Assalamualaikum kepada semua pelayar-pelayar blog...
kini anda berada di zon Norazlina [atau] Nora...
terima kasih kepada sesiapa yang sudi melawat, termasuk atau tersesat ke zon saya ni...
di zon ini saya sekadar ingin mencoretkan perjalanan hidup saya...
agar saya dapat melihat pencapaian saya masa kini dan masa akan datang....

bermula dengan cabaran 30 hari menulis blog...
adakah saya berjaya menyahut cabaran ini?? kita lihat bersama-sama...

lawatan sambil belajar...

:: Jom jalan-jalan di sini ::

Blog writing....

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, November 11, 2012

12 - kakak vs kakak ipar

Assalamualaikum....
semoga kita semua sentiasa dilindungi Allah..Amin...

sunday blues....

pagi-pagi lagi saya sudah berada di hadapan laptop baru kesayangan saya ni... hik hik hik... [bukan riak ye? saja nak mention di sini ] ^_*

sunyi je keadaan sekeliling....
rasanya macam pertama kali je sunyi rumah ni sejak dari saya kembali di rumah ini..
anak-anak abang selalu memekak.. kadang-kadang dengar mereka bergaduh sesama sendiri.. tension. dengan anak pun nak gaduh..dengan bini pun nak bertelagah.. haihhh~!!

sunyi ni agaknya semua ambil peluang hujung minggu untuk tidur lebih lama. [hahaha boleh guna ke alasan tu?] saya memang tak berkenan sungguh dengan orang-orang yang bagi alasan hujung minggu nak bangun lambat..

ayat-ayat ibu Khairul Azzam dalam novel dan filem ketika cinta bertasbih karya habiburrahman
"kalau tidur selepas subuh, ibaratnya rezekimu dipatuk ayam"



hmmm..kembali ke tajuk asal.. ^_^
dulu saya tinggal bersama kakak selama tujuh tahun.. [di rumah kakak la..]
sekarang saya tinggal dengan kakak ipar, baru masuk empat bulan. [di rumah emak saya merangkap rumahku syurgaku. bukan rumah abang, bukan rumah kakak ipar.]


apa persamaannya? apa perbezaannya?
[yang pasti.. dia orang asing..bukan darah daging yang akan memahami, menerima seadanya setiap apa yang kita lakukan]

kelihatannya seperti tiada yang sama.
perbezaannya? sangatlah banyaknya. sangat ketara..

masa tinggal dengan kakak saya aturkan segalanya.. saya diberi kepercayaan terhadap semuanya..
gembira? beban? susah?
[manusia memang tak pernah nak hargai apa yang mereka ada]

masa duduk dengan kakak, saya merungut juga beberapa perkara..
tapi sekarang..saya bersyukur banyak perkara yang saya lalui dengan kakak...

[macam jahat je bunyinya kakak ipar kan?] tak ada la jahat pun... cuma perbezaan mengundang ketidak selesaan... ^_*
------------------------------------------------------------------
kakak ipar saya buat semuannya..
memasak.. [memang la..dia masak untuk laki dan mak mertua dia...saya join je la.saya tanggungan mereka. tolong?entah..saya jadi kekok memasak bersama dengannya.cara kami berbeza.dari kecil saya diajar untuk lakukan segalanya dengan pantas.tak perlu nak putus cinta la~ ketika siang bawang.. hahaha]
mengemas... [memang la..anak dia yang sepahkan rumah.. kadang-kadang saya mengemas yang berlebihan..menyapu satu rumah, sawang2 yang ada..cuci kipas, lampu..saya suka..semasa tinggal dengan kakak, beliau tak pernah bagi peluang benda-benda tu bermaharajalela di rumahnya..jadi saya terbawa-bawa tabiat kakak]
membasuh... [basuh la pakaian masing-masing macam biasa.. tapi saya akan basuhkan pakaian mak]
basuh pinggan.. [saya akan basuh pinggan saya sahaja. pinggan mak jika perlu.kakak ipar suka kumpul pinggan untuk dibasuh kemudian..saya tidak dididik seperti itu sejak kecil. selepas makan, terus basuh pinggan.didikan sepanjang hayat namanya.. ^_^ ]

tentang anak-anak..saya seperti tidak boleh menegur anak-anaknya..
saya suruh... anak tidak mahu.sebaliknya maknya marah-marahkan anak, sambil melakukan apa yang disuruh.. [saya menyifatkan, dia tidak suka saya menyuruh anaknya..dan marahkan saya melalui anaknya] saya sedih...
anak-anak buah saya seperti anak-anak saya juga.. saya didik, apa yang perlu..tak suka, tak apa..saya biarkan...

saya tak boleh nak minta tolong @ suruh kakak ipar saya.. sebab dia bukan kakak saya.. saya bimbang saya berlebihan..

saya tak boleh nak pesan beli barang sebab dia pun duduk di rumah dengan saya..
sebab abang saya bukan banyak duit pun.. [walaupun sepatutnya itu tanggung jawab dia.. hahaha]

------------------------------------------------------------------
masa dengan kakak, saya boleh cakap dekat kakak..
"kak,beli lauk best sikit"
"kak, tak tahu nak masa apa hari ni.. bagi la idea.. " [mesej kakak ketika beliau berada di sekolah]

" ko ni..boleh tak ko cakap kat anak ko tu jangan sepah-sepah?"
kakak akan cakap kat anak-anak "dengar tak tu?"

"kak, belikan [apa-apa keperluan yang perlu masa tu]"
"kejap lagi beli..atau ko order dulu kat kedai..petang nanti bayar"

"kak, tadi aku marah anak ko..aku tarik telinga dia.tak nak dengar cakap. geram betul rasanya"
" kak, aku pukul anak ko, dia banjirkan rumah masa mandi tadi"
" kak, aku marah anak ko buat sampah.."

kakak akan cakap "isshhh..aku tak tahu la budak-budak ni..sejak sekolah macam-macam perangainya"

kakak tak pernah bantah @ marah bila saya buat sesuatu kepada anaknya.. tak pernah ambil hati pun kalau saya marah dan geramkan anaknya...

kakak tahu saya yang jaga anaknya..saya yang besarkan..saya yang beri didikan awal kepada anaknya..
saya rindu mereka..setiap masa..

kalau abang ipar terasa atau merungut yang saya terlalu marahkan anaknya..
kakak akan backup " siapa yang jaga anak awak? kalau tak di ajar, nak jadi apa nanti?"
ayat yang paling saya setuju... " awak pun tak boleh kawal kalau anak-anak buat perangai nanti"

abang ipar memang tak mendidik anak-anak menggunakan kekerasan.
seorang ibu akan buat yang terbaik untuk anak-anaknya.. ^___^


kalau nak diceritakan semuanya..tak cukup sehari..tak cukup satu entry..
jadi stop je di sini...
saya  mula sedih merindui mereka..nak nangis...

hari ini selsema bertandang lagi..saya minum panadol soluble.. kelihatannya panadol ini sering menjadi teman saya ketika di sini... cuaca tak menentu... saya sensitif betul dengan perubahan cuaca...

nota hati: kosong..kosong..kosong...
hargai apa yang kita ada atau kita terpaksa terima apa yang kita tak suka...


No comments:

jom baca cerita lain juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...