Assalamualaikum kepada semua pelayar-pelayar blog...
kini anda berada di zon Norazlina [atau] Nora...
terima kasih kepada sesiapa yang sudi melawat, termasuk atau tersesat ke zon saya ni...
di zon ini saya sekadar ingin mencoretkan perjalanan hidup saya...
agar saya dapat melihat pencapaian saya masa kini dan masa akan datang....

bermula dengan cabaran 30 hari menulis blog...
adakah saya berjaya menyahut cabaran ini?? kita lihat bersama-sama...

lawatan sambil belajar...

:: Jom jalan-jalan di sini ::

Blog writing....

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, February 15, 2011

139 - salam maulidur Rasul..

Assalamualaikum....

semoga kita semua sentiasa dilindungi dan diberkati-Nya... Amin....
salam Maulidur Rasul kepada blooger yang singgah di sini...

en.maxis yang send kat saya

pasti ramai yang bercuti hari ni... seperti di rumah saya... kelihatan sunyi kembali di luar...
subuh tadi kelihatan bising dengan deringan jam loceng masing-masing... ada bunyi kokokan ayam [jam KFC milik anak buah], ada lagu-lagu dari HP masing-masing..[kakak dan abang ipar], lagu rancak [milik saya] supaya bila dengar alarm, terus bangun. bukan terbuai dengan bunyi-bunyi yang merdu... hehehe tapi hari ni saya bangun lebih awal dari alarm saya. [4.30am]

sekarang sunyi. semua mengambil kesempatan tidur lebih pada hari cuti....tidur kembali mereka semua...
kakak kata ada perarakan sempena maulidur Rasul di masjid berhampiran sekolah. sudah keluar agaknya kakak..

mw: semoga kita semua dapat menmanfaatkan cuti kita...

Saturday, February 12, 2011

138 - sambungan cerita saya... ^_^

Assalamualaikum....

salam keberkatan kepada sesiapa yang singgah [atau] tersesat di Zon Norazlina [atau] Nora...
semoga kita semua sentiasa diberkati-Nya...Amin...

jam 2.27am... saya belum tidur...latihan matematik belum siap...[hari ni baru nak buat~..esok sudah kelas...apa nak jadilah dengan saya ni....]

sebelum menyambung cerita kepada yang lebih panjang....saya memohon keampunan kalau-kalau ada yang akan terasa membuang masa sahaja berada di sini...[saya tidak memaksa anda berada di sini...silakan pangkah page ini kerana tiada info berguna pada entry kali ini...] di sini hanya ada kisah-kisah luahan perasaan... [maaf sekali lagi...]

mw pada entry lepas tidak berjaya....saya tertidur selepas Isyak...[ini sudah menjadi rutin saya sejak tahun lepas.] entah kenapa mata tidak dapat menahan kantuk pada awal malam...[kecewa pada diri sendiri].

saya terjaga pada jam 12.20am...
sebab? kakak panggil kerana anak permpuannya menangis-nangis tidak mahu tidur...
masuk bilik saya pasti senyap ^_^ [cewah~ macam best je kelihatannya bilik saya...] kebetulan bilik saya kelihatan pinky everywhere, maka senyaplah dia...[tiada kaitan pun sebenarnya..]
ambil kembali anaknya jam 1am...

terasa mata sedikit segar...
saya membaca novel.... buah tangan dari penulis Hani fazuha...[cerita ini akan ada pada entry lain]
tengok kulit dulu ya?
luv her novels
sambung cerita...
maka...[tiba-tiba maka kan?] saya tidak update entry sebab fikiran bercelaru...jiwa kacau, hati tak tenang...
sepanjang hari saya berdoa...
"wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai" Amin...

alkisahnya berpunca dari mahu study mathematic tapi tak juga mula untuk study...[sekali lagi kecewa dengan diri sendiri]
mencari mood yang entah ke mana menghilang...
akhirnya membuahkan tekanan yang maha hebat....
saya betul-betul rasa penattttttttt....sangattttttttttt..... tak tertanggung rasanya...penat bukan sebab banyak kerja. penat memikirkan bila nak habis study... saya penat nak fikir assignment, test, quiz, exam...past..fail.... penat~ penat~...
rasanya seperti mahu menjalani hidup tanpa fikir semua tu... saya mahu menjalani hidup dengan melalui sahaja hari-hari yang mendatang....
astaghfirullahalazim....[saya seperti tidak bersyukur atas takdir-Nya] sungguh~! saya hanya rasa tertekan... itu sahaja yang terlintas di kepala pada saat itu....
saya menangis semahu-mahunya.... sampaikan sembab mata di luar dari kebiasaannya....

masih belum berkurangan tekanan di benak.....
termenung sepanjang minggu...[itu yang saya rasakan...]

