Assalamualaikum kepada semua pelayar-pelayar blog...
kini anda berada di zon Norazlina [atau] Nora...
terima kasih kepada sesiapa yang sudi melawat, termasuk atau tersesat ke zon saya ni...
di zon ini saya sekadar ingin mencoretkan perjalanan hidup saya...
agar saya dapat melihat pencapaian saya masa kini dan masa akan datang....

bermula dengan cabaran 30 hari menulis blog...
adakah saya berjaya menyahut cabaran ini?? kita lihat bersama-sama...

lawatan sambil belajar...

:: Jom jalan-jalan di sini ::

Blog writing....

Daisypath Anniversary tickers

Friday, April 11, 2014

238 - sambung cerita di sekolah

Assalamualikum...
salam singgah semua...

mmm..dalam banyak- banyak pengalaman mengajar.. [wah..macam banyak je kan? ]
boleh dikatakan banyak juga la..

Mac - Jun 2012 - sekolah menengah... pelajar menjadi geng saya..ceh. macam bagus je kan?
rindu nak lepak waktu rehat, lumba masuk kelas. hahahaha... sengaja menaikkan semangat mereka.

Jan - mac 2013 - sekloah rendah subjek sains tahun 4 dan 5. pendidikan seni yang sangat best. [berseni juga rupanya aku ni.. hahaha ] hasil rujukan dan cubaan. menarik!

Mei - Julai 2013 - di mana environment tersangatlah canggung. murid2 juga menjadi peneman saya. makmal tempat persembunyian [ibaratnya] tapi best!
perasaan tak sabar meninggalkan sekolah dalam masa yang sama sayangkan murid-murid. wink*

Ogos - oktober 2013 - Bahasa Melayu dalam environment yang paling best. banyak event.. sambutan.. keseronokan yang dicipta sendiri oleh cikgu-cikgu.. yang pasti potluck tak habis-habis.

feb - mac 2014 - ajar kanak-kanak riang. jadi guru pun kena la riang dan gembira. hahaha
ajar tahu 1 dan tahun 3 tidak membebankan fikiran,
ajar bahasa melayu pula tu.  banyak saya belajar. digraf, diftong, ayat transitif, ayat tak transitif. ambil kau.. semuanya saya tak tahu... tak pernah dengar pun. ke..saya lupa? hahaha
kena la buat research.. belajar.. tanya kepada guru-guru berpengalaman.. cari kat internet. buku rujukan..semua saya buat... Alhamdulillah..saya sampaikan yang termampu.

sesuatu yang diajar dengan cara tunjuk ajar. buat la gaya.. menyanyi la dengan mereka.. bergaya di hadapan mereka. melompat bersama mereka.. bergoyang bersama mereka..semua say lakukan. best? jadi ke tak? siapa yang peduli? mereka lebih bersemangat bila lihat cikgu turut melompat..

ketekunan mereka

mereka berdua anak saudara saya

berdasarkan pemerhatian, kesemua
beg murid perempuan adalah berwarna pink
Mmmm...dan yang terakhir saya suka..
dari papan kenyataan yang kosong..
saya berjaya penuhkan.
kelas tahun 3 [sebagai guru kelas]

Nota Hati: semoga Norazlina cepat dapat posting...Amin...


No comments:

jom baca cerita lain juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...