Assalamualaikum kepada semua pelayar-pelayar blog...
kini anda berada di zon Norazlina [atau] Nora...
terima kasih kepada sesiapa yang sudi melawat, termasuk atau tersesat ke zon saya ni...
di zon ini saya sekadar ingin mencoretkan perjalanan hidup saya...
agar saya dapat melihat pencapaian saya masa kini dan masa akan datang....

bermula dengan cabaran 30 hari menulis blog...
adakah saya berjaya menyahut cabaran ini?? kita lihat bersama-sama...

lawatan sambil belajar...

:: Jom jalan-jalan di sini ::

Blog writing....

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, May 21, 2011

183 - terasa lega selepas sebiji batu jatuh dari kepala

Assalamualaikum

semoga masih ada yang singgah di sini. saya doakan semua sihat dan dilindungiNya..Amin...
demam melanda diri ketika ini...


MERDEKA!!!!!
kali ni betul-betul merdeka...
semalam 20 Mei 2011 [tesis selamat di hantar ke pejabat pos] Amin..semoga semuanya selamat tiba ke tangan yang berkenaan...

kemerdekaan kali ni ibarat sebiji batu yang maha besar jatuh dari kepala...huh~ lega....

saya menghilang dalam tempoh yang lama kerana kecelaruan dan keserabutan dengan tugasan yang banyak.
persediaan peperiksaan, presentation, pembetulan tesis. akhirnya...semuanya selesai...
gambar yang berkenaan nanti saya akan upload di sini...[semuanya di laptop kakak]

semalam juga kedua-dua result sudah keluar. punyalah lama tempoh nak memperbaiki laporan tesis sampaikan result exam pun sudah keluar.
Alhamdulillah...semuanya lulus... tapi result  yang tak sebaik mana pun...yang penting lulus..Amin...

semester pendek mula 5 June 2011 [masih ada masa untuk bercuti (^_*) ]
semester akan datang 2 subjek matematik
semerter lagi satu latihan mengajar dan satu subjek matematik...
habis... tak sabar menunggu masa yang akan tiba....
semoga segalanya dipermudahkan..Amin....

nota hati: saya sedang bercuti...bergumbira...~!!! horey~!!!!
saya dijangkiti demam seminggu yang lalu...on off on off saya lawan. dah tak larat, saya makan ubat. baik sikit, saya tak makan ubat... sehingga hari ni..agaknya saya diberi waktu untuk merehatkan diri dan minda sebenr-benarnya... kalau demam..tak perlu buat apa-apa kerja [wink*]

No comments:

jom baca cerita lain juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...