Assalamualaikum kepada semua pelayar-pelayar blog...
kini anda berada di zon Norazlina [atau] Nora...
terima kasih kepada sesiapa yang sudi melawat, termasuk atau tersesat ke zon saya ni...
di zon ini saya sekadar ingin mencoretkan perjalanan hidup saya...
agar saya dapat melihat pencapaian saya masa kini dan masa akan datang....

bermula dengan cabaran 30 hari menulis blog...
adakah saya berjaya menyahut cabaran ini?? kita lihat bersama-sama...

lawatan sambil belajar...

:: Jom jalan-jalan di sini ::

Blog writing....

Daisypath Anniversary tickers

Friday, April 22, 2011

181 - Syukur

Assalamualaikum...

semoga yang singgah di zon Norazlina [atau] Nora sentiasa sihat dan dilindungi Allah..Amin...



Alhamdulillah dengan limpah dan kurnianya, saya masih di beri kesempatan untuk meminjam nikmat hidup di dunia ini pada usia genap 27 tahun..Alhamdulillah Ya Allah...



semoga Allah sentiasa memberikan Nur-Nya kepada Norazlina [atau] Nora
semoga Allah sentiasa memberkati Norazlina [atau] Nora
semoga Allah sentiasa melindungi Norazlina [atau] Nora
semoga Allah sentiasa melimpahkan rezeki-Nya kepada Norazlina [atau] Nora
semoga Allah sentiasa memberi keizinan untuk memenuhi impian Norazlina [atau] Nora
Amin..Amin..Amin...Ya Rabalalamin...



nota hati: tiada hadiah yang terindah melainkan doa-doa dari orang tersayang..Amin...

sudah lama tak berjumpa kawan-kawan.. ^_^
nota hati2 : genap setahun saya menulis blog ini...

Thursday, April 21, 2011

180 - gemilang...

Assalamualaikum...

semoga anda dilindung dan diberkatiNya. Amin...



sudah berakhir sebuah kisah kehidupan...
GEMILANG~
cerita ni betul-betul cerita tentang gemilang. tiada lencongan.




GEMILANG: IMPIAN YANG KINI MENJADI SATU HARAPAN

[repeat tengok di 'tonton' hehehe..lewat setengah jam pertama. terlupa pula ada cerita kegemaran. layan kakak shopping barang dapur.]
komen saya untuk bab terakhir:
sedih dengan pertemuan Lah dan adiknya, siddiq. pertemuan dengan cara yang tidak disangkakan. sedih~
sedih masa ambil result. sebab sudah tahu episod terakhir.huhu... bermakna cerita ni dah nak tamat. tiada lagi cerita kegemaran.
suka tengok abah Lah. sweet.
tak suka tengok Ruhana.
suka tengok Lah dengan Asmah

ending tak berapa best la...
mungkin sebab cerita ni pendek. kalau panjang sikit lagi seronok agaknya. melihat sedikit perkembangan institut gemilang dari 1976 sehingga ke tahun 2011...

mungkin Tuan Khabir bakhtia beranggapan ending di situ smart. cerita beliaukan sentiasa seperti itu.
memaparkan bahawa, selepas 3 bulan tamat batch pertama pada tahun 1976, ada ibu bapa yang menghubungi untuk menghantar anak-anak mereka ke institut gemilang...bermakna institut gemilang terus mendapat sambutan.

tapi kalau ditanyangkan kepada kitakan lagi menarik.. [sekadar berpendapat]

jom layan koleksi gambar... hehehe







nota hati: semoga cerita pengganti mendapat tempat di hati saya,,InsyaAllah...

