Assalamualaikum kepada semua pelayar-pelayar blog...
kini anda berada di zon Norazlina [atau] Nora...
terima kasih kepada sesiapa yang sudi melawat, termasuk atau tersesat ke zon saya ni...
di zon ini saya sekadar ingin mencoretkan perjalanan hidup saya...
agar saya dapat melihat pencapaian saya masa kini dan masa akan datang....

bermula dengan cabaran 30 hari menulis blog...
adakah saya berjaya menyahut cabaran ini?? kita lihat bersama-sama...

lawatan sambil belajar...

:: Jom jalan-jalan di sini ::

Blog writing....

Daisypath Anniversary tickers

Monday, September 06, 2010

81 - 6 dalam 1

salam ramadhan yang ke-27...
sudah di ambang raya... tak sabar nak pulang ke kampung..[tak sabar tunggu esok..semua barang-barang sudah siap di packing]

sudah lama tidak berada di sini... hanya singgah beberapa ketika untuk membalas teguran kawan-kawan...[maaf jika tak tertegur...kesibukan melanda diri]

saya mahu titipkan cerita-cerita ini di sini...[pasti suatu hari nanti saya sudah tidak ingat akan cerita-cerita ini..pasti juga satu hari nanti saya dapan mengimbau kembali.InsyaAllah...]

tapi..saya tak dapat nak upload pic sebab handpone saya rosak...en.slide..kenapa rosak time nak raya? mana ada duit nak baiki...tokey kedai talifon cakap ribbon rosak..boleh tak kalau saya ikat je dengan ribbon kain? hwa..hwa..nangis...nangis.. (T_T)

Jumaat
situasi 1 - si kembar [kisah mereka lagi...]
selepas makan tengah hari...berebut-rebut buka peti sejuk untuk mengambil air vitagen. tapi...saya offer susu.... ^_^
saya: siapa nak susuuuuu???
adik: nak susu...
saya: abang nak susu juga?
abang: tak nak..
saya: betul abang tak nak susu?
abang: ha...
adik: abang tak nak... tak yah buat..
saya: jangan dengki...
abang: nk susu....[selepas mendengar adik cakap tak yah]

mereka selalu macam ni... tindakan mereka di luar kawalan...[tak terfikir pun mereka akan bertindak seperti itu...]

situasi 2- shopping
bukan saya yang shopping tapi kakak-kakak... saya hanya mengekor sahaja...
melayan kerenah si kembar dalam keramaian manusia....[macam-macam helah yang saya gunakan supaya mereka tidak bosan. walaupun bosan juga sebenarnya...huhuhu] 

saya mahu beli sweater baru [tiada kaitan dengan raya.hihihi].sweater saya hilang. entah ke mana. kebekuan di dalam kelas. tapi kakak buat tak tahu. [mentang-mentang la saya tidak punya duit..] sudahnya saya tidak membeli apa-apa [majuk]. malas mahu melayan mereka-mereka yang shopping tak ingat-ingat.
akhirnya saya di beli satu baju...[cantik] ^_^
tapi saya mahu sweater... (T_T)

sabtu
situasi 1 - langsir lagi 21% belum siap
tidak sabar pulang ke kampung...tapi langsir belum siap... Adoi~~
cepat-cepat supaya siap hari sabtu...
sepanjang hari duduk rumah jahit langisr... tidak ke mana-mana
sehingga ke tengah malam...tidur jam 3am...wah... [betul-betul siap] :)

situasi 2 - bazar dah tak ada org.. 
kelihatan tenang di tapak bazar. tiada yang bersesak-sesak..tiada jem di jalan...tidak perlu berebut-rebut [walaupun saya hanya menunggu di dalam kereta sahaja sejak pertama ramadhan... tidak pernah lagi sengaja mahu berjalan-jalan di bazar] 
situasi tenang mungkin kerana ramai yang sudah pulang ke kampung.


