Assalamualaikum kepada semua pelayar-pelayar blog...
kini anda berada di zon Norazlina [atau] Nora...
terima kasih kepada sesiapa yang sudi melawat, termasuk atau tersesat ke zon saya ni...
di zon ini saya sekadar ingin mencoretkan perjalanan hidup saya...
agar saya dapat melihat pencapaian saya masa kini dan masa akan datang....

bermula dengan cabaran 30 hari menulis blog...
adakah saya berjaya menyahut cabaran ini?? kita lihat bersama-sama...

lawatan sambil belajar...

:: Jom jalan-jalan di sini ::

Blog writing....

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, March 23, 2013

224 - masa ber'blog amat tipis

Salam singgah...
Semoga ceria sentiasa...

Kehidupan yang berubah membuatkan semuanya berubah...
Saya sibuk dengan tugas... sibuk dengan kerja-kerja tambahan. ^_^

Jadual berubah membuatkan saya kehilangan banyak perkara..
Cerita korea saya... [petang saya masih menonton. tapi tidaklah terlalu serius..]
Tidakkkkkkkkkkkkk....[saya kecewa rupanya..tapi tak nak fikir lebih-lebih]

cerita sekarang...

Tasty life



King of ambition



The great seer



Welcome rain to my life



That winter the wind blows



nota hati: sudah semakin kurang cerita yang saya tonton... mungkin akan pupus...
tapi the great doctor ada kembali...saya akan menonton sekali lagi yey~! lee min ho...

Friday, February 01, 2013

kehidupan 2013 berubah... ;)

Assalamualaikum...

salam singgah kepada blogger yang singgah dan tersesat di zon Norazlina [atau] Nora..
senyum pembuka hari...semoga sentiasa ceria..



kesibukan bermula sejak pembukaan 2013...
Alhamdulillah...rezeki 2013 terserlah sinarnya sejak dari hari pertama di tahun baru 2013..
jadi guru ganti...
tempahan berganda..

sementara menunggu giliran posting, saya menerima tawaran guru ganti di sebuah sekolah rendah... biarlah mencari pengalaman di sini dahulu...
penat tak terkata..

kehidupan berubah kembali...
dulu setiap hari saya rindu-rinduan anak-anak di bawah jagaan saya..
sekarang tak lagi...
bermula pagi, sampai di sekolah..pulang dari pra..saya yang menguruskannya...

letih dan seronok...
sekarang jadual hari jumaat free setelah 8.20am... ^_*
jadi boleh la berkomputer..huhuu
nanti sambung kisah2 lain pula ya?


nota hati: semoga saya sentiasa dimurahkan rezeki sehingga ke hujung tahun 2013 seperti pembukaan 2013..


Tuesday, January 01, 2013

1.1.13

salam singgah untuk semua...

perjalanan Puchong ----> KL memenuhi janji teman...

sebelum tu, cuci kereta dulu...dah tak berupa dah gayanya...
sendirian di atas highway... Rindu NPE... sudah lama tidak dilalui.. dan mungkin tidak akan dilalui..

sedaya upaya menjaga halaju di atas highway NPE..
tiba-tiba di beri high bim percuma oleh en.taxi..
terima kasih en.taxi..saya tau anda punya duit yang banyak.

selesai tugas setelah jam 8 pm..
malam yang indah... semuanya kenangan...
semestinya terindah... rindu 6 tahun yang lalu....

nota hati saya: cerita saya untuk saya...

Thursday, December 20, 2012

17 - 20.12.2012

Assalamualaikum...

seribu doa dipanjatkan kepada Illahi..
sentiasa memberikan kehidupan yang baik walaupun sentiasa diuji...
semoga kita semua ceria selalu...

ada apa dengan 20.12.2012??
mesti ramai yang suka...
tinggal lagi 2 minit...cepat2 buat entry...

mesti ramai yang pilih tarikh ni untuk cipta kenangan...
kahwin..nikah..tunang..dan lain2..

bagi kami.. 20.12.2012 suatu rahmat yang dikurniakan tanpa diminta-minta...
20.12.2007 lahir si kembar yang chommel..

20122007 - 10.47am

sekarang sudah besar.. ya Allah... sangat sayang pada mereka...

20.12.2012
semoga mereka membesar menjadi anak yang soleh..Amin..

nota hati: saya sangat sayangkan mereka....

Monday, November 26, 2012

Rezeki Allah...

Assalamualaikum....

salam singgah..
senyum pembuka hari... semoga hari-hari kita diberkati.. semoga rezeki melimpah...

ambil kau..gambar hiasan..melimpah.. ^_~


Allah memberi rezeki yang cukup kepada hambanya.

Tapi...macam mana pula dengan orang-orang yang tinggal dengan ibubapa dan makan minum ditanggung oleh ibubapa?

Allah tidak memberi rezeki yang cukup kepada mereka ke?



macam mana pula dengan anak-anak yang hidup sendiri tetapi tidak dapat memberi keperluan kepada ibubapa?

Tidak cukup ke?


nota hati: renung-renungkanlah wahai anak-anak yang ingin menghuni syurga..walau setinggi mana sekalipun kita berada..sehebat mana sekalipun pekerjaan kita, walau sekaya mana pun kita...walau semiskin mana pun kita... jangan sesekali mengabaikan ibubapa... berilah kepada mereka apa yang perlu..apa yang cukup,  [walaupun hakikatnya tidak dapat membayar segala pengorbanan mereka..sekurang-kurangnya mereka akan merasa bangga kerana membesarkan kita ]

jom baca cerita lain juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...