semoga semua yang singgah di sini baik-baik sahaja...Amin...
jam: 5.27am.... [entry pertama yang saya tulis sebelum 2 entry sebelum ni]
kenapa seawal ini? huhuhu..malam tadi saya tidur jam 11pm...
banyak kerja-kerja saya yang tertangguh..salah satu darinya adalah update blog ni... ^_^
seperti yang dijanjikan..saya nak update tentang novel buah tangan dari kak Hani Fazuha...
* maaf jika kata-kata saya berlebihan..maaf jika puji-pujian saya terlalu melangit...*
mula membaca - selasa [8 Feb], jam 1.30am - 4.30am [48 bab]
hari ke-2 - rabu [tidak punya banyak masa. hanya tambah beberapa bab sahaja]
hari ke-3 - khamis [habis]
harga sebuah cinta... |
buku ni hadiah dari kak hani... [terima kasih kak] Luv U... |
saya dapat buku ni secara percuma yang diberi sendiri oleh penulisnya...
saya sangat suka dan bangga ni... ^_^
kesibukan saya dengan tugasan harian dan tugasan mingguan membuatkan hari saya penuh... [24/7/30] tiada masa untuk buat banyak perkara...
with kak hani....[novelist] |
with kak sri diah & kak hani [novelist] |
tapi disebabkan hadiah dari kak hani...saya gagahi juga untuk menghabiskan buku ni dengan pantas...
tapi..bagi mengukuhkannya lagi....[saya tidak mengula-gulakan sesiapa ya?] ini kenyataan...
kelebihan buah tangan novelis Hani Fazuha
1- novelnya menarik
2- ringkas
3- setiap bab hanya 4,5 muka surat sahaja [2-3 helai] ^_^
4- itu membuatkan kita tertarik untuk sambung bab seterusnya walaupun niat di hati mahu berhenti dahulu...
5- kalau tak percaya sila dapatkannya.. ni hasil tulisannya yang ke-3
novel-novel kak hani...
pertama - mengukir bahagia
ke-2 - berbunga kasih
ke-3 - harga sebuah cinta
ok lah..sudah panjang entry kali ni...
mw: my sister not here...katanya alkisahnya dia kebetulan blogwalking terjumpa nama saya di blog orang lain di ruangan shoubox. ahh....kecil rupanya dunia blog ni ye?? kita berada dalam lingkungan kawan-kawan yang sama....
HARGA SEBUAH CINTA
[maaf saya review menurut pandangan saya] tak pandai nak buat ayat-ayat yang berbunga-bunga.. ^_^
saya beremosi membacanya...sedih..suka..marah..geram...semua ada..
sedih sampai mampu menitis air mata...[part ibu fea meninggal dunia] dia tiada sesiapa lagi di dunia melainkan kawan rapatnya zura dan aleeya...
novel ni mengisahkan tentang seorang perempuan dan tiga orang lelaki yang hadir dalam hidupnya...
siapa yang menjadi pilihannya?
watak
fea- gadis biasa-biasa sahaja... anak orang gaji di rumah Arman, bersahabat dengan Zura
Arman - anak orang kaya, berkawan dengan fea dari kecil dan sangat rapat dengan ibu fea
Ikmal - sepupu kepada zura
Zhafir - abang kepada Zura...
garapan ceritanya menarik... semuanya tak di sangka-sangka...
fea dan arman yang berkawan sejak kecil kerana fea merupakan anak kepada orang gaji di rumah arman. apabila meningkat dewasa, mereka saling jatuh cinta. setelah ibu arman mengetahui tentang hubungan mereka, ibu arman menentang keras lalu mengusir fea dan ibunya. pesannya jangan tunjukkan muka mereka di rumahnya lagi...betapa taraf sangat penting di matanya. arman tidak menunjukkan daya usaha untuk menyelamatkan hubungan cintanya. [cinta mereka terpisah]
tiada lagi cinta di hati fea..
