Assalamualaikum kepada semua pelayar-pelayar blog...
kini anda berada di zon Norazlina [atau] Nora...
terima kasih kepada sesiapa yang sudi melawat, termasuk atau tersesat ke zon saya ni...
di zon ini saya sekadar ingin mencoretkan perjalanan hidup saya...
agar saya dapat melihat pencapaian saya masa kini dan masa akan datang....

bermula dengan cabaran 30 hari menulis blog...
adakah saya berjaya menyahut cabaran ini?? kita lihat bersama-sama...

lawatan sambil belajar...

:: Jom jalan-jalan di sini ::

Blog writing....

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, December 20, 2012

17 - 20.12.2012

Assalamualaikum...

seribu doa dipanjatkan kepada Illahi..
sentiasa memberikan kehidupan yang baik walaupun sentiasa diuji...
semoga kita semua ceria selalu...

ada apa dengan 20.12.2012??
mesti ramai yang suka...
tinggal lagi 2 minit...cepat2 buat entry...

mesti ramai yang pilih tarikh ni untuk cipta kenangan...
kahwin..nikah..tunang..dan lain2..

bagi kami.. 20.12.2012 suatu rahmat yang dikurniakan tanpa diminta-minta...
20.12.2007 lahir si kembar yang chommel..

20122007 - 10.47am

sekarang sudah besar.. ya Allah... sangat sayang pada mereka...

20.12.2012
semoga mereka membesar menjadi anak yang soleh..Amin..

nota hati: saya sangat sayangkan mereka....

Monday, November 26, 2012

Rezeki Allah...

Assalamualaikum....

salam singgah..
senyum pembuka hari... semoga hari-hari kita diberkati.. semoga rezeki melimpah...

ambil kau..gambar hiasan..melimpah.. ^_~


Allah memberi rezeki yang cukup kepada hambanya.

Tapi...macam mana pula dengan orang-orang yang tinggal dengan ibubapa dan makan minum ditanggung oleh ibubapa?

Allah tidak memberi rezeki yang cukup kepada mereka ke?



macam mana pula dengan anak-anak yang hidup sendiri tetapi tidak dapat memberi keperluan kepada ibubapa?

Tidak cukup ke?


nota hati: renung-renungkanlah wahai anak-anak yang ingin menghuni syurga..walau setinggi mana sekalipun kita berada..sehebat mana sekalipun pekerjaan kita, walau sekaya mana pun kita...walau semiskin mana pun kita... jangan sesekali mengabaikan ibubapa... berilah kepada mereka apa yang perlu..apa yang cukup,  [walaupun hakikatnya tidak dapat membayar segala pengorbanan mereka..sekurang-kurangnya mereka akan merasa bangga kerana membesarkan kita ]

Sunday, November 25, 2012

Menangis sepanjang malam...

Assalamualikum...

senyum penutup hari...
belum nak tidur lagi...
semoga hari ini penuh dengan keberkatan...

mengenangkan nasib si putih dan si belang, membuatkan air mata mahu menitis sepanjang malam..
walaupun diseka, tetap juga mengalir..

Apakah kesudahan nasib mereka?
tidakkah baik-baik sahaja sehingga akhirnya?
tiada jalan lainkah?

luluh rasa hati... kecewa dengan keadaan sekeliling.

Anda yang jaga ke?
anda yang bagi makan ke?
anda yang cuci dan mandikan ke?
anda yang mengeluarkan perbelanjaan ke?

tidak, tidak,  tidak....

semuanya tidak...

nota hati: saya sayangkannya kerana sudah lama saya membela mereka...
sudah banyak yang saya belanjakan untuk mereka..
sudah beberapa kali saya membawanya ke veterinar..


korea time~!

Assalamualaikum...

Bergembiralah untuk diri sendiri...
senyum untuk mengubat hati...

menurut sumber yang saya pernah dengar, orang korea mendidik rakyatnya berkenaan dengan tatatertib melalui drama...




tak hairan la jika ramai yang meminati drama korea nowadays
saya pun turut terjebak... hehehe...



jalan cerita ringkas.
kezaliman/ keganasan/ kekerasan/ kekasaran berpada-pada. [kira logik dengan realiti la..]
kelihatan penuh kesopanan. cara bertutur [ terdidik rasanya ]
menarik,
suasana best~ [sebab tiada di Malaysia kot~ ]
pelakon cantik dan kacak [wink*]

untuk menghilangkan tekanan, korea membantu.
jika tidak..... tiada yang menarik yang dilalui setiap hari ^_~

















tak larat nak letak dah... banyak sangat...  ^_~

nota hati : saya hanya menonton korea... hahaha selebihnya di hadapan laptop.

Friday, November 16, 2012

14 - sedetik

Assalamualaikum....

senyummmm... ^____^
semoga kita semua sentiasa bergembira...

untuk sesetengah perkara,
masa berlalu dengan pantas.

untuk sesetengah perkara yang lain pula,
masa berlalu terlalu lambat...


nota hati: semoga saya dapat kerja dengan cepat..Amin...




jom baca cerita lain juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...