Monday, April 18, 2011

179 - April

Assalamualaikum...

semoga yang singgah di sini sentiasa dilindungiNya..Amin...
baru saya perasan... sekarang sudah pertengahan bulan April...
Subahanallah...
selalunya..saya nantikan April..

tapi atas desakan kesibukan tesis dan latihan-latihan matematik yang berlambak-lambak...
saya telah melupakan April...
bukan tidak perasan... [setiap hari melihat kalendar], cuma tak sempat berfikir..
tiada ruang untuk memikirkannya...

nota hati: saya tidak dapat meraikan April dengan bahagianya sebab exam bermula pada 29 April 2011.. paper terakhir 5 mei 2011..
7 mei 2011 - presentation tesis di JB [jalan-jalan ke JB]
malam ni layan Gemilang ^_^

** siapa tahu..kenapa SingingBox.com tak berfungsi? 



178 - minggu lepas

Assalamualaikum..

bukan tamak entry tapi sekadar berkongsi kisah...
tiba-tiba hujan turun membasahi bumi Puchong ^_^
di temani haruman rose buds dan suhu 24 darjah celcius.

minggu lepas yang saya buat entry padat sabtu dan ahad ke library..
kakak sekeluarga sudah pulang ke kampung awal.
tinggal saya dan kakak atas saya di rumah...
sabtu pagi jam 8.30am saya keluar rumah..
pertengahan jalan...saya hampir mengalami kemalangan...[nauzubillah...] minta di jauhkan..Amin...
semasa menuruni flyover tiba-tiba kereta saya hilang kawalan...[melelong-lelong ke kiri dan kanan...]
Alhamdulillah saya dapat mengawal steering saya membayangkan kemalangan ketika itu... ngeri..
sekali lagi nasib saya baik. kereta di belakang berada di jarak yang agak jauh.
saya dapat kawal kereta yang melelong supaya tidak masuk ke lorong sebelah...
[sungguh] tak pernah terjadi macam tu.. ketar seluruh badan..
saya turun periksa tyre semuanya ok.
saya tak tahu di mana silapnya...mungkin saya berangan..mungkin juga saya terlebih melayan lap..
Alhamdulillah..Allah masih melindungi saya..Amin...

library time lunch
pg mendung
petang
keluar pepagi..
[orang lain masih tidur]

sunyi dua hari tanpa anak-anak...
balik hari Selasa..
hari rabu, semua anak-anak di jangkiti demam campak.








nota hati: Anda semua
 

177 - Gemilang

Assalamualaikum...

saya lewat komen gemilang episod 12 minggu lepas...

Al-kisahnya, isnin dan selasa pulang ke kampung. saya sampai jam 7.30pm.
tiba-tiba internet ada masalah. sayalah orang yang bertanggungjawab menyelesaikannya...[macamlah saya terer sangat] saya call TM [operator yang jawab panggilan tak dapat atasi masalah yang saya hadapi. saya di talian selama satu jam. masalah tak selesai.

semua orang melahirkan kemarahan kepada saya.
kenapa saya? saya tidak bersalah..
sediakan perkhidmatan, tapi tak boleh guna..
hari-hari rosak.. bla..bla..bla...
adoi... kenapa mereka tak faham.. capaian internet masih terbatas...

impak dari masalah di atas. saya tak dapat tengok drama Gemilang...
sepertimana yang saya nyatakan. saya tak dapat menyembunyikan kemarahan saya..
semua orang marahkan saya..mereka tahu tak yang saya sangat marahkan TM?

pulang ke sini..saya cari di internet cerita gemilang episod 12..
saya berjaya menonton sampai habis..
saya gembira...

macam biasa..
Ruhana : jahatnya kamu...
Umar: lembab... tu pun tak nampak ^_^  [sekadar beremosi]
Asma: kasihan
Lah: pertemuan yang mendukacitakan...

nota hati: cerita ni dah nak habis... (T_T)
tak sabar nak tunggu movie Nur Kasih bulan mei ni...bolehlah saya jadikan aktiviti release tension nanti ^_^
tadi tengok video klip lagu Nur Kasih [yasin dan Tizz] cantiknya sawah...

jom baca cerita lain juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...