Assalamualaikum kepada semua pelayar-pelayar blog...
kini anda berada di zon Norazlina [atau] Nora...
terima kasih kepada sesiapa yang sudi melawat, termasuk atau tersesat ke zon saya ni...
di zon ini saya sekadar ingin mencoretkan perjalanan hidup saya...
agar saya dapat melihat pencapaian saya masa kini dan masa akan datang....

bermula dengan cabaran 30 hari menulis blog...
adakah saya berjaya menyahut cabaran ini?? kita lihat bersama-sama...

lawatan sambil belajar...

:: Jom jalan-jalan di sini ::

Blog writing....

Daisypath Anniversary tickers

Monday, May 31, 2010

37 - emergency...emergency...

Assalamualaikum....

Dugaan Allah, kita tak pernah akan dapat menjangkakannya...
27 mei 2010, ma ke klinik untuk buat checkup... biasa la...setiap bulan 2,3 kali ma akan buat checkup di klinik berdasarkan appoinment yang doktor tetapkan...
gusi ma berdarah tak berhenti...mujurlah memang nak ke klinik sebab ada appoinment,
tapi kali ni lain sikit... lepas ambil darah... darah tak berhenti-henti keluar... [di sebabkan darah ma terlalu cair] ma kata, nurse dan doktor di poliklinik gelabah gila...bila ma cakap mungkin doktor salah bagi ubat sehinggakan darah menjadi terlalu cair... terus ma di arahkan untuk di bawa ke hospital yang berada dalam jarak lebih kurang beberapa ratus meter sahaja dengan menaiki ambulan...
sampai di hospital ma di minta untuk admit hospital untuk membuat pemantauan....

susah betul hati bila dapat berita... doa di panjatkan supaya tiada yang merbahaya dan sulit...
doa supaya Allah menyembuhkan ibu tercinta dengan cepat, doa supaya Ibu di panjangkan umur, mendapat kebahagian di usia tua... doa supaya saya diberi kesempatan untuk membalas segala jasanya sepanjang hayatnya... doa supaya dia dapat menikmati kesenangan hasil titik peluhnya membesarkan saya dan seluruh keluaga kami...

28 mei 2010, keputusan untuk balik...[biar la kalau tak jadi ke kenduri opis mate teh sekalipun] ma masih di hospital, kata cik, darah bleeding sehingga bawah mata.. tak dapat saya membayangkannya. sangkaan saya bawah kelopak mata kelihatan nipis sehingga menampakkan kesan darah....

kami sampai di hospital jam 4 pm...
ma biasa... tidak kelihatan sakit...Alhamdulillah...ma masih mampu tersenyum...
sekali direnung, tak nampak apa-apa kesan darah pun bawah mata....
rupa-rupanya... dara mengelilingi separuh mata putih ma...

dengan pantas saya bertanya kepada nurse..ternyata nurse tak tahu nak explain macam mana...
[kelihatan gelabah sekali nurse tu]
doktor sampai untuk memberi keterangan terperinci supaya kami lebih faham...
apa yang berlaku pada ma, mereka tak tahu...doktor pun ta dapat nak detect...
ma di beri satu jenis ubat...[tanpa doc menerangkan apa-apa kepada kami...] kecewa dengan doktor..

jam 5 pulang...
jam 8 malam melawat ma lagi...bawak sedikit makanan...
darah hampir keliling mata ...sekali lagi nurse buat tak tau...dah admit tapi still tak amik tahu...
sekali lagi doktor datang untuk memberi keterangan...

pulang jam 11 kot...
pusing-pusing, pulang,...tidur...

bersambung....


Thursday, May 27, 2010

36- kenangan....

Assalamualaikum....

bangun setelah jam menunjukkan pukul 6.20am... sudah lewat....
mandi dengan pantas, solat, bersiap.... [kepala pening masih bersisa...]
badan menjadi tak enak... arghh.... harus menyusun jadual sebaiknya selepas ini....

tengah hari tadi sempat tidur 15 minit...puas...

selepas ni akan mencari idea baru untuk keluaran akan datang..
saya berpuas hati dengan hasil kad yang dibuat....
cop yang comel [pasti]
semoga cik Norazlina [atau] Nora dilimpahi dengan idea-idea yang comel setiap hari...Amin...

