Assalamualaikum kepada semua pelayar-pelayar blog...
kini anda berada di zon Norazlina [atau] Nora...
terima kasih kepada sesiapa yang sudi melawat, termasuk atau tersesat ke zon saya ni...
di zon ini saya sekadar ingin mencoretkan perjalanan hidup saya...
agar saya dapat melihat pencapaian saya masa kini dan masa akan datang....

bermula dengan cabaran 30 hari menulis blog...
adakah saya berjaya menyahut cabaran ini?? kita lihat bersama-sama...

lawatan sambil belajar...

:: Jom jalan-jalan di sini ::

Blog writing....

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, May 04, 2010

13- bookmark [crochet]

Assalamualaikum..

wah...kesibukan saya membuat kraft tangan membuatkan saya ingin berkongsi di sini...
projek terbaru adalah membuat bookmark @ penanda buku...

pada masa-masa sekarang sesuai la.. bookmark ni dihadiahkan kepada guru-guru [sempena hari guru] yang sudah bertungkus lumus mendidik adik-adik.. ^_^

semoga ia akan menjadi hadiah yang paling guru adik-adik suka dan guru adik-adik akan gunakan setiap hari bagi membuat bookmark di buku rekod belajar [lesson plan] harian beliau... InsyaAllah...

warna kegemaran boleh di pilih..sama ada warna kegemaran adik-adik atau warna kegemaran guru... sila tinggalkan komen di sini atau di chat box untuk pertanyaan..
terima kasih...













12- banyak benda nak di buat

Assalamualaikum...

arghh...semalam tidur awal lagi...
setiap kali tidur awal...saya akan bangun dalam keadaan yang tidak gumbira.... banyak perkara yang saya tak dapat lakukan..oleh itu...kerja-kerja terbengkalai...saya kecewa..saya tensen... tidak....

semalam tiada yang penting.. hanya di rumah mengurusakan rumah dan anak-anak buah...
mungkin berpuasa membuatkan badan keletihan...penat..kekurangan air...
niat ingin berehat sebentar membuatkan saya celik mata sebelum subuh...
pagi disambut dengan kekecewaan...bagaimana ingin meneruskan hari ini jika pembukaannya sudah saya rasa tidak senang??

salam bertemu..wassalam...

Monday, May 03, 2010

11- terlalu penat..[berjalan2 di hujung minggu]

Assalamualaikum semua....

wah..saya masih dalam mod menyahut cabaran 30 hari menulis blog ya...
kalau tak ada entry 1 hari tu bermakna saya tidur awal..[kecapekan barangkali] huhuhu...

semalam... sepatutnya hari ke-11...
saya tertidur awal..bukan apa...sangat-sangat penat...

seawal pagi... kitaorang keluar breakfast di kedai... pusing-pusing dulu mencari kedai pilihan minggu ini... hahaha [macam drama pilihan minggu ini pula]
mungkin dah agak lewat untuk breakfast. masa tu jam dah merangkak ke 10.30am... makanan utk breakfast dah nak habis.. kedai pula tak best..poyo je... saya order roti bakar, telur separuh masak, dan limau ais [menu diet hujung minggu...huhuhuhu] malangnya...roti bakar tak ada... hmm..habis ke..tak tak pernah buat roti bakar..entahla... telur separuh masak pula... di order 3 set, di bagi 3biji..aduh hai... kecewa sungguh...

bergerak ke taman bukit jalil... sudah jam 12 tengah hari... lepak taman tengah hari buta?? memang tak pernah dibuat... 1st time lepak taman tengah hari [terik tu matahari semalm] sangat panas... tapi nasib la konsep taman, banyak pokok..ada la kawasan-kawasan yang teduh...
sempat juga saya naik gelngsor yang sangat tinggi...gayat-gayat..tapi best...penat melayan anak-anak buah yang sangat agrasif..teruja melihat permainan yang bermacam-macam...

Jam 1.15 pm kitaorang pun bergerak pulang...hmm... ternampak pula cendol mamak di tepi jalan...singgah sebentar menikmati cenbdol + rojak di bawah pokok dengan angin sepoi-sepoi bahasa....huhuhu best2..

bergerak lagi...[tapi belum pulang.. ;) tak habis lagi perjalanan ketika ini] konon-konon nak ke tenologi park... hmm..[anak buah punya permintaan]
tapi...tak ada apa-apa di sana [penerangan guard kawasan tu kawasan pejabat sahaja] kecewa sekali lagi...

terus bergerak pulang... ambil kereta yang di baiki [sebelum breakfast]
masih ada lagi agenda... ke carefour wangsa maju ingin membeli seluar palazzo... [pilihan aku ala-ala aladin huhuhu..cantik-cantik]
anak-anak yang dah meragam...[kepenatan barangkali] membuatkan aktiviti nak shopping terbantut... pilih-pilih dengan pantas...terus pulang...
kali ni betol-betol pulang...

sampai di rumah jam 6.30 pm...
sangat-sangat penat... book mark masih banyak yang perlu dibuat..
tersengguk-sengguk di depan laptop...membuatkan pening kepala...
tidur awal sehingga tak sempat menulis di sini semalam....

wassalam..entry ke-12 tunggu malam ni ya...
salam bertemu...

