Assalamualaikum...
semoga yang singgah di sini sihat dan ceria selalu...Amin..
jangan baca jika tidak mahu membuang masa....
macam biasa, saya lewat update...kenapa? sebab saya tidur awal... dan sekarang jam berapa? 4.46am...setelah bangun dari tidur ^_^ jam 3.30am tadi... sekarang setelah berblog walking tanpa tinggal jejak.. hehehe
cerita tentang hari ahad...pagi ahad yang medung. tiada awan..
huh~ sekali lagi saya menapak jauh.. habis gugur semua lemak-lemak yang terkumpul...[
inilah masalahnya jika ke kampus pada hari ahad yang saya tiada kelas. parking seawal jam 8am sudah full. saya sampai hampir jam 9.00am.. ish..ish..ish...[sambil geleng kepala] masuk pintu depan...belok kiri...sudah nampak lautan kereta...lautan dedaun pun banyak...[berkerut dahi memikirkannya.. 'kenapa kotor sangat UTM hari ni' semak mata memandang, semak lagi fikiran nak cari parking.] pusing sampai belakang... jalan pun sempit sebab sudah jadi double parking. di mana la saya mahu meletakkan kereta? nampaknya memang terpaksa parking depan rumah yusri...Arghh....tension~! korang tahu tak kat mana? saya pun tak tahu.
al kisahnya 3 minggu lepas... masa lepak study dengan kawan-kawan... keluar gosip artis. sampai adalah yang tanya, 'eh, korang tahu tak rumah yusri kat jalan padang tembak'..[sambil angguk-angguk kepala penuh perasaan kakak tu bagi tahu' hahaha.] yang lain pula menyampuk. 'eh kak, belakang ni je kan?' sambil tangan tunjuk ke kiri. [menunjukkan belakang kampus UTM jalan semarak...] kalau korang nak jelas click sini.
akhirnya saya terus keluar pintu belakang UTM, parking tepi jalan bertentangan dengan rumah mewah di situ..kereta yang ke-11 dari pintu pagar belakang UTM. dekat kan? (T_T) library duduknya di bahagian hadapan UTM. nasiblah matahari masih menyorok lagi pagi tu...
bila kakak tu tanya...'ko parking kat mana hari ni.' kakak tanya sambil senyum. 'depan rumah yusri' dengan muka selamba bengang saya menjawab'. dua saat kemudian...dia tengok saya...saya tengok dia.. kita orang ketawa terbahak-bahak. [bukan tahu pun rumah yusri yang mana satu..] hahaha..kalau tengok map tu...jalan padang tembak belah lain...yang saya park tu jalan maktab.. hahahaha...sedapkan hati sendiri dengan membuat lawak
ahad yang kecewa sebenarnya...
pagi-pagi dapat mesej dari member yang tak berapa nak member..'en.jo nak jumpa hari ni pukul 2pm' hah~ semalam kata cancel hari nak jumpa pula.aduh~ bahan tak bawa...
nasib ada dalam email.. print out dengan kos RM5.10 untuk 17 keping... membazir...[tak habislah ink di rumah kalau macam ni]
5 minit sebelum jam 2 kami sudah tunggu....10 minit berlalu....21 minit berlalu... 43 minit berlalu...
mesej: salam, jadi ke jumpa lect.kat mana?[tiada balasan]
mesej: dh jmp lect ke blm?
balas: blm, tunggu kat situ..
mesej: nak tgu smp jam berapa ni?
15 minit kemudian dia sampai...
'tak tau en.jo kat mana. tak abis kelas lagi rasanya'
'kata jam 2 pm. sekarang hampir jam3? kita orang ada hal lain ni..nak tunggu sampai jam berapa?'
'tak tahulah'
1jam berlalu...
menunggu punya lama... saya pun cek email...cuma tak sempat berblog.sebab tak mahu kawan tahu kewujudan saya di sini..sempat buka FB yang sudah bersarang....[bukan sarang labah-labah sahaja yang ada...sarang semut..sarang burung..semua ada..] ada yang tag, ada mesej, ada ajak main game..hihihi, ada kawan-kawan yang punya berita gembira...[tidak lama saya di FB] main game...tapi lect masih tak sampai...
game mario kawan yang main.. saya tukang gelak [hilangkan rasa marah] |
1-hari sabtu cancel appointment untuk minggu ni
2- tiba-tiba ahad pagi bagi tahu nak jumpa
3-janji jam 2pm..3.15pm belum muncul
3.20pm...masih belum muncul...
saya buat tindakan untuk berlalu ke bilik karel yang saya book tengah hari tadi...[tujuan utama untuk keselesaan nak edit gambar. saya kemas buku-buku, kertas-kertas..masukkan ke dalam beg. on netbook cek tiga email,
3.40pm zzz..zzzz mesej masuk. 'lect dh smp'
off turun dengan membawa semua beg...
perbincangan sudah dimulakan...
4.50pm pulang...
menapak ke rumah yusri...[tidakkkkkkkkk]
driving sebelah Komuter... laju tak..laju tak?? huhuhu [muka bangga] |
depan iOi mall... puchong yang jem |
Alhamdulillah...setelah...
mw: saya tak suka orang membuat janji last minit...
masuk ke kawasan perumahan hujan mencurah-curah |
lebat kan? |
pandangan yang terhad setelah hampir di hadapan rumah.. |
mw: keretapi tu sudah nak berhenti...lokasi di pantai dalam.lagi pun dia panjang...saya sempat snap pic tu.. hihihi...
selalunya saya rakam keretapi tu lalu sebelah saya. tapi memikirkan tak pernah nak upload video tu..jadi, saya ambil saja gambar... ^_^
wassalam..
wassalam..
No comments:
Post a Comment