33, 34,35 - isnin selasa dan rabu yang sibuk...

Assalamualaikum...

ternyata kesibukan menghambat diri.... tapi syukur Alhamdulillah atas rezeki yang Allah kurniakan..

hari ahad, saya menyiapkan 9 sampel handmade kad,

Isnin di bawa ke sekolah...sambutan menggalakkan... Amin...
bermula la kesibukan yang teramat kerana tempahan mesti siap sebelum hari khamis...
100 lebih tempahan dalam masa 2hari??? argh.... tak cukup tidur....
tak tau nak mula macam mana... [lambat la jadinya]
malam keluar untuk membeli kertas... penat semestinya...huh..kerja-kerja tak dapat dijalankan dengan pantas... ketiduran sebelum kad siap...

Selasa...masih sibuk dengan kad yang berlambak-lambak.... kad belum siap...
hanya beberapa puluh saja yang siap... tak boleh la bawa lagi...
malam berusaha segiginya untuk membuat sepantas maksimum..
masih sangat bertungkus lumus....[saya tidak tidur sepanjang malam...sungguh~! tak tipu]
setelah jam 5.30am [hari rabu dah?], kad saya masih belum siap...saya perlukan sedikit rehat untuk drive ke shah alam... tidakkkk.... 5.30 am saya mandi..seusai mandi...beru berniat nak tidur, azan berkumandang... wah..dah pagi... waktu orang bangun untuk bekerja...saya? baru mahu tidur??
pengorbanan...pengorbanan.... orang kata bersusah-susah dahulu..bersenang-senang kemudaian.. Alhamdulillah atas rezeki yang Allah kurniakan..[semuanya perlu usaha...]

lepas subuh, saya kembali ke katil... 6.30 am dah bangun... mak ai...bepinar-pinar mata...
tapi saya harus gagah..huhuhu... mengingatkan tentang perngorbanan yang perlu dibayar..untuk kesenangan di masa hadapan....

jam 12.30pm, kad masih belum siap... ada beberapa final touching yang perlu di siapkan...[menulis, membungkus]

jam 1.50pm, semua tempahan berjaya di siapkan....
hasilnya?? Alhamdulillah... walaupun masih ada yang bersisa....

Rabu malam... saya tidur selepas Isyak... tidak sedarkan diri... [teruk sungguh keadaannya..]

till next entry... wassalam...

Monday, May 24, 2010

32 - ahad di rumah...

Assalamualaikum....

ahad.... [saya di rumah sahaja??] pening-pening...
perancangan nak keluar dengan kawan tak jadi angkara kami tak reconfirm kan semula... hahaha...
kecewa...kecewa... saya hanya di rumah...

apa aktiviti yang patut di isi jika di rumah?? pagi seperti biasa... melakukan beberapa tugas khas [sebab tu saya memilih untuk bercuti di luar rumah..sekuaran-kurangnya..saya tak perlu buat tugas-tugas khas tu... [bukan apa..supaya mereka lebih menghargai saya] ^_^

beberapa design kad telah siap pada hari ahad... Alhamdulillah...
saya senang...dengan kraf terbaru saya... semoga Allah membuka pintu rezeki untuk saya selebar-lebarnya...Amin,.....

bertemu lagi ye??

31 - 30 hari menulis blog...

Assalamualaikum...
entry 22 mei. sebab 22 mei, saya menulis entry 21 mei.. huhuhu.. sungguh complicated...

wah...saya berjaya..'30 hari menulis blog'...
maaf, lambat tu bermakna saya tidur awal :)

hmm...22 mei 2010, sepanjang hari saya berada di luar...
menghirup udara luar setelah lima hari berada di rumah...
melakukan aktiviti sendiri tanpa melakukan aktiviti orang lain..
meluangkan masa untuk diri sendiri walaupun kepenatan... tapi sekurang-kurangnya saya dapat melegakan fikiran...

pulang petang, dan kepenatan... tidur dengan lena...

ahad, ada perangcangan.... tapi belum tahu kepastiannya...

jumpa lagi...

jom baca cerita lain juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...