Sunday, May 02, 2010

10 - Berjalan-jalan meraikan semua subjek lulus...

Assalamualaikum....

hhhmmm.... tak tau nak mula dari mana...
seperti yang dirancang...ke wangsa maju..

memandangkan sampai di kawasan wangsa maju dah jam 10.30 pagi.. matahari pun dah semakin meninggi...merancang ke lukisan graffiti terlebih dahulu...
tidakkkkkkkkkk....saya wish semalam supaya lukisan tu tidak bertukar. ternyata instinct saya malam tadi memang kuat...lukisan tu sudah bertukar...saya sangat kecewa...sangat-sangat kecewa...
mereka dah tukarkan dengan lukisan yang baru... lukisan yg saya takut melihatnya... dengan kekecewaan yang melanda...saya tidak mahu untuk mengambil lukisan graffiti yang baru...
watak apa yang dilukis tidak tau... tak dapat di pastikan oleh saya kerana terlalu kecewa...

terus ke wangsa walk... berjalan-jalan mencuci mata...breakfast...ke carefour... nagoya time... huhuhu...kalau ke carefour wangsa maju... destinasi wajib adalah masuk ke nagoya..bukan beli kain pun..suka cuci mata dengan melihat kain-kain yang cantik..hik..hik..hik....

pusing-pusing sekitar carefour.... terus gerak untuk berbincang tentang perancangan kerja-kerja berkaitan dengan subjek sem akan datang...
banyak juga perkara yang perlu dilakukan...mesti buat..untuk kesenangan...

oppsss.. terperasan pula saya ada 7 subjek matematik..bukan 6 seperti yang digembar-gemburkan oleh diri sendiri.... arghhh.... tekanan-tekanan...macam mana nak balance kan? dah semua matematik..pasti semuanya sukar dan berat untuk dipikul..tapi saya terpaksa juga untuk memastikan saya habis belajar hujung tahun hadapan... owhh..sungguh mencabar...

petang... hujan turun mencurah-curah..aktiviti petang terpaksa dibatalkan...
pulang dengan keadaan jalan yang jem....
hujan yang lebat sehingga menghalang pandangan...
akhirnya selamat sampai di rumah jam 7.40 petang....

selamat malam semuanya.....
salam berjumpa lagi...
semoga hari yang akan datang lebih baik dari hari ini....


Saturday, May 01, 2010

9- tidur awal..

Assalamualaikum...
terima kasih kerana sudi membaca...

hari ke-9 saya tidur awal...jadi, saya tak menulis di hari ke-9.. [sekarang hari ke-10]
adakah masih tersahut cabaran menulis 30 hari?? kira saya masih menyahut la ye?? ^_^
saya akan tulis lagi satu entry malam ni untuk hari ke-10...
mungkin cerita malam ni lebih menarik...

pagi ni saya akan ke kampus... buat apa? meraikan kegumbiraan kerana lulus semua matapelajaran sem lepas... [sem II 09/2010] hmmm...kemudian..melakukan sedikit tugas-tuas khas (*_*)
hhhmmm... saya sedang bercuti dari menghadiri kelas pada masa sekarang...[gumbira]

perancangan pagi ni... breakfast..[belum tau nak makan apa]
berjalan-jalan sebentar...[niat di hati nak bergambar di lukisan graffiti di wangsamaju... fuhh..cantik betul lukisan alice in wandeland...]
kerana teruja melihatnya 2 minggu yang lalu...saya berhajat untuk ke sana hari ini...
semoga belum di tukar gambarnya:)

selepas selesai bergambar, ke kampus untuk membuat persiapan bagi beberapa matapelajaran sem akan datang [huh...macam bagus je kan??]
kitaorang dah tak sabar nak abis sem..huhuhu]
ada lagi 3sem..aduh... tak boleh tidak..mesti pantas...[langkahnya... prepare dari awal]
semoga aku boleh menghabiskan semua subject dalam masa yang aku target. masalah..masalah... [subject matematik saja lagi yang aku tinggal... mati la.. nak ambil 3 matematik satu sem.... (~_~) ]

petang beriadah sedikit..[jika tidak hujan...] semoga tak hujan..Amin....

sekian dulu.. ;)
berjumpa di lain post...
Wasslama,.....

jom baca cerita lain juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...