Assalamualaikum kepada semua pelayar-pelayar blog...
kini anda berada di zon Norazlina [atau] Nora...
terima kasih kepada sesiapa yang sudi melawat, termasuk atau tersesat ke zon saya ni...
di zon ini saya sekadar ingin mencoretkan perjalanan hidup saya...
agar saya dapat melihat pencapaian saya masa kini dan masa akan datang....

bermula dengan cabaran 30 hari menulis blog...
adakah saya berjaya menyahut cabaran ini?? kita lihat bersama-sama...

lawatan sambil belajar...

:: Jom jalan-jalan di sini ::

Blog writing....

Daisypath Anniversary tickers

Friday, October 29, 2010

95 - Apakah ini harganya?

Assalamualaikum....


mode: kecewa sebab tak dapat nak blogwalking untuk tenangkan minda. semuanya keluar  "Warning: Visiting this site may harm your computer!"


tak nak cerita pasal ni...nak cerita pasal.....hrummm..entahlah...


adakah ini harga yang patut saya bayar sebagai seorang pelajar PJJ untuk memiliki segulung Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer serta Pendidikan Matematik?
semua orang tak pedulikan saya...[Ini perasaan saya saja ke?tak mungkin.] 
mereka rancang, mereka pergi, tanpa memberitahu saya...[siapa sayakan?]
kenapa mereka tegar berbuat demikian? tak pentingkah saya? atau mereka terlepas pandang kewujudan saya? kewujudan seorang pelajar PJJ?




saya mencari...lama saya mencari, menanti, tapi tiada...
sedih saya tak berteman... sedih saya sendirian....
biarkan mereka..


"manusia akan cari apa yang mereka tiada"
" manusia akan lebih menghargi setelah mereka kehilangannya"


saya mahu lari...saya mahu hilangkan diri walaupun belum belajar lagi ilmu hilangkan diri ^_-


kata seorang teman...[teman ke? entah! tak dapat nak sifatkan ia seperti apa..]


" ko ingat, bila orang cerita masalah, sharing is caring pendapat, keluar sama-sama, makan sama-sama dengan ko, 
tu bermakna korang dah jadi sahabat?tak semestinyalah...."


bila di fikir-fikir semula, sekarang saya sudah faham... manusia berbeza...mereka mempunyai hak untuk memikirkan sesuatu...mempunyai hak untuk berkongsi pendapat. walaupun mereka tidak rapat.


saya mahu lari...............................




p/s: entry emosi untuk orang beremosi seperti saya sekarang...

2 comments:

yieyaw said...

round padang ptg2 bes

- Cik Norazlina [@tau] Nora - said...

hihihi...
betol-betol...jom round padang....

jom baca cerita lain juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...