Assalamualaikum kepada semua pelayar-pelayar blog...
kini anda berada di zon Norazlina [atau] Nora...
terima kasih kepada sesiapa yang sudi melawat, termasuk atau tersesat ke zon saya ni...
di zon ini saya sekadar ingin mencoretkan perjalanan hidup saya...
agar saya dapat melihat pencapaian saya masa kini dan masa akan datang....

bermula dengan cabaran 30 hari menulis blog...
adakah saya berjaya menyahut cabaran ini?? kita lihat bersama-sama...

lawatan sambil belajar...

:: Jom jalan-jalan di sini ::

Blog writing....

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, October 30, 2010

96 - sabtu kembali.....

Assalamualaikum.....

Sabtu sudah kembali....lalalala....[ceh, buat-buat happy konon]...
minggu ni ada kuliah lagi....kuliah ganti... tapi mesti kena hadir juga...
hari ni kelas malam...siang nak buat apa?? hihihi [sila siapkan tugasan statistik dan kalkulus cik Norazlina...] Adoi~

tugasan belum siap...macam mana ni....
semalam seorang teman ajak jumpa... bila sudah touching-touching dia datang semula pada saya ^_^.
"kesibukan membutkan sesorang tidak dapat berfikir dengan baik, membuatkan seseorang tak hiraukan sekeliling".

saya tak kira [walaupun kena siapkan tugasan kira-kira] saya mahu keluar jalan-jalan juga... sudah lama tak menonton wayang... nak menonton wayang..yea..yea... nak menonton wayang...[sambil lompat-lompat anak] :)
semoga yang berlaku hari ini indah-indah sahaja.... (^_-)

gambar hiasan... hahahaha
p/s: kepada sesiapa yang singgah di zon Norazlina [atau] Nora, sila tinggalkan jejak anda supaya saya dapat singgah kembali, kalau perlu, mohon share link supaya hari-hari lain dapat singgah lagi ^_*
p/s/s : kalau mahu saya lawat anda selalu, kita sama-sama share link, InsyaAllah..akan di lawat nanti :)

Friday, October 29, 2010

95 - Apakah ini harganya?

Assalamualaikum....


mode: kecewa sebab tak dapat nak blogwalking untuk tenangkan minda. semuanya keluar  "Warning: Visiting this site may harm your computer!"


tak nak cerita pasal ni...nak cerita pasal.....hrummm..entahlah...


adakah ini harga yang patut saya bayar sebagai seorang pelajar PJJ untuk memiliki segulung Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer serta Pendidikan Matematik?
semua orang tak pedulikan saya...[Ini perasaan saya saja ke?tak mungkin.] 
mereka rancang, mereka pergi, tanpa memberitahu saya...[siapa sayakan?]
kenapa mereka tegar berbuat demikian? tak pentingkah saya? atau mereka terlepas pandang kewujudan saya? kewujudan seorang pelajar PJJ?




saya mencari...lama saya mencari, menanti, tapi tiada...
sedih saya tak berteman... sedih saya sendirian....
biarkan mereka..


"manusia akan cari apa yang mereka tiada"
" manusia akan lebih menghargi setelah mereka kehilangannya"


saya mahu lari...saya mahu hilangkan diri walaupun belum belajar lagi ilmu hilangkan diri ^_-


kata seorang teman...[teman ke? entah! tak dapat nak sifatkan ia seperti apa..]


" ko ingat, bila orang cerita masalah, sharing is caring pendapat, keluar sama-sama, makan sama-sama dengan ko, 
tu bermakna korang dah jadi sahabat?tak semestinyalah...."


bila di fikir-fikir semula, sekarang saya sudah faham... manusia berbeza...mereka mempunyai hak untuk memikirkan sesuatu...mempunyai hak untuk berkongsi pendapat. walaupun mereka tidak rapat.


saya mahu lari...............................




p/s: entry emosi untuk orang beremosi seperti saya sekarang...