fea yang berkawan rapat dengan zura..selalu ke rumah zura..rapat juga dengan keluarga zura dan memanggil ibu zura juga dengan gelaran Umi. berkenalan dengan Ikmal yang dianggapnya seperti abang sendiri.berpewatakan selamba dan gila-gila...yang selalu menghabiskan masanya di rumah makciknya berbanding rumahnya sendiri...sering bertemu dengan fea. keperibadian fea membuatkan dia jatuh cinta. yang pada mulanya fea menganggap ikmal hanya bergurau.
fea tidak menginginkannya... kerana di hatinya hanya ada arman. kedegilan ikmal merimaskan fea. tetapi satu sifat fea yang tidak mungkin berkata 'tidak' membuatkan fea sering tersepit.
dalam masa yang sama, kepulangan Zhafir dari luar nagara, menemukannya dengan fea dan membuatkannya jatuh cinta dalam diam selepas gadis pilihannya ditentang keluarga...
berpewatakan sombong membuatkan fea menjadi benci.
dalam masa yang sama juga, Arman juga pulang dari luar negara., Arman dan Zhafir bersahabat..
tanpa diduga, kekasih hati pujaan zura sahabatnya, adalah Arman...
bagi menyelamatkan hubungan persahabatannya dengan zura, fea mengorbankan cinta yang ada di hatinya dengan memilih Zhafir yang kebetulan datang tepat pada masanya meminta umi meminang fea...
zhafir mengetahui fea dan arman pernah bercinta.
fea beranggapan zhafir melamarnya demi menyelamatkan hubungan adiknya dangan arman. dia menganggap zhafir ingin menyelamatkan keadaan... [hakikatnya?]
fea meletakkan syarat yang tinggi untuk menerima lamaran zhafir agar zhafir membencinya.
[kereta, rumah, bercuti ke eropah, duit belanja berangka 4 setiap bulan] - inikah harga sebuah cinta?-
zhafir memberi lebih kepada fea. dengan syarat fea menyerahkan hak seorang suami. -inikah harga sebuah cinta?- konflik yang sangat menyakitkan...
kesimpulannya, berkawan dengan Zura, menemukan fea dengan Ikmal dan Zhafir...dan menemukan kembali fea dan arman.
setelah saya baca sehingga bab ke 54,
saya tak suka Arman yang goyah,
saya tak suka Ikmal yang memaksa.
saya tak suka Zhafir yang sombong.
ikutkan hati, saya memaksa fea lari.. hahaha...fikiran saya, kalau lari..macam mana kesudahan cerita ini? mesti la sad ending kan?
setelah bab seterusnya...rupa-rupanya fea mengikut saranan saya...iaitu lari.. itu pun selepas berkahwin.
kesudahannya? jom la baca... garapan ceritanya best. tak tipu...
kesudahan apa yang kita mahukan dalam sebuah kehidupan? sudah pasti kita mengimpikan bahagia. betul tak? samalah dengan novel ni... berakhir dengan happy ending.
cukup di sini saya review buku ni... kalau baca lagi seronok jalan ceritanya...
kepada kak hani: thanks sebab bagi saya buku ni... saya doakan semoga akak sentiasa dilimpah kurniakan dengan idea-idea yang segar untuk menghasilkan novel-novel yang akan datang...Amin....
saya nak kongsi juga cerita ni...sebelum ke gudang alaf 21 [karnival] di shah alam...saya ke kampus untuk study.. bila lagi masa yang saya ada untuk menelaah...
mereka bila depan kamera... |
control selepas excited dengan DSLR saya... hihihihi |
bajet tekun la kan?? |
mw: my sister not here...katanya alkisahnya dia kebetulan blogwalking terjumpa nama saya di blog orang lain di ruangan shoubox. ahh....kecil rupanya dunia blog ni ye?? kita berada dalam lingkungan kawan-kawan yang sama....
No comments:
Post a Comment