ahad
situasi 1 -sesat
konon-konon mahu shopping. kena pula ambil cheque di KL. [atas arahan kakak] sesat 3 jam..adoi~ tukang bagi instruction tah apa-apa... suruh cari roundabout. cari punya cari sudah banyak roundabout yang kita orang jumpa dan masuk. tak juga jumpa tempatnya. akhirnya jumpa juga tempat selepas 3 jam sesat.rupa-rupanya kita orang dah lalu 5 kali kat tempat tu...pusing habis satu KL... entah jalan mana-mana kita orang lalu... semua jalan saya tak pernah lalu... huh~ [bukan saja berpeluh...banjir sebab kereta tak ada aircond] kecewa~!
situasi 2 - [hari hon sedunia]
nak di jadikan cerita saya namakan semalam hari hon sedunia..semua orang nak bunyikan hon di merata-rata tempat.. termasuk saya di hon sebanyak 3 kali.[saya terasa susah jika memandu tingkap di buka.[aircond rosak] bunyi bising di luar sangat annoying] saya di hon bukan salah saya okey~ mereka yang tak pandai membaca signal 

situasi 3 - signal
[lain kali..pemandu-pemandu di luar sana] jika orang bagi signal sila ambil tahu...jangan pandai bunyikan hon sahaja. 
buat pengetahuan semua..kereta saya mempunyai pakej signal okey
dalam kesesakan lalu lintas... mereka-mereka yang tak pandai-pandai menggunakan pakej signal [atau kenderaan mereka memang tidak dibekalkan dengan signal] sangat mengganggu dan menyusahkan orang lain. hah~ masa ni la semua orang mahu menggunakan pakej hon..Adoi~ annoying 

situasi 4 - shopping.....
masa untuk shopping tiba...[tetap bukan saya yang shopping] kakak yang shopping...saya tumpanh je. kasut belum beli katanya...singgah di cik.Voir :) ma pula mintak kasut..singgah di CR2 [kakak belanja ^_* bagus betol orang-orang yang dapat bonus ni..boleh beli kasut untuk mak] bila giliran saya untuk berkhidmat seperti itu?? 

sikap1
saya tidak suka melihat ibu-ibu, mama-mama, mommy-mommy yang sedang bershopping sehingga hampir lupa diri bahawa mereka punya anak..mereka mengheret anak sejak dari keluar rumah tadi...asyik bershopping anak di tinggalkan. anak di luar jagaan. mereka tinggal anak tanpa sedar. adoi~ kedengaran cik.receptionist memanggil-manggil ibu yang kehilangan anak...
sikap2
ada juga yang berjalan dengan harapan anak berusia 7 tahun ke bawah mengekor mereka seadanya.. bayangkan dalam kesesakan manusia-manusia yang sedang bershopping raya [yang tak raya pun tumpang shopping] anak-anak kecil yang mengekor terlepas dari pautan baju ibu. macam mana? atau ada tangan-tangan jahat yang menarik anak-anak mereka dan di bawa lari? adoi~ tak dapat dibayangkan kalau terjadi pada diri sendiri.[minta di jauhkan..] maka, langkah berhati-hati selalu mengiringi perjalanan..
sama-samalah kita beringat sebelum kena....

situasi 5 - berbuka dengan sahabat...
sudah lama tak jumpa kawan baik saya..semalam akhirnya rancangan berbuka bersama tercapai juga sebelum saya pulang ke kampung...[beliau belanja]
tamat.... ^_^


sepanjang ramadhan..rasa masa tak cukup-cukup. penat menghambat diri...
semoga segala perbutan dan amalan saya di redhai dan di rahmati Allah...Amin...

p/s : saya hanya mencoret.. saya tidak mahu menyusahkan telinga sesiapa...saya tidak mahu membebankan sesiapa. saya tak minta anda baca... jika tak suka..maafkan saya...

1 comment:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.

jom baca cerita lain juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...