Tuesday, October 26, 2010

94 - saya sangat sedih

Assalamualaikum...


saya sangat sedih...banyak benda mahu difikirkan..pening...pening....
1- exam sudah hampir, 
2- buku baru helaian pertama ditelaah.. ^_^
3- memikirkan sesuatu yang tak sudah-sudah [semoga Norazlina [atau] Nora dijauhi dengan perkara-perkara seperti ini..Amin...


perkara paling sedih dan membuatkan fikiran saya berserabut...
tolong!!!!!!!!!!!!!!! tolong!!!!!!!!!!!!!!!!!!
siapa boleh bantu....


semalam saya membuat pindahan gambar-gambar dari laptop saya ke laptop baru kakak....
memandangkan laptop yang mempunyai ruang 'otak' hanya 60G, [dibeli 5 tahun lepas okey~]
berbanding kakak mempunyai 500G, saya amatlah berbesar hati untuk pindahkan gambar-gambar yang maha banyak.. dr tahun 2007-2010... uihhh~~ banyaknya... 


setelah dipindahkan separuh...saya buat la pemeriksaan...[bimbang ada yang teringgal..]
tapi malangnya banyak gambar yang tak boleh dibuka..[atau] erti kata lain gambar rosak, damaged, broken,destroyed dan sewaktu dengannya... bila buka folder, ada yang separuh, ada yang langsung tak boleh ditengok gambar...
maka saya sangat sedih...siyes sedey... tak tipuuuuuuuuuuuuuuuu..........sungguh sedih...mana lagi kenangan yang tinggal...sebab gambar-gambar tu semua masih belum dijadikan hardcopy....... tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk
saya nak menangis....sungguh...saya tak tipu....


p/s: rakan-rakan yang bijak bestari....mohon memberi sedikit sinar harapan kepada saya....
kalau ada sesiapa yang boleh bantu..mohon 

Sunday, October 24, 2010

93 - pulang dari kuliah [sabtu- 23 oktober 2010]

Assalamualaikum...


cik Norazlina [atau] Nora tolong ingat this moment okey??
tiada apa yang penting...sekadar mengingati suasana yang jarang di perolehi di KL ^_^


sebelum tu... hari ni birthday lecturer - Dr. Arifah... happy birthday Dr. may Allah bless you... beliau belikan kitaorang cupcake... best..best...
tak percaya tengok ni....[saya pilih yang ni.coklat]


cupcake coklat yang lazat :)
sambung cerita....
keluar dari parking (10.38pm) = sedikit stuck [entah siapa 3 kereta di hadapan yang tak mahu keluar simpang :)] bukan salah mereka...lalu lintas tidak mengizinkan barangkali :)


pekeliling = sedikit crowded [bersimpang siur kenderaan]


BANGSAR = kelihatan lengang. aneh di situ...


LDP = sangat lancar dengan kelajuan 100km/j (^_-) [belajarlah memandu secara perlahan ye cik Norazlina [atau] Nora. seperti "dia".


tiba-tiba..........
....
...
...


siapa la yang masuk smart tag tapi tiada kredit di dalam kad? adoi~                 

SUNWAY = juga tidak banyak kereta... (^_^)v 



PUCHONG =
kenapa banyak kereta ni??? adoi.....
tiba-tiba ada en. bas yang memotong di sebelah kanan... uikss....
saya memandu dalam kelajuan 90-100 km/j tidak dapat mengejar bas tu...
apa maksudnya??  huih~~~


berada di dalam bilik jam 10.50pm


saya makan sepinggan nasi lemak pada jam 11 lebih... adoi~
macam mana berat nak berkurang ni??


cukup di sini...^_^

sila study statistic ye cik Norazlina....esok ada test. GOOK LUCK untuk diri sendiri...


p/s: maaf tak dapat lawat kawan-kawan... tapi saya nampak anda...ceritasekupang, lisagirl, prettynurul (^_-) , su, ponda_malam, cheqppjoy, mama gee dan lain2... salam hujung minggu....
cikgu, saya nampak cikgu juga :)



Thursday, October 21, 2010

92 - just update

Assalamualaikum...
entry kali ni betul-betul ringkas saja...
sengaja mahu update blog. 

cerita-cerita kehidupan...lain kali di ceritakan...
cuma hari ni dan beberapa hari sebelum ni...
sibuk
penat
tidur awal
pening
study math
tak cukup masa
tak online pun
sedih
kecewa

gambar yang tiada kaitan dengan enrty ^_-
p/s: tiada pesanan pun rasanya....
p/s/s: thanks kepada blogger yang sudi singgah di zon Norazlina [atau] Nora

jom baca cerita lain juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...