tahun..lepas ni tak tahu ke mana hala tujunya...

Saturday, July 27, 2013

229 Rindu

Assalamualaikum...

Salam ceria..selamat menyinggah..
Sudah berpurnama tak membuat entry.. kesibukan melanda diri..

Kerinduan pada sekolah terubat bila saya kembali berkhidmat sementara..
Cepat sungguh masa berlalu.. cepat juga kita menjadi tua.. ^_^ hujung bulan 7 sudah tamat kontrak 3 bln..
Seperti biasa perasaan berat hati melanda kerana terpaksa meninggalkan murid2 kesayangan..

Mereka juga tak habis2 merayu agar saya jangan tinggalkan mereka...( haahaha..bajet hot la ni kan?) Tak hot mana pun..tapi,biasalah..lumrah. yang dah nak pergi mesti sedih..ada depan mata tak nak dengar kata..Dah terbiasa dengan situasi ni.. lama2 dh betah.

Semoga kesedihan saya tidak berpanjangan...maklum la..zaman teknologi,murid sekolah rendah pun ada FB.. masing2 dh sibuk minta FB cikgu.minta nombor telefon la..alamat la.. tu semua untuk menutup rasa sedih bila di tinggalkan.sedangkan hakikatnya..keesokan hari dah melupakan cikgu mereka...kerana mereka masih ada guru yang lain...

Puasa ke 18..saya masih belum pulang ke kampung untuk berbuka bersama mak. InsyaAllah..sabtu depan..dah boleh pulang ke kampung kot..

jom baca cerita lain juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...