 owh~ apa yang sudah saya lakukan di sini?
saya sudah mahu berhenti di sini....
lupa akan kewujudan kakak saya di sini....[nanti dia akan perlekehkan saya yang dalam tekanan]
ada sesiapa tahu bagaimana kita mahu menghalang orang lain dari melihat blog kita? saya betul-betul tidak mahu kakak saya ada di sini....

mw: saya tidak lagi tercari-cari sesorang teman...
mw: saya tidak lagi merindui dia...
mw: saya akan baik-baik sahaja selepas ini..
mw: semoga pembaca-pembaca semua tidak menyumpah @ mengutuk entry ini...susungguhnya...dosa sesama manusia di bawa sehingga ke akhirat....[maka, ampunkalah dosa-dosa saya....semoga kita sama-sama masuk syurga..Amin....]

Tuesday, February 08, 2011

137 - cerita saya

Assalamualaikum....

semoga yang singgah baik-baik sentiasa. Amin...

hrumm... baru saja nak blogwalking, nama sudah dilaung-laung dari luar pintu..
macam mana nak tenteram macam ni...
baru saja nak mencari mood nak menelaah buku... sudah diganggu gugat...
[mencari mood? mencari mood atau berblog cik Norazlina oi~]
sungguh! mencari mood...tapi nak up sini dulu...

kenapa saya tidak update setiap hari?
kakak saya sudah tahu kewujudan blog ini...[saya tidak suka!!! sangat tidak suka!!!]
macam mana dia tahu? dia menggunakan laptop saya untuk berblog juga.. time-time nak follow, nak shoutmit semuanya keluar nama saya... jadi kantoi di situ...
kenapa dia sibuk-sibuk nak saya tahu yang dia sudah tahu? adoi~~

malam tadi tengok cerita gemilang...tapi sudah separuh jalan baru tengok..[kecewa di situ]
sekarang layan TV sorang-sorang...yang lain layan Internet [main game, berblog, berFB]... tiada tempat untuk saya share rasa bila menonton...[kecewa!]

mw: saya boleh menyambung cerita saya malam nanti...

Tuesday, February 01, 2011

136 - tenang je...

Assalamualaikum....

semoga semua bloger yang singgah di sini sihat-sihat dan dilindungiNya selalu....
saya sudah selamat tiba di kampung jam 8pm malam tadi...
jauh betul perjalanan kali ni...


nak keluar puchong saja dari jam 10am keluar rumah, jam 2.30pm baru selesai semua urusan...
ke UPM, ke kaunter serahan pos, ke bank,breakfast McD hanya di dalam kereta...


hari ni rasa nyaman...
saya rasa..kita juga berkongsi matahari yang sama hari ni... betul tak? betul-betul panas terik kat luar...
rasa cergas sikit hari ni...


kalau tak, dengan cuaca yang lembab, lemau semua orang...


dan...yang lebih penting, berguna juga maxis Broadband ni kali ni...
line boleh tahan la... selagi masih mampu menggerakkan internet ni...
tiada gangguan oleh anak-anak sebab mereka asyik dengan PS2 mereka... [nasib bawa PS2 balik kampung]


malam tadi..walaupun penat sempat layan GEMILANG
semalam tak sedih sangat... tapi garapan Khabir Bakhtia mesti lain...


ok lah lepas ni nak keluar jalan2 ke bandar...
bandar mana tak tahu lagi...


jom register streamyx wireless....
hehehehe.....


nak tukar p/s kepada MW [my wish]
MW: streamyx wireless supaya lepas ni bila pulang ke kampung, semua orang boleh online... hahaha...
bayar saja pada saya... hihihih...[ bisness dengan family sendiri la cm ni... bagus tak?]
MW: panas akan berpanjangan sepanjang saya di sini...
MW: semua blogger yang singgah sihat dan bahagia....

Monday, January 31, 2011

135 - pulang kampung.....

Assalamualaikum....

semoga korang semua baik-baik sentiasa...
cuaca hujan sepanjang hari...saya pasti, kita semua berkongsi hujan yang sama sejak subuh semalam...
saya meredah hujan ke kampus...
parking penuh...saya menapak dalam hujan dari luar pagar belakang kampus UTM semarak ke library yang terletak di hadapan....[tapi saya berpayung chomel la...] hehehe gambarnya nanti saya up ok?
hari ni tak sempat....sebab.....

cik Norazlina [atau] Nora mahu pulang ke kampung....

orang lain di luar sibuk-sibuk berkemas...saya sibuk-sibuk buat entry. hahahaha...
kepada yang pulang ke kampung atau ke mana-mana sahaja...berhati-hati di jalan raya...

jumpa lagi kawan-kawan....
p/s: jaga diri... hiasi pribadi....jangan lupa tengok cerita gemilang TV3 9malam ni ye?? ^_^

jom baca cerita lain juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...